Anda di halaman 1dari 8

IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU,

DURIAN DAUN,
75400 MELAKA

KERJA KURSUS
PISMP SEMESTER 1 TAHUN 1
NAMA PELAJAR: BATRISYIA NASUHA BINTI MOHAMAD NORSAL

ANGKA GILIRAN: 2021142340078

NOMBOR KAD PENGENALAN: 021030-10-1594

KUMPULAN/UNIT: PENDIDIKAN JASMANI

KOD DAN NAMA KURSUS: PJMS3043 (ANATOMI DAN FISIOLOGI)

NAMA PENSYARAH: EN SAFFERY BIN ARIFFIN

TARIKH HANTAR: 10/9/2021

Pengakuan Pelajar Menerima Medium:-


Maklum Balas Daripada
Pensyarah Individu

Kumpulan
Kuliah
TandaTangan Tarikh: 10/9/2021

UntukKegunaanPemeriksaSahaja
NO. MARKAH MarkahSelepasModerasi
TUGASA Pemeriksa 1 Pemeriksa 2 Pemeriksa 3
N
1 Markahdalam 100 %

JUMLAH
1.0 Pengenalan
Menurut Zolkifli dan Zairi (2014), anatomi merupakan kajian tentang struktur tubuh
dan perkaitan dengan struktur tersebut. Anatomi berasal daripada perkataan Yunani iaitu
‘ana’ yang bermaksud asingkan dan ‘tome’ yang bermaksud memotong (Marieb & Hoehn,
2015). Saya telah memilih latihan fartlek sebagai latihan kecergasan dan aktivitinya adalah
lari pecut (sprint). Latihan Fartlek telah diperkenalkan oleh seorang jurulatih Sweden
bernama Gosta Holmer pada tahun 1940. Fartlek membawa maksud satu sistem latihan
daya tahan yang mempunyai pelbagai kelajuan. Ia juga dikenali sebagai ‘Speed Play’ di
mana seseorang itu memerlukan ketahanan dan ketabahan dalam aktiviti yang dijalankan
(J.Kenneth Doherty, 1963). Menurut Mohd Taib Harun (2012), latihan fartlek ini menekankan
aspek pecutan, di mana atlet dikehendaki melakukan larian pecut bertempo pada kadar
tertentu.

2.0 Laporan amali


2.1 Latihan fartlek- lari pecut

 Struktur Jantung dan Sistem Kitaran Pulmonari dan Sistemik


Semasa melakukan aktiviti latihan fizikal, kandungan oksigen yang tinggi diperlukan
untuk membantu sistem respiratori manusia berfungsi dengan baik. Maka, anatomi
jantung berkait rapat dengan fungsinya untuk mengepam darah ke seluruh badan.
Darah mengandungi oksigen yang diperlukan oleh jantung. Rajah 1 menunjukkan
struktur jantung manusia.

Rajah 1: Sumber: http://rizalrimynd.blogspot.com/2013/03/struktur-jantung-manusia-


jantung.html
Jantung terbahagi kepada empat bahagian iaitu, atrium kanan, atrium kiri, ventrikal
kanan dan ventrikal kiri. Fungsi utama jantung adalah menjana dan mengekalkan
tekanan darah. Denyutan jantung akan menjana tekanan darah serta mengalirkan
darah ke seluruh badan. Seterusnya, jangtung juga berfungsi untuk mengarah
peredaran darah dimana peredaran darah dapat dilakukan ke beberapa tempat
berdasarkan ruangan di dalam jantung dan terus membawa bekalan darah ke tisu.
Semasa melakukan aktiviti latihan fizikal, kadar denyutan jantung akan menjadi laju.
Oleh itu, ia mempunyai kaitan dengan jumlah darah yang dialirkan. Contoh umum
adalah apabila seseorang individu bersukan dan semasa keadaan rehat. Semasa
bersukan, lebih banyak darah darah dialirkan berbanding semasa keadaan berehat.
Proses peredaran darah berlaku seiring semasa individu melakukan proses
respiratori dimana ia berkait dengan organ yang utama iaitu jantung. Rajah 2
menunjukkan peredaran darah dalam badan manusia.

Rajah 2: Sumber:
https://www.idntimes.com/health/medical/nena-zakiah-1/memahami-sistem-
peredaran-darah-manusia

Sistem peredaran darah terbahagi kepada dua jenis iaitu kitaran sistemik dan kitaran
pulmonari. Bagi kitaran sistemik, darah dibawa keluar dari ventrikal kiri jantung
melalui aorta, lalu aorta terbahagi kepada cabang kecil yang dipanggil arteri yang
bertujuan untuk menghantar darah ke pelbagai bahagian badan. Dinding ateri yang
berotot pula mengawal aliran darah dan dibantu oleh kapilari yang akan bergabung
dan membentuk venul. Venul pula akan bergabung semula dan menjadi vena yang
berfungsi untuk menghantar semula darah ke jantung. Seterusnya, vena akan
bergabung dan menjadi sepasang vena iaitu vena kava inferior dan vena kava
superior. Vena kava inferior mengumpulkan darah dari anggota distal bawah badan
manakala vena kava superior mengumpulkan darah dari anggota distal atas badan.
Kemudian, kedua-dua pembuluh darah ini akan menghantar isinya ke dalam atrium
kanan. Bagi peredaran pulmonari pula, darah akan masuk ke dalam ventrikal kanan
melalui vena. Ventrikal kanan ini akan mengecut dan mengepam darah ke arteri
pulmonari. Darah yang dihantar ke paru-paru kanan dan kiri melalui arteri yang
bercabang dua. Semasa dalam paru-paru, arteri akan berpecah menjadi arterial dan
akhirnya akan menjadi kapilari pulmonari. Fungsi kapilari pulmonari adalah
membawa oksigen dan membebaskan karbon dioksida. Darah akan dikembalikan
kepada jantung apabila kapilari pulmonari bergabung menjadi vena. Akhirnya, darah
tersebut akan dimasukkan pula ke ventrikel kiri di mana ia akan mengecut dan
mengepam darah ini ke aorta untuk memulakan semula peredaran sistemik. Proses
ini membantu individu sewaktu bersukan untuk mendapatakan oksigen yang
mencukupi untuk melakukan aktiviti. Jika individu mempunyai masalah dengan
sistem respiratori dan sistem peredaran darah, ia akan menyebabkan individu
kekurangan oksigen dalam darah dan boleh menyebabkan pengsan.

 Inspirasi dan Ekspirasi dalam Sistem Respirasi


Ketika melakukan melakukan aktiviti latihan kecergasan, mekanisme dan kawalan
pernafasan amat penting. Mekanisme pernafasan terbahagi kepada dua proses iaitu
tarikan nafas (inspirasi) dan hembusan nafas (ekspirasi). Apabila kita menarik nafas,
otot diafragma akan mengecut menyebabkan ruang toraks menjadi lebih luas. Pada
masa yang sama, tekanan udara dalam paru-paru berkurangan. Hal ini demikian
kerana, daripada tindakan tersebut udara akan dipaksa masuk melalui salur udara ke
dalam paru-paru. Manakala, semasa menghembuskan nafas (ekspirasi) ruang dada
menjadi lebih kecil kerana otot diafragma naik ke atas dan tulang rusuk tertarik ke
bawah oleh otot interkosta dalam. Seterusnya menyebabkan tekanan udara menjadi
lebi tinggi di dalam paru-paru lalu udara dipaksa keluar dari paru-paru. Rajah 3
menunjukkan mekanisme pernafasan manusia.
Rajah 3: Sumber: https://www.cikguhailmi.com/2013/03/sains-menganalisa-
mekanisma-pernafasan.html

Namun aktiviti lari pecut merupakan aktiviti anaerobik dimana latihan ini dilakukan
pada intensity yang tinggi serta tidak memerlukan oksigen. Maka, badan akan
menggunakan tenaga yang sedia ada dalam sistem badan. Hal ini demikian kerana,
sistem peredaran darah tidak dapat membekalkan oksigen kepada sel-sel yang
memerlukan dalam jangka masa yang tertentu. Oleh itu, aktiviti lari pecut akan
diselang-seli dengan jeda rehat bertujuan untuk meningkatkan kelajuan.

 Pergerakan Makanan dan Sistem Penghadaman

Sepertimana yang kita tahu, sebelum individu memulakan latihan kecergasan,


mereka memerlukan tenaga yang mencukupi untuk melakukan aktiviti dan sumber
tenaga boleh didapati melalui makanan yang diambil sebelum memulakan latihan.
Sebagai contoh, karbohidrat, protein dan lemak. Maka, makanan yang dimakan oleh
individu melalui proses penghadaman untuk tubuh badan menyerap tenaga. Sistem
penghadaman ialah satu proses penghancuran atau pengisaran makanan secara
fizikal, kemudiannya diikuti dengan beberapa proses kimia bagi memecahkan
molekul makanan atau elemen yang lebih halus dan terasing bagi memudahkan
proses penyerapan. Rajah 4 menunjukkan organ sistem penghadaman.
Rajah 4: sumber: https://www.slideshare.net/amiraaa96/sistem-penghadaman-
60491505

Proses pergerakan makanan bermula dari mulut iaitu makanan yang dimakan
dikunyah dan dihancurkan oleh gigi dengan bantuan air liur bagi melembutkan
makanan dan memecahkan beberapa nutrient tertentu. Selepas selesai mengunyah
makanan, gumpalan makanan tersebut akan memasuki kerongkong menggunakan
proses peristalsis. Apabila tiba di perut, cecair gastrik dibebaskan oleh dinding perut
untuk menguraikan makanan terutamanya ke atas bahan-bahan protein dalam
makanan dengan tindakbalas asid hidroklorik serta enzim penghadaman pepsin
kepada peptid. Makanan kemudian akan berubah menjadi elemen separa cair yang
dikenali sebagai chyme sebelum ia memasuki usus kecil. Fungsi usus kecil adalah
untuk makanan diuraikan oleh enzim penghadaman serta menjadikan makanan lebih
halus. Seterusnya di bahagian usus kecil (illium), enzim-enzim tambahan
dirembeskan oleh kelenjar-kelenjar bagi melengkapkan proses penghadaman. Lalu
nutrient-nurient dapat diserap melalui dinding usus dan terus dihantar ke pembuluh
darah dan limfa. Manakala, makanan-makanan tidak terhadam dibawa ke usus
besar. Di bahagian usus besar, makanan akan ditapis lagi menyebabkan air
diasingkan, lalu baki makanan yang tidak terhadam akan memasuki rectum.
Kemudian, dibuang keluar sebagai najis melalui dubur ketika membuang air besar.
Sebagai tambahan, nutrient yang diserap oleh usus kecil merupakan sumber tenaga
kepada individu yang melakukan aktiviti latihan kecergasan. Sebagai contoh,
pengambilan makanan karbohidrat memberi individu glukosa iaitu sumber tenaga.
Oleh itu, penting untuk seseorang individu mengambil makanan yang bernutrient
supaya dapat mengelakkan daripada penyakit serta membantu sebagai sumber
tenaga, vitamin dan sebagainya untuk tubuh badan.
3.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, pengetahuan tentang anatomi dan fisiologi semasa melakukan
aktiviti latihan kecergasan amat penting kepada guru Pendidikan Jasmani. Hal ini demikian
kerana, ia membantu mengenalpasti cara lakuan yang betul ketika melakukan latihan
kecergasan bagi mengelakkan berlakunya kecederaan atau kemalangan kepada atlet-atlet
yang terlibat. Ia juga membantu guru mengetahui bagaimana tubuh badan manusia
berfungsi semasa melakukan latihan kecergasan fizikal.
4.0 Bibliografi

Jekius Karim. (2020). Anatomi dan kecergasan. Sabah: Perpustakaan Negara Malaysia.

Mohd Taib Harun, Norlena Salamuddin & Norkhalid Salimin. (2012). Kecergasan Fizikal.

Selangor: Open University Malaysia.

Siti Ruzina. (2013). Pengetahuan Sains Sukan SPM. Johor: Percetakan Majujaya sdn. Bhd.

Zolkifli Abd Ghani & Mohd Zairi Husain. (2014). Pengenalan Anatomi dan Fisiologi.

Selangor: Open University Malaysia.

Nena Zakiah. (2019). Memahami Sistem Peredaran Darah Tubuh dan Kenali Proses

Kerjanya. Diakses pada 1 September 2021 daripada


https://www.idntimes.com/health/medical/nena-zakiah-1/memahami-sistem-
peredaran-darah-manusia

Nadia Hamid. (2015). Larian berkualiti jamin kecergasan. Diakses pada 1 September 2021

daripada https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2015/08/75511/larian-berkualiti-
jamin-kecergasan

Hailmi. (2013). Mekanisma Pernafasan Manusia. Diakses pada 1 September 2021

Daripada https://www.cikguhailmi.com/2013/03/sains-menganalisa-mekanisma-
pernafasan.html

Mohammad Nazri Zulkafli. (2021). Ketahui Fungsi Jantung Dan 12 Masalah Kesihatan

Berkaitan Yang Boleh Dialami. Diakses pada 1 September 2021

Daripada https://hellodoktor.com/penyakit-jantung/anatomi-jantung/

Anda mungkin juga menyukai