Anda di halaman 1dari 4

PDPR MATEMATIK TAHUN 5

Tarikh/Hari : 21 Januari 2021 / Khamis


Tajuk : Nombor Bulat dan Operasi (Kenal dan tulis nombor)
S.K : 1.1 Nilai nombor
S.P : 1.1.1 Menyatakan nombor hingga 1 000 000
i) Membaca sebarang nombor dalam perkataan.
ii) Menyebut sebarang nombor dalam bentuk angka.
iii) Menulis nombor dalam angka dan perkataan.

Latihan.
Salin dan jawab soalan dibawah. (Buku Latihan Matematik 1)

A) Tuliskan nombor berikut dalam perkataan.

a. 405 712 =
b. 130 009 =
c. 800 011 =
d. 452 346 =

B) Tuliskan nombor berikut dalam angka.

a. Tujuh ratus ribu dua puluh lima =


b. Dua ratus empat puluh lapan ribu lima ratus =
c. Enam ratus ribu dua =
d. Lima ratus empat ribu enam ratus sepuluh =
e. Satu ratus lima belas ribu tiga ratus lapan =
f. Sembilan ratus dua puluh lapan ribu empat ratus tujuh puluh tujuh =

https://forms.gle/Sg3LPqu5wmB4eg6c7

PDPR MATEMATIK TAHUN 5

Tarikh/Hari : 01 Februari 2021 / Isnin / 10:30 pagi - 12:00 tengah hari.


Tajuk : Nombor Bulat dan Operasi (Nombor Perdana)
S.K : 1.1 Nombor perdana
S.P : 1.2.1 Mengenal pasti nombor perdana dalam lingkungan 100.

Tugasan
1. Salin nota dibawah di dalam buku Latihan Matematik 1.

Mesti lebih besar daripada 1.


Hanya boleh dibahagi dengan 1 dan dirinya
NOMBOR PERDANA sendiri sahaja.(TIDAK BOLEH dibahagi
dengan nombor lain. Kalau di bahagi dengan
nombor lain ada baki)
(3 syarat ini sahaja yang menjadikan nombor itu
adalah nombor perdana.)

Contoh : Adakah 7 da 8 nombor perdana?Jom kita tengok.

7 Adakah 7 lebih besar daripada 1? YA


Adakah 7 boleh dibahagi dengan 1? YA
Adakah 7 boleh dibahgi dengan nombor lain?
TIDAK

Ini bermakna,7 adalah NOMBOR PERDANA.

8 Adakah 8 lebih besar daripada 1? YA


Adakah 8 boleh dibahagi dengan 1? YA
Adakah 8 boleh dibahgi dengan nombor lain? YA. 8
boleh dibahagi dengan 2 dan 4.

Ini bermakna,8 adalah BUKAN NOMBOR


PERDANA kerana tidak memenuhi syarat.

Soalan
1. Antara berikut,tandakan nombor-nombor perdana.
45
37
81
43
11

2. Yang manakah nombor perdana?


27
77
17
57

3. Senaraikan nombor perdana yang berada diantara 10 hingga 20.


Jawapan : 11,13,17,19

4. Adakah 90 nombor perdana?


Ya
Bukan
5. Adakah 61 nombor perdana?
Ya
Bukan

6. Antara berikut, yang manakah BUKAN nombor perdana?


67
73
45
89

7. Berikan dua nombor perdana yang menghasilkan nilai 100 apabila ditambah kedua-dua nombor perdana
itu.

+ = 100

8. Antara berikut, yang manakah nombor perdana?


65
76
81
97

9. Senaraikan nombor perdana yang berada diantara 80 hingga 100.


Jawapan : 83,89,97

10. Adakah 57 nombor perdana?


Ya
Bukan

Anda mungkin juga menyukai