Anda di halaman 1dari 1

EDUP3033 AKTIVITI MINGGU 4

Jelaskan impak teori-teori pembelajaran terhadap pengajaran dan pembelajaran.


(100 patah perkataan)

Implikasi teori Piaget terhadap pengajaran dan pembelajaran adalah pertama, isi
pembelajaran disusun mengikut peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak, mengikut
perkembangan fizikal individu. Sebagai contoh, konkrit kepada abstrak dan pengalaman
sedia ada kepada pengalaman baru. Selain itu, berlaku perubahan bentuk tingkah laku.
Pembelajaran yang baru dan kompleks hendaklah menggunakan proses akomodasi untuk
mengubah kognitifnya agar mengadaptasikan keperluan situasi pembelajaran yang
dihadapi. Bukan itu sahaja, guru juga dapat merancang sesuatu situasi pembelajaran yang
mencabar untuk pelajar serta menimbulkan dan menggerakkan tindak balas pelajar dan
sengaja memberi idea yang bertentangan untuk memerhati tindak balasnya. Seterusnya,
guru juga boleh memberi kerja tugas untuk pemindahan pembelajaran dengan membentuk
kumpulan mengikut peringkat perkembangan kognitif mereka agar membolehkan pelajar
yang berada di peringkat perkembangan kognitif yang lebih tinggi mengajar pelajar di bawah
perkembangan kognitif yang lebih rendah.

Anda mungkin juga menyukai