Anda di halaman 1dari 19

PEKAKASAN KEJURUTERAAAN MEKANIK DAN

ELEKTRIK (KM 2453)


MODUL AMALI GEGAS

Pengenalan kerja-kerja gegas:


Gegas adalah satu proses membentuk, membuang lebihan besi dan memasang mengikut saiz
yang sesuai, di mana perbezaan toleransi yang sangat kecil amat dititik beratkan. Kerja-kerja
menggegas biasanya menggunakan peralatan pertukangan asas. Kerja menggegas ini
melibatkan kerja-kerja mengukur, menanda, menebuk, memotong, mengikir dan juga
kemahiran membaca lukisan kejuruteraan. Dalam erti kata lain gegas adalah penghasilan
produk tanpa menggunakan mesin.
Bagi amali gegas yang dijalankan di bengkel, para pelajar diberikan masa selama 3 jam 30 minit
untuk menyiapkan satu projek gegas. Pelajar digalakkan mengambil gambar setiap proses kerja
yang dilakukan dan peralatan yang digunakan bagi tujuan penyediaan laporan amali.
Peringatan: Para pelajar tidak dibenarkan menggunakan peralatan seperti mesin pencanai,
mesin kisar atau mesin lain untuk melaksanakan amali ini.

Peralatan yang digunakan serta fungsinya


1. Alatan mengukur
2. Alatan menanda
3. Alatan memotong
4. Alatan menggerudi
5. Alatan mengikir
6. Alatan mengetuk
7. Alatan lain

1. Alatan Mengukur

1.1 Angkup vernier (Vernier Calliper)

Rajah 1.1 Angkup vernier

1
i. Skala Utama (Main Scale) – berfungsi mengambil ukuran kasar 1mm. Skala ini
mempunyai panjang 150mm, 200mm atau 300mm.
ii. Skala Vernier (Vernier Scale) – berfungsi untuk mengambil ukuran yang tepat sehingga
0.02mm, 0.05mm atau 0.001mm.
iii. Rahang Luar (Outside Jaw) – berfungsi untuk mengambil ukuran bahagian luar atau
diameter luar benda kerja.
iv. Rahang Dalam (Inside Jaw) – berfungsi untuk mengukur bahagian dalam benda kerja
contohnya diameter dalam, lebar lurah dan sebagainya.
v. Bilah pengukur kedalaman (Depth Leg) – berfungsi mengukur kedalaman lubang atau
lurah dan ketinggian benda kerja dari ‘datum line’ (garisan rujukan).
vi. Skru Pengunci (Clamping Screw) – berfungsi mengunci kedudukan skala vernier bagi
tujuan mengambil ukuran dengan ketepatan.

1.2 Pembaris keluli (Steel rule)

Rajah 1.2 Pembaris keluli


Digunakan untuk tujuan pengukuran. Pembaris ini juga mempunyai unit metrik iaitu sentimeter
dan imperial iaitu inci. Mempunyai pelbagai saiz antara 150 mm hingga 1000 mm.

1.3 Sesiku L (Try square)

Rajah 1.3 Sesiku L

2
Pada bahagian bilah ditanda dengan ukuran metrik (cm) dan imperial (inci). Saiz ditentukan
berdasarkan panjang bilahnya. Sesiku L digunakan untuk:
i. Menguji ketepatan atau kepersegian bahan kerja.
ii. Untuk membuat garisan yang bersudut tepat 90° dan juga pengukur sudut 45°.

1.4 Jangka tolok (Divider)

Rajah 1.4 Jangka tolok


Jangka tolok mempunyai dua batang penggarit keluli yang dikeraskan. Hujung matanya tajam
dan pada pangkalnya pula terdapat pegas yang disangga dengan tuas untuk membolehkan ianya
dilaraskan dengan mudah. Kegunaan jangka tolok adalah:
i. membuat lengkok dan bulatan pada bahan kerja.
ii. mengukur dan menguji jarak.

2. Alatan Menanda

2.1 Penggores (Scriber)

Rajah 2.1 Penggores

3
Alatan menanda ini hanya sesuai dipakai pada permukaan logam sahaja. Mempunyai kedua-
dua bahagian yang tajam. Garisan yang dihasilkan halus bagi memastikan ketepatan semasa
memotong. Penggores kebiasaannya digunakan bersama pembaris keluli atau sesiku L untuk
mendapatkan garisan yang lurus.

2.2 Penebuk Pusat (Center Punch)

Rajah 2.2 Penebuk pusat

Penebuk pusat ini juga digunakan untuk menanda dengan melakukan ketukan pada bahagian
atas. Bahagian yang tajam akan diletakkan pada bahan kerja yang telah ditanda. Kegunaan
penebuk pusat ini adalah untuk membuat lekukan pada bahan kerja sebelum proses menebuk
dijalankan. Bahagian yang hendak ditebuk perlu dilekukkan dengan menggunakan penebuk
pusat terlebih dahulu agar mendapat ketepatan semasa proses menebuk.

2.3 Tolok Tinggi Vernier (Vernier Height Guage)

Skru pelara
Rasuk/ kosong
beam
Pengunci
Sekala vernier kekesut halus

Nat pelaras
halus

penggores
Kekesut slider

Tapak

Rajah 2.3 Tolok tinggi vernier

4
Bahagian-bahagian Tolok Tinggi Vernier
I. Badan (Beam) - Terdapat skala-skala yang sama seperti ‘skala utama’ pada tolok tinggi
Vernier. Unit-unit skala ini adalah dalam metrik dan imperial dan bacaan terkecil boleh
dibaca ialah 1 mm.

II. Gelangsar (Slider) - Bahagian di mana bacaan diperolehi setelah penyelarasan dibuat.

III. Gelangsar pengapit - Membolehkan skru pelaras halus (fine adjusting screw) melaras
pada bacaan tertentu.

IV. Tapak (Base) - Diperbuat daripada besi tuang (cast iron) sebagai penyokong. Tapak yang
mempunyai berat adalah berfungsi mendapatkan kedudukan yang stabil kepada
ketinggian badan .

V. Penggores (Scriber) - Diperbuat daripada keluli tahan karat (stainless steel) dan
hujungnya disalut dengan carbide untuk mendapat garisan yang halus dan juga supaya
tidak mudah haus.

VI. Skala Vernier (Vernier Scale) - Membolehkan nilai bacaan ditentukan.

VII. Nat Pelaras Halus (Fine Adjusting Nut) - Untuk mendapatkan ukuran yang tepat sehingga
bacaan 0.02 mm jika bacaan slider perlu dilaraskan dengan pergerakan yang sedikit
perlahan.

VIII. Nat Pengunci Gelangsar (Slider Locking Nut) - Untuk mengunci kedudukan gelangsar
pada kedudukan bacaan yang dikehendaki sebelum garisan dibuat.

IX. Skru Pelaras Kosong (Zero Setting Screw) - bacaan dilaraskan dahulu kepada ‘0’ dengan
menggunakan zero setting screw sebelum kerja-kerja penandaan dibuat.

2.4 Plat sudut (Angle Plate)

Rajah 2.4 Plat sudut

5
Plat sudut yang berbentuk L mempunyai sudut tepat 90° dan permukaaan yang rata. Plat sudut
ini berfungsi untuk menjadi tempat menyokong bahan kerja semasa menanda di atas meja
permukaan rata dengan menggunakan tolok tinggi vernier.

2.5 Plat permukaan granit (Granite Surface Plate)

Rajah 2.5 Plat permukaan granit


Plat permukaan granit ini mempunyai permukaan yang rata dan berfungsi untuk kegunaan
menanda dan mengukur. Kebiasaannya tolok tinggi vernier dan plat sudut akan menggunakan
plat permukaan granit untuk mendapat ukuran yang tepat.

3. Alatan memotong

3.1 Gergaji besi (Hacksaw)

Pemegang
Bingkai gergaji

Pelaras
ketegangan
mata
Mata gergaji

Rajah 3.1 Gergaji besi


Gergaji besi (Hacksaw) berfungsi sebagai alat pemotong bahan kerja. Bilah mata gergaji ini
yang nipis akan mudah patah jika tidak digunakan dengan cara yang betul. Pelaras ketegangan
mata perlu di ketatkan dan dilonggarkan untuk menukar mata yang baru. Ia juga perlu
diketatkan untuk mengelakkan mata muda patah.

6
Kaedah menggergaji.
Cara –cara memasang mata gergaji
i. Pastikan bingkai gergaji besi sama dengan panjang mata gergaji.
ii. Pastikan bilangan gigi mata gergaji bersesuaian dengan bahan yang hendak dipotong.
iii. Pastikan kecondongan gigi mata gergaji menghala kehadapan daripada hulunya.
iv. Pasangkan mata gergaji pada skru renggang.
v. Kuncikan nat pelaras mata sehingga mata gergaji tegang, tetapi tidak terlalu tegang. Jika
terlalu tegang, mata gergaji mudah patah sewaktu memotong.

Cara menggergaji.
i. Pastikan benda kerja dicengkam dengan kuat oleh ragum.
ii. Pastikan bahagian yang hendak dipotong itu berada paling hampir dengan ragum.
iii. Pegang gergaji dengan cara yang betul. Sebelah tangan memegang pada hulu gergaji,
sebelah tangan lagi memegang pada hujung bingkai
iv. Semasa memotong, daya memotong diperlukan semasa menyorong gergaji kehadapan.
Ini kerana gigi gergaji memotong bahan yang digergaji ketika gergaji disorong
kehadapan. Tetapi semasa gergaji ditarik kebelakang, kurangkan tekanannya. Pada
masa ini gigi mata gergaji tidak memotong bahan tersebut.

Posisi tangan
yang betul

Rajah 3.2 Kaedah penggunaan gergaji besi

7
Sebab-sebab mata gergaji patah
Mata gergaji merupakan bahan yang lembut dan sekiranya disalahgunakan pasti akan
menimbulkan kesan kepada mata. Berikut merupakan sebab- sebab mata gergaji patah:

i. Mata gergaji diikat terlalu ketat atau terlalu longgar.


ii. Kedudukan benda kerja yang tidak teguh.
iii. Tekanan terlalu kuat semasa memotong.

3.2 Pahat sejuk (cold chisel)

Rajah 3.3 Jenis-jenis mata pahat


Pahat sejuk adalah sangat berlainan dengan pahat kayu. Di mana pahat sejuk ini diperbuat
daripada besi tuang sepenuhnya tidak menggunakan hulu kayu seperti pahat untuk kegunaan
kayu. Pahat sejuk ini mempunyai fungsi yang sama dengan pahat kayu, cuma pahat sejuk ini
sesuai untuk memahat bahan keluli. Terdapat beberapa jenis pahat sejuk antaranya ialah: pahat
mata intan, pahat mata rata, pahat mata bulat dan pahat mata anjung.

8
4. Alatan menggerudi

4.1 Penggerudi meja (Bench Drill)

Bahagian bahagian gerudi meja:

Rajah 4.1 Penggerudi meja

Mesin penggerudi adalah satu-satunya mesin yang dibenarkan penggunaan semasa proses kerja
amali gegas.
i. Mesin penggerudi ini digunakan untuk menggerudi bahan kerja yang telah ditanda
dengan penebuk pusat.
ii. Penggunaan penggerudi pusat amat digalakkan supaya proses menggerudi dapat
dilakukan dengan lebih mudah dan tepat.
iii. Bahan kerja akan diikatkan pada ragum yang diletakkan di atas meja penggerudi
dan proses menggerudi akan dijalankan dengan memusingkan tuas kendalian ke
arah lawan jam.
iv. Kelajuan putaran bindu boleh ditukar dengan mengubah tali sawat pada takal yang
terdapat pada bahagian atas mesin penggerudi.

9
4.2 Mata Penggerudi (drill bit)

Rajah 4.2 Mata penggerudi


Terdapat pelbagai jenis mata penggerudi untuk kegunaan kerja yang bersesuaian. Contohnya,
mata pengerudi untuk kegunaan kayu, mata penggerudi untuk kegunaan konkrit, mata
penggerudi untuk kegunaan granit dan banyak lagi. Mata penggerudi yang digunakan untuk
kerja amali gegas adalah mata yang bersesuaian untuk kerja menggerudi keluli dan plastik. Ia
diperbuat daripada bahan keluli kelajuan tinggi (high speed steel). Saiz mata penggerudi diukur
mengikut diameter batang penggerudi. Mata penggerudi ini akan dipasang pada bindu mesin
penggerudi.

5. Alatan mengikir

Kikir (Files)

Kikir bulat

Kikir 3 segi

Kikir 4segi

Kikir separuh bulat

Kikir rata

Rajah 5.1 Jenis-jenis kikir


Kikir adalah peralatan utama yang akan digunakan dalam kerja-kerja menggegas selepas
gergaji. Terdapat pelbagai saiz dan bentuk kikir yang digunakan bersesuaian dengan kerja yang
hendak dilakukan. Kegunaan kikir adalah untuk meratakan, menipiskan dan mendapatkan
permukaan yang licin.
Panjang kikir mempengaruhi kekasaran kikir tersebut, ini bermakna semakin panjang kikir
maka semakin kasar kikir tersebut. Ini kerana jarak antara gigi pemotong agak jauh. Berikut
adalah jenis- jenis gigi kikir yang biasa digunakan:

10
Gigi selari Gigi silang Gigi lengkung Gigi parut

Rajah 5.2 Jenis-jenis mata kikir

Kaedah mengikir:
Cara memegang kikir dan kedudukan tangan semasa mengikir.

Rajah 5.3 Kaedah memegang kikir dengan betul

Arah tujahan kikir. Kikir harus diberikan sedikit tekanan.

Rajah 5.4 Kaedah mengikir dengan betul

11
Kaedah mengikir layang (cross filing)

Rajah 5.5 Kaedah mengikir layang

Rajah 5.6 Kaedah mengikir berat atau kasar

Rajah 5.7 Kaedah mengikir ringan

12
Posisi badan
yang salah

Posisi kaki Posisi kaki


yang betul yang salah

Betul Salah
Rajah 5.8 Posisi semasa kerja menggegas

6 Alatan mengetuk
Tukul kepala bulat (Ball peen hammer)

Rajah 6.1 Tukul kepala bulat


Terdapat pelbagai jenis tukul yang diketahui dari segi bentuk untuk memudahkan kerja- kerja
tertentu. Antara tukul untuk kegunaan kerja-kerja berat adalah seperti: tukul kuku kambing,
tukul besi warrington dan lain-lain lagi. Manakala untuk kerja-kerja yang memerlukan proses
membentuk, tukul yang sesuai adalah seperti gandin getah, gandin plastik dan banyak lagi.
Semasa amali gegas, pelajar akan menggunakan tukul kepala bulat atau pun ball peen hammer.

13
7 Alatan lain
7.1 Set penebuk nombor (Number punch set)

Rajah 7.1 Set penebuk nombor

Set penebuk digunakan untuk menanda nombor metrik pelajar di atas bahan kerja selepas
selesai kerja menggegas. Cara menggunakannya ialah dengan mengetuk pada bahagian
belakang yang tidak bernombor dan bahagian yang bernombor ditekapkan pada bahan kerja.

7.2 Andas (Anvil)

Muka/ face

Tanduk/Horn

Rajah 7.2 Andas


Andas biasanya digunakan untuk kerja-kerja yang memerlukan hentakan atau ketukan yang
kuat pada permuakaan bahan kerja.
i. Bahagian muka (face) andas sesuai untuk kerja kerja sedemikian.
ii. Bahagian tanduk (horn) andas pula sesuai untuk melakukan kerja-kerja membentuk.

14
7.3 Ragum meja (Bench Vice)

Rajah 7.3 Ragum meja

Ragum meja adalah alatan yang amat penting di sesebuah bengkel. Biasanya ragum meja akan
diletakkan pada bucu meja kerja. Fungsi ragum meja adalah untuk memegang bahan kerja
semasa proses mengikir dan memotong dilakukan. Cara pengunaannya adalah dengan
memutarkan bahagian pemegang untuk menggerakkan bahagian rahang, di mana bahagian
rahang akan memegang benda kerja.

Projek pelajar.
Tajuk projek : Amali gegas.

Bahan yang digunakan : Besi keluli lembut (Ms Flat)

Saiz bahan diberi : 75 X 45 X 5 mm (1 keping seorang)

Masa amali : 3 Jam 30 minit.

Nota : Setiap pelajar dikehendaki melakukan amali ini berpasangan, di mana setiap pasangan
membuat bahagian yang berlainan iaitu Bahagian A dan B.

: Ukuran di dalam milimeter (mm)

15
4

20

Bahagian

A 20
2x R5

10

20

Bahagian
2xø3.5
𝑇𝑦𝑝𝑒 𝑒𝑞𝑢𝑎𝑡𝑖𝑜𝑛 B

20

Rajah 1 Ukuran projek pelajar

16
Langkah-langkah kerja:

60

i. Pelajar akan diberikan plat keluli lembut


bersaiz 75x45x5mm.
ii. Pelajar digalakkan terlebih dahulu mengikir
40 bahagian tepi plat untuk membuang serpihan
gerigis (burr) yang terdapat pada bahan kerja.
iii. Kemudian pelajar dikhendaki mendapatkan
saiz seperti pada gambarajah 1.

Gambarajah 1

i. Berpandukan lukisan bahagian A yang diberi,


dapatkan garisan yang berwarna merah seperti
gambarajah 2.
ii. Ukuran telah diberikan di dalam Rajah 1,
Bahagian A.
iii. Penghasilan garisan perlu menggunakan tolok
tinggi vernier.
iv. Manakala untuk garisan berwarna biru pula
Gambarajah 2 menggunakan pembaris keluli dan penggores.
v. Bahagian yang bertanda bulat perlu
dilekukkan dengan menggunakan penebuk pusat
untuk digerudi.

i. Berpandukan lukisan bahagian B yang diberi,


dapatkan garisan yang berwarna merah seperti
gambarajah 3.
ii. Ukuran telah diberikan di dalam Rajah 1
Bahagian B.
iii. Penghasilan garisan perlu menggunakan tolok
tinggi vernier.
iv. Manakala untuk garisan berwarna biru pula
Gambarajah 3 menggunakan pembaris keluli dan penggores.
v. Bahagian yang bertanda bulat perlu
dilekukkan dengan menggunakan penebuk pusat
untuk digerudi.

17
i. Kawasan yang berlorek warna kuning adalah
bahagian yang akan dibuang.
ii. Pelajar perlu menggergaji di kawasan yang
bergaris kuning tebal.
iii. Manakala bulatan bewarna hitam pula perlu
ditebuk dengan mata penebuk berdiameter
3.5mm.
iv. Berpandukan lukisan bahagian A, dapatkan
ukuran seperti pada garisan yang berwarna biru di
Gambarajah 4
gambarajah 4. Garisan tersebut adalah untuk
mendapatkan sudut dihujung kedua-dua bahan
kerja.
v. Setelah selesai semua proses menanda dan
menebuk baru lah proses memotong dilakukan
dengan menggunakan gergaji.
vi. Dan seterunya proses mengikir boleh
dijalankan untuk mendapatkan ukuran dan
bentuk sebenar bahagian A.

i. Kawasan yang berlorek warna kuning adalah


bahagian yang akan dibuang.
ii. Pelajar perlu menggergaji dikawasan yang
bergaris kuning tebal.
iii. Manakala bulatan yang bewarna hitam pula
perlu digerudi dengan mata penggerudi
berdiameter 3.5mm.
iv. Kaedah menggerudi perlu digunakan pada
Gambarajah 5 bahagian yang bertanda bulat biru. Ini kerana
kaedah menggergaji tidak dapat dilakukan pada
bahagian tersebut.
v. Berpandukan lukisan bahagian B, dapatkan
ukuran seperti pada garisan yang berwarna biru di
dalam gambarajah 5. Garisan tersebut untuk
mendapatkan sudut di hujung kedua-dua bahan
kerja.
vi. Setelah selesai semua proses menanda dan
menggerudi baru lah proses memotong dilakukan
dengan menggunakan gergaji.
vii. Dan seterunya proses mengikir boleh
dijalankan untuk mendapatkan ukuran dan
bentuk sebenar bahagian A.

18
A123456 A123456
Bahagian Bahagian

A B

Rajah 2 Contoh projek pelajar yang telah lengkap dan dicerap.


Langkah seterusnys setelah selesai kerja-kerja menggegas pelajar perlu mencerap nombor
metrik masing masing pada bahan kerja yang telah siap. Gunakan penebuk nombor dan diketuk
di atas andas yang disediakan.

Rujukan.
(1) http://www.geocities.ws/anitsenggcollege/Introdfitting.pdf

(2) http://www.bspublications.net/downloads/05229cf9b012a3_workshop_Ch_1.p

(3) https://images-na.ssl-images-amazon.com/images/I/81h0ZOhlOXL.pdf

(4) https://notapoliteknikmalaysia.blogspot.com/2013/10/j1003-teknologi-worksyop-1.html

19

Anda mungkin juga menyukai