Anda di halaman 1dari 2

Signifikan Pemahaman Makanan Halal

Kajian ini sangat penting kepada masyarakat Islam seluruhnya terutama pelajar-pelajar
di Fakulti Akademi Pengajian Islam. Hasil kajian ini dapat memberikan kesedaran
kepada masyarakat terutama pelajar yang merupakan aset penting dalam pucuk
pimpinan pada masa akan datang serta menjadi pencetus idea golongan intelek.

Antara kepentingan kajian ini adalah untuk memberi kefahaman kepada pelajar Fakulti
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya berkaitan konsep makanan halal serta
dapat membezakan makanan yang halal, haram dan syubhah. Antara lain, kajian ini
juga Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran berkaitan apa yang halal
menurut Islam. Hal ini kerana jika dilihat daripada masyarakat hari ini dalam soal
makanan halal tidak mengambil berat dalam kehidupan seharian. Seolah-olah makanan
halal yang menjadi keperluan seharian tidak diendahkan tentang kehalalannya. Justeru
itu, penulis bertindak untuk mengetahui sejauh mana pelajar-pelajar di Fakulti ini
memahami berkaitan dengan makanan halal.

Hasil kajian ini akan membantu pihak-pihak tertentu menggiatkan usaha memberi
kesedaran terhadap kepentingan makanan halal kepada umat Islam. Disamping itu ia
juga dapat membantu masyarakat dalam memahami dan mengenalpasti produk halal
yang wujud di pasaran.

Hasil daripada kajian yang dijalankan diharap akan memberi faedah kepada pelbagai
pihak seperti di bawah :
i. Maklumat dan bahan berkaitan makanan halal dapat dikumpulkan sebagai garis
panduan produk makanan halal.
ii. Menerbitkan satu garis panduan yang lengkap dalam membantu pengguna
menggunakan produk makanan halal.

iii. Kajian ini juga dapat membantu pihak JAKIM dan jabatan-jabatan agama Islam
negeri dalam memantau, memberi pendedahan dan kesedaran kepada masyarakat
mengenai garis panduan makanan halal yang sebenar dalam Islam selaras hasrat
kerajaan menjadikan Malaysia pusat pengeluar makanan halal dunia.

Anda mungkin juga menyukai