Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: MAKTAB SULTAN ISMAIL Kod Sekolah: DEB 1137

1. Nama Guru
MOHD NAJWA ZAMHARIQ BIN OTHMAN
THE ART OF THINKING CLEARLY 3. Bidang: BAHAN BUKU BUKAN
2. Judul
FIKSYEN
4. Tarikh Pembentangan 21/11/2022 5. Masa: 2.00 - 3.00 PETANG

6. Tempat Pembentangan
ARC MAKTAB SULTAN ISMAIL
7. Sinopsis

Ramai yang terperangkap dengan kecelaruan kognitif dan khilaf. Segalanya berpunca daripadacara berfikir
yang dipengaruhi falasi. Kurang cermat dalam taakulan menjurus terhadap amalan dan keputusan yang
merugikan. Perbincangan dibahagikan kepada 99 bab yang banyak menggunakan metafora yang mudah
tetapi sarat intelektualisme. Bagi penulis, berfikir ialah fenomena biologi. Kebanyakan manusia tidak
menggunakan potensi otak untuk mencari kebenaran, sebaliknya lebih kepada mempengaruhi.
Seterusnya, mereka memiliki akses terhadap kuasa dan sumber. Penulis memilih intuisi berbanding
dengan proses berfikir yang melesukan. Proses itu disebut sebagai pusingan kompetensi. Analogi ahli
muzik membiarkan intuisi lebih berkuasa memungkinkan jari-jemari mereka seolah-olah memainkan
instrumen secara automatik. Penulis mencabar pembaca untuk berani mengatakan tidak terhadap amalan
yang merugikan. Beliau menyarankan agar kesilapan-kesilapan mudah dalam cara berfikir seharian dikenal
pasti dan seterusnya dijauhi. Penulis mengkonsepsikan setiap maksim yang berlegar dalam pemikiran
popular sebagai kecenderungan berat sebelah, dusta dan ilusi. Dengan mengenal pasti punca kesilapan
berfikir, seseorang itu berupaya menikmati pilihan terbaik, lebih gembira dan mengetepikan unsur tidak
rasional dalam kehidupan peribadi dan organisasi.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Anjakan paradigma dan transformasi cara berfikir yang dibimbing oleh kecerdasan intelektual, kecerdasan
emosi dan kecerdasan sosial. Kita hendaklah sentiasa melakukan penambahbaikan cara berfikir supaya
mencapai tahap kesejahteraan diri yang optimum.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Lebih fleksibel dalam komunikasi dengan rakan sejawatan dan superior. Di samping itu, menghormati gaya
berfikir subordinat, iaitu murid. Sentiasa bersedia dengan penambahbaikan dalam proses melaksanakan
keputusan dengan mengambil kira persekitaran dan sumber yang sedia ada. Juga meneroka kemungkinan
baharu bagi meningkatkan hasil dan mutu kerja.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(MOHD NAJWA ZAMHARIQ ) ( )

Anda mungkin juga menyukai