Anda di halaman 1dari 2

Selamat pagi dan salam sejahtera, salam ABC, ambil peduli, bina

hubungan, cipta kejayaan, salam anak yang baik lagi cerdik dan salam
Up Ngohri

Terlebih dahalu saya mengalua-alukan kehadiran tuan tuan dan puan


puan ke SMK St Paul. Saya berasa gembira dan bersyukur kerana pada
tahun ini , kita boleh menganjurkan Karnival Bahasa Cina secara
bersemuka, satu peluang untuk guru Bahasa Cina dan pelajar -pelajar
dari sekolah di Daerah Seremban 1 untuk berkumpul dan bertemu.

Saya bagi pihak sekolah ingin merakamkan setinggi-tingi


penghargaan kepada PPD Seremban yang memberi kepercayaan
kepada SMK St Paul untuk mengajurkan pertandingan deklamasi sajak
dan pertandingan kaligrafi yang merupakan sebahagian daripada
pertandingan Karnival Bahasa Cina. Pengajuran pertandingan
sedemikian dapat mengenal pasti murid untuk diketengahkan di
peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan melelui
pertandingan yang lebih kompetitif dan fomal. Sebagaimana yang kita
sedia maklum , Usaha murni ini bertujuan menggalakkan para pelajar
mencintai Bahasa Cina dan secara tidak langsung dapat menyediakan
satu landasan yang terbaik bagi pelajar-pelajar mempertingkatkan
kemahiran berbahasa cina di samping dapat memupuk dan menyemai
semangat perpaduan kaum.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima


kasih kepada jawatankuasa pengelola kerana telah berjaya
menganjurkan Pertandingan Karnival Bahasa Cina Peringkat Daerah
Seremban 1. Sebagaimana yang kita sedia maklum, usaha ini
memerlukan komitmen yang tinggi daripada semua pihak yang terlibat.
Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang
telah menyertai karnival ini. Adalah diharapkan aktiviti sebegini dapat
memberikan banyak manfaat dan kebaikan kepada semua pelajar.
Selain itu saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada para
hakim pertandingan yang telah membantu menghakimi pertandingan -
pertandingan dengan adil, Tak lupa juga terima kasih kepada semua
sekolah dan pelajar-pelajar yang mengambil bahagian. Kepada guru-
guru dan pelajar-pelajar SMK St Paul yang telah membantu dalam
menjayakan karnival tahun ini, terima kasih saya ucapkan.

Tahniah dan Syabas saya ucapkan kepada pelajar-pelajar yang


berjaya dalam pertandingan ini. Teruskan latihan dan semoga akan
mendapat keputusan yang cemerlang dalam pertandingan peringkat
negeri nanti. Kepada pelajar-pelajar yang tidak berjaya jangan putus
asa, teruskan usaha dan tahun depan datang bertanding lagi.

Akhir kata, terima kasih sekali lagi diucapkan kepada semua pihak
yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam
menjayakan Karnival ini. Sebelum mengundur diri, saya memohon maaf
sekiranya terdapat sebarang kekurangan sepanjang penganjuran ini.
Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai