Anda di halaman 1dari 15

Accelerat ing t he world's research.

Analisis Keprihatinan Pengguna


Muslim Terhadap Isu Halal-Haram
Produk Melalui Pembentukan Indeks
Zack Mubarak

Related papers Download a PDF Pack of t he best relat ed papers 

Jurnal JPM vol 20 jun


rocks kops

CONT OH KERTAS KERJA CADANGAN PENYELIDIKAN


Dr. Mohd Anuar Ramli

Consumer Finance_ BUKU-JPM-VOL-16-JUN-2011 (1).pdf


Nur At ika At an
PROSIDING PERKEM VIII, JILID 3 (2013) 1245 - 12
ISSN: 2231-962X

Analisis Keprihatinan Pengguna Muslim Terhadap Isu Halal-Haram


Produk Melalui Pembentukan Indeks
Nor Aini Haji Idris
noraini@ukm.my

Mohd Ali Mohd Noor


ali@ukm.my

Pusat Pengajian Ekonomi


Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Persoalan mengenai halal dan haram produk merupakan persoalan penting untuk diberi perhatian oleh
umat Islam. Dari sudut Islam penggunaan sesuatu produk perlu diasaskan konsep halal dan baik. Islam
telah meletakkan garis panduan dan peraturan yang jelas mengenai perkara ini yang dijelaskan dalam
al-Quran dan sunah. Ini bermakna isu halal haram berkait rapat dengan soal keimanan umat Islam.
Namun kebelakangan ini banyak timbul keraguan dalam kalangan pengguna Islam tentang status halal
produk. Dengan kata lain, pengguna Islam semakin terdedah dengan pelbagai produk yang disyaki
dicampur dengan unsur-unsur yang haram di sisi Islam. Masyarakat Islam di negara ini juga dikejutkan
dengan isu penggunaan logo halal palsu dalam makanan, kesihatan dan jualan makanan di restoran
sehingga boleh meragukan pengguna. Perkara ini tidak boleh dipandang ringan atau remeh.
Persoalanya sejauh manakah pengguna Muslim di negara peka dengan apa yang berlaku dan adakah
mereka termasuk dalam kalangan yang mengambil berat dengan isu status produk yang mereka
gunakan seharian?
Perbincangan dalam kertas kerja ini berdasarkan kajian terhadap 113 responden Muslim. Di
samping melihat tahap kefahaman pengguna muslim mengenai konsep penggunaan dalam Islam, kajian
ini juga bertujuan bertujuan untuk membentuk indeks keprihatinan terhadap isu halal dan haram
produk serta faktor-faktor yang mempengaruhi tahap keprihatinan pengguna. Di samping penggunaan
analisis SPSS, analisis deskriptif dan chi-square, pembentukan indeks dilakukan dengan menggunakan
formula yang dibangunkan oleh TIPP (Technometrica Institute of Policy and Politics). Berdasarkan
angkubah keimanan, pengetahuan, sikap, persekitaran dan kesihatan, hasil kajian mendapati nilai
indeks berada pada tahap yang sangat baik melebihi paras normal 50.0%. Kesedaran yang tinggi ini
adalah hasil usaha badan-badan agama dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang
berterusan memberi maklumat yang berguna kepada pengguna Muslim di negara ini mengenai status
halam haram produk.

Kata kunci: Produk halal, Indeks keprihatinan pengguna, Pengguna Muslim, Tahap keprihatinan

ABSTRACT

Issue on consumers awareness in choosing the halal product is very important to focus on by all
Muslim consumer. In Islam, a product consumed should be based on halal concept and it is clearly
stated in the Qur’an and sunnah. This means Islam is indeed very concern about nutrition and hygiene
aspects that are consumed or used to make sure it is really beneficial to consumer, rather than harm.
The discussion in this paper based on a study carried out in 2012. The objective of the study which
involved 113 Muslim respondents is to develop a consumer awareness index (IKP) about ‘halal-haram’
product. The index is formed by using the technometrica institute of policy and politics (TIPP)
formula. The data collected is analysed by using the SPPS, descriptive analysis, chi-square and IKP.
The study shows that the level of consumer awareness index is exceeds the normal level, 50.0%. This
high level of consumer awareness is due to efforts that made continuously by JAKIM and other religion
organizations to make sure all products used by Muslim are save and halal.

Key words: Halal product, Consumer awareness index, Muslim consumer, Level of awareness

Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VIII (PERKEM VIII)


“Dasar Awam Dalam Era Transformasi Ekonomi: Cabaran dan Halatuju”
Johor Bahru, 7 – 9 Jun 2013
1246 Nor Aini Haji Idris, Mohd Ali Mohd Noor

PENGENALAN

Pengguna Muslim merupakan penggerak penting kepada perkembangan industri halal di negara ini.
Dengan jumlah penduduk Muslim sebanyak 61.3 % , peranan ini memang boleh dimainkan oleh
masyarakat Islam dalam memajukan industri halal. Namun ianya banyak bergantung kepada sikap
masyarakat itu sendiri dalam konteks keprihatinan mereka terhadap status halal haram sesuatu produk.
Kebanyakan pengguna Muslim terlalu mengambil mudah tentang perkara tersebut. Mereka
menganggap kewujudan akta Perihal Dagangan 2011 (APD 2011) yang diperkenalkan oleh kerajaan
menjadi jaminan kepada pengguna Muslim untuk mendapat produk yang diyakini suci dan halal.
Apabila terdapat kesangsian terhadap beberapa produk mengenai statusnya, ianya memberi signal
bahawa pengguna muslim tidak boleh bergantung semata-mata kepada akta dan pihak berkuasa dalam
memastikan produk yang dipasarkan bersatus halal. Sikap prihatin perlu ada pada setiap pengguna
Muslim. Dengan kata lain, sekurang-kurangnya mereka perlu tahu kandungan bahan dalam makanan
yang dimakan dan produk yang digunakan.
Terdapat beberapa faktor yang membantut perkembangan industri halal di negara ini.
Pertamanya pengeluaran dan produk halal masih dikuasai oleh orang bukan Islam. Contohnya pada
tahun 2010, 74.7% pemegang sijil halal Malaysia adalah bukan bumiputera bagi kategori produk,
premis makan dan rumah sembelihan (Berita Harian, 2013). Keduanya, pengusaha mengalami masalah
kekurangan rantaian bekalan bahan makanan halal terutamanya bahan mentah, ramuan, bahan
tambahan dan sebagainya. Walau bagaimanapun jika pengguna mempunyai sikap prihatin terhadap isu
halal haram ini, ianya dapat membantu mempercepatkan perkembangan industri halal negara. Jika
semua pengguna muslim sedar akan kepentingan ini, pengusaha produk juga turut berusaha untuk
memastikan produk yang dikeluarkan oleh mereka adalah halal. Secara langsung ianya akan
meningkatkan permintaan yang besar terhadap produk halal di pasaran.

KENAPA PRODUK HALAL?

Kepentingan industri produk halal mula diberi perhatian dalam Pelan Induk Perindustrian II (PIP 2),
1966-2005, dan diberi penekanan dalam Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3), 1998-2010. Industri
ini memang berpotensi untuk dibangunkan memandangkan Malaysia mempunyai kemudahan
infrastruktur dan kemahiran dalam teknologi pemprosesan. Ini disokong pula dengan komitmen
kerajaan dan pengiktirafan logo halal Malaysia di peringkat antarabangsa (Nor Aini et al.) Kesedaran
tentang kepentingan produk halal dan selamat semakin meningkat selari dengan peningkatan jumlah
umat Islam dunia. Halal merangkumi aspek tiada penipuan, tiada racun yang memudaratkan dan
sebagainya. Penipuan termasuk menipu timbangan, kualiti, tarikh luput, kandungan dan jenama
(Maa’mor, 2003). Keprihatian sikap pengguna Muslim di negara ini akan melahirkan umat Islam yang
beriman dan bertaqwa. Mengikut Zainal (2003), selain untuk kegunaan tempatan, produk halal negara
mempunyai potensi untuk di eksport disebabkan faktor-faktor berikut: 1. peningkatan kesedaran
tentang kualiti, kesihatan dan makanan yang halal dan selamat; 2.perubahan demografi; 3.pengaruh
dari pertambahan golongan menengah; 4.amalan pembelian secara runcit; 5.perkembangan jenama dan
label persendidrian; 6.gabungan dan kesatuan dalam kalangan pengusaha makanan global; dan
7.perubahan dalam teknologi pembungkusan, persekitaran, pilihan pengguna, penyimpanan dan
pembuangan.

METOD

Indeks keprihatinan pengguna (IKP) dibentuk dengan menggunakan formula TIPP. TIPP ini pernah
diiktiraf sebagai organisasi terbaik di Amerika Syarikat dalam mengumpul dan menganalisis
pandangan masyarakat umum berkaitan dengan isu-isu kepenggunaan, pengundian dan pembentukan
indeks keyakinan ekonomi. Memandangkan kajian ini menggunakan lima skala likert, formula yang
digunakan adalah:

Ki = 50 + 0.5 (P1+ – P1- ) / N + 0.25 (P2+ – P2-) /N………..2, di mana

P1+ : bagi skala sangat setuju


P1- : bagi skala amat tidak setuju
P2+ : bagi skala setuju
P2- :bagi skala tidak setuju
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 1247

N : jumlah responden yang terlibat


(Nilai P adalah dalam sebutan peratus atau %)

Indeks keprihatinan diperolehi dengan mempuratakan indeks keprihatinan pengguna (IKP)


bagi semua pembolehubah. Rumusannya adalah: IKP (isu halal haram) = ∑ IKP di mana IKP adalah
purata bagi kesemua angkubah yang terlibat. Dengan menggunakan nilai wajaran 0 hingga 100 (dalam
unit %):

0 : pengguna tidak mempunyai sikap keprihatinan langsung


Kurang daripada 50.0% : tahap keprihatin kurang baik
50.0% : tahap keprihatin yang sederhana
Lebih daripada 560.0% : tahap keprihatin yang baik
100.0% : tahap keprihatin pengguna yang sangat baik

PENEMUAN KAJIAN

Bahagian ini membincangkan hasil kajian menggunakan perisian Statistical Package for Social
Sciences (SPSS) 20. Tiga bentuk analisis yang dilakukan ialah analisis indeks keprihatinan pengguna
(IKP), analisis deskriptif (%) dan kuasa dua atau chi-square.

ANALISIS PRPOFIL DEMOGRAFI RESPONDEN

Jadual 1 menunjukkan peratus jantina responden perempuan adalah lebih tinggi berbanding jantina
responden lelaki dengan 60.2 % adalah responden perempuan manakala 39.8 % adalah responden
lelaki. Dari segi bangsa, 92 % dari keseluruhan responden terdiri dari bangsa Melayu diikuti 1.8 %
bangsa Cina Muslim dan baki 6.2 % bangsa India Muslim. Majoriti responden berumur di bawah 40
tahun (89.3 %) manakala 8 % responden berumur di antara 41 hingga 50 tahun dan baki 2.7 % ialah
mereka yang berumur melebihi 51 tahun.
Sementara itu, 77.0 % responden terdiri daripada mereka yang telah belum mendirikan rumah
tangga manakala 22.1 % adalah mereka yang telah berkahwin dan selebihnya 0.9 % adalah balu atau
isteri yang kematian suami. Dari segi latar belakang pekerjaan, 15 % responden berkhidmat di sektor
awam sambil 14.2 % lagi berkhidmat di sektor swasta. 8 % responden menjalankan perniagaan sendiri
dan hanya 1.8 % sahaja responden yang terdiri dari pesara. Baki 61.1 % adalah dari kalangan pelajar
IPT. Selain itu, kebanyakkan responden adalah berstatus pendidikan tinggi iaitu pemegang diploma ke
atas (72.6 %). Hanya 0.9 % daripada responden mempunyai tahap pendidikan setakat peringkat sekolah
rendah. 26.5 % lagi mempunyai latar pendidikan sehingga peringkat sekolah menengah. Dari segi
lokasi kediaman, 41.6 % responden menetap di kawasan luar bandar manakala 58.4 % responden
tinggal di kawasan bandar.

ANALISIS INDEKS KEPRIHATINAN (IKP)

Dalam analisis hasil kajian ini, formula Technometrica Institute of Policy and Politics (TIPP)
digunakan bagi mengukur Indeks Keprihatinan Pengguna (IKP) muslim terhadap isu halal haram
produk. Dengan menggunakan perisian SPSS 20, analisis aspek terhadap 41 pembolehubah telah
dilakukan yang dipecahkan kepada lima bahagian utama.

i. Aspek Keimanan

Aspek keimanan dirujuk kepada pembolehubah hukum penggunaan, pengaruh penggunaan, muslim
yang sejati dan hubungan umat Islam merupakan antara pemboleh ubah yang mencatatkan tahap
keprihatinan pengguna yang sangat baik seperti yang terdapat dalam Jadual 2. Manakala pembolehubah
yang selebihnya tidak mempunyai perbezaan yang ketara iaitu 96.2 % untuk peranan muslim dalam
menjaga gelagat penggunaan mereka, 81.2 % untuk amalan yang dilakukan seseorang muslim yakni
membaca al-Quran. 94.2 % mewakili pemahaman mengenai konsep halal haram. Secara
keseluruhannya, IKP terhadap isu halal haram produk dari aspek keimanan adalah sangat baik (92.7
%).
1248 Nor Aini Haji Idris, Mohd Ali Mohd Noor

ii. Aspek Pengetahuan

Dari aspek pengetahuan yang menguji pemahaman responden, menunjukkan nilai indeks keprihatinan
pengguna yang agak tinggi iaitu melebihi 70.0 % bagi setiap pembolehubah berkenaan seperti yang
terdapat dalam Jadual 3. Secara keseluruhannya, IKP terhadap isu halal haram produk dari aspek
pengetahuan adalah sangat baik (83.5 %).

iii. Aspek Sikap

Aspek sikap merupakan tindakan pengguna untuk tidak membeli produk yang diragui status halalnya.
Ia mencatatkan indeks keprihatinan yang tertinggi iaitu 90.0 % (lihat Jadual 4). Sementara bagi
pemboleh ubah kepekaan pengguna dan kesalahan pengguna menunjukkan tahap keprihatinan sekitar
85.0 % manakala pembolehubah penelitian pengguna adalah bernilai 76.5 % iaitu yang terendah secara
perbandingannya antara pemboleh ubah. Bagi pembolehubah yang selebihnya juga mencatatkan nilai
melebihi 70.0 %. Secara keseluruhannya, IKP terhadap isu halal haram produk dari aspek sikap adalah
sangat baik (82.0 %).

iv. Aspek Persekitaran

Aspek persekitaran yang melibatkan faktor di sekeliling pengguna secara puratanya menunjukkan
keputusan yang memberangsangkan seperti yang dipaparkan dalam Jadual 5. Tahap keprihatinan bagi
pembolehubah peranan pendidikan, peranan pasaraya dan peranan ibu bapa tidak menunjukkan
perbezaan yang ketara iaitu sekitar 90.0 %. Peranan internet sebagai sumber maklumat mencatatkan
keputusan purata yang paling rendah iaitu 79.4 % secara perbandingan dengan pembolehubah lain.
Sementara pembolehubah yang selebihnya adalah berada melebihi 80.0 % yang menunjukkan tahap
keprihatinan pengguna adalah tinggi. Secara keseluruhannya, IKP terhadap isu halal haram produk dari
aspek persekitaran adalah sangat baik (86.1 %).

v. Aspek Kesihatan

Dalam aspek kesihatan, terdapat enam pembolehubah penting termasuk kesucian produk yang
mencatatkan nilai purata tahap keprihatinan tertinggi iaitu 93.9 % berbanding pembolehubah yang lain.
Jadual 6 menunjukan keputusan purata indeks. Nilai yang paling rendah dicatatkan dalam aspek ini
adalah bagi pembolehubah penggunaan gelatin haiwan (77.7 %). Sementara bagi pembolehubah kualiti
dan sumber penghasilan masing-masing menunjukkan perbezaan nilai tahap keprihatinan yang tidak
ketara iaitu 86.9 % dan 86.0 %. Secara kesleuruhannya , IKP terhadap isu halal haram produk dari
aspek kesihatan adalah sangat baik (86.6 %).

Analisis Keseluruhan Indeks Keprihatinan Pengguna (IKP)

Daripada Jadual 7 didapati secara keseluruhannya tahap keprihatinan pengguna adalah sangat baik iaitu
sebanyak 88.0 %. Nilai ini dikira sebagai purata Indeks Keprihatinan Pengguna (IKP) bagi kesemua
aspek yang diambil kira dalam kajian ini. Hal ini menunjukkan bahawa para pengguna mempunyai
tahap keprihatinan atau kesedaran yang tinggi mengenai isu-isu yang berlaku berkaitan halal-haram
sesuatu produk. Nilai indeks yang paling tinggi adalah bagi nilai aspek keimanan iaitu sebanyak 97.9 %
manakala nilai yang paling rendah adalah 81.6 % yang dicatatkan bagi aspek sikap.
Kesimpulannya sikap para pengguna terhadap isu-isu berkaitan halal-haram produk sangat
penting dalam melihat bagaimana perspektif atau tanggapan awal para pengguna Muslim amnya
terhadap isu ini. Oleh itu kajian tentang pembentukan indeks keprihatinan telah dilakukan dengan
tujuan untuk mengukur tahap keprihatinan pengguna muslim terhadap isu halal haram produk.
Sebanyak 41 pembolehubah dinilai dengan menggunakan formula asas indeks TIPP yang dibangunkan
oleh Technometrica Institute of Policy and Politics. Secara keseluruhannya tahap keprihatinan
pengguna bagi kelima-lima aspek yang dikaji menunjukkan bacaan nilai indeks yang sangat baik iaitu
86.2 % melebihi paras normal 50.0 %. Ini membuktikan para pengguna muslim yang dikaji begitu
prihatin mengenai isu halal haram produk atau dengan kata lain para pengguna Muslim sangat
mengambil berat soal penggunaan produk mereka.
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 1249

ANALISIS DESKRIFTIF

Dalam bahagian ini, analisis deskriptif dilakukan untuk mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi
tahap keprihatinan pengguna Muslim terhadap isu halal haram produk seperti yang telah dinyatakan
dalam objektif kajian. Analisis akan dipecahkan kepada lima bahagian utama iaitu berdasarkan aspek
keimanan, pengetahuan, sikap, persekitaran, dan kesihatan. Jadual kekerapan dipaparkan dalam Jadual-
jadual 8 hingga 12.

Aspek Keimanan

Berdasarkan Jadual 8, majoriti responden (96.5 %) mengakui bahawa mereka merupakan seorang
muslim yang patuh pada ajaran dan kehendak Islam sementara 3.5 % meletakkan dalam keadaan yang
tidak pasti. Namun, jawapan ini mungkin agak subjektif berdasarkan kejujuran responden. Misalnya,
terdapat juga dalam kalangan responden yang gagal menyempurnakan amalan wajib umpamanya solat
lima waktu tetapi masih menganggap diri mereka seorang yang benar-benar patuh pada perintah Allah
SWT. Sementara itu, 80.5 % responden menyatakan bahawa mereka membaca al-Quran sekurang-
kurangnya sekali dalam seminggu manakala 8.8 % lagi adalah tidak pasti. Baki responden, 10.6 %
menunjukkan mereka ini tidak bersetuju dengan kenyataan sedemikian. Ini menunjukkan mereka tidak
membaca al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan mereka di samping menjadi benteng keimanan
kepada manusia dari godaan musuh Islam.
Berkenaan konsep halal, 95.5 % responden menyatakan mereka memahami pengertian dan
asas konsep halal berlandaskan Islam. Sebanyak 99.1 % responden mengakui hukum penggunaan
produk atau makanan halal wajib bagi setiap umat Islam. Ini kerana, penggunaan produk atau makanan
yang halal beerti menggunakan sesuatu yang mampu member manfaat kesihatan kepada tubuh badan.
Begitu juga dengan pengaruh keimanan, 92.1 % responden bersetuju bahawa penggunaan sesuatu
produk boleh mempengaruhi keimanan seseorang. Sebab itu, umat Islam perlu menjauhi dari
penggunaan produk-produk atau makanan yang tidak halal kerana dikhuatiri boleh menjejaskan
keimanan seseorang. Peranan pendidikan dalam mempengaruhi gaya penggunaan individu turut
dipersetujui oleh 99.1 % responden. Banyak kajian-kajian terdahulu menunjukkan medium pendidikan
merupakan antara alat yang signfikan dalam mencorak keperibadian dan gaya seseorang individu
khususnya umat Islam.
Memang tidak dapat di sangkal lagi, prinsip seorang Muslim yang sejati adalah dengan
mengamalkan setiap suruhan atau perintah Allah SWT dan meninggalkan atau menjauhi larangannya.
Kesemua responden bersikap positif pada kenyataan tersebut. Selain itu, seseorang individu Muslim
yang memelihara atau menjaga hubungan atau ikatan dengan Allah SWT sentiasa mempersiapkan diri
mereka untuk menjauhi atau mengelakkan dari perkara-perkara yang boleh memudaratkan bukan
sahaja pada dri sendiri tetapi juga kepada pihak lain seperti yang diakui oleh 99.1 % responden.

Aspek Pengetahuan

Aspek pengetahuan cuba melihat tahap maklumat atau informasi yang dipunyai oleh setiap pengguna
Muslim dalam memperuntukkan penggunaan sesuatu produk atau makanan halal. Jadual 9
menunjukkan hasil keputusan bagi aspek ini. 78.8 % responden percaya bahawa produk atau makanan
yang dihasilkan atau diusahakan oleh pengeluar Muslim diyakini kehalalannya tanpa wujud perasaan
sangsi atau keraguan. Namun, 6.2 % responden berpandangan sebaliknya. Banyak laporan yang telah
disiarkan di dada-dada akhbar mahupun di dalam laman web (website) tertentu yang memaparkan kes
di mana terdapat kalangan pengusaha Muslim yang mengabaikan prinsip halal dalam pengeluaran
termasuk keadaan persekitaran yang kotor, sumber yang diragui dan sebagainya. Sebanyak 99.1 %
responden mengetahui hakikat khinzir atau babi adalah haram di sisi Islam. Sebanyak 0.9 % responden
pula tidak bersetuju dengan penyataan tersebut. Ini mungkin dari perspektif mereka, bukan sahaja
khinzir atau babi yang diharamkan dalam Islam, malah banyak lagi sebenarnya contohnya arak.
Produk yang halal adalah dihasilkan dari sumber yang bersih, suci dan berkualiti. 99.1 %
responden mengakui kebenaran pernyataan berkenaan. Sebanyak 0.9 % responden bertindak
sebaliknya. Bagi mereka tidak semestinya produk yang halal itu dihasilkan dengan menggunakan
sumber-sumber yang terjamin kebersihan dan kesuciannya. Sumber bukan sahaja tetakluk pada bahan-
bahan yang digunakan tetapi merangkumi pekerja yang terlibat. Misalnya banyak restoran India
muslim yang menggajikan para pekerja yang latar belakangnya bukan beragama Islam. Dalam konteks
berlainan, 96.5 % responden bersetuju terdapat lambakan produk halal di pasaran pada masa kini. Ini
sedikit sebanyak memberi kesenangan kepada pengguna Muslim untuk mendapatkan produk atau
makanan yang halal. 99.1 % responden bersetuju bahawa, logo halal yang sah digunakan adalah logo
1250 Nor Aini Haji Idris, Mohd Ali Mohd Noor

yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM sahaja. Tetapi 0.9 % menyangkal dakwaan berkenaan. Ini kerana
logo halal yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) atau Jabatan Agama Islam
Negeri (JAIN) juga adalah sah digunakan.
Sementara itu, 69.0 % responden besetuju bahawa sesuatu produk atau makanan yang
mempunyai logo halal yang tidak diiktiraf oleh JAKIM adalah tidak halal digunakan. Namun
kenyataan ini dibantah oleh 9.7 % responden. Logo halal bukan sahaja dikeluarkan oleh JAKIM, tetapi
banyak lagi agensi pensijilan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Dalam konteks berlainan,
majoriti responden bersepakat bahawa mereka akan menggunakan produk yang dikeluarkan oleh
pengusaha bukan Muslim sekiranya produk berkenaan mempunyai status logo halal JAKIM yang sah
walaupun 10.8 % reponden tidak bersetuju dengan kenyataan ini. Premis atau restoran yang
mempunyai sijil halal yang sah adalah dijamin dan diyakini kebersihan dan kehalalanya. Ini disokong
oleh lebih 75.0 % responden manakala kurang 8.0 % menyangkal hujah berkenaan. Seterusnya, 93.8 %
responden bersetuju bahawa terdapat pelbagai logo halal (tidak diiktiraf JAKIM) yang mengelirukan
berada di pasaran sehingga menyukarkan mereka untuk membuat pilihan semasa membeli.

Aspek Sikap

Dari segi sikap, antara pembolehubah atau soalan yang diajukan kepada responden termasuklah
berkaitan keprihatinan mereka terhadap isu-isu produk atau makanan halal. 93.8 % responden
mengakui bahawa mereka sentiasa mengambil berat tentang isu-isu berkaitan produk halal. Lantaran
itu, 98.2 % responden bersetuju bahawa, mereka tidak akan membeli sesuatu produk khususnya
makanan sekiranya mendapati status halal produk berkenaan diragui. 83.2 % responden juga bersetuju
dengan kenyataan bahawa penggunaan sesuatu produk halal adalah merupakan pilihan masing-masing
atau individu itu sendiri. Kini, banyak lambakan produk makanan amnya di pasaran sama ada yang
diimport atau yang tempatan dan kedua-dua ini turut mempunyai logo halal. Namun lebih 90.0 %
responden lebih mempercayai status halal produk yang dikeluarkan pengusaha tempatan berbanding
produk yang dihasilkan di luar negara.
Selain itu, antara komponen penting dalam sikap seseorang pengguna turut dapat dilihat
berdasarkan kenyataan berkaitan pembelian produk halal. Buktinya 87.6 % responden menyatakan
mereka hanya membeli sesuatu produk sekiranya produk berkenaan mempunyai logo halal JAKIM
yang sah walaupun kurang 3.0 % responden bertindak sebaliknya. Untuk itu, 85.8 % responden
bersetuju bahawa mereka tidak akan membeli produk (makanan) itu sungguhpun produk tersebut
adalah menjadi kegemaran mereka. Tindakan proaktif pengguna Muslim dalam meraih maklumat
berkaitan halal dari pelbagai sumber turut terserlah. Buktinya, 84.0 % responden sentiasa berusaha
untuk mendapatkan perkembangan semasa berkenaan produk halal samada melalui pembacaan
mahupun di internet.
Di samping itu, terdapat segelintir responden (5.3 %) yang tidak meneliti terlebih dahulu
kandungan atau bahan yang digunakan bagi penghasilan sesuatu produk sama ada bahan yang
digunakan itu adalah sesuai atau halal di sisi syarak. Seterusnya, komponen terakhir dalam aspek sikap
adalah berkaitan kesan kepada pengguna itu sendiri. Lebih 97.0 % responden bersetuju bahawa mereka
akan merasa bersalah sekiranya menggunakan produk (makanan) yang tidak mempunyai halal (sah)
bahkan yang tidak mempunyai logo halal.

Aspek Persekitaran

Aspek persekitaran melibatkan keadaan di sekeliling yang mempengaruhi gaya penggunaan seseorang
individu Muslim itu. Komponen pertama adalah berkaitan peranan media massa. Sebanyak 85.9 %
responden bersetuju bahawa peranan medium seperti televisyen dan radio adalah sangat penting dalam
membekalkan pengguna maklumat yang tepat dan terkini khususnya berkenaan isu-isu semasa produk
halal. Sebaliknya, 6.1 % responden menafikan tindakan medapatkan maklumat melalui internet kerana
dikhuatiri maklumat yang dipaparkan itu tidak mempunyai bukti-bukti yang sahih dan sumber yang sah
melainkan dari laman web yang diyakini kesahan seperti JAKIM, Persatuan Pengguna Islam Malaysia
(PPIM) dan sebagainya. Majoriti responden menyatakan bahawa mereka tidak akan ke premis atau
restoran yang tidak mempunyai logo halal yang sah walaupun di ajak teman-teman atau sahabat rapat.
99.1 % responden mengakui bahawa, peranan ibu bapa sangat penting dalam mencorak gaya
penggunaan melalui asas pendidikan di rumah.
Persekitaran pekerjaan menyaksikan pelbagai kaum terdapat dalam sesebuah organisasi
misalnya pekerja Melayu, China dan India. Bagi pengguna Muslim (Melayu), pasti merasakan tercabar
dalam situasi berkenaan khususnya dalam aspek penggunaan (produk) yang halal. 92.0 % responden
menyifatkan mereka tidak sama sekali menggunakan produk (makanan) yang di beri rakan bukan
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 1251

Muslim sekiranya mendapati produk berkenaan tidak mempunyai logo halal yang sahih atau sah.
Keberkesanan pihak JAKIM dalam memantau perkembangan semasa berkaitan isu-isu produk halal
turut mendapat reaksi positif pengguna. Buktinya, 93.8 % responden yakin bahawa pihak JAKIM
mampu memantau dari masa ke semasa ke atas setiap produk halal yang terdapat di pasaran. Dalam
konteks majikan pula, 96.5 % responden mengakui bahawa mereka tidak akan sesekali menggunakan
(makan) produk (makanan) yang diberikan oleh majikan (bukan Muslim) sekiranya didapati produk
berkenaan tidak disertai dengan logo halal yang sah oleh JAKIM.

Aspek Kesihatan

Gaya penggunaan sesuatu produk sangat penting dalam memelihara tahap kesihatan seseorang. Antara
kenyataan yang disertakan di bawah aspek kesihatan adalah berkaitan kesucian dan kebersihan produk
halal. 99.1 % responden mengakui bahawa produk halal adalah diyakini kesuciannya, bersih dan
selamat untuk digunakan. Sebagai individu yang normal, soal kesihatan perlu diutamakan dalam
penggunaan sesuatu produk. Namun segelintir (2.7 %) responden bertindak sebaliknya iaitu
mengabaikan aspek kesihatan apabila menggunakan (memakan) sesuatu produk (makanan). Majoriti
responden (96.5 %) menyakini bahawa produk yang halal adalah bersih dan suci dari aspek
penyediaannya. Sememangnya di akui bahawa produk yang halal adalah sangat berkualiti dan diyakini
kerana setiap produk (makanan) telah melalui beberapa peringkat pemeriksaan bermula dari sumber
yang digunakan berdasarkan prosedur ketat yang telah ditetapkan oleh pihak JAKIM dengan kerjasam
pihak berkuasa kesihatan. Dari segi sumber, 95.6 % responden bersetuju bahawa produk yang halal
adalah dihasilkan dari sumber atau bahan yang selamat dan bersih malah bebas dari pengaruh yang
boleh merosakkan mutu atau kualiti sesuatu produk. 74.8 % responden mengaku bahawa penggunaan
bahan berunsurkan gelatin haiwan adalah tidak baik untuk kesihatan seseorang individu.

ANALISIS KUASA –DUA (CHI-SQUARE)

Analisis kuasa yang dilakukan menemukan hasil berikut:

1. Wujud hubungan beerti di antara parameter umur dengan aspek pengetahuan. Ertinya,
pembolehubah aspek pengetahuan dipengaruhi secara signifikan oleh faktor umur. Ini
bermakna, apabila umur seseorang itu meningkat maka berupaya menambahkan lagi ilmu
pengetahuan mereka. Dalam konteks ini, pegetahuan adalah melibatkan persoalan mengeni
halal haram sesuatu produk atau makanan. Gaya atau corak pemikiran atas paksi pengetahuan
dilihat turut berbeza dai segi umur. Misalnya, golongan muda (umur bawahan) mungkin tidak
arif lagi mengenai halal haram berbanding mereka yang dewasa (umur atasan).
2. Wujud hubungan beerti di antara parameter tahap pendidikan responden dengan aspek
persekitaran. Ertinya, pembolehubah aspek persekitaran dipengaruhi secara signifikan oleh
faktor tahap pendidikan. Peranan pendidikan sangat penting dalam memupuk nilai kesedaran
tentang betapa pentingnya pengambilan produk halal. Dalam konteks ini, tahap pendidikan
yang lebih baik dapat memastikan para pengguna untuk mengenalpasti sesuatu yang benar
atau sebaliknya. Semakin tinggi tahap pendidikan seseorang individu itu, maka tiada masalah
untuk mendapatkan maklumat berkaitan sesuatu isu khususnya isu halal haram,
menyelesaikan sesuatu permasalahan berbangkit, mengiktiraf peranan pihak berkuasa JAKIM
dan sebagainya.
3. Aspek keimanan mempunyai hubungan beerti dengan pembolehubah aspek pengetahuan. Hal
ini kerana, seseorang Muslim yang patuh pada ajaran Islam sewajarnya mengetahui selok-
belok mengenai halal haram menurut Islam termasuk dari aspek kandungannya seperti khinzir
adalah haram di sisi Islam. Malah, seseorang yang telah memahami tentang konsep halal
haram mengikut Islam sentiasa menyakini bahawa produk yang halal dihasilkan dari sumber
yang bersih, suci dan berkualiti. Sementara itu, penerapan nilai agama melalui pendidikan
mampu mempengaruhi gaya penggunaan seseorang individu. Misalnya, seseorang itu tidak
akan berasa ragu-ragu untuk membeli produk keluaran bukan Muslim asalkan ianya
mempunyai logo halal JAKIM yang sah.
4. Wujud hubungan yang bererti diantara aspek keimanan engan pembolehubah aspek
persekitaran. Ini menunjukkan bahawa seseorang Muslim yang patuh pada ajaran Islam dan
memahami konsep asas halal haram berlandasakan Islam umpamanya tidak akan sesekali
menggunakan produk yang diberi oleh rakan bukan Muslim apabila produk tersebut tidak
mempunyai logo halal yang sah. Malah penerapan nilai agama melalui pendidikan dilihat
1252 Nor Aini Haji Idris, Mohd Ali Mohd Noor

mampu memberi nilai kesedaran tentang betapa pentingya pengambilan produk halal. Jika
seseorang itu mengiktiraf penggunaan sesuatu produk boleh mempengaruhi keimanan, maka
mereka tidak akan sesekali menggunakan produk (makanan) yang disediakan oleh majikan
(bukan Muslim) sekiranya mendapati produk (makanan) itu samar tentang halalnya.
5. Pembolehubah aspek keimanan mempunyai hubungan yang signifikan dengan pembolehubah
aspek kesihatan. Dengan kata lain, kedua-dua pembolehubah saling mempengaruhi antara satu
sama lain. Umpamanya, seseorang individu yang arif mengenai konsep halal haram mengikut
Islam sentiasa menyakini bahawa produk yang halal adalah dijamin selamat, suci dan bersih
dari segi penyediaanya. Ini kerana produk yang mempunyai sijil halal JAKIM perlu melalui
proses atau prosedur standard yang ketat sebelum diiktiraf sebagai produk halal.
Memandangkan hukum penggunaan sesuatu produk atau makanan adalah wajib, maka produk
yang halal adalah dihasilkan dari sumber yang selamat dan tidak membahayakan kesihatan.
6. Wujud hubungan yang signifikan di antara pembolehubah aspek pengetahuan dengan
pembolehubah aspek sikap pengguna. Kedua-dua pembolehubah ini saling mempengaruhi
antara satu sama lain. Misalnya, memandangkan logo halal yang sah hanya dikeluarkan oleh
pihak JAKIM sahaja, kebanyakan pengguna Muslim amnya memastikan bahawa mereka
hanya membeli produk yang mempunyai logo halal JAKIM sahaja. Disebabkan terdapat
pelbagai lambakan jenis produk yang berada di pasaran,maka seseorang individu akan sentiasa
berusaha untuk mengenalpasti produk yang tidak halal digunakan melalui pembacaan samada
di akhbar-akhbar atau majalah berkaitan mahupun internet.
7. Pembolehubah aspek sikap dan pembolehubah aspek kesihatan turut mempunyai hubungan
yang signifikan di antara satu sama lain. Misalnya, seseorang individu yang amat mengambil
berat soal kesihatan apabila menggunakan sesuatu produk akan sentiasa memastikan bahawa
produk berkenaan adalah halal di samping bahan-bahan atau kandungan yang digunakan tidak
membahayakan kesihatan. Lazimnya, seseorang individu itu hanya membeli sesuatu produk
yang mempunyai logo halal JAKIM sahaja kerana produk yang mempunyai sijil halal JAKIM
adalah sangat berkualiti, dari sumber yang halal, dan bersih dari segi penyediaannya ekoran
prosedur standard yang amat ketat dipraktikkan oleh pihak JAKIM. Malah, seseorang individu
juga tidak akan membeli sesuatu produk jika diragui status kehalalannya kerana produk yang
tidak halal dikhuatiri dihasilkan dari sumber yang tidak dibenarkan dari segi syarak dan boleh
menjejaskan tahap kesihatan.

RUMUSAN

Tiga bentuk analisis telah dijalankan merangkumi analisis indeks keprihatinan pengguna (IKP), analisis
deskriptif (%) dan analisis korelasi kuasa dua (chi-square). Setiap analisis berkenaan telah memberikan
keputusan yang berbeza.
Analisis IKP dilihat telah memenuhi objektif kajian yang pertama iaitu membentuk IKP
terhadap isu halal haram produk. Objektif pertama iaitu membentuk indeks keprihatinan pengguna
terhadap isu halal dan haram produk di lihat telah mencapai sasarannya. Dengan menggunakan
formula asas yang telah dibentuk oleh Technometrica Institute of Policy and Politics (TIPP), maka
pengiraan indeks berjaya dilakukan. Nilai indeks bagi setiap aspek keimanan, pengetahuan, sikap,
persekitaran dan kesihatan berada pada tahap yang sangat baik melebihi paras normal 50.0 %. Ini
menunjukkan pengguna muslim amnya mempunyai tahap keprihatinan yang sangat baik terhadap isu-
isu berkenaan dengan halal dan haram sesuatu produk terutamanya yang melibatkan makanan.
Penemuan ini tidaklah menghairankan kerana masyarakat Islam dewasa ini kian peka terhadap
keperluan mengambil dan menggunakan produk halal. Kesedaran ini adalah atas daya usaha badan-
badan agama di negara ini khususnya pihak JAKIM dalam memberikan maklumat kepada pengguna.
Untuk mengkaji tahap kesedaran dan kefahaman pengguna berkenaan konsep kepenggunaan
berlandaskan prinsip Islam, maka analisis berbentuk deskriptif (%) telah digunakan. Setiap
pembolehubah berkenaan telah memberikan keputusan yang berbeza di antara satu sama lain. Hasil
kajian secara keseluruhannya mendapati responden lebih menekankan cita rasa individu berbanding
persoalan halal haram. Undian secara atas talian (online) yang dijalankan oleh Halaljournal.com (2007)
menunjukkan 50.0 % pengguna menganggap konsep produk atau makanan halal lebih merupakan
keperluan untuk keselamatan dan kebersihan berbanding kehendak agama. Dapatan yang hampir sama
disokong semasa pengguna membuat pilihan ketika berada di luar negara. Hampir 75.0 % pengguna
Muslim di luar negara membuat pilihan berpandukan kandungan bahan yang tertulis pada bungkusan
produk berbanding produk yang berlogo halal. Ini menunjukkan bahawa keutamaan membeli produk
yang mempunyai logo halal sebenarnya tidak menjadi syarat utama pengguna Muslim ketika membuat
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 1253

pilihan. Dengan kata lain, rata-rata pembeli Muslim masih memberi keutamaan kepada aspek-aspek
lain seperti harga, cita rasa, pembungkusan dan kualiti.
Selain itu, hasil kajian ini mendapati 86.0 % responden menyatakan bahawa mereka
mengetahui berkenaan konsep asas halal haram dalam Islam. Ini juga boleh dikaitkan dengan peranan
pendidikan dan pihak berkuasa JAKIM dalam memupuk kesedaran dan keprihatinan dalam kalangan
pengguna Muslim. Walau bagaimanapun, terdapat juga segelintir responden yang masih lagi tidak pasti
status halal haram pada sesuatu produk terutamanya makanan. 84 % responden menyatakan terdapat
beberapa logo halal (tidak diiktiraf JAKIM) yang mengelirukan dalam sesuatu produk di pasaran. Hal
ini menyebabkan para pengguna Muslim menghadapi kesukaran untuk mengenalpasti logo halal yang
benar-benar sah untuk digunakan. Ini menunjukkan bahawa responden sebenarnya tidak memahami
sepenuhnya konsep halal haram dalam Islam.
Dari aspek pengetahuan pula, 16.0 % responden dilihat tidak bersetuju bahawa produk yang
mempunyai logo halal tanpa pengiktirafan JAKIM adalah tidak halal digunakan. Ini merupakan satu
masalah besar kepada para pengguna. Kepelbagaian produk dan logo halal di pasaran telah
mencetuskan polemik tersebut. Tinjauan yang sama telah dijalankan oleh Halaljournal ke atas produk
farmaseutikal dan kosmetik. Bagi farmaseutikal, 75.0 % pengguna menyatakan mereka masih tetap
memilih produk yang telah biasa digunakan walaupun tidak halal berbanding produk halal yang
diketahui telah berada di pasaran. Hanya 13.0 % pengguna sahaja akan beralih kepada produk
farmaseutikal halal sekiranya dimaklumkan kehadirannya di pasaran. Ini secara tidak langsung
memberi isyarat kepada tahap asas kefahaman pengguna Muslim yang masih lagi rendah mengenai
kepentingan mengguna produk dan barangan yang halal.
Sementara itu, dapatan kajian juga menunjukkan terdapat juga dalam kalangan responden
yang menyatakan bahawa tidak semua premis makanan atau restoran yang mempunyai sijil halal
adalah terjamin halal makanannya terutamanya yang dimiliki oleh pengusaha bukan Muslim.
Sungguhpun begitu, statistik permohonan Sijil Pengesahan Halal (SPH) menunjukkan kebanyakan
pemohon atau pemegang adalah terdiri daripada pengusaha makanan bukan Islam. Amat menyedihkan
apabila didapati golongan pengusaha makanan Islam yang memohon SPH adalah kecil jumlahnya
berbanding pengusaha bukan Islam. Ini merupakan suatu dilema dalam kalangan pengguna Muslim.
Pengguna Islam perlu menggunakan kuasa membeli mereka untuk mendidik pengeluar dan premis
makanan berhubung kepentingan mendapatkan sijil halal JAKIM demi pertumbuhan perniagaan
mereka masa depan. Prinsip asas dalam pengeluaran SPH oleh JAKIM dan JAIN adalah cukup jelas.
Sesuatu produk atau makanan itu bukan sahaja perlu halal tetapi juga baik (halalan tayyiba), iaitu tidak
memudaratkan pengguna. Segala aspek kesihatan, kebersihan dan keselamatan turut di ambil perhatian
dalam meluluskan permohonan sijil halal ini selain menitikberatkan aspek berkaitan bahan-bahan
ramuan yang digunapakai dalam penghasilan produk.
Pengetahuan responden terhadap status makanan atau ingredien saintifik juga boleh
dikategorikan pada tahap sederhana lemah dan kabur. Ini mungkin terjadi akibat kurangnya penyebaran
maklumat, kurangnya pendedahan serta pendidikan kepenggunaan dalam masyarakat di negara ini.
Secara umumnya masyarakat kita bukanlah masyarakat yang secara majoritinya mempunyai
pendidikan tentang kepenggunaan dan kurang lantang dalam membangkitkan isu berkaitan termasuklah
keraguan dalam isu halal haram makanan. Hanya sesetengah komuniti dan badan sahaja yang lantang
dalam bertindak mempertahankan hak kepenggunaan secara umumnya. Pada sesetengah isu status
makanan, seperti pepsin, shortening dan asid lemak, pengkaji mendapati respon responden yang
majoritinya merasa ‘tidak pasti’, menggambarkan kecetekan pengetahuan kebanyakan responden
terhadap sesuatu isu terutama mengenai isu saintifik dalam bidang makanan.
Persepsi dan kefahaman responden secara keseluruhannya terhadap konsep pemakanan yang
halal, haram dan syubhah dalam Islam adalah baik dan memuaskan Ini dapat dinilai apabila majoriti
responden memberikan respon yang membuktikan mereka faham akan konsep halal haram pemakanan
di dalam Islam dalam soal selidik yang dikemukakan dan kurang daripada 5% responden yang kabur
dengan isu-isu terhadap konsep halal, haram dan syubhah dalam pemakanan yang dikemukakan. Ini
menggambarkan majoriti responden mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang baik terhadap
konsep-konsep asas pemakanan dalam Islam. Dapat disimpulkan walaupun persepsi dan kefahaman
majoriti responden adalah berada pada tahap yang baik, tetapi sebahagian kecil masih lemah dari sudut
pelaksanaan dan praktisnya dalam kehidupan seharian. Ini mungkin terjadi akibat sikap kurang peka
dan sambil lewa dalam melaksanakan aktiviti seharian sedangkan di dalam Islam segala aktiviti adalah
ibadah. Ibubapa muslim seharusnya peka terhadap kesucian sumber pendapatan masing-masing kerana
ia merupakan antara asas utama dalam memastikan sumber makanan adalah halal. Jika kandungannya
adalah halal, kualiti makanan adalah baik, kebersihan produk terjamin, tetapi dibeli menggunakan
wang syubhah dan haram, makanan tersebut tetap dianggap syubhah dan haram.
1254 Nor Aini Haji Idris, Mohd Ali Mohd Noor

Justeru itu, adalah diharapkan bahawa hasil daripada kajian yang dijalankan ini dapat memberi
manfaat atau faedah kepada semua pihak. Maklumat dan bahan berkaitan produk halal dapat
dikumpulkan sebagai garis panduan kepada para pengguna bagi mengenalpasti kehalalan produk yang
mereka gunakan. Selain itu, kajian turut berjaya menerbitkan satu garis panduan yang lengkap dalam
membantu para pengguna Muslim khususnya menggunakan produk atau makanan yang halal selain
informasi penting kepada pengguna. Pembentukan IKP dilihat dapat memberi gambaran jelas mengenai
tahap keprihatinan pengguna Muslim berkenaaan isu halal haram produk. Pihak berkuasa khususnya
JAKIM atau JAIN boleh menggunakan nilai IKP ini bagi merangka strategi sama ada untuk
mengekalkan atau meningkatkan lagi nilai IKP berlandaskan tindakan-tindakan yang sesuai. Misalnya,
jika nilai IKP kurang 50.0% maka sesuatu perlu dilakukan oleh pihak JAKIM atau JAIN kerana nilai
tersebut melambangkan tahap keprihatinan pengguna sangat rendah. Sebagai rumusan, kajian ini dapat
membantu pihak JAKIM dan JAIN dalam memantau, memberi pendedahan dan kesedaran kepada
masyarakat mengenai garis panduan produk atau makanan halal yang sebenar mengikut Islam selaras
hasrat kerajaan yang ingin menjadikan Malaysia sebagai pusat pengeluaran makanan halal dunia.

RUJUKAN

Berita Harian. (2013). Kepenggunaan: Pekakah Pengguna Muslim? 16 Mac.


Maa’mor Osman. (2003). “Kepentingan Makanan Halal dan Selamat ke Arah Keharmonian
Masyarakat dan Negara”. Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar Kempen Makanan Halal
dan Selamat. Kuala Lumpur, Januari.
Methodology. (2013). Atas talian: http://www.tipponline.com/methodology/tipp indexes/methodology.
Akses pada 20 April.
Nor Aini Haji Idris et al. (2007). Malaysia ke Arah Hab Makanan Halal Dunia. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Technometrica Market Intellighence. (2013). Atas talian: http://www.technometrica.com/. Akses pada
18 April.
Zainal Azman Haji Abu Kasim. (2003). “ Market,potential and Challenges for the Halal Food
Industries”. Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar Halal: The Concept and its Business
Opportunities. Kuala Lumpur, 6-7 Mac.

JADUAL 1: Profil Demografi Responden

ITEM KEKERAPAN PERATUS RESPONDEN


(N = 113) YANG TERLIBAT (%)
Jantina :
- Lelaki 45 39.8
- Perempuan 68 60.2
Bangsa :
- Melayu 104 92.0
- Cina Muslim 2 1.8
- India Muslim 7 6.2
Umur :
- Kurang 21 tahun 51 45.1
- 22 hingga 40 tahun 50 44.2
- 41 hingga 50 tahun 9 8.0
- 51 hingga 60 tahun 2 1.8
- 60 tahun ke atas 1 0.9
Status Perkahwinan :
- Bujang 87 77.0
- Berkahwin 25 22.1
- Balu 1 0.9
Pekerjaan :
- Sektor awam 17 15.0
- Sektor swasta 16 14.2
- Bekerja sendiri 9 8.0
- Pesara 2 1.8
- Pelajar IPT 69 61.1
Tahap Pendidikan:
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 1255

- Sekolah Rendah 1 0.9


- Sekolah Menengah 30 26.5
- Institusi Pengajian Tinggi 82 72.6
Kawasan Tempat Tinggal :
- Bandar 66 58.4
- Luar Bandar 47 41.6
Sumber: Kaji selidik 2012

JADUAL 2: Aspek Keimanan

No. P1+ P1- P3 P2+ P2- Ki Purata


1 83 0 4 26 0 92.5
2 67 5 10 24 7 81.2
3 71 0 5 37 0 89.6
4 95 0 1 17 0 93.6
5 75 0 9 29 0 96.2
6 88 0 1 24 0 94.2
7 101 0 0 12 0 97.4
8 100 0 1 12 0 96.9
92.7
Sumber: Kaji Selidik 2012

JADUAL 3: Aspek Pengetahuan

No. P1+ P1- P3 P2+ P2- Ki Purata


1 49 1 17 40 6 78.7
2 90 0 0 22 1 94.4
3 77 1 1 34 0 91.1
4 66 0 4 43 0 89.4
5 72 0 5 35 1 89.4
6 39 5 24 39 6 72.3
7 42 3 18 41 9 74.4
8 38 1 17 49 8 75.0
9 61 0 7 45 0 87.0
83.5
Sumber: Kaji Selidik 2012

JADUAL 4: Aspek Sikap

No. P1+ P1- P3 P2+ P2- Ki Purata


1 58 0 7 48 0 85.9
2 72 1 1 39 0 90.0
3 51 4 9 43 6 79.0
4 46 1 6 56 4 81.4
5 45 1 10 54 3 80.7
6 47 1 11 50 4 80.2
7 37 1 12 58 5 77.6
8 36 2 15 56 4 76.5
9 62 0 1 48 2 86.7
82.0
Sumber: Kaji Selidik 2012
1256 Nor Aini Haji Idris, Mohd Ali Mohd Noor

JADUAL 5: Aspek Persekitaran

No. P1+ P1- P3 P2+ P2- Ki Purata


1 56 0 10 41 6 85.2
2 44 1 9 53 6 79.4
3 54 0 5 54 0 85.8
4 72 0 1 40 0 90.7
5 45 0 7 59 2 82.5
6 50 0 6 56 1 84.3
7 54 0 4 55 0 86.1
8 70 0 2 41 0 90.0
9 73 0 1 39 0 90.9
86.1
Sumber: Kaji Selidik 2012

JADUAL 6: Aspek Kesihatan

No. P1+ P1- P3 P2+ P2- Ki Purata


1 86 0 1 26 0 93.9
2 65 0 4 41 3 84.9
3 72 0 4 37 0 90.1
4 55 0 5 53 0 86.0
5 60 0 4 48 1 86.9
6 46 0 24 38 5 77.7
86.6
Sumber: Kaji Selidik 2012

JADUAL 7: Indeks Keseluruhan

Perkara IKP Purata


Aspek Keimanan 92.7
Aspek Pengetahuan 83.5
Aspek Sikap 82.0
Aspek Persekitaran 86.1
Aspek Kesihatan 86.6
86.2
Sumber: Kaji Selidik 2012

JADUAL 8: Aspek Keimanan

ATS TS TP S SS
PEMBOLEHUBAH N % N % N % N % N %
Saya merupakan seorang Muslim yang patuh - - - - 4 3.5 26 23.0 83 73.5
pada ajaran Islam.
Saya membaca al-Quran sekurang-kurangnya 5 4.4 7 6.2 10 8.8 24 21.2 67 59.3
sekali dalam seminggu.
Saya faham tentang konsep halal haram - - - - 5 4.4 37 32.7 71 62.8
mengikut Islam.
Hukum penggunaan produk/makanan halal - - - - 1 0.9 17 15.0 95 84.1
adalah wajib.
Penggunaan sesuatu produk boleh - - - - 9 8.0 29 25.7 75 66.4
mempengaruhi keimanan seseorang.
Penerapan nilai agama melalui pendidikan - - - - 1 0.9 24 21.2 88 77.9
mampu mempengaruhi gaya penggunaan
seseorang individu.
Muslim yang sejati ialah mereka yang - - - - - - 12 10.6 101 89.4
mengamalkan suruhan Allah SWT dan
meninggalkan segala laranganNya.
Umat Islam yang memelihara hubungan dengan - - - - 1 0.9 12 10.6 100 88.5
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 1257

Allah SWT akan sentiasa mengelakkan dirinya


dari perkara yang tidak baik.
Sumber: Kaji Selidik 2012

JADUAL 9: Aspek Pengetahuan

ATS TS TP S SS
PEMBOLEHUBAH N % N % N % N % N %
Produk yang dikeluarkan oleh pengusaha Muslim 1 0.9 6 5.3 17 15.0 40 35.4 49 43.4
diyakini produk yang halal.
Khinzir/babi adalah haram di sisi Islam. - - 1 0.9 - - 22 19.5 90 79.6
Produk yang halal dihasilkan dari bahan yang 1 0.9 1 0.9 34 301 77 68.1
bersih, suci, dan berkualiti.
Terdapat pelbagai jenis produk halal berada di - - - - 4 3.5 43 38.1 66 58.4
pasaran pada masa kini.
Logo halal yang sah hanya dikeluarkan oleh pihak - - 1 0.9 5 4.4 35 31.0 72 63.7
JAKIM sahaja.
Produk yang mempunyai logo halal tanpa 5 4.4 6 5.3 24 21.2 39 34.5 39 34.5
pengiktirafan JAKIM adalah tidak halal
digunakan.
Saya tidak ragu-ragu untuk membeli produk 3 2.7 9 8.0 18 15.9 41 36.3 42 37.2
keluaran bukan Muslim asalkan ianya mempunyai
logo halal JAKIM.
Setiap premis makanan/restoran yang mempunyai 1 0.9 8 7.1 17 15.0 49 43.4 38 33.6
sijil halal adalah terjamin halal makanannya
Terdapat beberapa logo halal (tidak diiktiraf - - - - 7 6.2 45 39.8 61 54.0
JAKIM) yang mengelirukan dalam sesuatu
produk di pasaran.
Sumber: Kaji Selidik 2012

JADUAL 10: Aspek Sikap

ATS TS TP S SS
PEMBOLEHUBAH N % N % N % N % N %
Saya sentiasa prihatin/peka terhadap isu-isu - - - - 7 6.2 48 42.5 58 51.3
berkaitan produk/makanan yang dikatakan
tidak halal.
Saya tidak akan membeli sesuatu produk jika 1 0.9 - - 1 0.9 39 34.5 72 63.7
saya meragui status kehalalannya.
Penggunaan sesuatu produk halal adalah 4 3.5 6 5.3 9 8.0 43 38.1 51 45.1
pilihan masing-masing.
Saya lebih yakin status kehalalan produk 1 0.9 4 3.5 6 5.3 56 49.6 46 40.7
makanan tempatan berbanding yang dimport.
Saya hanya membeli sesuatu produk yang 1 0.9 3 2.7 10 8.8 54 47.8 45 39.8
mempunyai logo halal JAKIM sahaja.
Saya tidak akan membeli produk makanan 1 0.9 4 3.5 11 9.7 50 44.2 47 41.6
yang digemari walaupun saya ragu-ragu
mengenai status kehalalannya.
Saya sentiasa berusaha untuk mengenal pasti 1 0.9 5 4.4 12 10.6 58 51.3 37 32.7
produk yang tidak halal digunakan melalui
pembacaan atau internet.
Saya selalu meneliti tentang bahan-bahan 2 1.8 4 3.5 15 13.3 56 49.6 36 31.9
yang digunakan dalam penghasilan sesuatu
produk.
Saya bersalah jika mengambil produk yang - - 2 1.8 1 0.9 48 42.5 62 54.9
tidak sah halal haramnya.
Sumber: Kaji Selidik 2012
1258 Nor Aini Haji Idris, Mohd Ali Mohd Noor

JADUAL 11: Aspek Persekitaran

ATS TS TP S SS
PEMBOLEHUBAH N % N % N % N % N %
Media massa (tv dan radio) sangat - - 6 5.3 10 8.8 41 36.3 56 49.6
membantu saya dalam mendapatkan
maklumat tentang produk halal.
Jika terdapat keraguan mengenai satus 1 0.9 6 5.3 9 8.0 53 46.9 44 38.9
halal sesuatu produk, saya terus dapatkan
maklumat mengenainya di internet.
Saya tidak akan pergi ke sesebuah - - - - 1 0.9 40 35.4 72 63.7
restoran/premis makanan apabila diajak
rakan-rakan sekiranya saya musykil status
kehalaln restoran/premis makanan
tersebut.
Peranan ibu bapa sangat penting dalam - - - - 1 0.9 40 35.4 72 63.7
mendidik anak-anak mengenai soal halal
dan haram.
Saya tidak akan sesekali menggunakan - - 2 1.8 7 6.2 59 52.2 45 39.8
produk yang diberi oleh rakan bukan
Muslim apabila produk tersebut tidak
mempunyai logo halal yang sah.
Saya yakin pihak JAKIM mampu - - 1 0.9 6 5.3 56 49.6 50 44.2
memantau dari masa ke semasa ke atas
produk halal yang berada di pasaran.
Saya tidak akan menggunakan produk - - - - 4 3.5 55 48.7 54 47.8
(makanan) yang disediakan oleh majikan
(bukan Muslim) sekiranya saya mendapati
produk (makanan) itu samar tentang
halalnya.
Sumber: Kaji Selidik 2012

JADUAL 12: Aspek Kesihatan

ATS TS TP S SS
PEMBOLEHUBAH N % N % N % N % N %
Produk yang halal diyakini - - - - 1 0.9 26 23.0 86 76.1
kesuciannya, selamat, dan berkualti.
Saya amat mengambil berat soal - - 3 2.7 4 3.5 41 36.3 65 57.5
kesihatan apabila menggunakan
sesuatu produk.
Saya yakin produk yang halal adalah - - - - 4 3.5 37 32.7 72 63.7
bersih dan suci dari segi
penyediaannya.
Produk yang mempunyai sijil halal - - - - 5 4.4 53 46.9 55 48.7
JAKIM adalah sangat berkualiti kerana
ianya telah melalui prosedur standard
yang ketat.
Produk yang halal dihasilkan dari - - 1 0.9 4 3.5 48 42.5 60 53.1
sumber yang selamat dan tidak
membahayakan kesihatan.
Produk yang mempunyai gelatin - - 5 4.4 24 21.2 38 33.6 46 40.7
haiwan adalah sangat merbahaya untuk
kesihatan.
Sumber: Kaji Selidik 2012

Anda mungkin juga menyukai