Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Terima kasih Puan Pengerusi Majlis,


Yang Berusaha,
Pegawai Pelajaran Daerah Lawas, PPD Limbang,
Guru-guru Besar,
Penolong-penolong Kanan, para hakim,guru-guru pengiring,
dan hadirin hadirat sekalian.

Syukur dan terima kasih ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurniaNya, maka
kita dapat berkumpul dalam dewan ini bagi melaksanakan satu lagi agenda pendidikan yang
diatur oleh pihak PPD Lawas, PPD Limbang, Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan
Lawas dan Limbang, pihak pengurusan sekolah dan jawatankuasa Karnival Bahasa Peringkat
Bahagian Limbang bagi tahun 2015.

Selaku pengelola Karnival Bahasa Peringkat Bahagian Limbang, kami pihak SK


Agama memohon ribuan kemaafan kerana keadaan Dewan Sri Banting kurang memuaskan
dari segi kekemasan. Hal ini disebabkan oleh proses membaik pulih dewan sedang dijalankan
seperti yang boleh dilihat sekarang. Namun begitu kami telah berusaha sedaya upaya
memberikan yang terbaik dalam menjadikan dewan besar ini kondusif sebagai salah satu
daripada venue acara yang dipertandingkan pada hari ini.

Syabas dan tahniah kepada semua sekolah dan guru-guru pengiring yang telah
bertungkus lumus melatih murid-murid dalam menghadapi Karnival Bahasa Peringkat
Bahagian Limbang ini. Kepada yang berjaya diucapkan tahniah dan bagi yang kurang berjaya
diharap berusaha meningkatkan mutu persembahan di masa akan datang.

          Akhir kata, setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada pihak yang komited dan
memberikan sumbangan dan idea positif dalam memastikan Karnival Bahasa Peringkat
Bahagian Limbang ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Semangat berpasukan sebagai satu
keluarga dan dedikasi yang ditunjukkan sangat dihargai dalam menentukan kelancaran
perjalanan program yang dirancang. Dengan langkah pertama walaupun sekecil tapak tangan,
dengan semangat juang yang tinggi pasti akan membuahkan hasil yang berkualiti.

Sekian, terima kasih. Assalamualaikum w.b.t

Anda mungkin juga menyukai