Anda di halaman 1dari 1

Ancaman

Ancaman merupakan sesuatu yang perlu diatasi dan dielakkan semasa melakukan
sesebuah majlis ataupun rancangan. Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, ancaman
bermaksud sesuatu yang mengancam atau diancamkan ataupun bahaya yang akan
menimpa disebabkan oleh musuh ataupun sesuatu tragedi. Sedemekian dengan itu,
ancaman perlulah dielakkan semasa melakukan sesebuah majlis agar majlis itu dapat
dijalankan secara teratur dan rancak. Antara ancaman yang terdapat dalam video tersebut
ialah pengerusi majlis mengucap di antara para penonton tanpa intonansi suara. Intonansi
suara merupakan sesuatu yang amat penting kerana ia dapat menarik perhatian para
penonton. Disebabkan oleh pengucapan tanpa intonansi, para penonton akan berasa bosan
kerana ucapan dan pengumuman yang diberikan oleh pengerusi majlis akan menjadi seperti
membaca buku dalam kalangan penonton. Ini merupakan salah suatu ancaman bagi
sesebuah majlis dan masalah ini perlulah dielakkan pada masa yang akan datang.

Ancaman kedua yang terdapat di dalam video ini kerusi-kerusi tidak disusun dengan
teratur. Ini merupakan sebuah ancaman yang besar bagi sesebuah majlis ataupun
rancangan. Hal ini kerana para penonton akan berasa kelam kabut jika benda-benda asas
seperti kerusi dan lain-lain. Sebagai contoh, semasa masuk ke dalam dewan, para penonton
akan kelam-kabut dan huru-hara untuk mendapatkan tempat duduk jika kerusi tidak disusun
dengan rapi. Lebih lagi, akan berlaku kesesakan jalan jika tiada tempat untuk berjalan.
Dalam video tersebut, kita dapat melihat para penonton mengalami kesukaran untuk bangun
dan duduk semasa menyanyikan lagu Negaraku dan lain-lain lagi. Oleh itu, ancaman
sebegini perlulah dielakkan melalui membuat persediaan yang dahulu dengan menyusun
semua kerusi dengan kemas dan rapi.

Rumusan

Kesimpulannya, kita dapat melihat analisis SWOT iaitu Strenght (kekuatan),


Weakness (kelemahan), Oppurtunity (peluang) dan Threat (ancaman) perlulah
dititikberatkan semasa membuat sebuah majlis ataupun rancangan. Penilaian SWOT ini
bukan sahaja alat analisis yang digunakan untuk memberikan jalan keluar yang tepat bagi
sesebuah masalah malah alat analisis ini menunjukkan situasi yang sedang dihadapi pada
masa kini. Oleh yang demikian, kita perlulah mengekalkan kekuatan, menambahbaikan
kekurangan, menggunakan peluang dan mengatasi ancaman melalui alat analisis SWOT ini.
Melaluinya, kita dapat menguasai perancangan sesebuah rancangan dan majlis. Oleh itu,
kita perlulah mengenali empat aspek ini agar kita dapat membangunkan peluang untuk
meningkatkan kemahiran kita di persada dunia.

Anda mungkin juga menyukai