Anda di halaman 1dari 6

BAB 3 TEORI-TEORI PEMBELAJARAN

1) Teori Behaviouris:
Teori Behaviorisme juga dikenali sebagai mazhab behavioris.
diperkenalkan oleh Ivan Pavlov dan dikembangkan oleh Thorndike dan Skinner.
menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran akan mempengaruhi segala
perbuatan atau tingkah laku murid sama ada baik atau sebaliknya.
Sesuatu rangsangan yang berkaitan dengan rangsangan yang lain akan
mendatangkan pembelajaran yang dikenali sebagai pelaziman.
Perubahan pembelajaran ini berlaku melalui empat proses iaitu perhubungan,
pelaziman klasik, pelaziman operan dan pembelajaran melalui pemerhatian.
Parlov, Thorndike dan Skinner menghuraikan perubahan tingkah laku sebagai hasil
proses pembelajaran adalah kerana berlakunya perhubungan stimuli (rangsangan)
dengan tindak balas organisma.
Rumusannya;
Perubahan tingkah laku
Perolehan tabiat dan sikap
Berlandaskan teori
Tindak balas terhadap rangsangan
Pembelajaran melalui pelaziman
Tingkah laku luaran
Dipengaruhi oleh peneguhan
2 jenis;
-pelaziman klasik
-pelaziman operan
2) Prinsip teori tingkah laku:
Murid terlibat dengan aktif
Bahan disusun dalam urutan
Maklum balas secara langsung
Berikan ganjaran dan motivasi

3) 7 Elemen utama behaviouris:


Menarik perhatian murid
Objektif perlu jelas
Rangsang proses ingat semula
Bahan yang merangsang
Bimbingan berterusan
Ada tugasan dan soalan
Buat penilaian

4) Konsep Pelaziman Klasik Ivan Pavlov;


o Generalisasi
o Diskriminasi
o Penghapusan

5) Prinsip Pembelajaran Pavlov;


Kaitkan tugasan dengan pengalaman
Kaitkan tajuk dengan rangsangan dan tindak balas
Kukuhkan rangsangan dengan latihan
Perlukan motivasi
Kata kunci teori ini ialah pembelajaran melalui perkaitan.
setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas
pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan antara rangsangan dengan gerak balas

6) Konsep Pelaziman Operan Thorndike;


Pembelajaran melalui R-G
Pelaziman berlaku bila ada rangsangan
Hukum pembelajaran
-Hukum kesediaan
-Hukum latihan
-Hukum kesan

pembelajaran merupakan suatu rangkaian yang terikat iatu pembentukan dan


pengukuhan rangkaian saraf antara situasi dengan gerak balas.

implikasi teori Pembelajaran Thorndike terhadap pembelajaran;


untuk mempelajari tingkah laku, rangsangan perlu diwujudkan
pembelajaran boleh berlaku melalui usaha cuba jaya
konsep hukum kesediaan boleh diaplikasikan di dalam bilik darjah
guru perlu menyediakan peluang untuk murid-murid menikmati kejayaan agar mereka
terus terdorong untuk belajar
latihan dan pengulangan akan meningkatkan keberkesanan pembelajaran
untuk meningkatkan tahap kesediaan belajar, guru harus menggunakan motivasi
yang sesuai
mengukuhkan pertalian antara rangsangan dan gerak balas murid dengan
membanyakkan aktiviti latihan, ulangkaji, aplikasi, serta pengukuhan dalam keadaan
yang menyeronokkan
memberi ganjaran atau peneguhan untuk respons atau gerak balas yang betul
daripada murid

7) Konsep Pelaziman Operan Skinner;


Pembelajaran berlaku jika ada rangsangan dan tindak balas berulang
Kemukakan konsep pengukuhan
-pengukuhan positif
-pengukuhan negatif

8) Aplikasi Pembelajaran Skinner;


pemberian peneguhan positif apabila murid melakukan sesuatu tingkah laku yang
diingini hendaklah secara bersistematik.
ganjaran yang diberi haruslah bersesuaian dengan umur murid.
wujudkan ganjaran mengikut kadar kepayahan tingkah laku yang diingini.
guru perlu herhati-hati apabila memberi peneguhan negatif kepada murid kerana
mereka mungkin akan dianggap sebagai hukuman.
gerak balas yang diperoleh hasil dari rangsangan haruslah dikukuhkan untuk
membentuk pelaziman.
guru perlu memberikan keutamaan kepada latihan dan gerak balas yang berulang-
ulang.

ImpIikasi Teori Pembelajaran Behavioris Terhadap Pengajaran dan


Pembelajaran
Gerak balas positif dapat dipupuk
Pengulangan akan mengukuhkan ingatan
Perkaitan membantu membina konsep
Satu rangsangan yang diganti rangsangan lain membantu membina konsep
(rangsangan terlazim )
Pengalaman positif dengan tugasan pembelajaran menghasilkan tindak balas
terlazim
Membimbing membuat generalisasi dengan tepat dan perkaitan pelbagai contoh
Kemahiran membuat diskriminasi
Latihan perlu diberikan untuk mengukuhkan rangsangan terlazim dengan gerak balas
terlazim
Sesuatu kemahiran atau teknik yang baru dipelajari hendaklah diberi peneguhan
berterusan ( Dikekalkan /dikukuhkan )
Penggunaan peneguhan positif membawa kepada keseronokan
Prinsip penghapusan ( pelaziman operan) adalah sesuai untuk memodifikasikan
tingkah laku
Membantu murid menguasai konsep diskriminasi
( pelaziman operan ) memperolehi ilmu dan kemahiran dengan tepat
Menggunakan prinsip Jadual peneguhan Skinner untuk merancang dan
melaksanakan peneguhan berterusan

9) Teori Kognitif;
ahli-ahli psikologi kognitif yang terkenal dengan teori ini adalah seperti Kohler,
Bruner, Gagne dan Ausubel.
Pembelajaran melalui proses penyelesaian masalah dan celik akal
Proses mental yang aktif
tidak bersetuju dengan teori stimuli-tindak balas yang menyatakan pembelajaran
berlaku kerana stimuli-tindak balas dan latihan berulang-ulang
Hasilkan Teori Pembelajaran Gestalt
Pembelajaran libatkan 2 proses;
-persepsi
-penanggapan

Implikasi Teori Ausubel Ke Atas Pengajaran dan Pembelajaran


Ketika mengajar, guru perlu mengambil kira pengetahuan sedia ada murid-murid bagi
menjamin kesesuaian bahan dan aktiviti pengajaran yang disediakan.
Ausubel menekankan pembelajaran bermakna. Ini bermakna guru perlu berusaha ke
arah membantu murid memahami sesuatu konsep, perkaitan antara isi pelajaran
dengan pertalian antara pengalaman baru dengan pengalaman lama.
Guru digalakkan untuk menggunakan pembelajaran penemuan kerana ini melibatkan
penyiasatan, kajian sendiri, pengumpulan maklumat dan sebagainya. Pembelajaran
ini lebih kekal,bermakna dan menyeronokkan.
Implikasi Hierarki Pembelajaran Gagne Kepada Pembelajaran Murid;
Proses pembelajaran bermula daripada rangsangan luar.
Bergantung kepada motivasi luaran dan dalaman.
Fasa maklum balas adalah terpenting kerana fasa ini dapat mengukuhkan konsep
ilmu yang diperolehi.
Proses ini berkait rapat dengan konsep kesediaan, motivasi,pengamatan,
penanggapan, ingatan dan lupaan dan pemindahan pembelajaran

10) Teori Konstruktivis;


2 jenis;
Dipopularkan oleh Piaget
2 jenis;
-kognitif
-sosial
Implikasi Teori Pembelajaran Konstruktivis Terhadap Pengajaran dan
Pembelajaran;

Guru hendaklah merancang dan melaksanakan strategi pengajaran seperti soalan-


soalan terbuka dan dialog yang meluas agar berpadanan dengan respon murid serta
menggalakkan mereka untuk menganalisis, mentafsir dan meramal maklumat yang
diterima.
Penilaian adalah sebahagian proses pembelajaran. Oleh itu, murid memainkan
peranan yang lebih besar dalam menentukan kemajuan masing-masing

11) Teori Kognitif Jean Piaget;


Kognitif berkembang dengan pembesaran kanak-kanak
Penekanan kepada;
-proses dan peringkat
Proses;
-Asimilasi
-Akomodasi
Peringkat;
-sensorimotor
-pra operasional
-operasi konkrit
-operasi formal

12) Teori Kognitif Lee Vygotsky;


Proses penaakulan melalui interaksi sosial
Zon perkembangan proximal
-perkembangan sebenar
-perkembangan berpotensi

13) Teori Pembelajaran Sosial;


Pembelajaran melalui;
-proses permodelan
-pemerhatian
-peniruan
Tingkah laku sosial;
-keagresifan
-persaingan
-peniruan model

14) Teori Sosial Bandura;


Pembelajaran melalui proses 4 proses;

-perhatian
-mengingat
-reproduksi
-peneguhan

ciri teori pemodelan Bandura adalah seperti berikut;

unsur-unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan


tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa, contoh dan teladan.
murid meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demonstrasi guru sebagai
model dan akan menguasai kemahiran itu jika mereka memperoleh kepuasan dan
peneguhan yang berpatutan.
proses pembelajaran meliputi pemerhatian, pemikiran, peringatan, peniruan
dengan tingkah laku atau gerak balas yang sesuai.

15) Pendekatan Humanistik;


Kategorikan Pembelajaran kepada 2 jenis;

-pembelajaran kognitif yang tidak berguna


-pembelajaran eksperiential
Pembelajaran bergantung kepada emosi
Pentingkan peranan guru
Murid perlu sokongan motivasi

Implikasi Teori Humanis Terhadap Proses Pembelajaran;

menitikberatkan perkembangan persendirian individu sosial yang sihat.


programnya berorientasi penemuan dan tidak mementingkan pembelajaran
resepsi (penerimaan).
perasaan dan keinginan murid serta autonomi individu senatiasa dihormati.
matlamat utamanya ialah mencapai sempurna kendiri bagi setiap individu.
lebih berpusatkan murid.
tidak begitu mengambil berat tentang metodologi pengajaran jika dibandingkan
dengan hubungan secara peribadi mereka dengan murid serta peranan murid sebagai
pembantu proses pengajaran dan pembelajaran.
menggalakkan perkembangan psikologikal secara langsung dalam situasi
pendidikan.
meningkatkan motivasi, locus of control, pemikiran kreatif, kepekaan
interpersonal, maruah diri, identiti kendiri dan aspek-aspek fungsional lain manusia.
16) Bantu kanak-kanak perpendidikan khas;
Bawa jumpa pakar
Galakkan keistimewaan mereka
Sabar
Bantuan dalam pembelajaran
Amalkan kasih sayang
Lakukan aktiviti bersama
Berikan kebebasan terbatas
Ganjaran

Anda mungkin juga menyukai