Anda di halaman 1dari 1

Pengertian Pendidikan Islam

Pendidikan Islam secara umumnya merupakan pendidikan yang berasaskan kepada ajaran Islam yang telah
dibawa Oleh Nabi Muhammad s.a.w. untuk membentuk akal, hati, rohani, jasmani, zahir dan batin sesuai
dengin ajaran al-Quran dan al-Sunnah. Ia merupakan konsep-konsep yang berkait antara satu sama lain
dalam rangka fikiran yang satu yang bersandarkan kepada prinsip-prinsip dan nilai-nilai yang dibawa oleh
Islam. Manusia kana bertingkah laku sesuai denga akidah Islam sekiranya ia dilaksanakan dennen berbagai
procedure dan cara-cara praktikal.

Menurut pandangan Islam, pendidikan diberi maksud sebagai proses mendidik dan melatih sahsiah, jasmani
dan rohani manusia berpandukan nilai-nilai Islam yang sesuai dengan tuntutan wahyu iiatu al-Quran dan al-
Sunnah. Ianya bertujuan melahirkan manusia yang bertaqwa dan mengabdikan diri hanya kepada Allah. Pen-
didikan Islam juga merangkumi tiga bidang utama iaitu pendidikan roh yang juga disebut pendidikan jiwa
atau spiritual, pendidikan akal dan pendidikan jasmani yang termasuk di dalamnya pendidikan kesihatan dan
kekuatan.

Menurut Dr. Muhammad ‘Atiyyah al-Abrasyi, pendidikan Islam bukan Sahara untuk memenuhi minda anak-
anak yang dididik dengan pelbagai ilmu pengetahuan yang mereka tidak ketahui, akan tetapi satu proses
mendidik akhlak da jiwa manusia, menanam rasa keutamaan (fadilah), membiasa dan mempersiapkan diri
dengan kesopanan yang tinggi untuk sesuatu kehidupan yang suci menyeluruh, ikhlas dan jujur. Manakala
menurut Dr. Abdul Halim pula, pendidikan Islam adalah proses yang dilalui oleh anak didik dengan bimbin-
gan yang dilakukan secara sengaja oleh pendidik bagi mencapai tujuan untuk membentuk manusia Muslim
berdasarkan ajaran-ajaran Islam.

Pendidikan Islam juga memberi maksud bahawa satu proses pengembangan dan peningkatan bakat-bakat
semulajadi manusia dengan cara yang seimbang dari sei iman, ilmi, akhlak dan amal yang baik salam bentik
yang bersepadu. Ia adalar proses memdidik, membentuk dan melatih seseorang individu dari segi aspek jas-
mani, rohani, akal, perasaan, akhlak dan sosial bagi melahirkan manusia yang baik, bertaqwa, berakhlak mu-
lia, berpengetahuan, berkemahiran dan bertanggungjawab terhadap diri keluarga dan masyarakat untuk men-
capai kebahagiaan di dénia dan akhirat.

Rujukan
Ahmad Sabri bin Osman. (2003). Konsep Pendidikan Islam. Jurnal Intelek (Edisi 1 Julai-Disember)

Anda mungkin juga menyukai