Anda di halaman 1dari 8

BAHAGIAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

NOTA KULIAH 7
SEMESTER SEMESTER 4 DVM SESI 2021/2022

JABATAN JABATAN TEKNOLOGI ELEKTRIK & ELEKTRONIK

PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRIK/ DVM

KOD/KURSUS DEA 4123 : INDUSTRIAL MANAGEMENT

KOMPETENSI 07 ORGANIZE ON-JOB TRAINING

K07.1 Identify type of training

K07.2 Prepare invitation letter

K07.3 Prepare presentation material


KOMPETENSI UNIT
K07.4 Prepare training schedule

K07.5 Deliver training

Trainee must be able to:


1. Prepare yearly budget, activity and progress according to management report.
(C3, PLO11)
KOMPETENSI 2. Construct department meeting, staff appraisal and in-house training according to
PEMBELAJARAN management schedule. (P3, PLO8)
3. Work collaboratively in groups to initiate technical manpower, delegate works to
sub ordinate and organize on-job training.
(A3, PLO9)

DEA 4123/K 07/NK 01-


NO KOD
05
MUKA : 01 DARIPADA 08
NO KOD JPK
NO. KOD DEA 4123/K 07/NK 01-08 Muka : 2 drp : 8

NAMA KURSUS DEA 4123 INDUSTRIAL MANAGEMENT

STANDARD
KANDUNGAN 07 MENGANJURKAN LATIHAN DALAM PEKERJAAN
1.0 PENGENALAN KEPADA PENGENDALIAN PROGRAM LATIHAN

Latihan dan pembangunan pekerja ialah aktiviti organisasi yang penting kerana
pengaruhnya terhadap produktiviti pekerja. Secara amnya, pengendalian program latihan ini
dilakukan oleh pihak yang menganjurkan program latihan tersebut. Program latihan yang
dikendalikan haruslah mematuhi objektif yang telah ditetapkan organisasi tersebut kepada
pihak penganjur latihan. Dengan berjayanya program latihan yang dikendalikan, ia dapat
membangunkan pengetahuan dan kemahiran baru yang diperlukan oleh organisasi. Latihan
yang berterusan akan mengurangkan masa dan kos untuk memahami teknik baru dalam
melaksanakan sesuatu tugas. Dalam usaha pengurus sumber manusia untuk memastikan
program latihan yang berkesan, prinsip-prinsip latihan yang berikut perlu diambil kira:

 Pekerja mestilah berminat belajar dan ingin belajar sebelum diberi latihan
 Tujuan-tujuan latihan mestilah diketahui dan difahami oleh pelatih dan pekerja yang akan
dilatih.Jangkaan prestasi yang dikehendaki perlulah dinyatakan dengan jelas.
 Semua keperluan dan peralatan bagi latihan haruslah lengkap dan dapat berfungsi
dengan baik dan memberi sumbangan yang berterusan kepada pelanggan/pelatih.
 Latihan mestilah dirancang, dilaksanakan dan dinilai secara sistematik dan berasaskan
kehendak dan keperluan organisasi.
 Latihan mestilah disesuaikan dengan kehendak individu yang hendak dilatih.

Oleh itu, pengurus sumber manusia ialah orang yang bertanggungjawab untuk
memastikan latihan dijalankan di organisasi mereka. Mereka sepatutnya memberi keutamaan
kepada program latihan kerana ia akan memberi kesan langsung kepada daya saing
organisasi.

1.1 PROSEDUR TEMPAHAN DAN PEMILIHAN TEMPAT LATIHAN

Untuk memastikan latihan yang berlansung berjalan dengan lancar, baik dan menepati
kehendak serta standard organisasi yang hendak dilatih, pihak penganjur latihan haruslah
menyediakan peralatan dan tempat latihan yang selesa, sesuai dan mampu menarik minat
peserta latihan untuk membuat latihan ditempat tersebut. Ini termasuklah penyediaan bilik
ceramah/kuliah yang berhawa dingin dan selesa, kemudahan peralatan dan bahan pengajaran
dan pembelajaran yang sesuai dan mencukupi serta penyediaan pengajar yang cukup
berpengalaman dan profesional dalam menjalankan latihan tersebut.
NO. KOD DEA 4123/K 07/NK 01-08 Muka : 3 drp : 8
Bagi memastikan semua sumber dan tempat latihan berada dalam keadaan yang baik dan
sentiasa mencukupi bagi menjalankan program latihan, pihak penganjur seharusnya
menyediakan prosedur dan undang-undang tertentu bagi pihak organisasi membuat tempahan
bagi program latihan untuk organisasi mereka. Berikut merupakan prosedur tempahan dan
pemilihan tempat latihan yang selalu digunakan oleh penganjur latihan bagi memastikan program
latihan yang dianjurkan berjalan dengan baik dan sistematik:

 Organisasi haruslah mengemukakan permohonan bertulis kepada pihak penganjur latihan.


Ini termasuklah jenis latihan yang diperlukan,tempoh jangkamasa, pendekatan yang
digunakan, peralatan yang diperlukan serta kemudahan tempat latihan yang sesuai.
 Pihak organisasi kemudiannya haruslah mengadakan perbincangan yang telus dan
terperinci bagi memastikan program latihan yang disediakan menepati objektif dan
matlamat organisasi.
 Seterusnya pihak penganjur latihan haruslah mengemukakan cadangan atau proposal
mengenai bentuk latihan dan kemudahan yang disediakan.
 Kemudian pihak organisasi mengadakan lawatan susulan untuk memastikan semua
elemen dan kemudahan yang telah dinyatakan penganjur adalah menepati kehendak
organisasi.
 Setelah kedua-dua belah pihak sudah berpuas hati, perjanjian bertulis akan ditandatangani
oleh kedua-dua belah pihak.

Berikut merupakan elemen-elemen penting yang harus diambil kira oleh pihak organisasi
untuk memastikan program yang dipilih menepati kehendak dan matlamat organisasi:

I. Isi kandungan program latihan haruslah relevan dan terkini sejajar dengan kehendak
organisasi.
II. Peralatan dan bahan latihan yang disediakan haruslah lengakap dan sesuai dengan
program latihan agar pelatih dapat input yang terkini dan berkesan untuk disumbangkan
kepada organisasi kelak.
III. Pengajar atau instructor yang dipilih haruslah berpengalaman dan professional serta
mampu mengendalikan program latihan dengan baik dan berkesan.
IV. Tempat latihan yang disediakan haruslah selesa dan sesuai dengan isi kandungan latihan.
V. Keseluruhan kos haruslah berpatutan dengan program latihan yang disediakan.
NO. KOD DEA 4123/K 07/NK 01-08 Muka : 4 drp : 8

2.0 TUJUAN LATIHAN

Tujuan utama diadakan latihan adalah untuk memastikan bahawa organisasi tersebut
dapat mencapai pulangan yang memuaskan daripada pelaburan yang dibuat, terutamanya
daripada sumber yang paling penting (dan yang paling mahal) iaitu pekerja mereka. Oleh sebab
itu, tujuan utama latihan adalah mencapai sebarang perubahan dalam pengetahuan , kemahiran,
pengalaman, tingkahlaku, atau perangai yang mana melonjakkan keupayaan seseorang pekerja
itu. (Barry, 1994)

Menurut Poon (1994), latihan perlu diadakan apabila wujud suatu jurang kelainan antara
kebolehan seseorang individu dengan keperluan kerjanya, iaitu prestasinya berbeza daripada
prestasi yang dikehendaki oleh majikan. Khususnya, antara tujuan latihan adalah:

1. Untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pekerja dalam bidang-bidang yang


tertentu.
2. Untuk menyesuaikan pekerja dengan sistem baru, prosedur dan cara kerja akibat
daripada kemajuan teknologi yang menyebabkan perubahan..
3. Menolong pekerja lama dan pekerja baru menyesuaikan diri dengan kehendak sesuatu
kerja baru dalam organisasi.
4. Terdapat pekerja baru.

Bagi pendapat G. A. Cole (1983), keperluan latihan timbul apabila terdapat kekurangan
pengetahuan, kefahaman, kemahiran dan tingkahlaku dikalangan pekerja jika dibandingkan
dengan kehendak pekerjaan, atau keperluan organisasi akibat dari transformasi

3.0 KAEDAH LATIHAN

Pada umumnya kaedah-kaedah latihan boleh dibahagikan kepada dua bentuk yang paling
utama iaitu :

1. Latihan Semasa Bekerja (ON-THE-JOB TRAINING).


2. Latihan Luar Masa Bekerja (OFF THE JOB TRAINING).

3.1 LATIHAN SEMASA BEKERJA

Latihan Sambil Bekerja meliputi beberapa kaedah seperti:

3.1.1 Demonstrasi (Demonstration)

3.1.2 Latihan bersama Jurulatih. (Coaching)

3.1.3 Latihan membuat kendiri. (do-it yourself training)

3.1.4 Pusingan kerja dan pelan pengalaman. (job rotation and planned experience)

3.1.5 Latihan berasaskan teknologi. (technology based training (TBT)).


NO. KOD DEA 4123/K 07/NK 01-08 Muka : 5 drp : 8
3.1.1 DEMONSTRASI

Demonstrasi atau kadang kala di gelar ‘sitting next to Nellie’, adalah merupakan kaedah
yang selalu digunakan ketika latihan dijalankan. Ia meliputi kaedah persembahan oleh jurulatih
untuk menyampaikan kandungan latihan menerusi pengalaman yang telah sedia ada. Kaedah ini
menekankan konsep model atau contoh-contoh fizikal untuk memudahkan pemahaman pelatih.
Hasilannya pelatih cepat memahami berdasarkan kepada model yang ditunjukkankan tadi.
Walaubagaimanapun, kaedah ini memberi kesan negatif kepada jurulatih sendiri. Kepayahan
untuk mendapatkan model yang benar-benar sesuai ujud apabila penerangan yang diberikan
bersama model yang ditunjukkan tidak dapat membantu pemahan pelatih. Sebaliknya pelatih
keliru dengan model tidak sesuai semasa penerangan. Disamping itu juga kos yang agak tinggi
diperlukan kerana implikasi dari model yang hendak digunakan tadi.

3.1.2 LATIHAN BERSAMA JURULATIH

Kaedah ini adalah berbeza dengan kaedah Demonstrasi dimana ianya adalah hubungkait
secara terus antara pelatih (individu) dan jurulatih dalam memberi arahan-arahan yang jelas.
Jurulatih akan bertindak sebagai juru pandu dan memberi sokongan kepada pelatih, dengan lain
perkataan jurulatih lebih membantu secara langsung kepada individu-individu supaya segala
persoalan tentang pengetahuan, skil dan pengalaman terjawab. Kaedah ini juga boleh
memudahkan pemahaman pelatih dimana sebarang bentuk kemusykilan akan dijawab oleh
jurulatih secara terperinci–dari satu individu kepada individu yang lain. Walaubagaimanapun
kaedah ini memerlukan masa dan kawalan yang lebih semasa latihan dijalankan. Masalah akan
ujud apabila jurulatih tidak mencukupi bagi satu-satu sesi latihan disamping kos yang agak tinggi
implikasi dari jurulatih yang lebih ramai.

3.1.3 LATIHAN KENDIRI

Ia adalah merupakan asas terhadap kaedah pembelajaran kendiri dimana anggapan


bahawa pembelajaran yang paling efektif adalah apabila pelajar atau pelatih itu sendiri dapat
mengenal pasti apakah dia permasalahan yang dihadapi. Pendekatan yang digunakan pada
permulaannya, adalah pelatih dikehendaki mengenal pasti apakah tanggungjawab efektifnya
bersesuaian dengan maklumat yang mungkin ditemui, dan kemudiannya memberi pelatih ‘outline’
terhadap maklumat yang diperlukan dan berharap pelatih dapat menggunakannya untuk
menyiapkan sesuatu projek. Ia adalah sebahagian dari program yang dirancang bersama laporan
yang dihantar kepada seseorang seperti pengurus bahagian, ketua bahagian atau orang yang
bertanggungjawab didalam memastikan latihan dapat dijalankan dengan jayanya.
NO. KOD DEA 4123/K 07/NK 01-08 Muka : 6 drp : 8

3.1.4 PEMBELAJARAN TINDAKAN

Dalam pembelajaran tindakan, sekumpulan pelatih pengurusan dikehendaki bekerja


sepenuh masa mengkaji dan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh jabatan-
jabatan organisasi sendiri atau yang dihadapai oleh organisasi-organisasi lain. Setiap pelatih
akan diberi tugasan dalam projek-projek yang tertentu. Dari masa ke semasa, pelatih yang
terlibat akan bermesyuarat akan membincangkan penemuan dan kemajuan tugasan atau projek
masing-masing. Ahli-ahli kumpulan pembelajaran tindakan lazimnya akan mahu memperbaiki
sebarang kekurungan mereka jika kekurangan dirasakan sedang menjejskan keberkesanan
mereka dalam menjalankan tugasan mereka.

3.1.5 PUSINGAN KERJA

Latihan melalui pusingan kerja dilakukan dengan menempatkan pelatih di beberapa


jabatan organisasi secara bergiliran. Dengan cara ini, pelatih akan dapat memperolehi pelbagai
pengalaman kerja serta berpeluang melihat hubungan bahagian-bahagian organisasi secara
keseluruhannya. Pusingan kerja juga merupakan suatu cara yang baik untuk melengkapkan
pekerja dengan kemahiran pengurusan am. Pusingan kerja haruslah disesuaikan dengan
keperluan dan keupayaan pelatih supaya berkesan.

4.2 LATIHAN LUAR MASA KERJA (OFF- JOB TRAINING)

Latihan Luar Masa Bekerja meliputi beberapa kaedah seperti:

4.2.1 Kaedah Kuliah (Lecture)

4.2.2 Program Perantisan (Apprenticeship Program)

4.2.3 Latihan Vestibul. (Vestibule Training)

4.2.4 Pembelajaran Berprogram (Programmed Learning)


4.2.5 Kemudahan Audiovisual

4.1.1 KAEDAH KULIAH

Kuliah merupakan teknik lazim yang digunakan untuk memberi maklumat yang
kandungannnya adaah factual atau akademik kepada kumpulan peserta yang besar. Ia akan
melibatkan kos yang rendah.Oleh sebab komunikasi yang berlaku bersifat sehala sahaja, kuliah
adalah lebih berkesan sekiranya digabungkan dengan demontrasi. Untuk meningkatkan
keberkesanan kuliah, alat seperti projektor, slaid dan sebagainya harus digunakan.
NO. KOD DEA 4123/K 07/NK 01-08 Muka : 7 drp : 8

4.1.2 PROGRAM PERANTISAN

Program perantisan (apprenticeship programs) adalah sistem latihan gabungan antara


latihan semasa bekerja dengan pengajaran dalam kelas. Ia bertujuan untuk mengajar kemahiran
praktikal berdasarkan pembelajaran teori-teori dalam kelas. Berbanding dengan latihan semasa
bekerja, program perantisan formal juga memberi tumpuan kepada pengajaran dlam kelas untuk
mempelajari teori, prinsip dan teknik yang asas. Selepas itu, sesi praktikal akan bermula dalam
keadaan realistik.

Tempoh program perantisan biasanyanya diantara tiga dan lima tahun. Ia akan diakhiri
dengan peperiksaan. Program perantisan yang formal digunakan secara meluas dalam pelbagai
jenis pekerjaan dan pertukangan mahir. Contoh-contoh program perantisan termasuklah
mekanik, pendandan rambut, pertukangan kayu, penjagaan kulit dan lain-lain. Program yang
berorientasikan praktikal ini berdasarkan prinsip penyertaan yang aktif oleh pelajar. Ia mempunyai
aplikasi yang tinggi kerana teori dipelajari disamping kemahiran praktikal.

4.1.3 LATIHAN VESTIBUL

Dalam latihan vestibul ataupun latihan bersimulasi ini, pelajar dilatih dengan perlengkapan
sebenar atau bersimulasi. Tujuannnya ialah untuk memudahkan pemindahan pembelajaran
selepas program latihan tamat. Keadah ini dapat mengelakkan bahaya ditempat kerja sebenar
atau gangguan terhadap proses pengeluaran. Dengan cara ini, pelajar dapat mempelajari
kemahiran di luar tempat bekerja. Misalnya, juruterbang dilatih mengendalikan kapal terbang
simulasi, pekerja industri dilatih cara penggunaan mesin dan lain-lain.

Oleh sebab pengajaran diberi diluar tempat kerja, ini tidak akan mengganggu
pengeluaran.Masa dan tumpuan dapat diberikan kepada pembelajaran kerana tiada tekanan
kerja. Walaubagaimanapun, kelengkapannnya agak mahal dan pengajaran kursus memakan kos
yang agak tinggi. Ini boleh dilihat daripada yuran tinggi yang dibayar oleh pelajar untuk pelbagai
program vestibul.

4.1.4 PEMBELAJARAN BERPROGRAM

Pembelajaran berprogram merupakan kaedah untuk memperolehi pengetahuan dan


kemahiran tanpa penglibatan pelatih. Pengajaran diberi melalui kemudahan berikut:

 Bahan rujukan, contohnya buku teks dan manual kajian sendiri


 Buku latihan yang mengandungi fakta serta solan dan jawapan untuk disemak
selepas percubaan sendiri.
 Pita kaset dan video. Misalnya, pita kaset
NO. KOD DEA 4123/K 07/NK 01-08 Muka : 8 drp : 8

4.1.4 KEMUDAHAN AUDIOVISUAL

Pembelajaran menggunakan kaedah ini adalah dengan menggunakan medium


pembelajaran audio visual. Medium pembelajaran ini boleh dikategorikan kepada 3 jenis iaitu:

1. Media visual (peralatan dan bahan yang boleh dilihat)


 Dokumen,buku, lukisan, poster, media bercetak, gambar-gambar, imej paparan,
OHP dan etc.

2. Media audio(peralatan dan bahan yang boleh didengar) .


 Telefon, pembesar suara, tape recorder, dan lain-lain.

3. Media audio-visual (peralatan dan bahan yang boleh dilihat dan didengar)
 Televisyen, pemain video, pemain DVD (Digital Versatile Disc), VCD Player
(Video Compact Disc), Komputer multimedia, etc.

5.0 KELEBIHAN LATIHAN DALAM PEKERJAAN

i. Mengembangkan kemahiran seseorang apabila dapat mempelajarai segala


aspek dari pekerjaannya.
ii. Mendapat pengalaman terutama dari segi interaksi di dalam ruang kerja.
iii. Meluaskan hubungan dalam memperolehi ilmu pengetahuan baru dalam
bidang tersebut.

6.0 KELEMAHAN LATIHAN DALAM PEKERJAAN

i. Pelatih tidak dapat menguasai bidang secara berkesan sekiranya tidak


menunjukkan komitmen yang tinggi dan juga tidak berdisiplin
ii. Kos sepanjang tempoh latihan dalam pekerjaan membebankan pelatih yang
tidak menerima elaun ataupun sebarang imbuhan.
iii. Kekangan masa dari segi menjalankan latihan dalam pekerjaan dan menulis
laporan setiap hari sekiranya waktu latihan yang tidak menentu.

Anda mungkin juga menyukai