Anda di halaman 1dari 1

Langkah dominan untuk menggalakkan masyarakat mengunjungi

perpustakaan adalah membuat perubahan dan memperkenalkan konsep


ceria,santai,dan selesa kepada pengunjung. .Selanjutnya, perpustakaan
harus menyediakan sudut siber dan alat pandang dengar yang dilengkapi
ruangan menonton televisyen serta ruangan permainan untuk
masyarakat.Seterusnya, pelbagai perkhidmatan wajar ditawarkan untuk
masyarakat di perpustakaan seperti membuat salinan rakaman dan
memuat turun maklumat selain perkhidmatan pinjaman
buku .Sementara itu, perpustakaan hendaklah dibina di kawasan yang
strategik dan berhampiran dengan kemudahan lain untuk menarik
masyarakat mengunjungi perpustakaan.Akhir sekali,perpustakaan perlu
menambahkan keceriaan dari segi susunan bahan dan hiasan dinding
yang menarik dan bermaklumat supaya masyarakat kerap mengunjungi
perpustakaan.

(100 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai