Anda di halaman 1dari 10

SKRIP MAJLIS APRESIASI 2019

SMK (P) TAMAN PETALING

1
CUE TINDAKAN TEKS UCAPAN

Mengumumkan Ketibaan Yang Berbahagia


KETIBAAN PN ALIA
TETAMU KAMALIA TUAN AZMI MURAD BIN ABU YAMIN
Penolong PPD Bimbingan Kaunseling & Kerjaya Murid
Daerah Petaling Utama
Diiringi oleh Yg Berusaha
En Omar Shariff bin Sagol Amit
YDP PIBG SMK P Taman Petaling
dan Yg. Berusaha
Pn. Gan Wan Yeat
Penolong Kanan Pentadbiran SMK P Taman Petaling

dan barisan pentadbir dan guru-guru tingkatan 5 masuk ke dewan.


Hadirin Mohon Berdiri.

Bagi membuka tirai majlis pagi ini, diminta tetamu jemputan, semua guru dan
LAGU NEGARAKU PN ALIA murid berdiri bagi menyanyikan lagu Negaraku.
KAMALIA
………………………NYANYIAN NEGARAKU…………………………….

Para hadirin sekalian dipersilakan duduk.

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬


SALUTASI/ ALU- PN ALIA Yang Berbahagia TUAN AZMI MURAD BIN ABU YAMIN
ALUAN KAMALIA Penolong PPD Bimbingan Kaunseling & Kerjaya Murid
PENGERUSI Daerah Petaling Utama

Yang Berusaha En Omar Shariff bin Sagol Amit


Yang Dipertua PIBG SMK P Taman Petaling

2
Yang Berusaha Puan Penolong Kanan Pentadbiran SMK P Taman Petaling
Puan Pn. Gan Wan Yeat

Yang Berusaha Pen. Kanan HEM


Pn. Mazliza Binti Mat Amin

Yang Berusaha Pen. Kanan Kokurikulum


Pn. Marhaini bt Ibrahim

Guru- Guru Kanan Mata pelajaran, barisan guru – guru dan ibu bapa
seterusnya barisan puteri Tingkatan 5 SMK (P) Taman Petaling yang diraikan.

Assalamualaikum W.B.T, Salam Sejahtera dan Salam Sehati Sejiwa


Dalam diam mata bertentang,
Jiwa pun rela hati dah suka,
Pemanis kalam selamat datang,
Majlis bermula tirai dibuka

Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita


berkumpul di dalam Majlis APRESIASI tahun 2019 ini.

UCAPAN ALU- PN ALIA Warga Dewan yang Budiman,


ALUAN KAMALIA Majlis APRESIASI ini merupakan pengiktirafan tertinggi daripada pihak sekolah
PENGERUSI kepada puteri-puteri SMK (P) Taman Petaling yang berjaya menamatkan
MAJLIS pembelajaran di alam persekolahan selama 5 tahun ini.

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
BACAAN DOA PN. ALIA Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang bermakna ini, marilah
sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang diketuai oleh

3
En Faizal Reza bin Abidin

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

………………………BACAAN DOA…………………………….
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada


En Faizal Reza atas bacaan doa itu tadi.

Sebagai pembuka tirai, majlis dengan ini menjemput


UCAPAN PN. ALIA
WAKIL MURID saudari KUGANESHWARI A/P V. GANESAN selaku wakil murid
tingkatan 5 untuk menyampaikan sepatah dua kata. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

…………………………UCAPAN WAKIL PELAJAR…………………………….

Demikianlah tadi ucapan yang telah disampaikan oleh saudari


KUGANESHWARI A/P V. GANESAN.
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih.

Bukan rumput sebarang rumput


Rumput berseni bagai hiasan
Bukan jemput sebarang jemput
UCAPAN PN. ALIA Jemput memberi kata ucapan
PENOLONG
KANAN Majlis meneruskan tirainya dengan mempersilakan Pn. Gan Wan Yeat
PENTADBIRAN Penolong Kanan Pentadbiran SMK P Taman Petaling untuk menyampaikan
ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

………UCAPAN PENOLONG KANAN PENTADBIRAN ……….

4
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Pn. Gan Wan Yeat Penolong
Kanan Pentadbiran SMK P Taman Petaling di atas kesudian beliau
menyampaikan ucapan kepada hadirin khususnya para pelajar sekalian.

Kini majlis dengan sukacita dan hormatnya mempersilakan tetamu jemputan,


Yang Berbahagia TUAN AZMI MURAD BIN ABU YAMIN Penolong PPD
Bimbingan Kaunseling & Kerjaya Murid Daerah Petaling Utama

UCAPAN untuk menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan Majlis APRESIASI SMK P


TUAN AZMI PN ALIA Taman Petaling tahun 2019. Majlis dengan takzimnya mempersilakan.
MURAD KAMALIA
…………………………UCAPAN KPPD…………………………….

Berilah kami haluan kemudi


Pengubat hati menanti harapan
Ucapan diberi penuh bererti
Amanat tuan jadi pegangan

Majlis merakamkan setinggi –tinggi penghargaan dan terima kasih kepada


Yang Berbahagia TUAN AZMI MURAD BIN ABU YAMIN atas ucapan dan
nasihat yang amat bermakna itu tadi.

Hadirin yang diraikan,

Majlis APRESIASI hari ini akan dimulakan dengan meraikan 30 murid-murid


PENYAMPAIAN yang akan menerima tanda pengiktirafan dari pihak sekolah kerana telah
PN. ALIA
SIJIL TP AWARD berjaya meningkatkan Gred Purata lebih daripada 1 serta pelajar yang mampu
mengekalkan Gred Purata di bawah 3 bagi keputusan Peperiksaan Percubaan
SPM berbanding Peperiksaan Pertengahan Tahun yang lalu.

5
Untuk makluman Hadirin seklian Anugerah TP Awards ini merupakan lambang
penghargaan daripada pihak sekolah dan harapan ibu bapa. Murid-murid
diharapkan mampu terus mengukir kenangan manis dan juga dapat menjadikan
TP Awards ini sebagai obor semangat kepada kalian untuk menempa kejayaan
yang lebih gemilang pada hari mendatang.

Majlis dengan ini menjemput Yang Berusaha


Pn. Gan Wan Yeat
Penolong Kanan Pentadbiran SMK P Taman Petaling
untuk menyempurnakan majlis ini.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

 Murid-murid penerima TP Awards Peningkatan Gred Purata,


dipersilakan : ________
 Murid-murid penerima TP Awards Gred Purata di bawah 3,
Dipersilakan:_________

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Pn. Gan Wan Yeat
di atas kesudian beliau menyampaikan TP Awards kepada barisan murid-murid
tingkatan lima sebentar tadi

6
Majlis akan diteruskan dengan penyampaian sijil kepada barisan murid
Tingkatan 5.

Dengan itu majlis mempersilakan


Yang Berusaha En Omar Shariff bin Sagol Amit
Yang Dipertua PIBG SMK P Taman Petaling
Diiringi oleh
Puan Mazliza binti Mat Amin
** Gamelan + Yang Berusaha Pen. Kanan Hal Ehwal Murid SMK P Taman Petaling
Slide
untuk menyempurnakan majlis ini. Majlis dengan segala hormatnya
PENYAMPAIAN mempersilakan.
SIJIL
SIDANG (1) Dipersilakan:
1 Pn Nor Faizah bt Md Daud Guru kelas 5 Dahlia Terima kasih..
2 Pn Cecilia a/p Chilandi Guru kelas 5 Kemboja Terima kasih..
3 Pn Noratiqah binti Md Noor Guru kelas 5 Mawar Terima kasih..

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada


Yang Berusaha En Omar Shariff bin Sagol Amit
di atas kesudian beliau menyampaikan sijil kepada barisan murid tingkatan lima
sebentar tadi.

7
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil. Majlis dengan segala
** Gamelan + hormatnya mempersilakan
Slide Yang Berbahagia
TUAN AZMI MURAD BIN ABU YAMIN
Pen PPD Bimbingan Kaunseling & Kerjaya Murid Daerah Petaling Utama
dan diiringi oleh, Yang Berusaha
Pn. Gan Wan Yeat
Penolong Kanan Pentadbiran SMK P Taman Petaling
untuk menyempurnakan majlis ini.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

PENYAMPAIAN Dipersilakan:
SIJIL 1 Cik Noradlina bt Zkeri Guru kelas 5 Orkid Terima
SIDANG (2) kasih..
2 Pn Razreena bt Mohd Ridzuan Sethu Guru kelas 5 Petunia Terima
kasih..
3 Pn Devarani a/p K Navaratnam Guru kelas 5 Teratai Terima
kasih..

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada


Yang Berbahagia TUAN. AZMI BIN MISRON di atas kesudian beliau
menyampaikan sijil kepada barisan murid tingkatan lima sebentar tadi.

Hadirin sekalian,

Untuk dendangan hawa telinga kita pada hari ini, majlis dengan bangganya
menjemput CHONG QIAO JIE, CHONG QIAO TING, CHONG QIAO YI yang
akan bermain alat muzik mereka untuk mendendangkan lagu yang berjudul
PERSEMBAHAN
I SEE THE LIGHT DAN ALWAYS WITH ME. Dipersilakan.

………………….…PERSEMBAHAN SATU…………………….

8
Terima kasih diucapkan kepada saudari CHONG QIAO JIE, CHONG QIAO
TING, CHONG QIAO YI diatas persembahan itu tadi.

Majlis seterusnya akan diceriakan lagi dengan tayangan video pendek para
graduan SMK P Taman Petaling tahun 2019. Dipersilakan.

………………….…PERSEMBAHAN DUA…………………….

Terima kasih diucapkan kepada _________________ yang telah menyediakan


tayangan video yang ________________ itu tadi.

Warga Dewan yang Budiman sekalian

PENYAMPAIAN PN. ALIA Sebagai tanda terima kasih di atas kehadiran Yang Berbahagia TUAN AZMI
CENDERAMATA MURAD BIN ABU YAMIN pada hari ini, majlis berbesar hati memberikan
cenderamata sebagai tanda terima kasih kepada beliau.

Majlis dengan ini mempersilakan PN. GAN WAN YEAT untuk


menyampaikannya. Majlis mempersilakan.
…………………………PENYAMPAIAN CENDERAMATA…………………….
Majlis mengucapkan jutaaan terima kasih kepada di atas kesudian
menyampaikan cendemata itu tadi.

Dengan berakhirnya penyampaian cenderamata itu tadi, maka berakhirlah


PENUTUP PN ALIA majlis kita pada hari ini.
KAMALIA Terima kasih sekalung budi
Daripada kami seikhlas hati
Dengan ini, majlis memohon kemaafan, atas segala keterlanjuran, kepincangan
dan kekilafan sepanjang majlis berlangsung. Terima kasih kepada semua yang
terlibat dalam menjayakan majlis pada hari ini.

9
Saya akhiri majlis ini dengan kata-kata semangat kepada para graduan:

Bukan mudah menjulang cita yang dibangga


Bukan mudah menjejak mimpi menjadi nyata
Segala impian dan cita pasti berjaya
Bersama tekad dan semangat waja

Sekian, wabilahitaufiq walhidayah assalamualaikum w.b.t. Sekian terima kasih.

Perarakan Keluar PN ALIA Majlis mengumumkan perarakan keluar


VIP KAMALIA TUAN AZMI MURAD BIN ABU YAMIN
Penolong PPD Bimbingan Kaunseling & Kerjaya Murid Daerah Petaling
Utama
Diiringi oleh Yg Berusaha
En Omar Shariff bin Sagol Amit
YDP PIBG SMK P Taman Petaling
dan Yg. Berusaha
Pn. Gan Wan Yeat
Penolong Kanan Pentadbiran SMK P Taman Petaling

dan barisan pentadbir dan guru-guru tingkatan 5 keluar dewan.


Hadirin Mohon Berdiri.

MAJLIS TAMAT

10

Anda mungkin juga menyukai