Anda di halaman 1dari 1

PENGHARGAAN

Penyelidik ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya
kami dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya. Kerja kursus ini amat penting
kerana merupakan salah satu daripada komponen penilaian bagi STPM penggal 3 ini.
Terlebih dahulu kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan Sekolah
Menengah Kebangsaan Tengku Intan Zaharah khasnya Tuan Pengetua, Encik Kamari bin
Ibrahim dan Penolong Kanan Tingkatan Enam iaitu Tuan Haji Abdul Razak bin Awang
kerana memberi sokongan kepada kami untuk melaksanakan kerja kursus ini. Sekalung
penghargaan untuk guru pembimbing kami iaitu Puan Zaiton binti Ismail yang tidak jemu
memberikan tunjuk ajar sehingga kami berjaya menyiapkan kerja kursus ini dengan
sebaiknya. Seterusnya, terima kasih kepada ibu bapa kami yang tidak putus memberi
sokongan, dorongan, dan bantuan dari segi kewangan untuk membeli peralatan yang
diperlukan sepanjang proses melaksanakan kerja kursus ini. Akhir sekali, tidak lupa juga
kepada rakan-rakan seperjuangan yang bersama-sama menyumbang idea dan tenaga dalam
menyempurnakan kerja kursus masing-masing. Komitmen yang diberikan dari segi
meluangkan masa, perkongsian idea mahupun informasi sangat membantu dalam
menyiapkan kerja kursus ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung dalam menghasilkan kerja kursus ini.

Aina Farina Binti Suhaimi


Hasmiza binti AB Hamid
Iffah binti Mohd Shukri
Wan Iffah Nadhirah binti Wan Salim
2 Februari 2022

ii

Anda mungkin juga menyukai