Anda di halaman 1dari 56

CHETTAKI OMEY RESELLER DEVELOPMENT

PRAKATA
Pada 06.03.2021, telah berlangsung satu
seminar Sales Warrior yang disampaikan
oleh Tuan Azam Sabtu.

E-book ini hanyalah perkongsian nota


ringkas yang dapat diterjemahkan hasil
dari seminar yang berlangsung selama
lebih kurang 8 jam.

Justeru, diharap e-book ini dapat


meninggalkan manfaat buat anda semua
dalam usaha kita membantu orang yang
memerlukan.

Tuntutlah ILMU.
Di saat kamu MISKIN, ia akan menjadi
HARTAMU. Di saat kamu KAYA, ia
akan menjadi PERHIASANMU
- Luqman Al-Hakim -

CHETTAKI OMEY RESELLER DEVELOPMENT


APA AKAN ANDA PELAJARI?

1) Nilai diri seorang Sales Warrior

2) Formula dapatkan Results Terbaik

3) Formula 8C menjadi Sales Warrior

4) SMARTER goal technique.

5) Cara buat reality check.

6) Strategi bina keberanian.

7) Teknik Kunci Pengaruh dengan 5K

8) Teknik Covert Psychology

CHETTAKI OMEY RESELLER DEVELOPMENT


Nilai diri seorang Sales Warrior

CHETTAKI OMEY RESELLER DEVELOPMENT


Nilai

Ramai seller diluar sana yang hanya aim


nak dapat duit dari wallet customer.
Lebih ramai yang anggap sales hanya
transaksi jual beli.

Kita kena betulkan mindset kita. Kita


mesti jadi orang yang tambah sesuatu
nilai dalam hidup orang lain. Jangan
asyik fikir kita nak ambil duit orang.

Sebab kita nak dapat Results yang luar


biasa.

RESULTS = NIAT + USAHA

CHETTAKI OMEY RESELLER DEVELOPMENT


Results ni kita tak boleh kawal. Itu hak

Allah. Jangan fikir disebabkan usaha

kita sendiri kita dapat result yang kita

nak.

Pastikan niat kita. Apa niat kita? Betul

ke kita nak bantu team? Atau kita

sekadar nak sesuatu dari poket ejen

kita sendiri?

Kita berusaha ni sebab kita nak Allah

nampak kita dengan pandangan kasih

sayang dan rahmat.

CHETTAKI OMEY RESELLER DEVELOPMENT


Jangan hidup bertuhankan usaha. Dan

jangan bertuhankan sifu. Kita nak hidup

dengan rezeki yang berkat.

Customer ibarat kucing. Pernah kita cuba

kejar kucing? Senang ke? Kita pancing

dengan benda yang dia suka. Makanan.

Ikan. Kalau kita kejar sangat, dia akan

lari.

Macam tu jugalah manusia. Kita kenal

dia, kita tahu apa dia nak.

CHETTAKI OMEY RESELLER DEVELOPMENT


Bila anda berhenti aim apa ada dalam

wallet dia, tapi anda fokus apa value

kita boleh beri pada dia, orang akan da-

tang berduyun kepada kita.

Jadi bagaimana sebenarnya usaha

yang terbaik?

Usaha dengan ilmu dan nak Allah dekat

dengan kita. Allah bersama dengan kita

dalam setiap tindakan kita.

Mulakan dengan Bismillah. Satu amal

kalau tak bermula dengan bismillah,

dia akan terputus.

CHETTAKI OMEY RESELLER DEVELOPMENT


Yang terbaik, kita doa sebelum usaha.

'Bismillahi tawakkaltu 'alallah, laa

hawla wa laa quwwata illa billah'.

Dengan nama Allah, aku bertawakal

kepada Allah, tidak ada daya dan

kekuatan kecuali dengan-Nya

Amalkan doa ini sebelum buat apa jua

perkara, Allah akan beri diri kita PKP.

Petunjuk, Kecukupan, Perlindungan.

‘Laa hawla wa laa quwwata illa billah’

adalah khazanah syurga.

CHETTAKI OMEY RESELLER DEVELOPMENT


Bila kamu sudah berazam, bertawakal

lah kepada allah. Usaha dan terus usaha

dan letak pengharapan kepada Allah.

(Surah Al-Imran: 159)

CHETTAKI OMEY RESELLER DEVELOPMENT


Formula 8C Sales Warrior

CHETTAKI OMEY RESELLER DEVELOPMENT


Teknik 8C untuk menjadi seorang Sales

Warrior adalah satu Teknik Psikologi.

C - CLARITY

C - COMMITMENT

C - CONSISTENT

C - CIRCLE

C - CONFIDENCE

C - COURAGE

C - CONNECTION

C - CONTINUOUS LEARNING

CHETTAKI OMEY RESELLER DEVELOPMENT


CLARITY

Dalam apa jua yang kita lakukan, kita

kena jelas dengan apa yang kita nak.

Apa kita nak capai?

Kenapa kita nak capai?

Macam mana kita nak capai?

AKTIVITI - koyak kertas A4


jadi dua bahagian. Renyuk
kertas tu. Baling. Sekarang
cari balik kertas yang anda
baling. Baling lagi. Dapatkan
semula. Baling. Ambil semula.
Apa perasaan?

CHETTAKI OMEY RESELLER DEVELOPMENT


Ada tak yang rasa sia-sia? Adakah anda

rasa aktiviti kita tadi berfaedah?

Nampak macam sibuk, ke sana ke sini,

tapi persoalannya adakah kita produktif?

Seorang Sales Warrior perlu tahu untuk

bezakan antara “being busy” dengan

“being productive”.

Produktif - kerja hasilkan sesuatu.

Bukan ulang alik tapi tak ada hasil.

CHETTAKI OMEY RESELLER DEVELOPMENT


SAMBUNGAN AKTIVITI: Cari satu bekas

besar, “wide open mouth”. Letak 5 langkah

dari tempat anda duduk @ berdiri. Baling

gumpalan kertas tadi masuk ke dalam

bekas tersebut. Usaha sampai berjaya.

Apa beza aktiviti satu dan dua?

Bila buat sales tak ada target, kita rasa

tak puas. Tak ada halatuju. Disebabkan

itu juga, akan ada banyak gangguan yang

mengganggu tumpuan dan fokus kita.

CHETTAKI OMEY RESELLER DEVELOPMENT


S.M.A.R.T.E.R Goal Technique

S - SPECIFIC

 Pastikan jelas. Terperinci. Apa kita nak

capai? Kenapa kita nak capai? Macam

mana kita nak capai?

M - MEASURABLE

 Mestilah boleh diukur.

 Contoh: Magic number RM12k sale bagi

Air Freshener dalam setahun.

i) Measure result.

ii) Measure aktiviti (usaha). Berapa

banyak meeting, posting, etc, yang

kita buat?
CHETTAKI OMEY RESELLER DEVELOPMENT
A - ACHIEVABLE

 Target kita pastikan boleh dicapai.

 Kena percaya kita boleh capai. Diri

sendiri kena percaya. Ingat, Allah akan

mengikut pemikiran hambanya.

R - REALISTIC

 Jangan ikut jerung punya target.

 Boleh sahaja kalau kita nak set target

yang besar, tapi pastikan kita mampu

capai.

 Kita cuma perlu berpijak di bumi yang

nyata, dan jelas dengan proses untuk

realisasikan target kita.

CHETTAKI OMEY RESELLER DEVELOPMENT


TIPS: Buat Reality Check

Jawab soalan ni

1. Aku kat mana sekarang? Level

sekarang.

2. Pernah tak ada orang capai? Bila ada

orang capai, bermaksud orang tu tahu

cara dia, proses dia.

3. Apa sumber aku perlukan? Modal,

contact, ilmu. Yang ada kena mengena

dengan goal.

4. Apa sumber yang aku ada?

5. Apa sumber yang aku tak ada?

6. Mana nak dapat sumber yang tak

ada?

CHETTAKI OMEY RESELLER DEVELOPMENT


T - TIME BOUND

 Pastikan kita letak tempoh masa untuk

kita capai target.

 Bila ada dateline, kita akan lebih

produktif. Kita jadi aktif.

E - EMOTIONAL GOAL

 Ada kaitan emosi. Cerita di sebalik goal

kita. The why behind the what. Our

why is more important than what.

 Apa big why anda? Demi siapa? Apa

kesan kepada anda dan orang sekeliling

anda kalau anda capai dan tak capai?

CHETTAKI OMEY RESELLER DEVELOPMENT


R - RESPONSIBLE

 Pastikan diri kita ni bertanggungjawab

sepenuhnya untuk memulakan, mene-

ruskan, dan menghabiskan. Kita sendiri.

 Jangan libatkan orang lain. Sebab kalau

kita mengharap pada orang, kita tak

akan buat atau ambil tindakan.

CHETTAKI OMEY RESELLER DEVELOPMENT


COMMITMENT
Komitmen bukan diukur dari apa yang

kita cakap, tapi melalui tahap @ level

tindakan kita.

Apa pengorbanan anda sanggup

lakukan? Ramai berimpian besar, tapi

persoalannya sanggup tak kita hadapi

dan lakukan pengorbanan?

Komitmen penting kerana ia akan mem-

bezakan sama ada kita sekadar NAK

atau BETUL-BETUL NAK.

CHETTAKI OMEY RESELLER DEVELOPMENT


Masa kita nak kahwin, kita nak atau kita

betul-betul nak?

Masa nak beli kereta pertama, rumah

pertama, sebab kita nak atau betul-betul

nak?

Kajian menunjukkan 95% daripada kita

hanya nak, kita suka kalau dapat, biasa

kalau tak dapat. Bila kita tak dapat apa

yang kita patut dapat, kita beri alasan.

Salahkan orang lain dan salahkan

keadaan.

CHETTAKI OMEY RESELLER DEVELOPMENT


Kita nak jadi macam 5% orang yang bila

nak sesuatu, kita sanggup lakukan apa

sahaja. Kalau dapat guna jalan A, kita

guna jalan B. Tak pernah mengalah.

Kita nak dalam mindset kita sentiasa ada

perkataan MESTI. Jadikan kejayaan itu

satu kemestian buat kita.

KEADAAN TAK AKAN BERUBAH

SELAGI KITA TAK BERUBAH

CHETTAKI OMEY RESELLER DEVELOPMENT


CONSISTENT
Selepas kita berjaya beri komitmen, kita

perlu konsisten dengan apa yang kita

lakukan. Dengan apa yang kita dah

mulakan.

Buat berulang kali. Biarpun amalan

atau apa yang kita buat itu kecil, kalau

konsisten dan disiplin, ia akan dapat

ganjaran dari Allah dengan result luar

biasa.

Ini janji Allah. Sebab apa?

CHETTAKI OMEY RESELLER DEVELOPMENT


Seperti yang diriwayatkan dalam Hadis,

“Amalan yang paling dicintai oleh ALLAH

adalah amalan yang konsisten walaupun

kecil”.

Contoh mudah, setiap hari kita tuntut

ilmu. Satu jam sahaja. Buat setiap pagi.

Peruntukkan masa. Menuntut ilmu juga

satu amalan.

Kalau konsisten, kita sendiri dapat rasa

perbezaan yang berlaku dalam hidup kita

berkat Rahmat Allah.

CHETTAKI OMEY RESELLER DEVELOPMENT


CIRCLE
Ramai yang tanya saya, minta pendapat

saya tentang bagaimana cara untuk

kekal konsisten.

Jawapannya mudah, CIRCLE.

Dengan circle yang baik, kita akan lebih

mudah untuk kekal konsisten. Minda

kita lebih senang terbuka hasil daripada

perkongsian kawan-kawan. Dan kita juga

akan nampak sesuatu dari pandangan

orang yang kita tak nampak.

CHETTAKI OMEY RESELLER DEVELOPMENT


Keajaiban akan berlaku bila minda kita

terbuka. Antaranya:

 Kita lebih mudah nak berjaya.

 Kita berjangkit dengan kejayaan orang.

 Kita nampak cara dia berfikir, cara dia

capai apa dia capai.

Tugas kita cuma kenalpasti apa fokus

circle yang yang kita pilih. Pastikan fokus

kepada target @ goal.

AKTIVITI: Senaraikan 5 orang berjaya

yang anda anda nak sangat dapat duduk

bersama mereka dan sebab apa?

CHETTAKI OMEY RESELLER DEVELOPMENT


CONFIDENCE

AKTIVITI - cari satu belon.


Tiup kemudian ikat, cukup
hingga sederhana besar. Cari
satu lidi satay. Cucuk belon
guna lidi tersebut sampai
tembus tapi belon tak pecah.

Mustahil?

Tapi kenapa ada orang berjaya buat?

CHETTAKI OMEY RESELLER DEVELOPMENT


Tipsnya mudah sahaja. Cucuk belon dari

bahagian bawah, tempat anda ikat tadi

hingga tembus ke bahagian atas.

Otak kita ni macam magnet. Dia akan

tarik apa yang kita percaya. Kepercayaan

akan pengaruhi tindakan dan result kita

Sistem ini hanya boleh berlaku dan ada

dalam circle yang bagus.

Kita akan sentiasa mencuba sebab kita

percaya dan yakin benda ni pasti berjaya

dan boleh buat. Sebab kita ada bukti

orang yang berjaya buat.

CHETTAKI OMEY RESELLER DEVELOPMENT


Beza orang konfiden dan tidak, dikira

berdasarkan berapa banyak kali dia terus

mencuba lagi walaupun telah hadapi

banyak kegagalan.

Jadi, macam mana nak bina keyakinan?

1) Cukup persediaan.

2) Cukup pengulangan.

Persediaan yang baik, adalah OTAI.

O - ORANG

T - TEMPAT

A - AKTIVITI

I - INFORMASI

CHETTAKI OMEY RESELLER DEVELOPMENT


Orang. Siapa yang terlibat? Ini termasuk

juga diri kita sendiri. Persediaan mental

dan fizikal kita. Berapa ramai yang akan

hadir?

Tempat. Kapasiti ruang? Keadaan dan

suasana sesuatu tempat?

Aktiviti. Aktiviti apa kita nak buat? One-

way? Two-way? Pergerakan fizikal?

INFORMASI. Apa yang nak kita cuba

sampaikan? Lengkap tak maklumat yang

kita ada?

CHETTAKI OMEY RESELLER DEVELOPMENT


Ringkasnya, kalau kita nak yakin, lihat

pada pengalaman orang lain. Andai ada

yang mampu buat, semestinya kita pun

mampu buat. Andai masih gagal, buat

lagi dan lagi dengan ilmu baru.

Proses nak yakin ni ada TIGA.

SISTEM KEPERCAYAAN

HASIL TINDAKAN

CHETTAKI OMEY RESELLER DEVELOPMENT


Sistem Kepercayaaan membentuk apa

yang kita percaya. Apa jua yang ada di

dalam minda kita.

Bila bertindak, buat lagi dan lagi, dan

kita mampu buat, ia akan mengubah

system kepercayaan kita.

Hasil (bila kita berjaya buat) adalah hasil

akhir yang membuat kita yakin dan terus

yakin.

Impossible is nothing,

because the word itself says

I’m possible

CHETTAKI OMEY RESELLER DEVELOPMENT


COURAGE

Seorang Sales Warrior adalah orang

yang berani mencuba untuk kali yang

pertama. Berani untuk buat kesilapan.

Berani untuk akui kesilapan. Berani

untuk betulkan kesilapan.

3 strategi bina keberanian:

1. Berhenti menyalahkan orang lain.

Berhenti salahkan keadaan. The

reason why people blame others,

sebab mereka takut nak ambil

tanggungjawab.

CHETTAKI OMEY RESELLER DEVELOPMENT


2. Besarkan comfort zone. Keluar sedikit

demi sedikit dari zon selesa kita

sekarang. Buat sesuatu yang kita tak

biasa buat.

3. Bertindak pantas. Segera. Lagi lama

kita tunggu, lagi lama kita ada dalam

zon takut kita sendiri.

Sentiasa amalkan doa ini untuk elak dari

emosi negatif.

CHETTAKI OMEY RESELLER DEVELOPMENT


CONNECTION

Langkah seterusnya, penting untuk kita

menjaga hubungan.

Ada 5 jenis hubungan yang perlu kita

jaga betul-betul.

Bila kita jaga 5 jenis hubungan ni

sebaiknya, memang besar manfaat yang

kita akan dapat. Dari Allah dan juga

dari manusia sekeliling kita.

CHETTAKI OMEY RESELLER DEVELOPMENT


1 - Hubungan dengan Allah.

 Buat apa yang allah suka, tinggal apa

yang Allah larang.

 Istighfar. Buat selalu. Mohon ampun.

 Sentiasa ucap syukur. Senaraikan 5

nikmat yang anda syukuri setiap hari.

Elok buat setiap pagi atau malam.

 Kalau kamu mencintai Aku, ikutlah cara

dan amalan Nabi Muhammad.

2 - Hubungan dengan Mak Ayah.

 Redha Allah, bersama redha mak ayah.

 Murka Allah, bersama murka mak ayah.

 Kita tak layak nak berasa kecil hati atau

terasa dengan mak ayah kita.

CHETTAKI OMEY RESELLER DEVELOPMENT


3 - Hubungan dengan orang yang lemah

di sekeliling kita.

 Asbab rezeki adalah orang yang lemah

sekeliling kita.

 Orang yang sakit, mereka yang perlu

bantuan, mereka ini Allah datangkan

sebagai punca rezeki kita.

 Orang yang diuji sebenarnya sedang di-

perhatikan Allah. Orang yang sedang

diuji, Allah berada sangat hampir

dengan mereka.

 Apabila kita ada bersama orang yang

dalam kesusahan, automatik kita juga

berada dalam pandangan rahmat Allah.

Setuju?

CHETTAKI OMEY RESELLER DEVELOPMENT


4 - Hubungan dengan customer sedia

ada.

 Nak tahu satu fakta menarik?

 Buat sale dengan customer sedia ada

12x lebih mudah daripada kita nak buat

sale dengan customer baru.

 Tak tahu macam mana? Senang, setiap

hari pilih satu nama dari database.

Secara rawak.

 Hantar whatsapp personal. Doakan dia.

 Boleh juga beri voicenote. Lebih nampak

personal.

CHETTAKI OMEY RESELLER DEVELOPMENT


5 - Hubungan dengan Team.

Kalau kita nak Berjaya, jangan hidup

sorang-sorang.

Ingat lagi topik circle? Kita ada team. Ada

jemaah. Jadi jangan abaikan hubungan

sesama team kita sendiri.

Seorang Sales Warrior yang baik, dia tak

nak berjaya seorang diri. Tugas kita,

bawa orang sekeliling kita hingga berjaya

bersama-sama dengan kita.

Adat dalam sesuatu kumpulan, pasti

akan terbit rasa kurang senang.

CHETTAKI OMEY RESELLER DEVELOPMENT


Bila terjadi perkara sebegini, berterus

teranglah. Jangan pendam di dalam hati.

Paling penting kita kena telus. Biar

sepahit mana pun hakikatnya, bila kita

bercerita telus dari hati, kita akan dapat

kesefahaman. Tanpa ada prasangka.

Ramai dari kita sering berprasangka dan

membuat kesimpulan sendiri dalam

kepala tanpa disuarakan.

Respect others, people will respect you,

and trust you

CHETTAKI OMEY RESELLER DEVELOPMENT


CONTINUOUS LEARNING

Sentiasa tingkatkan darjat kita.

Sentiasa Upgrade diri. Jangan selesa

dengan apa yang kita ada. Ada masa kita

kena tunjuk siapa diri kita, tapi dalam

masa sama kita kena rendah hati.

Kita kena mendatangi ilmu, sebab ilmu

tak akan datang bergolek. Baca buku,

jumpa orang. Bila satu situasi berlaku,

tanya apa dapat kita belajar.

CHETTAKI OMEY RESELLER DEVELOPMENT


Fokus on the learning, jangan fokus

kepada pain yang kita sedang lalui.

Pergilah mengembara. Mengembara ni

bukan hanya bermaksud kita kena pergi

ke luar negara. Mengembaralah dalam

mencari ilmu. Kembara ke kedai buku,

beli buku. Mengembara kepada guru-

guru agama, tuntut ilmu agama.

Mengembara ke Kawasan sekitar kita,

belajar dari orang-orang yang lebih

berpengalaman dari kita.

Yang penting, belajar dan terus belajar.

CHETTAKI OMEY RESELLER DEVELOPMENT


BONUS:
TEKNIK KUNCI PENGARUH
TEKNIK COVERT PSYCHOLOGY

CHETTAKI OMEY RESELLER DEVELOPMENT


TEKNIK KUNCI PENGARUH

Ini adalah strategi psikologi untuk kita

pengaruhi orang lain.

Kita mampu mempengaruhi orang lain

dengan dua benda;

1 - Rapport

2 - Trust

Percaya atau tidak, saya dapat kuasai

kedua-dua perkara diatas dengan

menggunakan menguasai 5K.

CHETTAKI OMEY RESELLER DEVELOPMENT


1. Keperibadian.

 Amalkan doa masa tengok cermin.

2. Kemahiran dan skill.

 Orang akan yakin dengan kita bila

kita tunjuk kepakaran kita, ilmu kita.

3. Keyakinan.

4. Kredibiliti.

 Track record, reputasi, endorsement.

5. Kongruen.

 Cakap serupa bikin. Kita buat apa

kita cakap. Selari dengan riak wajah

dan pergerakan badan.


CHETTAKI OMEY RESELLER DEVELOPMENT
TEKNIK COVERT PSYCHOLOGY

Kali ini saya nak dedahkan pula kepada

anda Rahsia SAHABAT.

Satu rahsia, yang mana bila kita buat

benda ini orang nampak tindakan kita itu

biasa sahaja tetapi orang senang percaya

kita dan suka kepada kita

CHETTAKI OMEY RESELLER DEVELOPMENT


 Salam. Sebarkan salam. Greet people.

Strategi yang sangat membantu. Kalau

online, sentiasa posting yang menyapa

orang. Sentuhan memberi kesan kepada

psikologi terhadap manusia.

 Bila nak bersalaman, gunakan bahasa

badan terbuka. Sebab kita nak semai

benih kepercayaan dalam diri orang

yang kita nak berurusan.

 Pusingkan sedikit tangan bagi tegak.

Kalau senang, alhamdulillah mudah.

Kalau sedikit keras, firm, anda perlu

bersedia untuk berhujah dengan fakta.

CHETTAKI OMEY RESELLER DEVELOPMENT


 Ajukan soalan tentang diri mereka. Lagi

banyak kita cakap, lagi sikit manfaat

yang kita akan dapat.

 Bila kita biar orang bercakap tentang

diri dia, ada satu bahagian dalam otak

iaitu orbitofrontal cortex yang akan ber-

tindak balas.

 Lagi banyak dia cerita, lagi cepat kita

boleh kenalpasti masalah dia dan

macam mana kita boleh bantu

selesaikan masalah dia dengan produk

kita.

CHETTAKI OMEY RESELLER DEVELOPMENT


 Beri hadiah pada mereka.

 Hadiah tidak semestinya wang ringgit

dan harta benda semata-mata.

 Anda hadiahkan doa buat mereka, atau

pujian buat mereka, dan lain-lain lagi.

 Kena ada eye contact. Mudah untuk

kita bina kepercayaan.

 Kita akan nampak lebih bijak.

 Kita juaga akan mudah untuk nampak

emotional que yang diberikan oleh orang

tersebut.

CHETTAKI OMEY RESELLER DEVELOPMENT


 Di dalam bidang NLP (Neuro-Linguistic

Pregramme), perkataan hanya memain-

kan 7% peranan, 38% dari nada suara,

dan baki 55% adalah Bahasa badan.

 Cara pemakaian kita juga salah satu

dari bahasa badan.

 Kena jaga Bahasa badan supaya kita

tak hantar mesej yang salah.

 Jangan beri ruang untuk orang salah

tafsir tindakan kita

CHETTAKI OMEY RESELLER DEVELOPMENT


 Dikenali juga sebagai Strategic nodding.

 Angguk kepala akan buat kita dan

orang itu berkesefahaman.

 Tanda kita acknowledge apa dia cakap.

 Kita juga akan buat dia bersetuju

dengan apa yang kita katakan.

 Matching and mirroring.

 Cari titik persamaan.

 Jadikan persamaan tersebut sebagai

jambatan perhubungan dan perbualan.

CHETTAKI OMEY RESELLER DEVELOPMENT


BICARA AKHIR

CHETTAKI OMEY RESELLER DEVELOPMENT


Ya Allah Ya Tuhan kami,

Sesungguhnya pertemuan kami di dalam


e-book ini adalah bagi menyatakan rasa
kesyukuran, atas segala kurniaan-Mu
kepada kami, agar kami dapat menerus-
kan segala usaha baik kami.

Ya Allah, Engkau jadikanlah khidmat


bakti guru-guru kami, dikira sebagai amal
soleh. Kami juga memohon kepadamu
agar bakat dan kebolehan yang Engkau
anugerahkan kepada kami, dapat kami
gunakan untuk memajukan masyarakat
dan negara kami.

Ya Allah, andai dahulu pertemuan kami


demi kebaikan, maka Engkau jadikanlah
perpisahan kami ini sebagai salah satu
jalan kebajikan. Tetap dan satukanlah
hati-hati kami, meskipun kami berjauhan.
CHETTAKI OMEY RESELLER DEVELOPMENT
CHETTAKI OMEY RESELLER DEVELOPMENT
Mana dulu? Usaha dulu baru doa, atau

doa dulu baru usaha?

CHETTAKI OMEY RESELLER DEVELOPMENT

Anda mungkin juga menyukai