Anda di halaman 1dari 1

Revolusi industri (IR 4.

0) adalah revolusi digital yang merujuk kepada proses


perkembangan teknologi sesebuah industri terutama pada proses yang melibatkan
pengeluaran dan automasi. Tujuan utama pembangunan Revolusi industri 4.0 ini
adalah untuk mencipta sektor pembangunan dan pembuatan ke arah yang lebih
digital. Teknologi ini telah diperkenalkan di Jerman dalam penerbitan artikel pada
November 2011 sebagai langkah untuk mewujudkan sektor pembuatan dan
pengeluaran yang berteknologi tinggi dan selamat. Ini bermakna dalam fasa
Revolusi Industri 4.0, peningkatan dalam penggunaan mesin yang akan digunakan
sebagai alat menggantikan tenaga manusia semakin tinggi sekaligus mengurangkan
penggunaan tenaga pekerja mahir yang sedia ada. Inovasi ini mungkin
menyebabkan sebilangan besar rakyat akan kehilangan pekerjaan. Dalam artikel
yang disiarkan Harian Metro pada Oktober 2019, 75 juta pekerjaan bakal dilupuskan
atas faktor penggunaan mesin bagi menggantikan pekerja mahir. Revolusi ini telah
memberikan impak yang besar bukan sahaja terhadap sektor dalam industri
pembuatan dan pengeluaran malah turut memberikan impak kepada para pekerja
yang bekerja dalam bidang tersebut. Berdasarkan artikel Harian Metro yang
disiarkan pada Oktober 2019, antara 10 pekerjaan yang berisiko akan dilupuskan
adalah termasuk akauntan. Persoalannya, adakah akauntan masih lagi relevan
dalam era IR 4.0?

Berdasarkan artikel yang disiarkan pada November 2019 bertajuk “Industri IR


4.0 turut jejas profesion akauntan” Petah Wazzan Iskandar menulis bahawa
pekerjaan dalam bidang perakaunan tidak lagi relevan menjelang IR 4.0 disebabkan
oleh banyak bidang pekerjaan yang akan diambil alih oleh teknologi kecerdasan
buatan (AI) menjelang IR 4.0.

Anda mungkin juga menyukai