Anda di halaman 1dari 6

SATU KAJIAN TENTANG SENSITIVITI MASYARAKAT MUSLIM TERHADAP

PRODUK HALAL DI BANDAR IPOH

SURAYA HANOM BINTI ALI

Kertas Projek yang dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian keperluan untuk


Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam

Fakulti Sains Sosial Gunaan

Open Universiti Malaysia

Jan 2019
PERAKUAN

Nama : Suraya Hanom Binti Ali

No. Matrik : 800727086104001

Saya dengan ini memperakukan bahawa Kertas Projek ini adalah hasil kerja saya sendiri,
kecuali untuk petikan dan ringkasan yang telah diperakui.

Tanda tangan : tarikh :


SATU KAJIAN TENTANG SENSITIVITI MASYARAKAT MUSLIM TERHADAP
PRODUK HALAL DI BANDAR IPOH

Suraya Hanom Binti Ali

ABSTRAK

Masalah halal dan haram dalam produk menjadi persoalan penting yang perlu diberi
pemerhatian oleh umat Islam. Isu halal dan haram dalam makanan adalah sangat berkait
rapat dengan soal keimanan umat Islam. Namun, sejak kebelakangan ini terlalu banyak
keraguan yang timbul dalam produk-produk. Perkara ini perlu dipandang dan diperhalusi
kerana ia mendedahkan pengguna Islam kepada pelbagai jenis produk yang disyaki dicampur
dengan unsur-unsur haram di sisi Islam. Persoalannya, sejauh manakah kita sebagai seorang
Muslim peka terhadap isu status produk yang mereka gunakan seharian?

Kajian ini adalah untuk mengkaji sejauh mana kesedaran seorang individu terhadap sensitiviti
mereka terhadap status halal makanan yang diambil seharian. Perbincangan dalam Kertas
Projek ini berdasarkan kajian terhadap 50 responden Muslim sekitar bandaraya Ipoh. Hasil
kajian menunjukkan bahawa isu-isu yang berkait rapat dengan produk halal telah menjadi
salah satu sensitiviti semasa mereka menggunakan produk yang telah dibeli di pasaran.
Biarpun begitu, ada juga sebahagian kecil individu yang masih tidak kisah dengan status halal
produk.

Kata kunci : produk halal, tahap keprihatinan, pengguna Muslim.

ABSTARCT

The problems of halal and haram in theproduct becomes and important issue that Muslims
should observe. Halal and illegal in food are very closely related to the faith of Muslims.
However, in recent years there are too many doubts that arise in the products. This should
be viewed and refined as it exposes Islamic consumers to a variety of suspected products
mixed with illegal elements in Islam. The question is, how much do we as Muslims are aware
of the product status issues they use all day long?
This study is to examine the extent of the individual’s awareness of their sensitivity to the
halal status of food taken daily. The discussion in this Project Paper is based on a study of
50 Muslim respondents around the city of Ipoh. The results show that issues that are closely
related to halal products have become one of the sensitivities during their use of products
that have been purchased in the market. However, there are also a small number of
individuals who still do not care about the halal status of the product.

Keyword : halal products, stage of concern, Muslims users.


BAB 1

PENGENALAN

1.0 Pengenalan

Pengguna muslim merupakan penggerak utama dalam pembikinan produk-produk


halal di Malaysia. Ini menunjukkan perkembangan industri halal di Malaysia adalah sangat
memuaskan dan mampu meyakinkan statusnya dalam penyediaan produk. Sokongan dari
pengguna muslimlah mampu menjadikan Malaysia sebagai salah satu Hab Halal nombor satu
di dunia. Kewujudan akta Perihal Dagangan 2011 (APD 2011) yang diperkenalkan oleh
kerajaan membuatkan orang Islam mengambil mudah tentang isu halal. Mereka menganggap
dengan kewujudan akta ini telah menjadi jaminan kepada pengguna Muslim untuk mendapat
produk yang diyakini suci dan halal. Apabila mulai timbul kesangsian terhadap beberapa
produk mengenai statusnya, ia memberi amaran bahawa pengguna Muslim tidak boleh
bergantung semata-mata kepada akta dan pihak berkuasa untuk memastikan produk yang
dipasarkan berstatus halal. Pengguna Muslim harus peka tentang hal ini, dengan kata lain,
mereka perlu tahu kandungan bahan dalam pembuatan produk tersebut. Dalam memberikan
gambaran yang jelas, saya akan menerangkan isu-isu kepada beberapa bahagian iaitu,
makanan, restoran, perubatan, perniagaan, kosmetik, pakaian dan premis dan perkakasan.

1.1 Masalah Kajian

Terdapat beberapa isu yang timbul sejak kebelakangan ini iaitu kaedah penyediaan
produk-produk Muslim yang berasaskan sumber-sumber yang tidak halal. Bermula dari
makanan, minuman, peyembelihan, kosmetik, perubatan dan macam-macam lagi. Segala
penyediaan produk-produk ini sedikit sebanyak menimbulkan syak wasangka & keraguan
dalam pengambilannya oleh umat Islam. Bagaimanakan mereka harus menangani masalah
ini dan sejauh mana ketelusan pihak bertangggungjawab dalam membantu orang Muslim
memilih makanan mereka.

1.1.1 Terdapat segelintir yang tidak peduli

Terdapat juga umat Islam yang tidak ambil kisah dalam pengambilan produk-produk
Muslim ini kerana bagi mereka asalkan mengandungi logo HALAL, adalah halal untuk
mereka menggunakan produk tersebut.
1.2 Persoalan Kajian

Kajian ini dijalankan untuk menjawab enam persoalan kajian yang berikut:

1. Bagaimanakah kedudukan orang Islam yang telah memakanan makanan yang


mengandungi campuran tidak halal tanpa pengetahuannya?

2. Makan di kedai orang bukan Islam

3. Pandangan dah nasihat Mufti serta ulama mengenai ubat-ubatan yang bercampur
gelatin atau alkohol.

4. Pandangan Islam mengenai air zam-zam yang dibotolkan di Mekah al-Mukkarramah,


dan diperdagangkan di sini.

5. Penggunaan minyak wangi yang mengandungi alkohol

6. Penggunaan mesin basuh di pusat pembasuhan pakaian (dobi layan diri) yang
bercampur dengan bekas penggunaan orang bukan Muslim, dikhuartiri orang bukan
Islam menggunakan mesin pembasuh itu mencuci pakaian mereka yang mungkin
terkena najis khinzir atau anjing

Anda mungkin juga menyukai