Anda di halaman 1dari 1

TEKS UCAPAN PENTADBIR

Terima kasih pengacara majlis,Yang diraikan Puan Ya Ainin binti Hashim,Pengerusi KKGS Encik Mazlan
bin Muhammad,barisan penolong kanan, guru-guru serta hadirin yang dirahmati ALLAH sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T di atas limpah kurniaNya dan dengan izinNya dapat
kita bersama-sama berkumpul pada hari penuh bermakna ini iaitu Majlis Junjungan Budi,Tautan Kasih
yang diadakan khas bagi meraikan persaraan Puan Ya Ainin binti Hashim,pembantu operasi Sekolah
Kebangsaan Darulaman Heights. Majlis ini adalah untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti yang telah dicurahkan kepada pihak sekolah.

Puan Ya Ainin sememangnya berdedikasi dan komited dalam melaksanakan tugas beliau.

Sebagai wakil pihak pentadbir, sekolah pastinya berasa kehilangan memandangkan dengan persaraan
ini,masih belum ada jawatan serupa diwartakan oleh pihak kementerian. Puan Ya Ainin dengan
pengalamannya yang ada, mungkin boleh mengongsikan pedoman untuk penjawat-penjawat awam
muda supaya mereka dapat bekerja dan menjalankan tugas dengan lebih cekap dan efisien dalam
memenuhi ekspektasi pelanggan serta menghadapi rintangan serta cabaran dalam pekerjaan sektor
awam. Semoga segala peristiwa pahit dan manis tersebut menjadi kenangan yang indah yang terpahat
kukuh pada sanubari masing-masing.

Perubahan merupakan satu proses yang mungkin sukar diapdatasi. Sepertimana yang telah atau sedang
dialami, peristiwa pada hari ini merupakan satu proses perpindahan dari alam pekerjaan kepada alam
persaraan. Pastinya Puan Ya Ainin akan teringat keseronokan suasana persekitaran tempat kerja
disamping rakan-rakan sejawat. Namun, harus saya ingatkan bahawa fasa persaraan ini merupakan satu
peluang untuk beliau memperolehi sesuatu yang baru.

Oleh itu, adalah penting untuk Kak Ain bersedia dari pelbagai aspek bagi menghadapi proses
penyesuaian diri dengan fasa kehidupan baru. Satu perkara yang ingin saya ingatkan di sini adalah
sebagaimana kata-kata “Retirement is not the end of the road… It is the beginning of the open
highway”. Saya yakin bahawa Puan Ya Ainin telah pun membuat persediaan awal bagi menghadapi
dunia persaraan dan telah mempunyai perancangan yang tersendiri. Walau apa jua perkara atau bidang
yang ingin diceburi, hendaklah kita merancang dan melakukannya dengan penuh semangat,
berdasarkan kemampuan dan tahap kesihatan masingmasing. Pepatah Inggeris ada menyatakan,
“Retirement is when you stop living at work and start working at living”

Sekali lagi, saya merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Ya Ainin yang
diraikan pada Majlis ini. Kami semua mendoakan agar kehidupan Puan Ya Ainin bertambah ceria
dikelilingi anak-anak dan cucu.

Sebelum saya akhiri ucapan ini, ingin saya sampaikan serangkap lagu ,

Tuai padi antara masak,


Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara Nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Sekian,Wabillahitaufik Walhidayah.Wassalamualaikum warahmatullah…

Anda mungkin juga menyukai