Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK LKTP CHUPING Kod Sekolah:RBA0076

1. Nama Guru
AZURIN BIN ABD RAHMAN

2. Judul THE ART OF THINKING CLEARLY 3. Bidang: MOTIVASI

4. Penulis ROLF DOBELLI 5. Muka surat: 358

6. PEMBENTANGAN
7. Sinopsis

Ramai yang terperangkap dengan kecelaruan kognitif dan khilaf. Segalanya berpunca
daripadacara berfikir yang dipengaruhi falasi. Kurang cermat dalam taakulan menjurus terhadap
amalan dan keputusan yang merugikan. Perbincangan dibahagikan kepada 99 bab yang banyak
menggunakan metafora yang mudah tetapi sarat intelektualisme. Bagi penulis, berfikir ialah
fenomena biologi. Kebanyakan manusia tidak menggunakan potensi otak untuk mencari
kebenaran, sebaliknya lebih kepada mempengaruhi. Seterusnya, mereka memiliki akses terhadap
kuasa dan sumber. Penulis memilih intuisi berbanding dengan proses berfikir yang melesukan.
Proses itu disebut sebagai pusingan kompetensi. Analogi ahli muzik membiarkan intuisi lebih
berkuasa memungkinkan jari-jemari mereka seolah-olah memainkan instrumen secara automatik.
Penulis mencabar pembaca untuk berani mengatakan tidak terhadap amalan yang merugikan.
Beliau menyarankan agar kesilapan-kesilapan mudah dalam cara berfikir seharian dikenal pasti
dan seterusnya dijauhi. Penulis mengkonsepsikan setiap maksim yang berlegar dalam pemikiran
popular sebagai kecenderungan berat sebelah, dusta dan ilusi. Dengan mengenal pasti punca
kesilapan berfikir, seseorang itu berupaya menikmati pilihan terbaik, lebih gembira dan
mengetepikan unsur tidak rasional dalam kehidupan peribadi dan organisasi.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Anjakan paradigma dan transformasi cara berfikir yang dibimbing oleh kecerdasan intelektual,
kecerdasan emosi dan kecerdasan sosial. Kita hendaklah sentiasa melakukan penambahbaikan
cara berfikir supaya mencapai tahap kesejahteraan diri yang optimum.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Lebih fleksibel dalam komunikasi dengan rakan sejawatan dan superior. Di samping itu,
menghormati gaya berfikir subordinat, iaitu murid. Sentiasa bersedia dengan penambahbaikan
dalam proses melaksanakan keputusan dengan mengambil kira persekitaran dan sumber yang
sedia ada. Juga meneroka kemungkinan baharu bagi meningkatkan hasil dan mutu kerja.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )

Anda mungkin juga menyukai