Anda di halaman 1dari 6

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL,

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,


ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN
( INFORMATION SHEET )

KOD DAN NAMA ME-020-3 HVAC SINGLE PHASE AIR-CONDITIONING


PROGRAM / PROGRAM EQUIPMENT ( INSTALLATION SERVICING
CODE AND NAME TROUBLESHOOTING & REPAIR )

TAHAP / LEVEL LEVEL 3

NO. DAN TAJUK UNIT


C07 – MANAGEMENT & TRAINING OF SERVICE
KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT NO. PERSONNEL
AND TITLE

NO. DAN PENYATAAN 1. CAREER DEVELOPMENT TRAINING PROGRAM


AKTIVITI KERJA / WORK FOR SERVICE TECHNICIAN
ACTIVITIES NO. AND 2. TRAINING AND IMPARTS OF KNOWLEDGE AND
STATEMENT SKILL

ID UNIT KOMPETENSI /
ME-020-3:2012-C07/P(2/2) Muka : 01 Drp : 06
COMPETENCY UNIT ID

TAJUK : MELATIH DAN MENYAMPAIKAN LATIHAN KEMAHIRAN DALAM INDUSTRI

TUJUAN :
Mendedahkan kepada para pelajar betapa pentingnya latihan kemahiran sebelum memasuki
alam pekerjaan khususnya dalam bidang industry.
ID UNIT KOMPETENSI /
ME-020-2:2012-C07/P(2/2) Muka/Page : 2 Drpd/of : 6
COMPETENCY UNIT ID

1. KAEDAH LATIHAN

Pada umumnya kaedah-kaedah latihan boleh dibahagikan kepada dua bentuk yang paling
utama iaitu :
1. Latihan Semasa Bekerja (ON-THE-JOB TRAINING).
2. Latihan Luar Masa Bekerja (OFF THE JOB TRAINING).

1.1 Latihan Semasa Bekerja.

Latihan Sambil Bekerja meliputi beberapa kaedah seperti:


1.1.1 Demonstrasi (Demonstration)
1.1.2 Latihan bersama Jurulatih. (Coaching)
1.1.3 Latihan membuat kendiri. (do-it yourself training)
1.1.4 Pusingan kerja dan pelan pengalaman. (job rotation and planned experience)
1.1.5 Latihan berasaskan teknologi. (technology based training (TBT)).

1.1.1 Demonstrasi

Demonstrasi atau kadang kala di gelar ‘sitting next to Nellie’, adalah merupakan kaedah
yang selalu digunakan ketika latihan dijalankan. Ia meliputi kaedah persembahan oleh jurulatih
untuk menyampaikan kandungan latihan menerusi pengalaman yang telah sedia ada. Kaedah
ini menekankan konsep model atau contoh-contoh fizikal untuk memudahkan pemahaman
pelatih. Hasilannya pelatih cepat memahami berdasarkan kepada model yang ditunjukkan tadi.
Walau bagaimanapun, kaedah ini memberi kesan negatif kepada jurulatih sendiri. Kepayahan
untuk mendapatkan model yang benar-benar sesuai ujud apabila penerangan yang diberikan
bersama model yang ditunjukkan tidak dapat membantu pemahaman pelatih. Sebaliknya
pelatih keliru dengan model tidak sesuai semasa penerangan. Disamping itu juga kos yang
agak tinggi diperlukan kerana implikasi dari model yang hendak digunakan tadi.

1.1.2 Latihan bersama Jurulatih

Kaedah ini adalah berbeza dengan kaedah Demonstrasi dimana ianya adalah hubung
kait secara terus antara pelatih (individu) dan jurulatih dalam memberi arahan-arahan yang
jelas. Jurulatih akan bertindak sebagai juru pandu dan memberi sokongan kepada pelatih,
dengan lain perkataan jurulatih lebih membantu secara langsung kepada individu-individu
supaya segala persoalan tentang pengetahuan, skil dan pengalaman terjawab. Kaedah ini juga
boleh memudahkan pemahaman pelatih dimana sebarang bentuk kemusykilan akan dijawab
oleh jurulatih secara terperinci, dari satu individu kepada individu yang lain. Walau
bagaimanapun kaedah ini memerlukan masa dan kawalan yang lebih semasa latihan
dijalankan. Masalah akan ujud apabila jurulatih tidak mencukupi bagi satu-satu sesi latihan
disamping kos yang agak tinggi implikasi dari jurulatih yang lebih ramai.
ID UNIT KOMPETENSI /
ME-020-2:2012-C07/P(2/2) Muka/Page : 3 Drpd/of : 6
COMPETENCY UNIT ID

1.1.3 Latihan Buat Kendiri

Ia adalah merupakan asas terhadap kaedah pembelajaran kendiri dimana anggapan


bahawa pembelajaran yang paling efektif adalah apabila pelajar atau pelatih itu sendiri dapat
mengenal pasti apakah dia permasalahan yang dihadapi. Pendekatan yang digunakan pada
permulaannya, adalah pelatih dikehendaki mengenal pasti apakah tanggungjawab efektifnya
bersesuaian dengan maklumat yang mungkin ditemui, dan kemudiannya memberi pelatih
‘outline’ terhadap maklumat yang diperlukan dan berharap pelatih dapat menggunakannya
untuk menyiapkan sesuatu projek. Ia adalah sebahagian dari program yang dirancang bersama
laporan yang dihantar kepada seseorang seperti pengurus bahagian, ketua bahagian atau
orang yang bertanggungjawab didalam memastikan latihan dapat dijalankan dengan jayanya.

1.1.4 Pusingan Kerja

Latihan melalui pusingan kerja dilakukan dengan menempatkan pelatih di beberapa


jabatan organisasi secara bergiliran. Dengan cara ini, pelatih akan dapat memperoleh pelbagai
pengalaman kerja serta berpeluang melihat hubungan bahagian-bahagian organisasi secara
keseluruhannya. Pusingan kerja juga merupakan suatu cara yang baik untuk melengkapkan
pekerja dengan kemahiran pengurusan am. Pusingan kerja haruslah disesuaikan dengan
keperluan dan keupayaan pelatih supaya berkesan.

1.2 Latihan Luar Masa kerja

Latihan Luar Masa Bekerja meliputi beberapa kaedah seperti:


3.2.1 Kaedah Kuliah (Lecture)
3.2.2 Kaedah Kajian Kes. (Case Study)
3.2.3 Latihan Vestibul. (Vestibule Training)
3.2.4 Main Peranan. (Action Learning)
3.2.5 Permainan Pengurusan. (Business Games).

3.2.1 Kaedah kuliah.

Kuliah atau syarahan boleh ditakrifkan sebagai penyampaian kandungan kursus oleh
seseorang pakar dalam bidang yang tertentu kepada sekumpulan pelatih atau pelajar yang
tertentu kepada sekumpulan pelatih atau pelajar yang memainkan peranan yang pasif semasa
kuliah disampaikan. Objektif utama kaedah ini adalah untuk menyampaikan ilmu dan maklumat.
Kaedah ini berguna untuk menerangkan isi pelajaran yang sukar dipelajari dengan membaca
buku sahaja dan menyampaikan isi pelajaran terbaru yang belum dapat diperoleh daripada
buku. Semasa kuliah disampaikan, para pelatih boleh belajar dengan cara mendengar,
memerhati, membuat ringkasan, mengambil nota dan meminta penjelasan. Kandungan kuliah
haruslah mudah difahami dan tidak terlalu implisit atau kompleks. Kandungan kuliah tersebut
juga harus disusun mengikut arahan yang logik. Kaedah kuliah akan lebih berkesan lagi jika
digunakan bersama-sama dengan kaedah-kaedah lain seperti perbincangan kumpulan dan
teknik alat pandang dengar. Kaedah kuliah merupakan suatu kaedah yang cepat dan mudah
untuk mencapaikan pengetahuan kepada kumpulan pelatih yang besar dan tidak memakan
belanja yang banyak. Ini disebabkan kemudahan-kemudahan yang diperlukan adalah ringkas
sahaja. Akan tetapi, kaedah ini melibatkan perhubungan sehala sahaja dan tidak memberi
seseorang pelatih peluang untuk melibatkan diri secara aktif dalam proses latihan. Tambahan
lagi, kaedah ini tidak begitu sesuai bagi pelatih yang kurang berpendidikan atau kurang cerdas.
ID UNIT KOMPETENSI /
ME-020-2:2012-C07/P(2/2) Muka/Page : 4 Drpd/of : 6
COMPETENCY UNIT ID

3.2.2 Kaedah kajian kes

Kes ialah penguraian sesuatu situasi atau masalah yang sebenar atau yang dicipta
khas bagi tujuan pengajaran. Kaedah kajian kes bertujuan meningkatkan kebolehan pelatih
dalam penyelesaian masalah dan pembuatan keputusan. Kaedah ini memerlukan pelatih
mengenal pasti dan mengkaji masalah atau isu sesuatu kes dan menentukan penyelesaiannya.
Pelatih juga dikehendaki menyediakan rancangan tindakan untuk melaksanakan keputusan
mereka. Satu variasi pada kaedah kes ialah kaedah kajian. Jika kaedah kes yang biasa
digunakan, pelatih diberi semua maklumat yang perlu untuk menyelesaikan sesuatu kes, tetapi
jika proses kejadian digunakan cuma satu kejadian kes yang genting dihuraikan. Dari sini
terpulanglah kepada pelatih untuk mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan untuk
mendapatkan fakta-fakta dan maklumat-maklumat tambahan untuk kes itu. Setelah semua
maklumat yang penting diperoleh, pelatih boleh mula mengkaji kes yang berkenaan secara
perseorangan atau berkumpulan. Kaedah kes membolehkan pelatih mengkaji isu-isu
perniagaan yang realistik. Jika kaedah ini dikendalikan secara perbincangan, pelatih boleh
bertukar-tukar pandangan dan idea dengan pelatih yang lain.

3.2.3 Latihan Vestibul

Dalam latihan Vestibul prosedur dan peralatan yang sama atau yang hampir sama
dengan prosedur dan peralatan yang digunakan ditempat kerja disediakan di ruangan latihan
khas (atau Vestibul). Di Vestibul ini pelatih dapat belajar dalam keadaan terkawal dan mengikut
keupayaan mereka sendiri tanpa menghadapi tekanan kerja yang sebenar. Misalnya, bakal
juruwang boleh dilatih dipusat latihan yang disediakan dengan beberapa daftar tunai.

Peralatan yang disediakan di Vestibul tidak semestinya peralatan yang digunakan


ditempat kerja. Peralatan atau mesin simulasi yang hampir sama dengan peralatan sebenar
juga boleh digunakan. Walau bagaimanapun peralatan ini harus direka bentuk dengan cara
yang dapat memaksimum permindahan pembelajaran. Ini bermaksud peralatan simulasi
haruslah mempunyai sifat-sifat fizikal dan psikologi yang seakan-akan sama dengan kerja
sebenar. Mesin simulasi biasanya digunakan sebagai pengganti mesin sebenar untuk
menjimatkan kos dan kerana sebab-sebab keselamatan. Umpamanya, syarikat-syarikat
penerbangan super MAS sanggup membelanjakan beribu-ribu ringgit untuk membeli simulasi
penerbangan untuk melatih para pelatihnya. Mesin simulasi sedemikian memungkinkan latihan
dijalankan dalam keadaan yang selamat dan terkawal. Pelatih dapat diajar tanpa sebarang
gangguan luar disamping berpeluang mengulangi prosedur-prosedur yang dikehendaki
sehingga faham dan mahir.

3.2.4 Main Peranan

Pada asasnya, main peranan ialah lakonan spontan berkenaan sesuatu situasi atau
kejadian. Pelatih diminta bertindak balas terhadap sesuatu situasi dengan beraksi sebagai
watak yang tertentu dalam situasi itu. Pelatih dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah
tertentu dengan membayangkan diri mereka sebagai watak yang sedang menghadapi masalah
dalam situasi tersebut. Selain itu pelatih juga digalakkan mencuba pelbagai reaksi dan tingkah
laku dalam sesi main peranan. Lazimnya, tidak semua pelatih diberi peranan untuk dilakonkan.
Setengah-setengah pelatih di beri tugas sebagai pemerhati yang bertanggungjawab
mencatatkan pemerhatian mereka dan memberikan komen pada akhir sesi latihan main
peranan. Teknik main peranan biasanya digunakan untuk melatih penyelia hubungan manusia
ID UNIT KOMPETENSI /
ME-020-2:2012-C07/P(2/2) Muka/Page : 5 Drpd/of : 6
COMPETENCY UNIT ID

dan jurujual teknik-teknik jualan. Selain itu, teknik ini seringkali digunakan untuk memperbaiki
kemahiran pengurus dalam menjalankan aktiviti kaunseling, temuduga pekerjaan, penilaian
prestasi, pembuatan keputusan, perundingan kontrak dan sebagainya. Teknik main peranan
memberi pelatih peluang mempraktikkan teori-teori dan konsep-konsep yang telah dipelajari
dalam kelas biasa. Teknik ini juga membolehkan pelatih memperoleh kemahiran komunikasi
dan interaksi. Tambahan lagi, pelatih berpeluang memerhati dan mengkaji tingkah laku mereka
sendiri serta tingkah laku pelatih lain, menentukan kelebihan dan kelemahan diri berpandukan
maklum balas yang diberikan oleh pelatih lain serta mencontohi tingkah laku pelatih lain yang
baik. Oleh sebab main peranan merupakan lakonan sahaja, jadi ia tidak memberi kesan buruk
jika berlaku kesilapan dalam penyelesaian dalam penyelesaian sesuatu masalah. Pelatih masih
ada peluang untuk membetulkan kesilapan mereka.

3.2.5 Permainan Pengurusan.

Permainan pengurusan merupakan suatu latihan yang berasaskan sesuatu situasi


perniagaan yang direka dan mirip pada keadaan yang sebenarnya. Jenis latihan ini bertujuan
untuk mengembangkan lagi kemahiran pelatih dalam pembuatan keputusan dan pengurusan
organisasi. Dalam permainan pengurusan pelatih dibahagikan pasukan-pasukan yang tertentu.
Setiap pasukan mewakili golongan pekerja yang tertentu (misalnya pihak pengurusan) dan
mereka dikehendaki bersaing dengan pasukan lain dalam pasaran atau situasi perniagaan
simulasi yang tertentu. Setiap pasukan perlu membuat keputusan-keputusan yang tertentu
dalam permainan ini. Umpamanya permainan pengurusan yang berbentuk pertandingan
pasaran memerlukan pelatih membuat keputusan tentang harga keluaran, kapasiti
pengeluaran, belanja pengiklanan, jumlah pinjaman yang dikehendaki dan seumpamanya.
Keputusan setiap pasukan akan diproses secara manual atau dengan bantuan komputer dab
hasilnya dalam bentuk laporan prestasi akan dipulangkan kepada setiap pasukan untuk
penganalisisan dan keputusan masing-masing selanjutnya. Jenis latihan ini membolehkan
keputusan bagi tempoh masa yang tertentu (misalnya, 10 tahun) di simulasikan. Selalunya,
kriteria yang digunakan untuk menentukan johan permainan pengurusan ialah kriteria
kuantitatif seperti keuntungan, pulangan daripada aset dan bahagian pasaran. Permainan
pengurusan membolehkan pelatih memperoleh pengalaman membuat keputusan pengurusan
dalam masa yang singkat. Hasil keputusan yang diambil dapat diketahui dengan segera.
Pelatih juga berpeluang memperoleh pemahaman tentang operasi organisasi, proses interaksi
kumpulan, kepimpinan, komunikasi dan sebagainya. Walau bagaimanapun, kos yang mesti
ditanggung untuk mengadakan jenis latihan ini agak tinggi, terutamanya apabila kemudahan
komputer digunakan memproses input keputusan pelatih.
ID UNIT KOMPETENSI /
ME-020-2:2012-C07/P(2/2) Muka/Page : 6 Drpd/of : 6
COMPETENCY UNIT ID

SOALAN :

1 ) Nyatakan 2 bentuk kaedah latihan?

a) …………………….........................................................................................
b) ......................................................................................................................

2) Nyatakan jenis-jenis latihan semasa kerja ?

………………………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
………

3) Nyatakan jenis-jenis latihan luar masa kerja ?

…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………

RUJUKAN:

1. Rujuk manual prosedur kerja


2. Teknologi Penyejukan & Penyamanan Udara, Hamdan Ali, Cetakan 1990, Art Printing
Works Sdn. Bhd.
3. Penyejukan & Penyamanan Udara Praktikal, S.C.Laroiya,Cetakan 2001, ibsBUKU
4. Buku Jihat Motivasi, Dato,Dr Fadzilah Kamsah, Cetakan 2005, Pelangi Traiding
Sdn.Bhd.

Anda mungkin juga menyukai