Anda di halaman 1dari 3

Seterusnya saya akan membentangkan tentang matlamat program.

Antara matlamat
program lawatan sambil belajar ke Sekolah Sukan Bukit Jalin ini adalah untuk
membentuk pelajar berkeyakinan tinggi. Hal ini demikian kerana program ini dapat
mengukuhkan lagi keyakinan diri murid-murid yang terlibat secara langsung
mahupun tidak langsung untuk mewakilkan diri dalam bidang kokurikulum.

Selain itu, program ini adalah untuk melahirkan pelajar yang serba boleh dalam apa
jua bidang yang diceburi. Dengan ini, kesungguhan murid-murid SK Tengku Zainun
menjadi lebih seimbang dan berdaya saing apabila mereka bukan sahaja
mementingkan kurikulum, malah kokurikulum juga dititikberatkan oleh mereka.

Di samping itu, matlamat program ini adalah untuk membina pelajar yang berani,
aktif dan berpengetahuan tinggi dalam melakukan sesuatu. Misalnya, pihak sekolah
mengadakan program lawatan sambil belajar ke sekolah lain adalah agar
pengalaman tersebut dapat dimanfaatkan ketika berada di sekolah.

Akhir sekali, program ini diharap dapat memberi peluang kepada murid untuk
mempelajari sesuatu secara langsung. Justeru, segala perancangan ini tidak lain
dan tidak bukan hanyalah untuk kepentingan murid-murid apabila menganjak
dewasa agar lebih berfikiran matang dan sentiasa mewakilkan diri dalam apa jua
cabaran.
Seterusnya, kita pergi pula kepada rasional program lawatan ini. Antara rasionalnya adalah
program ini dapat memberi pengalaman baharu yang tidak dapat diperolehi sekiranya di
sekolah semata-mata. Contohnya, program ini menggalakkan penerokaan paradigma
baharu dalam aspek kepimpinan dari segi kewibawaan dalam menyebarkan ilmu,
pentadbiran dan pengurusan, dan sumbang bakti terhadap sekolah, masyarakat dan
negara.

Selain itu, sekolah yang dipilih untuk dilawati mempunyai infrastruktur dan prasarana sukan
yang lengkap dan pelbagai. Hal ini adalah kerana kelengkapan infrastruktur dan prasarana
sukan memainkan peranan penting agar pelaksanaan kokurikulum berjalan dengan lancar
dan sistematik.

Di samping itu, program ini memberi pendedahan dan pengalaman kepada murid mengenai
bagaimana untuk melaksanakan kokurikulum dengan jayanya. Hal ini dapat diaplikasikan
dengan pemerolehan ilmu pengetahuan melalui perkongsian pemerhatian bersama murid-
murid dan guru pengiring sewaktu di sekolah tersebut.

Seterusnya, program ini juga dapat meningkatkan keyakinan pelajar semasa mengendalikan
sesuatu aktiviti kokurikulum. Hal ini bertujuan supaya murid-murid dan guru pengiring
membanding dan menganalisis pelaksanaan kokurikulum di sesebuah sekolah dengan
sekolah mereka.

Akhir sekali, program ini adalah berkenaan dengan perubahan tempat memberikan suatu
suasana baharu dan membuka minda pelajar. Hal ini dapat mendidik jiwa murid-murid
supaya sentiasa menerokai pengalaman yang bermakna ke sekolah lain agar memiliki
keterampilan diri yang positif dan sentiasa maju ke hadapan.
Seterusnya, ahli jawatankuasa induk bagi program lawatan sambil belajar ke sekolah
sukan bukit jalil adalah seperti berikut:

Penaung
Pn. Hjh. Maimunah binti Mahmud selaku
 (Pengetua SMK Taman Melawati)

Jawatan bagi Guru Penasihat dipegang oleh


Pn. Rozita binti Hashim 

Pengerusi Projek
Pn. Norashida binti Ayub selaku
 (Guru Penolong Kanan Kokurikulum)

Naib Pengerusi adalah


En. Muhammad Saleh bin Muhammad Yusuff
 (Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

Setiausaha program ini


Pn. Puteri Nur Azra Saffiya binti Mohd Zaianin merupakan

Naib Setiausaha bagi program ini


Pn. Melissa Wong pula adalah

Bendahari dipegang oleh


En. Shahrizal bin Mohd Harith

  Dan  AJK 2 lain adalah


 En. Adam bin Idris
 En. Cedric Choo
 En. Navalan a/l Raju
 Pn. Nora binti Ibrahim
 Pn. Aiswarya a/p Kaur

Anda mungkin juga menyukai