Anda di halaman 1dari 2

7/21/22, 11:50 PM MPU3323: Soalan 2: Apakah sumbangan tamadun Islam dari sudut ekonomi?

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 1


D ashboard / My courses / M PU3323 / e -Lesson Week 3 / F orum Topic 3

/ S oalan 2: Apakah sumbangan tamadun Islam dari sudut ekonomi?

/ R e: Soalan 2: Apakah sumbangan tamadun Islam dari sudut ekonomi?

 Search forums 

Forum Topic 3
Soalan 2: Apakah sumbangan tamadun Islam dari sudut ekonomi?
 Settings

◄ Siapakah al-Jazari dalam tamadun Islam?

Soalan 1 :Berdasarkan semua video di atas, apakah pandangan anda tentang sumbangan tamadun Islam kepada dunia kini? ►

Display replies in nested form

Re: Soalan 2: Apakah sumbangan tamadun Islam dari sudut ekonomi?


by P RAVIN A/L SANGAR - Wednesday, 13 July 2022, 3:10 PM

Apakah sumbangan tamadun Islam dari sudut ekonomi?

Saya setuju pendapatan rakan Afifatuliaitu. Saya ingin tambah maklumat dan pendapatan iaitu Kedatangan umat Islam ke
Andalusia berjaya membentuk satu bentuk baru yang dinamakan ekonomi Mediterranean melalui perladangan,
perindustrian dan sistem perdagangan. Umat Islam sememangnya terkenal dalam perdagangan dan mereka
menyumbangkan kepakaran dan kemahiran mereka kepada pengembangan pengaruh Islam di Eropah. Mereka membuka
kedai dan gedung serbaneka serta mengimport barangan dari seluruh dunia.

Selain itu, Hubungan perdagangan dengan Eropah dilakukan melalui darat, manakala hubungan perdagangan dengan Asia
dan Afrika dilakukan melalui laut. Bandar pelabuhan Andalusia menjadi tumpuan kapal dagang Asia seperti Venice, Itali dan
Alexandria. Ini telah membawa kepada perkembangan pesat ekonomi Andalusia. Dalam bidang pertanian, umat Islam
memperkenalkan kaedah baru seperti membina empangan, sistem perparitan, tali air, jambatan dan memperbaiki jalan raya
di seluruh Andalusia, meliputi kawasan yang luas seperti Toledo, Córdoba, Marseille dan Valencia. Sistem bekalan air sedia
ada ditambah baik dan diperkemas untuk memberi peluang terbaik kepada petani.

Bukan itu sahaja, penubuhan Baitul Mal zaman Umar al-Khattab, ini adalah berikutan dengan penaklukan wilayah yang
sangat luas yang seterusnya mendatangkan hasil dalam bentuk wang yang banyak. Zaman Bani Umaiyyah sumber
kewangan terpenting adalah kharaj (cukai tanah). Ini disebabkan perluasan jajahan takluk Islam telah sampai ke Afrika, Rom
dan Constantinople, disamping sumber pendapatan lain seperti zakat, ghanimah, fai’ dan jizyah. Manakala kharaj (cukai
tanah) juga terbahagi kepada tiga iaitu Masahat / Wazilah-Bayar ikut keluasan Tanah, Muqasamah-Bayar berdasarkan
jumlah tanaman dan Ihtizam.

Akhir sekali, Zaman Abbasiyyah, Kota Baghdad menjadi tempat paling strategik dan terpenting sebagi pusat perdagangan
Timur dan Barat. Khalifah al-Mahdi(158H) telah memperkenalkan sistem ’Muqasamah’ (perkongsian) ke atas hasil pertanian
di Iraq. Pada zaman keemasan Bani Abbasiyyah iaitu pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid(170-193H), pembangunan

negara terus mencapai peringkat tinggi sehingga Kota Baghdad menjadi pusat tumpuan ilmu dan perdagangan di kawasan
Asia dan Eropah. Menurut al-Tabari, ketika zaman pemerintahan Harun al-Rasyid harta terkumpul dalam Baitul Mal
berjumlah 900 juta dirham (180 bilion sekarang). Terimakasih!

Permalink Show parent Reply

https://inspire.oum.edu.my/mod/forum/discuss.php?
1
7/21/22, 11:50 PM MPU3323: Soalan 2: Apakah sumbangan tamadun Islam dari sudut ekonomi?

Jump to...

Centre For Learning Technology

You are logged in as PRAVIN A/L SANGAR (Log out)

Open University Malaysia


 https://www.oum.edu.my/
 mylms_admin@oum.edu.my
 +603 7801 1800

    

Get the mobile app

https://inspire.oum.edu.my/mod/forum/discuss.php?
2

Anda mungkin juga menyukai