Anda di halaman 1dari 3

Lampiran A

Kepada Perenggan 9.2.1

PERATURAN KATEGORI SATU

Melanggar peraturan ini akan mengakibatkan tindakan disiplin seperti amaran lisan dan surat
amaran. Isu yang berulang akan membawa kepada kesalahan Peraturan Kategori Dua.

 Tidak hadir (Absenteeism)- Gagal memberitahu sebab ketidakhadiran ke tempat kerja


dengan secepat mungkin. Alasan yang tidak munasabah juga akan dianggap sebagai
tidak hadir.
 Tidak hadir kerana sakit – Pekerja yang gagal untuk memberi surat/sijil sakit selama
dua hari selepas hari beliau tidak hadir akan dianggap sebagai tidak hadir (absent).
 Tidak hadir kerana kecemasan – Pekerja yang gagal untuk memberi sebab/bukti di
atas ketidakhadiran tersebut didalam tempoh masa dua hari selepas beliau tidak hadir
akan dianggap sebagai tidak hadir (absent).
 Meninggalkan stesen kerja semasa waktu bekerja tanpa kebenaran/pengetahuan dari
pihak penyelia.
 Lewat hadir ke tempat kerja.
 Meninggalkan tempat kerja sebelum waktu yang ditetapkan.
 Merokok di kawasan kerja selain dari kawasan merokok yang dibenarkan.
 Berlengah/merayau di dalam kawasan kilang semasa waktu kerja tanpa kebenaran
dari penyelia.
 Meludah atau membuang sampah dalam kawasan kilang.
 Menukar syif tanpa kebenaran daripada Ketua Jabatan.
 Mengedarkan risalah tanpa kebenaran syarikat.
 Mengubah,memadam atau mengeluarkan sebarang surat-surat dari papan kenyataan
tanpa kebenaran pihak yang berkenaan.
 Bersubahat atau menghasut pekerja lain untuk membuat kesalahan tatatertib seperti
yang disenaraikan.
 Tidak memakai alat-alat keselamatan (PPE) yang telah ditentukan dalam waktu kerja.
 Tidak memakai pakaian seragam syarikat semasa waktu bekerja.
 Tidak memakai pakaian seragam dengan betul semasa waktu bekerja.
 Sengaja merosak/menyalahgunakan barang-barang kemudahan seperti T-shirt, kasut
keselamatan dan alatan/perkakas syarikat.
 Cuai di dalam menjaga asset dan harta syarikat.

1
Lampiran B
Kepada Perenggan 9.3.1

PERATURAN KATEGORI DUA

Kategori dua merupakan senarai kesalahan besar dan kesalahan dari kategori ini boleh
membawa kepada hukuman yang lebih serius termasuk penggantungan kerja dan
pemberhentian kerja (dismissal).

 Mengulangi kesalahan yang sama di dalam Peraturan Kategori Satu.


 Bergaduh atau melakukan serangan fizikal kepada individu lain di dalam kawasan
kilang.
 Bergaduh (lisan/fizikal) dan mengakibatkan produksi terhenti.
 Mencuri/cubaan mencuri harta syarikat atau harta individu.
 Melakukan aktiviti yang mempunyai unsur berjudi di dalam kawasan syarikat.
 Memalsukan, mengubah atau memadamkan rekod kehadiran sendiri atau orang lain.
 Mencetak masuk/keluar kad perakam/thumbprint bagi pihak orang lain.
 Tidak menjalankan arahan yang telah diberikan oleh Penyelia/Ketua Jabatan/Majikan
dengan betul.
 Gagal atau enggan melakukan arahan munasabah yang telah diberikan oleh
Penyelia/Ketua Jabatan/Majikan.
 Tidur semasa waktu bekerja.
 Memberi maklumat palsu di dalam borang pekerjaan semasa memohon kerja.
 Memberi sijil sakit palsu.
 Mendapat atau cuba mendapatkan cuti dengan alasan palsu.
 Mengambil bahagian atau menghasut di dalam aktiviti mogok haram.
 Menakut-nakutkan atau mengugut pekerja lain atau ahli keluarga mereka.
 Mengguna, membawa, menyimpan atau mengedar sebarang bentuk dadah larangan
atau bahan yang boleh memabukkan atau khayal di dalam kawasan syarikat.
 Menyampaikan rahsia-rahsia atau rekod berkaitan syarikat kepada pihak luar tanpa
kebenaran syarikat.
 Merosakkan asset dan harta syarikat dengan sengaja.
 Memandu Forklift tanpa kebenaran dari pihak atasan.
 Mengeluarkan perkataan yang sensitif atau nada suara yang menyebabkan
ketidakselesaan kepada pekerja lain atau pegawai.
 Melakukan atau mengarahkan pekerja melakukan pekerjaan dalam keadaan tidak
selamat.
 Membawa atau menyimpan sebarang senjata yang merbahaya didalam premis
syarikat.
 Menjalankan sebarang perniagaan/jualan atau membuat kerja sambilan yang boleh
memberi kesan negatif kepada urusan syarikat.

2
 Menonton, melakukan perbuatan lucah atau berkelakuan tidak senonoh di dalam
bangunan/premis/kawasan syarikat.
 Keluar dari kawasan kilang tanpa pengetahuan atau kebenaran dari pihak penyelia.
 Memberi dokumen palsu kepada pihak syarikat.
 Membuat aktiviti atau tindakan yang boleh menyababkan kerugian kepada syarikat
sama ada secara sengaja atau secara kecuaian.
 Menggunakan asset syarikat untuk aktiviti/kelakuan/perbuatan tidak bermoral.
 Melakukan serangan personal/seksual/fizikal/psikologi/lisan/social media/ kepada
Pekerja/Rakan Sekerja/Penyelia/Pentadbiran.
 Melanggar polisi internet, sosial media atau email syarikat.

Anda mungkin juga menyukai