Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BATU LAUT

42800 TANJUNG SEPAT, KUALA LANGAT SELANGOR

KERTAS CADANGAN
PEMBELIAN MESIN PEMBUAT ROTI DAN MESIN PENGISAR MAKANAN UNTUK
KEPERLUAN MURID TINGKATAN LIMA YANG MENGAMBIL MATA PELAJARAN
SAINS RUMAH TANGGA

TAHUN:
2021

MASA:
SEPANJANG TAHUN

DISEDIAKAN OLEH:
PUAN MARINA BINTI HAMZAH
(GURU MATA PELAJARAN SAINS RUMAH TANGGA)
1. PENDAHULUAN
Kurikulkum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Sains Rumah Tangga adalah
salah satu daripada Mata Pelajaran Elektif Ikhtisas (MPEI) dalam bidang Sains, Teknologi,
Engineering dan Matematik (STEM) untuk Tingkatan 4 dan 5. MPEI menggunakan Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang digubal berasaskan standard yang menjadi
amalan antarabangsa.
Kandungan Mata Pelajaran Sains Rumah Tangga Tingkatan 5 mengandungi empat
bab iaitu Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti, Sanitasi Dalam Penyediaan
dan Penyimpanan Makanan, Peralatan Penyediaan dan Penyajian Makanan serta
Pengurusan dan Penyediaan Makanan.
Di dalam bab terakhir silibus Tingkatan 5 murid perlu menyediakan amali bagi
Hidangan Berasaskan Sayuran, HIdangan Berasaskan Ikan dan Kerang Kerangan, Hidangan
Berasaskan Daging, Hidangan Berasaskan Bijirin dan Hasil Bijirin, Hidangan Desert, Hidangan
Roti dan Masakan Beryis dan Hidangan Pastri.

2. MATLAMAT
Pembelian Pembelian Mesin Pembuat Roti (Bread Maker) dan Mesin Pengisar
Makanan (Food Processor)adalah untuk menyediakan Makmal Memasak yang lengkap
untuk memenuhi keperluan murid dalam pengurusan dan penyediaan makanan.
Mesin Pembuat Roti perlu ada di Makmal Masakan untuk memudahkan murid
menjalankan amali penyediaan Hidangan Roti dan Makanan Beryis kerana murid sangat
memerlukan alat penjimat masa yang sesuai untuk pengurusan dan penyediaan makanan.
Mesin Pengisar Makanan pula penting untuk kegunaan murid sepanjang amali
masakan dijalankan di makmal masakan. Kegunaan pengisar makanan adalah sangat perlu
dalam proses penyediaan makanan.
Penggunaan peralatan yang sesuai semasa amali penyediaan makanan membantu
murid menyediakan makanan dengan lebih cepat dan selamat sesuai dengan teknologi
masa kini.
3. OBJEKTIF
Pembelian Mesin Pembuat Roti (Bread Maker) dan Mesin Pengisar Makanan (Food
Processor) adalah bertujuan untuk:
i. Menyediakan Makmal Masakan yang lengkap untuk kegunaan murid.
ii. Memastikan murid dapat menyiapkan amali pada masa yang ditetapkan mengikut
jadual waktu sekolah.
iii. Memenuh keperluan Alat Bantu Mengajar (ABM) bagi salah satu Kurikulkum
Standard Sekolah Menengah (KSSM) Sains Rumah Tangga.

4. SASARAN : MURID SAINS RUMAH TANGGA TINGKATAN 5


BIL NAMA KELAS JUMLAH MURID
1 5 UPM 17 ORANG

5. ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL ITEM KUANTITI HARGA/UNIT JUMLAH
(RM) (RM)
1 Pembuat Roti (Bread 2 300.00 600.00
Maker)
2 Pengisar Makanan 2 270.00 540.00
(Food Processor)
JUMLAH HARGA KESELURUHAN 1140.00

6. KESIMPULAN
Adalah amat diharapkan agar pembelian peralatan bagi keperluan Pengurusan dan
Penyediaan Makanan Sains Rumah Tangga Tingkatan 5 dapat dilaksanakan bagi melahirkan
murid yang berkemahiran dalam bidang tersebut.

Disediakan oleh: DISEMAK OLEH: DILULUSKAN OLEH:

(MARINA BINTI HAMZAH) (PUAN ZARINA BINTI MISPAR)


GURU MATA PELAJARAN SRT GKMP TEKNIK DAN VOKASIONAL

Anda mungkin juga menyukai