Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SJKC CHIN HWA Kod Sekolah: KBC0040

TOO SIOW CHIN


1. Nama Guru
3. Bidang: FULFILL
2. Judul The Art of Thinking Clearly
PROFESSIONAL DEVELOPMENT
(terjemahan Nicky Griffin) REQUIREMENT

4. Tarikh Pembentangan TIADA 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
TIADA
7. Sinopsis
Ramai yang terperangkap dengan kecelaruan kognitif dan khilaf.
Segalanya berpunca daripada cara berfikir yang dipengaruhi falasi.
Kurang cermat dalam taakulan menjurus terhadap amalan dan
keputusan yang merugikan. Perbincangan dibahagikan kepada 99 bab
yang banyak menggunakan metafora yang mudah tetapi sarat
intelektualisme. Bagi penulis, berfikir ialah fenomena biologi.
Kebanyakan manusia tidak menggunakan potensi otak untuk mencari
kebenaran, sebaliknya lebih kepada mempengaruhi. Seterusnya,
mereka memiliki akses terhadap kuasa dan sumber. Penulis memilih
intuisi berbanding dengan proses berfikir yang melesukan. Proses itu
disebut sebagai pusingan kompetensi. Analogi ahli muzik membiarkan
intuisi lebih berkuasa memungkinkan jari-jemari mereka seolah-olah
memainkan instrumen secara automatik. Penulis mencabar pembaca
untuk berani mengatakan tidak terhadap amalan yang merugikan.
Beliau menyarankan agar kesilapan-kesilapan mudah dalam cara
berfikir seharian dikenal pasti dan seterusnya dijauhi. Penulis
mengkonsepsikan setiap maksim yang berlegar dalam pemikiran
popular sebagai kecenderungan berat sebelah, dusta dan ilusi. Dengan
mengenal pasti punca kesilapan berfikir, seseorang itu berupaya
menikmati pilihan terbaik, lebih gembira dan mengetepikan unsur tidak
rasional dalam kehidupan peribadi dan organisasi.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Anjakan paradigma dan transformasi cara berfikir yang dibimbing oleh


kecerdasan intelektual, kecerdasan emosi dan kecerdasan sosial. Kita
hendaklah sentiasa melakukan penambahbaikan cara berfikir supaya
mencapai tahap kesejahteraan diri yang optimum.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Lebih fleksibel dalam komunikasi dengan rakan sejawatan


dan superior. Di samping itu, menghormati gaya berfikir
subordinat, iaitu murid. Sentiasa bersedia dengan
penambahbaikan dalam proses melaksanakan keputusan
dengan mengambil kira persekitaran dan sumber yang
sedia ada. Juga meneroka kemungkinan baharu bagi
meningkatkan hasil dan mutu kerja.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( TOO SIOW CHIN ) ( )

Anda mungkin juga menyukai