Anda di halaman 1dari 5

Komunikasi terbahagi kepada dua bentuk, 

iaitu:
i. Komunikasi Lisan (Verbal)

o Lisan – perbualan, percakapan telefon,


ucapan, mesyuarat, temu duga dan
sebagainya.
o Bertulis – surat, memo, minit curai, minit
bebas, laporan, buletin dan manual.

 
ii. Komunikasi Bukan Lisan (Non-verbal)

o Elemen dan tingkah laku bukan perkataan


seperti ekspresi muka,  gerak isyarat, postur, 
penampilan peribadi,  nada suara dan jarak
interpersonal.
Komunikasi Intrapersonal

 Komunikasi yang berlaku dalam diri seseorang


iaitu komunikasi dengan diri sendiri.
 Melibatkan pemprosesan dan pentafsiran data
untuk membuat keputusan.
 Individu sebagai sumber dan penerima.
 Mesej merupakan pemikiran dan perasaan yang
diproses oleh otak.
 Maklum balas seperti bercakap sendiri,
mengeluh, menjerit dan menolak idea.
 Rangsangan berkomunikasi boleh datang
daripada diri sendiri ataupun daripada luar tetapi
bukan dilahirkan oleh manusia lain melalui
percakapan.
 Komunikasi Interpersonal

 Komunikasi ini berlaku apabila dua orang


berkomunikasi sama ada secara bersemuka atau
berjauhan.
 Komunikasi Kumpulan

Komunikasi kumpulan dapat dibahagikan kepada dua


jenis,  iaitu:

 Komunikasi kumpulan kecil berlaku apabila tiga


orang ataupun lebih berkomunikasi tetapi tidak
melebihi 25 orang dalam satu-satu masa.
 Komunikasi kumpulan besar melibatkan bilangan
ahli yang berkomunikasi melebihi 25 orang.
 Komunikasi Keorganisasian

 Komunikasi yang berlaku dalam struktur


organisasi.
 Organisasi menggunakan komunikasi sebagai
alat untuk mengkoordinasikan tindakan setiap
ahlinya sama ada menerusi saluran rasmi atau
tidak rasmi.
 Komunikasi Massa

 Komunikasi yang melibatkan penyebaran mesej


kepada audien yang besar dan pelbagai melalui
media massa.
 Dalam proses komunikasi massa penghantar dan
penerima mesej tidak mengenali antara satu
sama lain dan mereka tidak berkomunikasi secara
langsung.
 Model Shannon Weaver (1949), memperkenalkan
tujuh elemen penting dalam komunikasi yang
berkesan iaitu:
 i. Penghantar

 Sumber bermulanya proses komunikasi. 


Penghantar boleh individu,  kumpulan ataupun
sesiapa sahaja yang memulakan komunikasi
dengan menghasilkan mesej.
 ii. Enkod

 Proses mengubah sesuatu bentuk komunikasi


menjadi bentuk simbol yang boleh difahami oleh
penerima.
 iii. Mesej
 Idea, maklumat, pendapat,  cadangan dan
sebagainya yang ingin dikongsi bersama-sama
oleh penghantar dan penerima.  Mesej
mengandungi simbol-simbol lisan dan bukan
lisan.
 iv. Saluran

 Jalan yang dilalui oleh mesej atau maklumat


untuk sampai kepada penerima.
 v. Penerima

 Individu, kumpulan ataupun orang ramai yang


merupakan sasaran mesej.  Penghantar juga
boleh menjadi penerima iaitu sewaktu menerima
maklum balas.
 vi. Dekod

 Proses mentafsir maklumat yang diterima


daripada penghantar supaya boleh difahami oleh
penerima.
 vii. Maklum Balas

 Tindak balas yang dihantar oleh penerima kepada


penghantar setelah mentafsir maklumat yang
diterima.

Anda mungkin juga menyukai