Anda di halaman 1dari 19

TAJUK KAJIAN:

Penggunaan Ayat Tanya dalam Novel


" Apa Saja Untukmu Sayang "
SENARAI KANDUNGAN
Halaman

Penghargaan 2

1.0 Pengenalan 3

1.1 Latar Belakang 3

1.2 Definisi Konsep 4

2.0 Objektif Kajian 5

3.0 Kepentingan Kajian 5

4.0 Skop Kajian 5

5.0 Batasan Kajian 6

6.0 Kaedah Kajian 6

6.1 Pemerolehan Data 6

6.2 Penganalisisan Data 6

7.0 Dapatan Kajian 7

7.1 Dapatan objektif 1 7-8

7.2 Dapatan objektif 2 9-11

7.3 Dapatan objektif 3 12-13

8.0 Rumusan Kajian 14

9.0 Penutup 15

Bibliografi 16

1
Nota Akhir (Jika ada)

Lampiran

PENGHARGAAN
Penyelidik ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-
Nya kami dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya. Kerja kursus ini amat
penting kerana merupakan salah satu daripada komponen penilaian bagi STPM penggal
3 ini. Terlebih dahulu kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan
Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Intan Zaharah khasnya Tuan Pengetua, Encik
Kamari bin Ibrahim dan Penolong Kanan Tingkatan Enam iaitu Tuan Haji Abdul Razak
bin Awang kerana memberi sokongan kepada kami untuk melaksanakan kerja kursus ini.
Sekalung penghargaan untuk guru pembimbing kami iaitu Puan Zaiton binti Ismail yang
tidak jemu memberikan tunjuk ajar sehingga kami berjaya menyiapkan kerja kursus ini
dengan sebaiknya. Seterusnya, terima kasih kepada ibu bapa kami yang tidak putus
memberi sokongan, dorongan, dan bantuan dari segi kewangan untuk membeli peralatan
yang diperlukan sepanjang proses melaksanakan kerja kursus ini. Akhir sekali, tidak lupa
juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang bersama-sama menyumbang idea dan tenaga
dalam menyempurnakan kerja kursus masing-masing. Komitmen yang diberikan dari segi
meluangkan masa, perkongsian idea mahupun informasi sangat membantu dalam
menyiapkan kerja kursus ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menghasilkan kerja kursus ini.

Aina Farina Binti Suhaimi


2
Hasmiza binti AB Hamid
Iffah binti Mohd Shukri
Wan Iffah Nadhirah binti Wan Salim
2 Februari 2022

1.0 PENGENALAN

Bahagian ini menjelaskan latar belakang kajian berkaitan ayat tanya serta definisi konsep
penting yang digunakan dalam kajian ini.

1.1 Latar Belakang


Ayat ialah pengucapan yang menduduki tempat paling tinggi dalam
susunan tatabahasa yang dibina dengan unsur subjek dan predikat serta
mempunyai makna yang lengkap. Dalam Bahasa Melayu, terdapat ayat
dasar, ayat terbitan, ayat biasa, ayat songsang, ayat aktif, ayat pasif, ayat
penyata, ayat perintah, ayat tanya, ayat seruan, ayat tunggal, dan ayat
majmuk.

Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu
hal berdasarkan nada dan penggunaan perkataan tertentu dan
mengandungi makna yang lengkap. Ayat tanya diucapkan dengan intonasi
atau nada yang sempurna. Ayat ini dibahagikan kepada ayat tanya tanpa
kata tanya dan ayat tanya dengan kata tanya. Ayat tanya tanpa kata tanya
diucapkan dengan nada suara yang tinggi dan senyap pada akhir ayat.
Ayat tanya dengan kata tanya pula terbahagi kepada tiga iaitu ayat tanya
dengan kata ganti nama tanya, ayat tanya dengan kata tanya dan ayat tanya
3
dengan frasa nama tanya. Terdapat dua jenis ayat tanya iaitu ayat tanya
terbuka dan ayat tanya tertutup. Definisi ayat tanya terbuka dan ayat tanya
tertutup ialah ayat tanya terbuka bermaksud ayat yang memerlukan
seseorang menjawab pertanyaan dengan pelbagai jawapan. Manakala ayat
tanya tertutup bermaksud ayat tanya yang hanya memerlukan jawapan ya,
betul, benar, tidak, dan bukan.

Namun begitu, jenis ayat tanya sukar untuk dibezakan. Terdapat unsur
ayat tanya yang hampir sama digunakan. Hal ini demikian menyebabkan
penyelidik sukar membezakan jenis ayat tanya. Perbezaan ini dapat
dibezakan dari segi penggunaan kata tanya dan jawapan kepada ayat tanya
tersebut.

1.2 Definisi Konsep


Menurut Nik Safiah (1986 : 47), ayat tanya ialah ayat yang digunakan
untuk tujuan menanyakan sesuatu hal. Selain itu, pada setiap akhir ayat
tanya ini akan diberi satu tanda soal (?). Tanda soal yang digunakan
dalam bahasa tulisan ini sebenarnya berupa nada yang tertutup yang
meninggi sebelum disambut oleh kesenyapan.

1.2.1 Konsep 1
Arbak Othman (1985 : 112) pula menyatakan bahawa ayat tanya
biasanya dibawakan oleh pola sebutan yang diakhiri dengan nada
penutup meninggi, atau nada penutup menurun yang didahului
oleh nada meninggi pada perkataan yang mengakhiri ayat tanya
itu. Menurut beliau lagi, ayat tanya mudah dikenali dengan
adanya penggunaan kata tanya seperti mengapa, kenapa, siapa,
bagaimana, bila dan lain-lain lagi.

4
1.2.2 Konsep 2
Ahmad mahmood Musanif (1998:37) menyatakan bahawa dalam
Bahasa Melayu, ayat tanya mempunyai nada yang meninggi
sedikit sebelum kesenyapan terakhir dari sudut fonetik. Hal ini
demikian kerana kajian ayat tanya dari sudut nahu bermaksud
ayat-ayat tanya diberikan penjelasan berdasarkan kriteria nahu
semata-mata. Ayat tanya diberi takrif dan perincian menurut
golongan dan subgolongannya berdasarkan ciri-ciri struktur,
sistem dan maknanya dari segi nahu.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN


Objektif kajian ini adalah seperti yang berikut:
(a) Menyenaraikan ayat tanya yang terdapat dalam novel “Apa Saja Untukmu
Sayang”
(b) Mengelaskan ayat tanya terbuka dan ayat tanya tertutup yang terdapat dalam
novel “Apa Saja Untukmu Sayang” mengikut jenis
(c) Menganalisis kekerapan penggunaan ayat tanya terbuka dan ayat tanya
tertutup dalam novel “Apa Saja Untukmu Sayang”

3.0 KEPENTINGAN KAJIAN


Hasil kajian ini adalah untuk:
(a) Menjadi sumber rujukan dalam melaksanakan kajian terhadap penggunaan
ayat tanya.
(b) Menambah dokumentasi tentang ayat tanya yang terdapat dalam Bahasa
Melayu.
(c) Menjadi panduan dalam pengajaran kepada masyarakat tentang penggunaan
ayat tanya yang betul.

5
4.0 SKOP KAJIAN
Fokus kajian ini adalah penggunaan ayat tanya dalam novel “Apa Saja Untukmu,
Sayang” dan jenis-jenis ayat tanya yang terdapat dalam novel ini. Selain itu,
kajian ini berfokus kepada ayat tanya terbuka dan ayat tanya tertutup.

5.0 BATASAN KAJIAN


Kajian ini tertumpu kepada ayat tanya yang terdapat dalam novel "Apa Saja
Untukmu Sayang". Kajian ini dijalankan bagi memperoleh maklumat berkaitan
dengan ayat tanya yang kerap digunakan dalam novel tersebut.

6.0 KAEDAH KAJIAN


Bahagian ini menjelaskan cara penyelidik memperoleh dan menganalisis data.

6.1 Pemerolehan Data


Data diperoleh melalui kajian ke perpustakaan. Kaedah ini dijalankan
untuk mendapatkan bahan-bahan rujukan dan teks yang berkaitan dengan
ayat tanya. Maklumat yang diperoleh daripada hasil bacaan kami
dikumpul dan diteliti sebelum proses menulis dilaksanakan. Selain itu,
kajian kepustakaan dijalankan untuk mendapatkan sumber tambahan bagi
melengkapkan kajian ini. Kajian kepustakaan juga melibatkan pencarian
maklumat di laman sesawang yang berkaitan untuk mempercepatkan
proses pencarian maklumat yang berkaitan dengan bahan bacaan ini.
Penulis juga menggunakan kajian teks yang menggunakan ayat tanya
dalam sebuah bahan khusus, iaitu novel yang bertajuk “Apa Saja Untukmu
Sayang” sebagai sumber rujukan.
6
6.2 Penganalisisan Data
Analisis data dilakukan dengan menganalisis binaan dan penggunaan ayat
tanya dalam Bahasa Melayu. Penyelidik menyenaraikan semua ayat tanya
yang terdapat dalam novel. Penyelidik juga mengelaskan ayat tanya
kepada ayat tanya terbuka dan ayat tanya tertutup. Kekerapan ayat tanya
dianalisis mengikut jenis dan dipersembahkan dalam bentuk carta.

7.0 DAPATAN KAJIAN


Bahagian ini menghuraikan ayat tanya dalam novel “Apa Saja Untukmu Sayang”
iaitu menyenaraikan semua ayat tanya dan mengelaskan ayat tanya mengikut jenis
dan menganalisis kekerapan penggunaan ayat tanya dalam novel.

7.1 Menyenaraikan ayat tanya yang terdapat dalam “Apa Saja Untukmu
Sayang”.
Bil Ayat Tanya Bab Muka Surat Baris

1. “ Kamu ada bawa reben lebih Prolog 4 32


tak ?”
2. “ Awak nak ke mana ?” Prolog 7 1
3. “ Kenapa awak jadi kasar macam Prolog 8 14-15
ni ?”
4. “ Betul Cik tak apa-apa ?” 1 10 27
5. “ Awak nak singgah rumah saya 1 12 26-27
dulu ?”
6. “ Risya apa khabar ?” 1 13 8

7. “ Kau dah cakap pada atuk ?” 1 14 22

8. “ Kita tak ke hospital terus ke ?” 1 15 10

7
9. “ Mana Dihar ?” 1 17 24

10. “ Atuk betul-betul sihat ke ?” 2 23 12

11. “ Apa dia ?” 2 25 19

12. “ Siapa dia ?” 2 27 4

13. “ Apa yang Kak Yanti beli ?” 2 30 8

14. “ Encik Ezr mahu minum apa ?” 2 30 16

15. “ Atuk ke mana Kak Yanti ?” 2 30 22

16. “ Dah lama dia pergi ?” 2 31 16

17. “ Betul ke apa yang abang cakap 3 46 1


ni ?”
18. “ Masak apa pagi ni ?” 4 51 17

19. “ Ibu baca apa sampai tergeleng- 4 53 11


geleng macam tu ?”
20. “ Semua bahan dah cukup Ibu ?” 4 57 15

21. “ Acu, Wawa nak vitagen boleh ?” 4 57 24

22. “ Apa yang kau pandang ?” 4 59 21

23. “ Mana anak-anak Man ?” 5 68 28

24. “ Ibu tak mengantuk lagi ?” 6 80 4

25. “ Ayah dah tidur ?” 6 80 16

26. “ Ibu sudah terima lamaran tu ?” 6 84 21

27. “ Siapa awak ?” 6 89 21

28. “ Kau dah bagitahu Risya tentang 7 94 14-15


masalah kau sekarang ?”
29. “ Macam mana ayah boleh 7 99 8
. pengsan ?”
8
30. “ Maksud Maksu, bukan Risya ?” 7 101 17
.
31. “ Kenapa atuk buat semua ni ?” 7 104 5

32. “ Dihar mana ?” 8 110 3

33. “ Dia suruh kau datang ?” 9 118 1

34. “ Anak ni cari siapa ?” 9 123 22

35. “ Kenapa Ezr buat macam tu ?” 10 134 5

7.2 Mengelaskan ayat tanya terbuka dan ayat tanya tertutup yang
terdapat dalam novel “Apa Saja Untukmu Sayang” mengikut jenis

(a) Ayat tanya terbuka


Ayat tanya terbuka bermaksud ayat yang memerlukan seseorang
menjawab pertanyaan dengan pelbagai jawapan.

9
Bil Ayat tanya terbuka

1. “ Awak nak ke mana ?”

2. “ Kenapa awak jadi kasar macam ni ?”

3. “ Risya apa khabar ?”

4. “ Apa dia ?”

5. “ Siapa dia ?”

6. “ Apa yang Kak Yanti beli ?”

7. “ Encik Ezr mahu minum apa ?”

8. “ Atuk ke mana Kak Yanti ?”

9. “ Masak apa pagi ni ?”

10. “ Ibu baca apa sampai tergeleng-geleng macam tu ?”

11. “ Apa yang kau pandang ?”

12. “ Mana anak-anak Man ?”

13. “ Siapa awak ?”

14. “ Macam mana ayah boleh pengsan ?”

15. “ Kenapa atuk buat semua ni ?”

16. “ Dihar mana ?”


10
17. “ Anak ni cari siapa ?”

18. “ Kenapa Ezr buat macam tu ?”


(b) Ayat tanya tertutup
Ayat tanya tertutup bermaksud ayat tanya yang hanya memerlukan
jawapan ya, betul, benar, tidak, dan bukan.

11
Bil Ayat tanya tertutup
1. “ Kamu ada bawa reben lebih tak ?”

2. “ Betul Cik tak apa-apa ?”

3. “ Awak nak singgah rumah saya dulu ?”

4. “ Kau dah cakap pada Atuk ?”

5. “ Kita tak ke hospital terus ke ?”

6. “ Mana Dihar ? Dah balik ?”

7. “ Atuk betul-betul sihat ke ?”

8. “ Dah lama dia pergi ?”

9. “ Betul ke apa yang abang cakap ni ?”

10. “ Semua bahan dah cukup Ibu ?”

11. “ Acu, Wawa nak vitagen boleh ?”

12. “ Ibu tak mengantuk lagi ?”

13. “ Ayah dah tidur ?”

14. “ Ibu sudah terima lamaran tu ?”

15. “ Kau dah bagitahu Risya tentang masalah kau sekarang ?”

16. “ Maksud Maksu , bukan Risya ?”

17. “ Dia suruh kau datang ?”

12
7.3 Menganalisis kekerapan penggunaan ayat tanya dalam novel “Apa
Saja Untukmu Sayang”

Bil Jenis ayat tanya Jumlah keseluruhan

1. Ayat tanya terbuka 18

2. Ayat tanya tertutup 17

Jadual 1: Senarai analisis kekerapan penggunaan ayat tanya

Menganalisis Kekerapan Ayat Tanya


Mengikut Jenis

Ayat Tanya Terbuka


Ayat Tanya Tertutup

49% 51%

Carta 1: Senarai kekerapan penggunaan ayat tanya

13
Kajian ini dapat menganalisis kekerapan penggunaan ayat tanya yang digunakan dalam
novel “Apa Saja Untukmu, Sayang”. Kaedah ini dapat memudahkan penyelidik
membezakan jenis ayat tanya iaitu ayat tanya terbuka dan ayat tanya tertutup. Namun
begitu, jumlah keseluruhan bagi ayat tanya terbuka dan ayat tanya tertutup juga dapat
diketahui. Berdasarkan data yang diperoleh, jumlah keseluruhan ayat tanya yang telah
dipindah dalam novel ialah 35 ayat. Jumlah ayat tanya terbuka yang dapat dikenalpasti
adalah sebanyak 18 ayat manakala ayat tanya tertutup adalah sebanyak 17 ayat.

14
8.0 RUMUSAN KAJIAN

Sebagai rumusan, dapat dibuktikan bahawa terdapat banyak penggunaan ayat


tanya dalam novel “Apa Saja Untukmu Sayang”. Berdasarkan daripada kajian ini,
terdapat pelbagai ayat tanya yang kerap digunakan dalam novel ini seperti ayat
tanya terbuka dan ayat tanya tertutup. Dalam kajian ini, kami dapat
menyenaraikan beberapa objektif yang telah kami tetapkan. Antaranya ialah
menyenaraikan ayat tanya yang terdapat dalam novel “ Apa Saja Untukmu
Sayang ”, mengelaskan ayat tanya terbuka dan ayat tanya tertutup dalam novel “
Apa Saja Untukmu Sayang ” dan menganalisis kekerapan penggunaan ayat tanya
terbuka dan ayat tanya tertutup dalam novel “ Apa Saja Untukmu Sayang ”.
Penyelidik juga mendapati bahawa penggunaan ayat tanya mempunyai
keistimewaannya yang tersendiri bagi menarik khalayak atau pembaca bersama-
sama merasai perasaan watak-watak dalam novel yang membuatkan pembaca
turut ingin mengetahui jawapan yang akan diberikan oleh individu yang ditanya
soalan.

15
9.0 PENUTUP

Kesimpulannya, dapat dilihat bahawa kajian ini banyak menyatakan penggunaan


ayat tanya dalam novel. Penyelidik menggunakan novel sebagai bahan kajian
yang bertajuk “Apa Saja Untukmu Sayang” yang telah diterbitkan oleh penulis
yang bernama Zya Za. Pelbagai kaedah yang digunakan oleh penyelidik seperti
kaedah pemerolehan data dan penganalisisan data. Hal ini dapat memudahkan
pengkaji untuk mengkaji maklumat-maklumat yang ada dengan lebih jelas dan
terperinci. Tambahan lagi, pengkaji dapat mempelajari penggunaan ayat tanya
dengan lebih mendalam.Pengkaji berharap agar penggunaan ayat tanya dapat
digunakan dalam situasi yang sesuai.

Ayat tanya dalam novel mampu mengembangkan plot penceritaan. Penggunaan


ayat tanya dalam penulisan dapat memberikan impak kepada pembaca dimana
pembaca akan tertanya-tanya mengapa keadaan sedemikian berlaku dan punca
mengapa sesuatu kejadian berlaku. Daripada hasil kajian, pengkaji dapat
mengetahui bahawa terdapat dua jenis ayat tanya iaitu ayat tanya terbuka dan ayat
tanya tertutup. Oleh itu, hal ini dapat dibuktikan bahawa penggunaan ayat tanya
adalah penting dalam percakapan harian kita.

16
BIBLIOGRAFI

Buku :
1. Suhaimi Mohd Salleh (2006), Buku teks efektif STPM Bahasa Melayu Penggal 2.
2. Md Rahim Yahaya dan Suhaimi Mohd Salleh (2020), Nota STPM Bahasa Melayu
Semester 2.
3. Rohana Jaafar (2013), Effective Practice Bahasa Melayu Penggal 3, Oxford Fajar
4. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat (2013)
5. Zya Za (2014), Novel “Apa Saja Untukmu Sayang”.

Internet :
1. Nurathirah5115 (2014) “Kajian Sintaksis (Jenis Ayat) dalam Novel”. Dicapai pada 2
Disember 2021 (Khamis) dari http://nurathirah5115.blogspot.com/2014/03/kajian-
sintaksis-jenis-ayat-dalam-novel.html?m=1
2. Nurul Humaira’HAR (2009) “Ayat tanya”. Dicapai pada 2 Disember 2021 (Khamis)
dari https://www.slideshare.net/Usamix/ayat-tanya
3. Laman Cikgu Bahri (2021) “Ayat tanya”. Dicapai pada 2 Disember 2021 (Khamis)
dari https://lamancikgubahri.blogspot.com/2021/02/ayat-tanya.html?m=1
4. Cikgu Zulkarnain Farihin (2010) “Ayat tanya terbuka dan ayat tanya tertutup”.
Dicapai pada 2 Disember 2021 (Khamis) dari
https://farihinzul1974.blogspot.com/2010/09/ayat-tanya-terbuka-dan-ayat-tanya.html?
m=1

17
18

Anda mungkin juga menyukai