Anda di halaman 1dari 15

FAKULTI PENGURUSAN HOTEL DAN PELANCONGAN

SARJANA MUDA SAINS (KEPUJIAN) PENGURUSAN HOTEL

LAPORAN

TAJUK
PENGARUH KOLONIALISME TERHADAP ETIKA DAN PERADABAN
DI MALAYSIA

DISEDIAKAN OLEH:

1. MUHAMMAD FAHMY IZZALMAN BIN FAUZI- KETUA (2020852808)


2. EIZAZ FAKHRULLAH BIN ABD RAZAK (2020885252)
3. NURUL FATINI BINTI CHE AMAT MANAL (2020727566)
4. NURUL AIN HUSNA BINTI CHE RAHAMI (2020846652)

Laporan Dihantar kepada Dr Wan Helmy Shahriman


Dalam Memenuhi Sebagai Keperluan Untuk

CTU554 (ETIKA DAN PERADABAN)

SEMESTER 3
0KTOBER 2021 - FEBRUARI 2022
TAJUK MUKA SURAT
BIL PERKARA M/S
PENGHARGAAN I
ISI KANDUNGAN II
DEFINISI III
KOLONIALISME
1.0 PENGENALAN
2.0
ASPEK SOSIAL
2.1 PENDIDIKAN VERNAKULAR
2.2 MALAYSIA SEBUAH NEGARA MAJMUK
2.2.1PEMAKANAN
2.2.2TRADISI PERAYAAN
2.2.3 PEMAKAIAN)

3.0 EKONOMI
3.1 WUJUDNYA PELBAGAI SEKTOR DI MALAYSIA
3.2 PERKEMBANGAN SISTEM PENGANGKUTAN DAN
PERHUBUNGAN
3.3 PERKEMBANGAN EKONOMI TRADITIONAL
3.4
3.5

4.0 POLITIK
4.1 SISTEM PENTADBIRAN DEMOKRASI
4.2 RAJA BERPELEMBAGAAN
4.3 WUJUD DUALISME DALAM SISTEM PERUNDANGAN DI MALAYSIA
IAITU SIVIL DAN SYARIAH
4.4 BIDANG KUASA UNDANG-UNDANG ISLAM DIHADKAN
4.5 KESELAMATAN NEGARA MALAYSIA DI BAWAH NEGARA-NEGARA
KOMANWEL
5.0 KESIMPULAN
6.0 LAMPIRAN
7.0 REFERENCES
Pengenalan

Kolonialisme bermaksud sistem dominasi politik dan ketenteraan di mana sebuah


kuasa, yang dikenali sebagai metropolis, menjalankan kawalan formal dan langsung ke
wilayah lain bagi meluaskan pengaruh atau kekuasaan mereka serta memanfaatkan hasil
bumi di wilayah yang dikuasai. Aktiviti Kolonialisme dilakukan oleh kuasa-kuasa besar
eropah bagi meluaskan empayar pengaruhnya dan bertujuan mendapatkan bekalan bahan
mentah di tanah kekuasaannya sekali gus memanfaatkan penguasaan dengan kekuatan
penduduk tempatan dari wilayah-wilayah atau negara yang dijajah. Dengan cara ini, dalam
sistem penguasaan kolonial, wilayah kolonial bergantung sepenuhnya pada metropolis
dalam hal politik, ekonomi, dan ketenteraan, dan tidak menikmati kebebasan atau hak
penentuan nasib sendiri. Sebenarnya, penduduk tempatan secara amnya tidak mempunyai
hak yang sama dengan penjajah. Segala urusan pentadbiran, ekonomi dan sosial telah
dicampur tangan oleh pihak penjajah menyebabkan berlaku pelbagai perubahan dalam etika
dan peradaban negara yang dijajah atau dikenali sebagai negara yang dikoloni.

Menurut Andre Gunder Frank, pengertian kolonialisme adalah sebuah usaha


untuk memindahkan kekayaan serta budaya dari daerah yang terjajah menuju daerah
penjajah, kegiatan ini mengejar kejayaan pertumbuhan ekonomi negara yang dijajah.
Manakala menurut Rochmadi, maksud kolonialisme adalah sebuah politik yang dijalankan
pada suatu koloni pada suatu negara jajahan. Dengan kata lainya, pada setiap negara yang
dijajah ada pimpinan dari negara penjajah yang mengendalikan keadaan negara jajahan. Al
hasil, aktiviti kolonialisme berjaya merubah landskap peradaban di tanah melayu sepanjang
tempoh penjajahan dengan kemasukan sistem pentadbiran berideologi barat dan
kemasukan buruh daripada cina dan india telah manjadikan Malaysia sebuah negara yang
majmuk pada hari ini.
2.0 ASPEK SOSIAL

Kedatangan pihak kolonial di Tanah Melayu bermula sejak penjajahan Portugal


sehingga British telah meninggalkan pengaruh dan perubahan dalam perkembangan adat
serta kepelbagaian dalam proses permodenan sehingga hari ini. Hukum Kolonial yang
ditinggalkan membawa pengaruh dalam sistem sosial di Malaysia hari ini yang dilihat unik
dan dapat diterima oleh penduduk setempat umumnya. Hal ini dapat dilihat selepas
pemimpin baharu pasca kemerdekaan dan penubuhan negara Malaysia mengekalkan adat-
adat yang dibawa masuk oleh pihak kolonial dari aspek sosial sebagai satu etika peradaban
Malaysia.

2.1 Sistem Pendidkan Vernakular


Sistem pendidikan ini bermaksud sistem pendidkan yang berasaskan bahasa ibunda
sebagai bahasa penghantar yang diperkenalkan oleh British sekitar akhir abad ke-19 di
tanah melayu. Kurikulum setiap jenis sekolah berbeza dan tidak seragam. Lima aliran
sekolah yang berbeza telah wujud sebelum dan semasa pemerintahan British iaitu Melayu,
Cina, Tamil, Agama dan Inggeris. Sistem vernakular ini telah memberi impak baik dan buruk
kepada Malaysia hari ini. Dari aspek penerimaan masyarakat hari ini berkenaan dengan
sistem vernacular, segelintir ibu bapa lebih cenderung menghantar anak mereka ke sekolah
vernacular seperti orang melayu islam yang menghantar anak mereka ke sekolah-sekolah
agama dimana sistem pengajiannya hanya berfokuskan pengajian agama dan akhlak. Ini
bertujuan memantapkan ilmu agama dan memperbaiki akhlak agar menjadi insan sejati
melalui pengajian Al-quran, hadis, tasawwuf DLL. Bagi sebahagian masyarakat Cina dan
India yang menghantar anak mereka ke sekolah vernakular bertujuan untuk memperkukuh
Bahasa ibunda mereka dan menguasai ilmu asas metematik dan sains dengan lebih baik.
Sistem ini memberi kesan buruk terhadap perpaduan kaum di Malaysia dimana
masih ada sebahagian daripada masyarakat ini tidak terdedah dengan kehidupan
masyarakat berbilang bangsa atau masyarakat majmuk seperti di sesetengah kawasan di
negeri Kelantan Kedah dan Terengganu, menyebabkan ketidaksefahaman kaum terjadi.
Sebagai contoh, seperti peristiwa 13 Mei 1969 dimana peristiwa itu telah meragut nyawa
orang-orang melayu, Cina, dan India. Hari ini juga masih berlaku segelintir daripada mereka
yang masih tidak akur antara satu sama lain menyebabkan keharmonian dan kesejahteraan
di Malaysia tergugat.

2.2 Malaysia Sebuah Negara Majmuk


Setelah British datang ke tanah melayu bagi tujuan penjajahan dan perluasan
kuasa, British telah membawa masuk tenaga buruh daripada India dan China bagi
menampung tenaga buruh di Tanah Melayu. Oleh hal yang demikian, Malaysia lahir sebagai
sebuah negara berbilang kaum atau sebuah negara yang majmuk. Memiliki sebuah negara
yang mempunyai pelbagai kaum telah mewarnai landskap kemasyarkatan di Malaysia.
Keunikan ini telah membawa kepelbagaian budaya serta adat di Malaysia yang melengkapi
sesebuah tradisi dari aspek perayaan, pemakaian, pemakanan, adat resam, perkahwinan
dan lain-lain.

2.2.1 Makanan Tradisional Kaum-Kaum Di Malaysia.


Makanan tradisional sangat popular dalam kalangan masyarakat kita di Malaysia
yang kaya dengan pelbagai adat dan budaya. Terdapat pelbagai makanan tradisional
mengikut kaum di Malaysia. Makanan tradisional terbahagi kepada makanan basah dan
makanan kering. Antaranya ialah Nasi lemak yang popular dari kalangan masyarakat
melayu dan dikenal sebagai Hidangan Kebangsaan, Maruku, To Sai dan Putu Mayam
mewakili masyarakat India. Maruku dan Putu mayam merupakan makanan tradisional India
yang telah mendapat sambutan yang mengalakkan dari semua bangsa di Malaysia sebagai
snek. Tosai dan Yong Tau Foo, Mee dan kuey tiaw bagi orang cina. Kaum Cina tidak makan
nasi sebagai makanan utama seharian tetapi memasak bubur nasi yang dimakan bersama
lauk pauk dan sayur-sayuran .Mereka juga gemar memakan makanan laut dan
manisan.Nasi ayam juga merupakan makanan tradisional kaum Cina yang kini di gemari
oleh semua kaum di Malaysia. Kuih tradisi kebiasaannya popular dari kalangan masyarakat
melayu kerana mereka kaya dergan keunikan tradisi seperti Dodol, Karipap dan Bahulu.
Makanan tradisional ini semakin hari semakin popular hingga ke peringkat antarabangsa.
Makanan tradisional boleh diibaratkan seperti tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
Hal ini menyebabkan Malaysia dikenal sebagai Syurga Makanan oleh pelancong yang
datang ke Malaysia sekali gus menjadi asbab untuk menarik pelancong datang ke Malaysia.

ُّ ‫ ْأ ُم ُر ُك ْم ِب‬J‫ا َي‬J‫) ِإ َّن َم‬168( ٌ‫ ُدوٌّ م ُِبين‬J‫ان ِإ َّن ُه لَ ُك ْم َع‬


ْ‫ا ِء َوَأن‬J‫و ِء َو ْال َفحْ َش‬J‫الس‬ ِ ‫ ْي َط‬J‫الش‬َّ ‫ت‬ ِ ‫وا‬J ُ ‫وا ُخ‬Jُ‫ض َحاَل اًل َط ِّيبًا َواَل َت َّت ِبع‬
َ ‫ط‬ ِ ْ‫ال َّناسُ ُكلُوا ِممَّا فِي اَأْلر‬
َ J‫) َوِإ َذا قِي َل لَ ُه ُم ا َّت ِبعُوا َما َأ ْن َز َل هَّللا ُ َقالُوا َب ْل َن َّت ِب ُع َما َأ ْل َف ْي َنا َعلَ ْي ِه َءا َبا َء َنا َأ َولَ ْو َك‬169( ‫ُون‬
َ Jُ‫اُؤ ُه ْم اَل َيعْ ِقل‬JJ‫ان َءا َب‬J
‫ون‬J َ ‫َتقُولُوا َعلَى هَّللا ِ َما اَل َتعْ لَم‬
َ ُ‫ص ٌّم ب ُْك ٌم ُع ْم ٌي َف ُه ْم اَل َيعْ قِل‬
)171( ‫ون‬ ُ ‫ِق ِب َما اَل َيسْ َم ُع ِإاَّل ُد َعا ًء َو ِن َدا ًء‬
ُ ‫ِين َك َفرُوا َك َم َث ِل الَّذِي َي ْنع‬
َ ‫) َو َم َث ُل الَّذ‬170( ‫ُون‬
َ ‫َش ْيًئ ا َواَل َي ْه َتد‬
(168) Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi,
dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah setan; karena sesungguhnya setan itu
adalah musuh yang nyata bagimu.
(169) Sesungguhnya setan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan
mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui.
(170) Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah,”
mereka menjawab: “(Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari
(perbuatan) nenek moyang kami”. “(Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek
moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun, dan tidak mendapat petunjuk?”

Ayat di atas menerangkan bahawa terdapat pelbagai makanan di Bumi, maka


pilihlah yang halal dan bersih. Berdasarkan ayat tersebut islam tidak melarang kita untuk
makan makanan daripada tradisi kaum dan masyarakat lain tetapi pilihlah hanya yang halal
dan (tayyid)baik kerana semuanya datang hanya daripada Allah.

2.2.2 Perayaan
Setiap tahun, Malaysia akan menyambut pelbagai jenis perayaan bagi menghormati
kehidupan masyarakat berbilang kaum. Hari Perayaan Di Malaysia juga mempunyai
pelbagai istimewa dan disambut oleh kaum tertentu. Kaum Melayu dan penganut agama
Islam menyambut Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina merupakan Hari Perayaan orang
Cina, manakala Perayaan Deepavali disambut oleh kaum India. Sambutan hari perayaan di
Malaysia juga melahirkan perpaduan antara semua kaum kerana kita sering
menggabungkan budaya tanpa mengira agama atau warna kulit. Antarnya ialah amalan
ziarah menziarahi, rumah terbuka, hidangan pelbagai jenis makanan daripada pelbagai
kaum dan pemberian duit raya yang diisi di dalam Ampau turut mewarnai tradisi Perayaan di
Malaysia.

2.2.3 Pakaian Tradisional Pelbagai Kaum Di Malaysia


Malaysia mempunyai jenis-jenis material kain dan pakaian tradisional yang pelbagai.
Oleh itu tradisi pakaian tradisional daripada pelbagai kaum dapat disesuikan dan dipakai
oleh semua lapisan masyarakat dan diguna pakai oleh kaum masing-masing. Dengan
ketibaan kaum Cina dan India, kain tenunan dan batik Melayu dipakai oleh orang kenamaan
dan kerabat diraja. Dengan ketibaan pedagang asing, pakaian serta kain seperti sutera
Cina, pelikat dan jubah arab diperkenalkan di negara ini. Pakaian tradisional seperti baju
kebaya Melayu, sari India dan cheongsam Cina masih digunakan dengan meluas malahan
etnik-etnik yang terdapat di Malaysia turut mempunyai pakaian mereka sendiri. Bermula
dengan masyarakat Melayu di Malaysia. Masyarakat Melayu mempunyai pelbagai pakaian
yang menjadi tradisi mereka sehingga ke hari ini. Pengaruh pemakaian orang orang barat
juga turut menjadi salah satu keunikan dan mendapat tempat oleh sesetengah masyarakat
sosial. Seragam atau pemakaian yang disyaratkan kepada buruh mahir di pelbagai sektor
perlu memakai baju kemeja,tali leher atau dikenali sebagai pakaian formal dan khusus
sesuai seperti tradisi orang barat.
3.0 Ekonomi

3.1 Wujudnya Pelbagai Sektor Di Malaysia


Sepanjang tempoh penjajahan bermula daripada penjajahan Portugis hingga kepada
penjajahan British. Pihak penjajah telah meneroka pelbagai hasil bumi di Tanah Melayu dari
masa ke masa sehingga membuka pelbagai sektor ekonomi. Antara sektor utama yang
menjadi tumpuan mereka ialah pertanian, perkilangan perlombongan, pembinaan, tekstil,
pembekalan bahan mentah dan Tanah Melayu ketika itu menjadi pelabuhan utama dunia.
Seiring perjalanan masa, selepas era kolonialisme Tanah Melayu atau kini dikenali
sebagai Malaysia telah dikenal sebagai antara pembekal hasil getah dan sawit utama dunia.
British terlalu menumpukan kepada eksport getah dan bijih timah, hampir semua barangan
kilang diimport. Barangan kilang yang diimport adalah seperti pakaian telah bersaing hebat
dengan perkilangan traditional tempatan seperti batik dan sutera. Antara syarikat
perkilangan yang wujud ialah syarikat Fung Keong seperti getah-kinta rubber works dan
syarikat Bata di Klang. Seterusnaya, Kilang membina kapal korek, kapal kecil dan mesin
memproses getah dengan nama Syarikat United Engineers. Perusahaan melebur bijih timah
seperti di Strais Tranding Company. Kesan daripada kemajuan ini, Malaysia telah menerima
pelabur-pelabur daripada luar negara dalam pelbagai sektor sehingga wujud pelbagai
industri dan penjenamaan sendiri. Sebagai contoh. Di sektor pembuatan, Malaysia berjaya
mengeluarkan kenderaan jenama sendiri pertama iaitu Proton pada tahun 1985. Di sektor
pertanian, kerajaan menubuhkan FELDA,MARDI, bagi tujuan membantu petani dan
pengusaha tanah agar dapat memajukan sektor pertanian. Walau Bagaimanapun, sektor
perlombongan kini telah merosok akibat hasil bumi yang semakin berkurang. Kemajuan ini
juga dipengaruhi oleh kemasukan buruh asing iaitu kaum cina dan india pada zaman
penjajahan British.

3.4 Perkembangan Sistem Pengangkutan Dan Perhubungan


Pada dasarnya, sistem pengangkutan dan perhubungan amat penting kerana ianya
menentukan darjah ketersampaian ke sesuatu tempat yang boleh diukur daripada segi
tempoh masa dan lebih cepat tiba di destinasi. Pihak Kolonial telah membangun dan
memajukan sistem pengangkutan dan perhubungan di tanah melayu bagi meningkatkan
darjah ketersampaian untuk tujuan kepelbagaian ekonomi sepanjang tempoh penjajahan.
Jaringan pengangkutan mempunyai kepentingan kepada sektor ekonomi kerana ianya
dapat membantu dalam menjana sektor pertanian, perlombongan, perindustrian, perniagaan
dan sebagainya dengan lebih efektif dan menjimatkan masa. Misalnya, kepentingan ini
dilihat melalui sektor pertanian iaitu input yang mana untuk mengangkut baja, benih baru,
jentera dan teknologi moden bagi meningkatkan produktiviti pertanian manakala output
pertanian seperti padi sawah dan getah akan diangkut ke kilang untuk diproses.
Pengangkutan merujuk kepada kenderaan yang membawa seseorang atau sesuatu dari
satu tempat ke satu tempat yang lain, biasanya pada jarak yang jauh.Terdapat beberapa
sistem pengangkutan seperti pengangkutan darat, pengangkutan laut, dan juga
pengangkutan udara.

Pihak Kolonial telah meningkatkan perkembangan sistem pengangkutan dan


perhubungan dengan membuka tanah-tanah baru untuk pembinaan jalan raya dan landasan
kereta api bagi pengangkutan darat supaya memudahkan aktiviti mobilisasi atau migrasi dari
pendalaman ke luar bandar atau luar bandar ke pedalaman menjadi lebih cepat dan
menjimatkan masa contohnya, Jalan raya yang berturap sepanjang 2400km dibina di Perak
dan Selangor. Sistem perhubungan diwujudkan bagi mempercepatkan mobilisasi dan
migrasi antara negeri. Selain itu, Jalan kereta api juga dibina bagi tujuan mengurangkan
masa pengagihan hasil lombong biji timah seperti di Gemas, Pahang, dan Tanah Merah
Kelantan bagi aktiviti ekonomi. Pembinaan landasan kereta api menyumbang kepada
perkembangan ekonomi.
Pada hari ini sistem perhubungan dan pengangkutan semakin berkembang diamana
lebih banyak lebuh raya dibina bagi memudahklan pengangkutan darat dibina bagi
meningkatkan mobilisasi rakyat Malaysia seperti Lebuh Raya Pantai Timur, Lebuh Raya
Selatan dan lain-lain lagi. Kemajuan pengangkutan udara dapat dilihat apabila banyak
lapangan terbang dibina bagi aktiviti mobilisasi dan urusan antarbangsa melalui udara
seperti KLIA 1, KLIA2 dan lain-lain lagi. Bagi pengangkutan air, lebih banyak pelabuhan-
pelabuhan komersial dan antarabangsa dibina bagi tujuan kapal-kapal berlabuh dari
pelbagai aktiviti.
Tanah-tanah baru banyak dibuka di kawasan pedalaman untuk penanaman getah.
Hal ini telah menggalakkan pelaburan orang Eropah dan mempercepatkan pengangkutan
dan mampu membawa muatan yang banyak.Pembinaan jalan raya turut berkembang. Jalan
raya yang berturap sepanjang 2400km dibina di Perak dan Selangor. Sistem perhubungan
diwujudkan bagi mempercepatkan perhubungan dengan negeri-negeri dan negara luar. .
Manakala, kepentingan jaringan perhubungan kepada ekonomi Malaysia pada era ini ialah
wujudnya kemajuan ICT. Hal Ini Telah menjadi asas untuk memajukan k-ekonomi dan e-
dagang sekali gus menjadi elemen penting dalam konteks perdagangan global pada masa
kini selaras dengan peredaran masa. Selain itu, dengan penggunaan internet dan jalur lebar
membolehkan peluang pelaburan, perluasan pasaran barangan, aliran keluar masuk modal
dan penerokaan pasaran baru dengan mudah dan cepat.

3.3Perkembangan Ekonomi Traditional


Pada tahun 1824, Perjanjian Inggeris-Belanda telah membuka era penjajahan British
di Tanah Melayu. Bermula pada saat itu berlaku perubahan besar dalam ekonomi tradisional
hasil daripada campur tangan British ke atas hal ehwal ekonomi. Para pemodal Inggeris, telah
menguasai lebih 65 peratus daripada jumlah keluaran timah dan lebih daripada 75 peratus
kawasan perladangan getah di negara ini pada tahun 1930an dan makin meningkat sehingga
negara merdeka. Hal ini dipengaruhi oleh strategi pihak koloni dalam memajukan sektor
ekonomi dengan kemasukan buruh-buruh dari luar dan penggunaan alatan canggih bagi
kegiatan ekonomi pada masa itu. Pembukaan kilang-kilang serta perkembangan sektor
pengangkutan dan perhubungan juga mempengaruhi kemajuan ekonomi tanah melayu pada
era penjajahan sekali gus memberi kesan positif sehingga hari ini dalam kemajuan sektor
ekonomi. Sebagai contoh aktiviti pertanian dan perlombongan di tanah melayu hanya
bergantung pada alatan asas seperti pacul,cangkul, garu tanah dan arit. Manakala pada era
serba moden ini, perkembangan teknologi di Malaysia telah mambantu sektor pertanian
dengan menggunakan mesin cultivator,mesin rotavator, tractor dan mesin penanam padi.
Ekonomi Malaysia bergantung pada pengeluaran dan eksport getah dan bijih timah.
Pengeluaran dan eksport kedua-dua komoditi ini adalah yang terpenting pada awal tahun
1960an. Pada tahun 1956, FELDA ditubuhkan bertujuan untuk mengatasi masalah petani
yang kekurangan Tanah selain meningkatkan pendapatan dan taraf kehidupan keluarga
petani. Pada tahun 2007, ekonomi Malaysia adalah negara yang mempunyai ekonomi ke-29
terbesar di dunia. Ada dua konsep yang digunakan untuk mengukur pendapatan negara iaitu
Keluaran Negara Kasar (KNK)  dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Kedua- dua
konsep ini dipanggil kasar kerana nilai tersebut termasuk susut nilai.

.       
4.0 ASPEK POLITIK

Tanggal 31 Ogos 1957 iaitu Tarikh kemerdekaan buat Negara Malaysia yang mana
sebelum pada Tarikh itu. Selama 446 tahun Tanah Melayu dijajah oleh banyak negara luar
seperti pihak Portugis, Belanda, British dan Jepun. Justeru itu, banyak pengaruh
kolonialisme terhadap etika peradaban Malaysia pasca kemedekaan dari aspek Politik di
Negara kita sampai sekarang. Sistem Demokrasi Berpalimen, Peranan Raja dihadkan,
Dualisme dalam sistem perundangan diperkenalkan, bidang kuasa undang-undang Islam
dihadkan dan keselamatan Malaysia menjadi di bawah Negara-Negara Komanwel.

4.1Sistem Demokrasi Berpalimen


Pengenalan kepada sistem Demokrasi ialah lebih kepada sistem kerajaan di mana
rakyat berkuasa untuk sama-sama menyertai dalam proses pembentukan kerajaan
mengikut aspirasi rakyat melalui wakil yang dipilih melalui pilihan raya. Ia juga adalah
mulanya dengan satu idealogi yang mana merupakan pegangan sebahagian besar kepada
sesetengah negara di dunia. Negara demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskan
kedaulatan rakyat. Perkataan demokrasi berasal daripada perkataan Greek iaitu“demos”
dan “kratos” yang mana demos merujuk kepada rakyat manakala kratos kepada kuasa iaitu
“Kuasa rakyat atau people’s power”. Justeru itu, di bawah sistem Demokrasi mempunyai
Dewan Rakyat yang mana merupakan satu daripada dua dewan Parlimen Malaysia. Apabila
sebelum dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong, rang undang-undang perlu diluluskan.
Rang tersebut mudah diluluskan apabila mendapat sokongan majoriti daripada Jemaah
parlimen dan Menteri. Selepas itu, pembetukan parti politik yang mana contoh UMNO, PAS,
PKR dan lain-lain. Setiap 4 tahun Malaysia akan mengadakan pilihan raya umum yang di
mana di bawah jawatan kuasa iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mana ditubuhkan
pada tahun 4 September 1957 mengikut Perlembagaan Pesekutuan. Sistem dua lapis serta
majlis legislative diperkenalkan. Pentadbiran bercorak republic menggantikan sistem raja
berkuasa mutlak atau sistem kemaharajaan.

4.2 Peranan Raja


Perubahan Sistem Raja berkuasa mutlak bertukar kepada Raja Berpelembagaan
dan peranannya hanya dikekalkan dari segi Agama, Adat Istiadat iaitu lebih kata dalam Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja-Raja menurut kaedah dan
cara yang ditetapkan dalam Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan dan Peraturan-
Peraturan Majlis Raja-Raja. Sebab terjadinya perubahan ini daripada zaman penjajahan
British yang mana keadaan menjadi berubah kerana kuasa mutlak Raja-Raja telah mula
hilang secara beransur. Iaitu lebih dalam daripada Sistem Residen yang mana menghendaki
Raja-Raja menerima penasihat British hinggalah penubuhan Malayan Union pada tahun
1946. Kesan daripada ini bahawa pihak British telah mengurangkan kuasa dan kedudukan
Raja-Raja Melayu. Dari segi peranan dan fungsi Yang di-Pertuan Agong (YDPA) iaitu salah
satunya Perkara 39 Perlembagaan memberi kuasa eksekutif kepada Yang di-Pertuan
Agong dan tertakluk kepada peruntukan undang-undang di Malaysia dan Jadual Ke-2.
Kedua, Perkara 43 (1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa YDPA
hendaklah melantik sebuah Jemaah Menteri untuk menasihatkannya dalam menjalankan
peranannya. Ketiga, ialah Perkara 40(1) dan 40(1A) Perlembagaan Persekutuan,
memperuntukkan bahawa YDPA dalam menjalankan pemerintahannya hendaklah mengikut
nasihat Jemaah Menteri serta menimbangkan nasihat yang diberi oleh ahli Jemaah Menteri.

4.3Dualisme Dalam Sistem Perundangan


Disamping itu, wujudnya dualisme dalam sistem perundangan di Malaysia iaitu Sivil
dan Syariah. Undang-undang British ini digunakan sepenuhnya di dalam Mahkamah Sivil
manakala undang-undang persekutuan membataskan kuasa mahkamah Syariah. Justeru,
Mahkamah Syariah dikeluarkan daripada hierarki mahkamah persekutuan dan bernaung di
bawah kuasa Negeri masing-masing. “Kita mengamalkan sistem dualisme undang-undang. Ia
adalah sistem yang mengandungi dua sistem yang sama penting - dua undang-undang dan
dua mahkamah. Sistem ini tidak berlaku dengan sendiri, tetapi adalah rekaan dan perbuatan
British (Shamrahayu. A. A 2014, Berita Harian Online) “. Malaysia atau pada dahulu
dikenalkan dengan nama Tanah Melayu mempunyai sistem mahkamah yang tersendiri
sebelum campur tangan British. Pada Ketika itu hanya Mahkamah Kadi atau Mahkamah
Syariah sahaja yang diperkenalkan iaitu dibawah undang-undang Islam. Pada tahun 1919
British membawa Enakmen Mahkamah 1919 yang mana mewujudkan mahkamah Agung
yang mana di bawah nya terdiri Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Hakim, Mahkamah
Majistreet Kelas Pertama dan lain-lain. Dalam kata Mahkamah Sivil terdiri dari bidang kuasa
umum yang di mana apa apa keputusan Mahkamah Sivil perlu menghormati keputusan
daripada Mahkamah Syariah kerana ia mempunyai kuasa dan bidang kuasa untuk semua
jenis kes kecuali perkara mengenai undang-undang Islam. Justeru itu, Mahkmah Syariah dari
segi undang-undnag digunapakai adalah undang-undnag Islam. Mahkamah negeri ini dicipta
oleh undang-undang negeri tetapi kecuali dalam hal Wilayah-Wilayah Persekutuan yang di
mana mempunyai bidang kuasa ke atas orang Islam dan membuat keputusan ke atas
jenayah Islam dan perkara peribadi.

4.4 Undang-Undang Islam Dihadkan


Undang-undang Islam dihadkan dari segi bidang kuasa. Seperti yang kita tahu yang
di mana sebelum kedatangan penjajah di Tanah Melayu, undang-undnag Islam telah pun
diterima di bawah istiadat atau adat masyarakat tempatan. Nama adat yang utama Ketika
itu ialah Adat Temunggung dan Adat Perpatih tetapi Ketika masuknya perundangan Inggeris
ke Tanah Melayu atau Malaysia undang-undang yang diperkenankan adalah 3 cara utama.
Anataranya ialah Kanun Jenayah “Penal Code”, Enakmen Kontrak (Contract Enactment),
Enakmen keterangan “Evidence Enactment”, Kanun Acara Sivil “Civil Prosedure Code” dan
lain-lain pada ketika itu. Jadinya, pelbagai undang-undnag diperkenalkan British dalam
pentadbiran mereka untuk Menyusun semula sistem Mahkamah tempatan yang mana
diguna pakai sehingga ke hari ini.

4.5 Aspek Keselamatan


Selepas Tanah Melayu meraih kemerdekaan pada tahun 1957, Malaysia
diisytiharkan bebas daripada penjajahan pihak koloni. Tanah Melayu menyertai kommanwel
pada tahun 1946 sebelum semenanjung Tanah Melayu Bergabung dengan Sabah dan
Sarawak pada tahun 1963 dan menjadi sebuah negara Malaysia. Tujuan utama pernubuhan
Kommanwel ialah menyatukan negara-negara jajahan British dibawah satu organisasi aman.
Malaysia mendapat pelbagai manfaat daripada pertubuhan ini terutama dari aspek
keselamatan. Malaysia memeterai perjanjian pertahanan dengan British Australia dan New
Zealand. Buktinya, ketiga tiga negara ini membantu Malaysia dalam menyelesaikan isu
konfrantasi Indonesia. Malaysia juga menyertai perjanjian pertahanan lima negara. Melalui
perjanjian ini Britain secara automatic melindungi Malaysia jika diserang musuh. Dari
rancangan Colombo pelajar Malaysia boleh mendapat biasiswa jika mempunyai kritieria
yang di minta untuk melanjutkan pelajaran di Britain. Komanwel juga telah memberi dana
kepada Malaysia untuk pembinaan lebuh raya di Sarawak. Malaysia juga mendapat manfaat
seperti bantuan kepakaran, teknikal dan sebagainya. Komanwel ditubuhkan pada awal 1931
dan ia mempunyai 54 buah Negara anggota di bawahnya dengan matlamat adalah untuk
membina semangat setia kawan di kalangan. AMDA Perjanjian Pertahanan Anglo- Malaysia
adalah nama perjanjian diantara dua negara tersebut. Ia juga mempunyai penglibatan dalam
persidangan ketua-ketua kerajaan Komanwell (CHOGM) yang mana Malaysia sentiasa
memberikan komitmen yang tinggi dalam penglibatan.
\
REFERENCES

Haiqal. Halim (2019) Penglibatan Malaysia Dalam Pertubuhan Komanwel., Mupdate.


Diperoleh daripada https://m-update.com/2019/02/20/penglibatan-malaysia-dalam-
pertubuhan-komanwel/

N.d (2021) Kesan Penjajahan Barat dan Jepun Terhadap Malaysia., Permohonan.my.
Diperoleh daripada https://www.permohonan.my/kesan-penjajahan-barat-dan-jepun/

N.d (2021) Sistem Demokrasi Berparlimen di Malaysia., Portal Rasmi Parlimen Malaysia.
Diperoleh daripada https://parlimen.gov.my/index.php?
modload=content&action=001&id=31&uweb=dn

Mujibu Abd Muis (2020) Membedak Maksud Demokrasi., Sinar Harian. Diperoleh daripada
https://www.sinarharian.com.my/article/90613/KOLUMNIS/Membedah-maksud-demokrasi

N.d (2021) Sistem Raja Berpelembagaan., Portal Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong. Diperoleh daripada
https://www.istananegara.gov.my/sistem-raja-berpelembagaan/

Shamrahayu. A. Aziz (2014) Mengasingkan Peranan Dua Mahkamah., Berita Harian Online.
Diperoleh daripada https://www.bharian.com.my/kolumnis/2014/11/19683/mengasingkan-
peranan-dua-mahkamah

N.d (2021) Perundangan Syariah Di Malaysia: Satu Analisis Sejarah., Jabatan Kehakiman
Syariah Negeri Pulau Pinang. Diperoleh daripada
https://jksnpp.penang.gov.my/index.php/18-penerbitan-mahkamah/78-perundangan-syariah-
di-malaysia-satu-analisis-sejarah

https://ms.encyclopedia-titanica.com/significado-de-colonialismo
https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1867009

https://dosensosiologi.com/pengertian-kolonialisme/

https://www.slideshare.net/sitinorshafikahzakaria/dasar-british-dan

https://hermanzaini.wordpress.com/nota-ting-4/bab-10-dasar-british-dan-kesannya-terhadap-
ekonomi-negara/

Anda mungkin juga menyukai