Anda di halaman 1dari 6

(i) LATAR PERALATAN

Latar peralatan ialah alat-alat yang digunakan dalam kehidupan watak. Secara keseluruhannya, apabila
membincangkan latar peralatan secara tidak langsung juga melihat fungsi peralatan tersebut. Terdapat
beberapa alatan yang digunakan oleh watak-watak di dalam Hikayat Awang Kamaruddin ini. Di antara
peralatan tersebut adalah seperti berikut:

þ Cincin Permata Mutika Bumi


Keterangan:
sebentuk cincin pemberian Raja Jin Tujuh Seperadian kepada Lamang Labai semasa Lamang Labai
menuntut di Gadung Batu di Bukit Si Guntang. Kemudian cincin ini diwariskannya kepada anak-anaknya.
Cincin ini merupakan cincin yang bernilai tinggi ditamsilkan berharga sebanyak tujuh buah negeri.
Mempunyai kesaktian yang hebat iaitu dapat melihat sembilan buah kampung. Cincin ini di bawa oleh
Awang Kamaruddin dan Dang Kumala sewaktu mahu berguru dengan Raja Jin Tujuh Seperadian untuk
membuktikan yang mereka adalah anak kepada Lamang Labai.

Fungsi:
Cincin ini dibawa sebagai bekalan / tanda oleh Awang Kamaruddin dan Dang Kumala sewaktu hendak
berguru dengan Raja Jin Tujuh Seperadian untuk membuktikan yang mereka adalah anak kepada
Lamang Labai.

þ Kapal / Ajung Si Lancang Kuning Si Naga Sakti


Keterangan:
Nama lain bagi kapal ini ialah Ajung Si Cakap Si Perkasa. Kapal ini kepunyaan Dang Kasuma untuk
disimpan di dalam papatan bantal. Asalnya, kapal ini bersaiz kecil, tetapi berubah saiz menjadi besar
setelah dibacakan dengan ilmu kesaktian. Ia juga boleh terbang dengan pantas melintasi laut yang luas
terbentang setelah dibacakan dengan mentera kesaktian.

Fungsi:
Kapal ini digunakan oleh Awang Kamaruddin untuk berangkat ke Negeri Jawa bersama-sama dengan
Awang Sukaim dan Si Bujang Laila Bongsu. Mereka juga mempunyai alat-alat muzik bersama-sama
dengan mereka seperti gendang, gong dan sebagainya. Kapal ini juga digunakan oleh Awang
Kamaruddin dan sepupu-sepupunya beserta isterinya Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa untuk pergi
mendapatkan dan memujuk Dang Siti Noralam yang lari merajuk ke Bukit Si Guntang-guntang.

þ Langir Warisan
Keterangan:
Langir kepunyaan Lamang Labai yang ditapakan selama 9 tahun 9 bulan 9 hari. Langir ini mempunyai
kuasa luar biasa. Ia dwariskan oleh Lamang Labai kepada anaknya, Awang Kamaruddin.

Fungsi:
1
Langir ini digunakan oleh Awang Kamaruddin untuk mandi sebelum ia berangkat ke Negeri Jawa
dengan membaca segala ilmu kesaktian yang dipelajarinya. Langir ini juga digunakan oleh Awang
Kamaruddin untuk memandikan Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa yang akan melangsungkan majlis
perkahwinannya dengan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti. Awang Kamaruddin telah
membaca segala ilmu kesaktian yang dipelajarinya ketika memerah langir ke atas kepala Tuan Puteri
Bongsu Kumala Jawa dengan tujuan agar kasih Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa berpaling kepadanya.
Setelah dititikkan air langir, Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa menggigil kesejukan.

þ Pokok Pinang Si Gangga Wari


Keterangan:
Pokok ini terletak tinggi di tepi laut. Pohon pinang ini kelihatan tinggi dan digambarkan akan mengenai
laut dan gunung jika ditiup angin. Di luarnya terdapat rantai / rambat kesaktian. Pada harinya bongkas,
rantai / rambat kesaktian ini dapat dibuka oleh Awang Kamaruddin (yang ketika itu menjadi lalat kuning)
dengan menggunakan ilmu kesaktiannya.

Fungsi:
Pokok pinang Si Gangga Wari merupakan tempat Sultan Bongsu dan Tuan Puteri Kumala Bongsu
ditapakan oleh ayah mereka Lamang Labai iaitu dalam buah pinang Si Gangga Wari.

þ Anak Batu Pertapaan


Keterangan:
Anak Batu Pertapaan ini dimiliki oleh Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti. Ia disimpan / dijaga
rapi oleh Tuan Puteri Si Raksasa Anak Hantu yang tinggal di Hulu Negeri Jawa. Anak Batu Pertapaan ini
sangat luar biasa boleh diandaikan sebagai pusat nyawa Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti.
Dengan batu inilah yang dapat membantu Awang Kamaruddin mengalahkan Tuan Pemegat Bongsu
Baginda Indera Sakti. Batu itu digunakan untuk mengasah mata keris Aluk Sembilan Awang
Kamaruddin.

Fungsi:
Dikatakan Anak Batu Pertapaan ini umpama satu alat yang boleh melemahkan dan menembusi
kekebalan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti. Contohnya, apabila cara senjata keris aluk
sembilan Awang Kamaruddin telah diasah / digilir dengan Anak Batu Pertapaan ini, Tuan Pemagat
Bongsu Baginda Indera Sakti telah mendapat gerak alamat ajalnya akan sampai dan akhirnya Awang
Kamaruddin berjaya menewaskannya.

 Aying Mawal
Keterangan:
Aing mawal ini dimiliki oleh Awang Kamaruddin Digunakan oleh Awang Kamaruddin untuk
menghidupkan Dang Siti Noralam yang telah ditelan oleh Tuan Puteri Si Raksasa sehingga menjadi
serbuk putih di dalam bangsi di papatan bantal. Ia juga digunakan oleh Awang Kamaruddin ketika
2
membuka tapaan adik-adiknya Sultan Bongsu dan Tuan Puteri Kumala Bongsu yang ditapakan oleh
ayah mereka, Lamang Labai pada Buah Pinang Si Gangga Wari sejak mereka dilahirkan.

Fungsi:
Aing Mawal ini mempunyai kuasa luar biasa dapat menghidupkan dan menjelmakan kepada bentuk
sediakala. Apabila Aying Mawal dititikan sekali akan timbullah bentuk manusia. Titik kedua menjadi
manusia bernyawa dan titik ketiga baharulah menjadi manusia yang sebenarnya.

þ Kain Si Lubang Bangsi


Keterangan:
Kain ini pernah dipakai oleh 3 orang iaitu, Awang Kamaruddin, Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa, Dang
Siti Noralam. Awang Kamaruddin memakainya semasa di Negeri Jawa ketika mahu ke Panggau Gading
Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa. Manakala Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa dan Dang Siti Noralam
menggunakannya ketika mereka bersanding. Kain ini bercorak awan larat yang dinamakan Awan Berlari
dan berwarna kebiru-biruan serta berlipat-lipat semacam berombak-ombak. Kain ini juga punya kuasa
ajaib dikatakan terlalu panjang dan lebar (sebesar alam) dan apabila digulung boleh menjadi kecil
sebesar jarum.
Fungsi:
Kain ini berfungsi sebagai kain samping (sinjang atau rancung).

þ Keris Aluk Sembilan


Keterangan:
Merupakan keris warisan Lamang Labai kepada Awang Kamaruddin. Keris inilah yang melukakan tubuh
Anggayan Damit dan menyebabkan dia mendapat maut. Keris ini juga diguanakan oleh Awang
Kamaruddin dapat menjelmakan sebuah kolam yang airnya hanya beberapa titis sahaja dapat diminum
oleh Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti (TPBBIS) di atas daun irik (nyirik).

Fungsi:
Keris ini mempunyai kesaktian boleh membuat kolam. Kolam itu teletak di Puncak Gunung Mahabiru.
Untuk meminum airnya terpaksa digayong dengan sehelai daun irik. Keris ini juga dikatakan umpama
menjilat-jilat untuk mengganggu dan tidak membenarkan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti
minum air kolam buatan itu. Selain itu ia juga merupakan senjata sakti bila dicabut daripada sarungnya
akan nampak cahaya yang terpancar-pancar daripada keris itu. Keris ini juga telah digunakan untuk
membunuh Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti.

 Pedang Sulindayan
Keterangan:
Pedang ini mempunyai kelebihan apabila Awang Kamaruddin duduk di hujung mata pedang
Sulindayannya ketika bertapa di wasai tujuh tingkat di hulu Banjarmasin. Pedang ini juga digunakan
untuk memenggal badan Tuan Puteri si Raksasa lalu sebahagian badannya disungkit ke laut menjadi
naga tberkepala tujuh dan ia di darat menjadi harimau jantan yang garang.
3
Fungsi:
Sebagai senjata yang digunakan oleh Awang Kamaruddin yang digunakan untuk memenggal badan
Tuan Puteri Si Raksasa.

 Lembing Tujuh Sekembaran


Keterangan:
Mata lembing itu berlumuran dengan darah yang berbuyah-buyah.
Fungsi:
Sebagai senjata yang digunakan oleh Awang Kamaruddin.

þ Kolam Buatan Awang Kamaruddin


Keterangan:
Kolam ini dibuat oleh Awang Kamaruddin menggunakan keris aluk sembilan kepunyaannya. Kolam ini
dibuat di tengah-tengah puncak Gunung Mahabiru.
Fungsi:
Airnya diminum oleh Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti untuk menghilangkan kehausan.
Setelah meminum air kolam ini Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti kembali segar dan
bertenaga.
þ Langir Warisan
Keterangan:
Langir ini kepunyaan Lamang Labai dan diwariskannya kepada Awang Kamaruddin. Langir ini
mempunyai kuasa luar biasa kerana telah ditapakan selama 9 tahun 9 bulan 9 hari.
Fungsi:
Digunakan untuk mandi kerana mempunyai kuasa boleh memberikan kecantikan. Selain itu, digunakan
juga kepada Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa ketika Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa ketika upacara
mandi berlangir semasa hendak berkahwin sehingga menyebabkan badannya seram sejuk terketar-
ketar. Reaksi langir tersebut menyebabkan Raja Muda Indera Bongsu mengetahui hajat Awang
Kamaruddin untuk merebut adiknya. Digunakan juga oleh Awang Kamaruddin bagi memandikan adik-
adiknya iaitu Sultan Bongsu dan Tuan Puteri Kumala Bongsu setelah berjaya mengambil dan membuka
tapaan mereka yang berlainan ibu. Setelah dimandikan dengan langir itu, mereka akan kelihatan segak
dan bertenaga dan lebih berseri-seri
þ Minyak Si Lompat Pagar Tujuh Serantai
Keterangan:
Minyak ini mempunyai kuasa luar biasa dan dipunyai oleh Awang Kamaruddin. Ia digunakan untuk
menghidupkan dan menjelmakan Dang Siti Noralam setelah ditelan oleh Tuan Puteri Si Raksasa serta
untuk membuka tapaan adik-adiknya berlainan ibu di dalam buah Pinang Si Gangga Wari.
Fungsi: Minyak ini berfungsi boleh menghidupkan dan menjelmakan kepada bentuk manusia seperti
sediakala.
þ Pinang Sekapur Sigup Bergulung

4
Keterangan:
Pinang Sekapur Sigup Bergulung dibuat oleh Dang Kasuma. Ia dimakan oleh Lamang Labai ketika
berbual-bual sebelum memulakan perkelahian dengan Anggayan Damit agar musuhnya itu terkenang
kepada Dang Kasuma (tunangnya yang dirampas) agar menambahkan kemarahan Anggayan Damit.
Selain itu ia jiga dibuat oleh Dang Kumala untuk bekalan Awang Kamaruddin ketika hendak pergi ke
Negeri Jawa untuk menemui Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa.
Fungsi:
Sebagai bekal Lamang Labai dan Awang Kamaruddin.

þ Buah Pinang Si Gangga Wari


Keterangan:
Pohonya sangat tinggi yang terletak di tepi laut. Jika ditiup angin timur pokok ini akan bergoyang dan
melentik sehingga mencecah laut dan kalau ditiup angin barat pula akan bergoyang dan melentur-lentur
ke puncak gunung (mengarah ke gunung yang kebetulan di bahagian barat). Di dalam, buah pinang ini
adik sebapa Awang kamaruddin iaitu Sultan Bongsu dan Tuan Puteri Kumala Bongsu ditapakan didalam
sejak kecil lagi. Awang Kamaruddin diamanahkan membuka tapaan tersebut dan dia berjaya membuka
tapaan tersebut dan membawa balik adi-beradiknya itu ke negeri Timur.
Fungsi:
Sebagai tempat pertapaan Tempat pertapaan Sultan Bongsu dan Tuan Puteri Kumala Bongsu sejak
mereka lahir lagi.

þ Ilmu Penuduh Burung / Pengasih dan pemanis


Keterangan:
Ilum ini dimiliki oleh Lamang Labai, Awang Kamaruddin dan Raja Muda Indera Bongsu.

Fungsi:
Ia berfungsi sebagai ilmu guna-guna iaitu ilmu untuk menurut kata. Ilmu ini digunakan oleh Lamang
Labai untuk melembutkan hati Dang Kasuma. Awang Kamaruddin juga berbuat demikian kepada Tuan
Puteri Bongsu Kumala Jawa. Akhirnya kedua gadis tersebut jatuh kasih kepada kedua-dua lelaki yang
merebut mereka daripada tunangan masing-masing. Selain itu, ia juga digunakan oleh Raja Muda Indera
Bongsu ketika memandikan adiknya, Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa.

Dalam Hikayat Awang Kamaruddin Lamang Labai telah melarikan


Dang Kasuma dari Pangkalan Tunan ke Bukit Sinarubai dan
5
mengurung Dang Kasuma di dalam rumahnya. Mengapakah
Lamang Labai berbuat demikian? Jelaskan kesan-kesan atau
perkara-perkara yang berlaku akibat dari perbuatannya itu. (June
2008)
Lamang Labai telah melarikan Dang Kasuma dari Pangkalan Tunan ke
Bukit Sinarubai lalu mengurungnya Dang Kasuma di dalam rumahnya
kerana dia ingin memperisterikan Dang Kasuma walaupun dia tahu
bahawa Dang Kasuma telah bertunang dengan Anggayan Damit.
Sebelum itu Lamang Labai telah mendengar cerita daripada kawan-
kawannya bahawa terdapat seorang gadis yang sangat cantik bernama
Dang Kusuma lalu dia mengintainya dihujung titian Jalan setapak.
Setelah melihat Dang Kasuma dan ada kebenaran cerita kawan-
kawannya itu, dia telah melukis di atas tanah dan membacakan ilmu
pemikat untuk menarik perhatian Dang Kasuma. Apabila Dang Kasuma
terpandang lukisan tersebut dan terlalu asyik melihatnya, Lamang
Lambai terus keluar dari persembunyiannya dan terus melarikan Dang
Kasuma.Apabila kawan-kawan Dang Kasuma melihat kejadian itu
mereka terus memberitahu orang tua-tua di kampung.
 
Atas perbuatannya itu, orang tua-tua di kampung itu pergi ke rumahnya
untuk berunding agar Lamang Labai melepaskan Dang Kasuma.
Namun, Lamang Labai berdegil. Oleh itu, mereka terpaksa
memberitahu tunangan Dang Kasuma iaitu Anggayan Damit. Akibat
atau kesannya, terjadilah peperangan di antara Anggayan Damit
dengan Lamang Labai. Tujuan peperangan ialah untuk
mempertahankan hak dan maruah masing-masing. Dalam peperangan
tersebut, kedua-duanya menggunakan ilmu dan senjata hikmat masing-
masing tetapi Anggayan tewas di dalam peperangan. Sebelum
menghembuskan nafas yang terakhir, Anggayan Damit berwasiat agar
menjaga Dang Kasuma baik-baik dan jika mereka memperoleh anak,
nama anak lelaki diberi nama Awang Kamaruddin , manakala anak
perempuan Dang Kumala. Setelah mengetahui abangnya Anggayan
Damit meninggal dunia, Dang Kumala meminta Lamang Labai
membunuhnya. Lamang Labai akur atas permintaan adik Anggayan
Damit.
 

Anda mungkin juga menyukai