Anda di halaman 1dari 9

KHUTBAH JUMAAT

“MENYINGKAP KEFARDUAN SOLAT DALAM PERISTIWA


AGUNG ISRAK DAN MIKRAJ”
(17 Februari 2023M/ 26 Rejab 1444H)
___________________________________________________________________________________________________________________________

ُُ‫ َُوأَ ْش َه ُد ُأَ ْن ََُل ُإِلَـّٰوَ ُإِاَل ُالـُّٰلّو‬،‫ِن ُاُلْـ َح ِمْي ِد‬
ِِّ َ‫ـح ْم ُُد ُلِـ ّٰلُِّو الْغ‬ ‫ل‬
ْ ‫ا‬ ، ِ
ُ
‫و‬ ّٰ
َ َ ‫ـح ْم ُُد ُل‬
‫ل‬
ّ ِ
‫ـ‬ َ ْ‫اَل‬
ُ.ُ‫اُعْب ُدهُ َُوَر ُس ْولُُو‬
َ ‫اُمـ َح ام ًد‬ َ ‫ُوأَ ْش َه ُدُأَ ان‬،
ُُ َ‫ُسيِّ َدن‬ َ ُ
‫و‬
ُ ‫ل‬
َ ُ ‫ك‬
َ ‫ي‬
ِْ
‫ر‬ ‫ُش‬
َ ‫َو ْح َدهُ ََُل‬
ُ.‫ص ْحبِ ِو َُو َسلِّ ْمُتَ ْسلِْي ًماُ َكثِْيـًرا‬ ََ ‫ُو‬
ُ ‫و‬ِِ‫اُمـح ام ٍدُوعلَىُآل‬ ُ
َ َ َ ُ َ َ ِّ َ ُ
َِ ِّ‫اَلـ ّٰلّه امُصلُعلَىُسي‬
‫ن‬ ‫د‬
ُ‫ُح اق ُتُـ َقاتِِو َُوََل ُُتَـ ُم ْوتُ ان ُإِاَل َُوأَنْـتُ ْم‬ ‫و‬ّّٰ ‫ ُاتاـ ُقوا ُالـ‬،‫ُعباد ُالـ ّٰلُِّو‬
‫ل‬ ِ ‫ ُفَـيا‬،‫أَاما ُبـع ُد‬
َ َ ْ َ َ َ َْ
.‫ُم ْسلِ ُم ْو َُن‬
Kaum muslimin yang dirahmati Allah,
Marilah kita bersama-sama meningkatkan ketaqwaan kepada Allah
subhanahu wata’ala dengan menunaikan segala perintah-Nya dan
meninggalkan segala larangan-Nya. Semoga kita beroleh kejayaan,
kebahagiaan dan keselamatan di dunia dan di akhirat. Khatib
mengingatkan para jemaah agar memberi sepenuh perhatian
kepada khutbah yang akan disampaikan dan tidak melakukan
perkara-perkara yang lagha (sia-sia) seperti berbual-bual atau
menggunakan telefon. Marilah kita bersama-sama mendengar dan
menghayati khutbah yang bertajuk: “Menyingkap Kefarduan Solat
Dalam Peristiwa Agung Israk Dan Mikraj”.

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,


Bulan Rejab merupakan bulan dimana kita memperingati peristiwa
Israk dan Mikraj. Melalui peristiwa ini Rasulullah sallallahu alaihi

1
wasallam diperjalankan dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil
Aqsa di Palestin pada waktu malam. Baginda Rasulullah sallallahu
alaihi wasallam ditemani oleh Malaikat Jibril alaihis salam dengan
menaiki buraq. Firman Allah subhanahu wata’ala dalam Surah al-
Isra, ayat 1:

ِ ‫الرِح‬
.‫يم‬ َّ ‫الر ْح َم ـٰ ِن‬ ِ ‫ بِس ِم‬.‫الرِج ْي ِم‬
َّ ‫اهلل‬ ْ َّ ِ َ‫الش ْيط‬
‫ان‬ َّ ‫ن‬
َ
ِ ‫اهلل‬
‫م‬ ِ ِ‫أَعُوذُ ب‬
ْ
         

            

Maksudnya: Maha suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya


(Muhammad) pada malam hari dari Masjid al-Haraam (di Makkah)
ke Masjid al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya,
untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan
kebesaran) Kami. Sesungguhnya, Allah jualah Yang Maha
Mendengar, lagi Maha mengetahui.

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,


Antara peristiwa agung yang berlaku dalam peristiwa Israk dan
Mikraj adalah perintah solat. Sabda Rasulullah sallallahu alaihi
wasallam yang diriwayatkan oleh Sayyidina Anas bin Malik
radiallahu anhu yang bermaksud:

“… Baginda sallallahu alaihi wasallam bersabda: Aku tak henti-henti


berulang-alik antara Tuhanku (iaitu tempat baginda bermunajat
dengan Allah subhanahu wata’ala) dan Nabi Musa alaihissalam,
sehinggalah Allah subhanahu wata’ala berfirman: Wahai
2
Muhammad! Sesungguhnya aku fardukan hanyalah lima waktu
sehari semalam. Setiap solat fardhu sama nilainya dengan sepuluh
ganjaran. Oleh yang demikian, bererti lima waktu solat fardu sama
dengan lima puluh solat fardu. Begitu juga sesiapa yang berniat,
untuk melakukan kebaikan tetapi tidak melakukannya, nescaya
akan dicatat baginya satu kebaikan. Jika dia melaksanakannya,
maka dicatat sepuluh kebaikan baginya. Sebaliknya, sesiapa yang
berniat ingin melakukan kejahatan, tetapi tidak melakukannya,
nescaya tidak sesuatu pun dicatat baginya. Seandainya dia
melakukannya, maka dicatat sebagai satu kejahatan baginya.
Baginda sallallahu alaihi wasallam bersabda: Aku turun hingga
sampai kepada Nabi Musa sallallahu alaihi wasallam, lalu aku
memberitahu kepadanya. Nabi Musa alaihissalam masih lagi
berkata: “Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan.”
Baginda sallallahu alaihi wasallam menyahut: “Aku terlalu banyak
berulang alik kepada Tuhanku meminta keringanan, sehingga
menyebabkan aku malu kepada-Nya.”

(Hadis riwayat Imam Muslim)

Kaum muslimin yang dirahmati Allah


Hikmah agung pengurangan solat dari lima puluh waktu kepada
lima waktu, menunjukkan bahawa kefarduan solat ini mudah untuk
ditunaikan. Firman Allah subhanahu wata’ala surah al-Ma’idah, ayat
6:

3
.‫الرِج ْي ِم‬
َّ ‫ان‬ َّ ‫اهلل ِم َن‬
ِ َ‫الش ْيط‬ ِ ِ‫أَعُوذُ ب‬
ْ
           ...

    

Maksudnya: … Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung


sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Ia berkehendak
membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan
nikmat-Nya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,


Sebagai orang beriman adalah menjadi tanggungjawab semua
untuk melaksanakan perintah tersebut. Dan menjadi peranan ketua
keluarga untuk memastikan dirinya dan tanggungannya iaitu isteri
dan anak-anak supaya melaksanakan solat serta melakukannya
dengan tekun dan sabar. Firman-Nya dalam surah Toha, ayat 132:

.‫الرِج ْي ِم‬
َّ ‫ان‬ َّ ‫اهلل ِم َن‬
ِ َ‫الش ْيط‬ ِ ِ‫أَعُوذُ ب‬
ْ
             

 

Maksudnya: Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu


mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar
menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan)
Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah)
kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertaqwa.
4
Antara tugas yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dalam
memastikan orang yang berada di bawah tanggungannya
mendirikan solat:

Pertama: Mengajarkan ahli keluarga mengaji al-Quran dan bacaan


dalam sembahyang serta tatacara solat atau menghantar mereka
belajar dengan mereka yang boleh mengajarkannya.

Kedua: Mendidik anak untuk mendirikan solat seawal usia tujuh


tahun dan memukulnya dengan pukulan yang tidak mencederakan
dengan niat untuk mendidiknya setelah berumur sepuluh tahun.

Ketiga: Menggalak ahli keluarga melaksanakan solat lima waktu


dan menunaikannya secara berjemaah serta menekankan tentang
kepentingan solat tersebut.

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,


Mengakhiri khutbah, marilah kita menghayati beberapa perkara
penting sebagai peringatan bersama, iaitu:

Pertama: Peristiwa Israk dan mikraj adalah peristiwa agung yang


perlu diambil pengajaran berkaitan persediaan kehidupan kita di
dunia yang pastinya akan menempuh kehidupan di akhirat.

Kedua: Pengurangan perintah solat daripada 50 waktu kepada 5


waktu menunjukkan kasih sayang Allah kepada hambaNya bagi
memastikan umat Islam mampu melaksanakan perintah tersebut.

Ketiga: Setiap orang beriman wajib melaksanakan solat lima waktu


kerana kefarduan solat merupakan perkara pertama yang akan
ditanya kelak pada hari akhirat.
5
Mengakhiri khutbah, marilah kita bersama-sama menghayati firman
Allah subhanahu wata’ala dalam surah at-Tahrim, ayat 6:

ِ ‫الرِح‬
.‫يم‬ َّ ‫الر ْح َم ـٰ ِن‬ ِ ‫ بِس ِم‬.‫الرِج ْي ِم‬
َّ ‫اهلل‬ ْ َّ ِ َ‫الش ْيط‬
‫ان‬ َّ ‫ن‬
َ
ِ ‫اهلل‬
‫م‬ ِ ِ‫أَعُوذُ ب‬
ْ
          

           

Maksudnya: Wahai orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan


keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia
dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, dan keras,
yang tidak derhaka kepada Allah terhadap apa yang Dia
perintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang
diperintahkan.

‫فِْي ِو ِم َن‬ ‫ َونَـ َف َع ِِن َوإِيَّا ُك ْم بِ َـما‬،‫آن الْ َع ِظْي ِم‬


ِ ‫بارَك اهللُ ِِل ولَ ُكم ِِف الْ ُقرء‬
َْ ْ َ ََ
‫الس ِمْي ُع‬
َّ ‫ إِنَّوُ ُى َو‬،ُ‫ َوتَـ َقبَّ َل ِم ِّ ِْن َوِمْن ُك ْم تََِل َوتَو‬،‫ـح ِكْي ِم‬ ‫ل‬
ْ ‫ا‬ ِ
‫ر‬ ‫ك‬
ْ ِّ
‫الذ‬ ‫و‬ ِ ‫اآلي‬
‫ات‬
َ َ َ
‫َولِ َسائِِر‬ ،‫َستَـ ْغ ِفُر اهللَ الْ َع ِظْي َم ِِل َولَ ُك ْم‬ ‫أ‬
‫و‬ ،‫ا‬‫ذ‬َ
ْ َ َ ْ ْ ُْ َ ‫ى‬ ‫ِل‬ ِ
‫و‬ ‫ـ‬
َ ‫ق‬ ‫ل‬ُ ‫و‬ ‫ـ‬
ُ ‫ق‬َ‫أ‬ . ‫م‬ ‫ي‬ ِ‫الْعل‬
‫إِنَّوُ ُى َو‬ ‫استَـ ْغ ِفُرْوُه‬
ْ َ‫ف‬ ، ِ َ‫ والْمؤِمنِْي والْمؤِمن‬،‫ات‬
‫ات‬ ُْ َ َْ ُْ َ
ِ ‫الْمسلِ ِمْي والْمسلِم‬
َ ْ ُ َ َْ ْ ُ
.‫الرِحْي ُم‬َّ ‫الْغَ ُف ْوُر‬

6
KHUTBAH JUMAAT KEDUA
______________________________________________________________________________________________________________________

ُُ‫ُأَ ْش َه ُدُأَ ْن ََُلُإِلَُـّٰـوَُإِاَلُاهلل‬.‫َُحْ ًدا ُ َكثِ ًريا ُ َك َماُأ ََمَُر‬ َ ‫ـح ْم ُدُلِّٰلّ ِو‬َ ‫ل‬
َْ‫ا‬ ُ. ِ ّ‫اَلْـحم ُدُلِّٰل‬
ُ
‫و‬ َْ
ُ‫ُاَل ّٰلّ ُه ام‬.ُ‫اُعْب ُدهُ َُوَر ُس ْولُُو‬
َ ‫اُمـ َح اُم ًد‬ ُُ َ‫ُسيِّ َُدن‬
َ ‫ن‬‫ا‬ َ
‫أ‬ ُ ‫د‬ُ ‫ه‬َ َ‫ش‬ْ َ
‫أ‬‫ُو‬، ‫و‬
ُ ‫ل‬
َ ُ ‫ك‬
َ ‫ي‬
ِْ
‫ر‬ ‫ُش‬
َ ‫َو ْح َدهُ ََُل‬
ُ‫ُأَاما‬.‫ي‬ َُ ْ ِ‫َْجَع‬
ْ ‫َص َحابِِوُأ‬ ‫أ‬‫ُو‬ ‫و‬ِِ‫اُمـح ام ٍدُوعلَىُأّٰل‬ ُ ‫ن‬
َ ِ ِّ‫صلُوسلِّمُوبا ِرْكُعلَىُسي‬
‫د‬
ْ َ ّٰ َ َ َ ُ َ ّٰ َ َ َ ْ َ َ ِّ َ
ُ.‫ُح اقُتُـ َقاتِِوُلَ َعلا ُك ْمُتُـ ْفلِ ُح ْو َُن‬ ‫اُاهلل‬ ‫و‬ ‫ق‬ ‫ا‬
‫ـ‬ ‫ت‬ِ‫ُا‬،‫ُاهلل‬
ِ ‫اُعباد‬ ِ ‫ُفَـي‬،‫بـع ُد‬
َ َ ُ َ َ َ َْ
Kaum Muslimin yang dirahmati Allah,
Pada musim tengkujuh ini, mimbar menyeru agar kita sentiasa
berwaspada dan mengikuti nasihat yang diberikan oleh pihak
berkuasa dari masa ke masa sama ada yang berkaitan dengan
kemungkinan banjir mahupun keadaan perairan untuk apa sahaja
aktiviti. Pada masa yang sama, kita hendaklah sentiasa melakukan
kawalan kendiri dengan sebaik-baiknya bagi mengelakkan terdedah
kepada bahaya wabak penyakit. Teruskanlah memohon
keampunan dan bermunajat kepada Allah subhanahu wata’ala agar
diangkat segala wabak dan musibah daripada kita dan dikurniakan
keselamatan dan kesejahteraan buat diri, keluarga, masyarakat,
negeri dan negara.

ُ:‫ال‬
َُّٰ ‫قَ َالُاهللُُتَـ َع‬
           

  

7
ُ‫ت‬ ‫ي‬ ‫ا‬
‫ل‬ ‫اُص‬ ‫م‬ ‫ك‬
َ ُ ، ٍ ‫اُمـ ََحا‬
‫د‬ ُ َ‫ن‬ ِ ِّ‫اُمـ ََحا ٍد ُوعلَى ُأّٰ ُِل سي‬
‫د‬ ُ ‫ن‬
َ ‫د‬ِ ِّ‫اَل ّٰلّه ام ُصل ُعلَ ُى سي‬
َ َْ َ ُ َ ّٰ َ َ ُ َ ّٰ َ ِّ َ ُ
ُ‫اُمـ ََحا ٍد‬
ُُ َ‫ُعلَ ُّٰى َسيِّ ِدن‬ ‫ك‬ْ ِ
‫ر‬ ‫ا‬ ‫ب‬‫ُو‬، ‫م‬ ‫ي‬‫اى‬ِ ‫علَ ُى سيِّ ِدنَاُإِبـر ِاىيمُوعلَىُأّٰ ُِل سيِّ ِدنَاُإِبـر‬
َ َ َ َ ْ َ ْ َ ّٰ َ َ َ ْ َ ْ َ ّٰ َ
‫ت ُ َعلَى ُ َسيِّ ِدنَاُإِبْـَر ِاىْي َم َُو َعلَ ّٰى ُأّٰ ُِل‬ ‫ك‬
ْ‫ار‬
َ ََ َ ‫اُب‬ ‫م‬ ‫ك‬
َ ُ ، ٍ
‫د‬ ‫َح‬
‫ا‬ َ ‫ـ‬ ُ
‫اُم‬
ُ َ ‫ن‬
َ ِ
‫د‬ ‫ي‬
ِّ‫س‬ ُ
‫ل‬ِ ّٰ‫و َعلَ ّٰى ُأ‬
َ
.‫ُمـ ِجْي ٌُد‬ َِ ‫ك‬
َُ ‫َُحْي ٌد‬ ‫ا‬
‫ن‬ ِ
‫إ‬ُ، ‫ي‬ ِ
‫م‬ ‫ل‬
َ
َ َ ْ َ ْ َ ْ َْ َ‫ا‬ ‫ع‬ ‫ل‬
ْ ‫ُا‬ ِ
‫ُِف‬، ‫م‬ ‫ي‬ ِ ‫سيِّ ِدنَاُإِبـر‬
‫اى‬
ِ ‫ات ُاْألَحي‬
ُ‫آء‬ ِ َ‫ات ُوالْمؤِمنِي ُوالْمؤِمن‬ ِ ‫اَل ّٰلّه ام ُا ْغ ِفر ُلِْلمسلِ ِمي ُوالْمسلِم‬
َْ ُْ َ َْ ُْ َ َ ْ ُ َ َْ ْ ُ ْ ُ
ُ‫اض َي‬ ِ َ‫ات ُويا ُق‬ ِ ‫َُسيع ُقَ ِريب ُم ِـجيب ُالداعو‬ َِ ‫ك‬ ‫ا‬‫ن‬ِ
‫إ‬ ُ . ُِ
‫ات‬ ‫و‬ ‫َم‬‫أ‬ ْ ‫ال‬ ‫ُو‬ ‫م‬ ‫ه‬ ‫ـ‬ ‫ن‬
ْ ِ
‫م‬
ََ ََ ُ ْ ُ ٌ ْ ٌ ْ َ َْ ْ َ ْ ُ
ُِ ‫اج‬
.‫ات‬ َ َ‫اْل‬ ْ
Ya Allah, ampunilah dosa-dosa dan kesalahan kami, ibubapa kami,
ahli keluarga dan guru-guru kami. Limpahkanlah kesejahteraan,
kedamaian dan kebahagiaan kepada kami semua dalam kehidupan
di dunia dan di akhirat.

Ya Allah ! Ya Rahman ! Ya Rahim! Berikanlah taufiq dan hidayat-


Mu kepada kami semua dan juga kepada pemimpin-pemimpin
Negara kami, khasnya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong Malaysia, dan juga pemimpin-pemimpin negeri
kami, khususnya Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri
Sarawak.

Ya Allah! Kurniakanlah kami rezeki yang halal lagi diberkati,


hindarilah kami dari sebarang bentuk gejala rasuah dan
perlanggaran kepada peraturan dan undang-undang. Kurniakanlah
keselamatan dan kesejahteraan, jadikanlah kami ummah yang
8
berkualiti dan berintegriti demi mencapai negara yang aman dan
makmur serta mendapat perlindungan-Mu, ya Allah.

Ya Allah, Ya Dzal Jalali Wal Ikram! Ya Allah, kukuhkanlah


perpaduan dan kesatuan kami dalam aqidah, ibadah dan akhlak di
bawah pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Limpahkanlah ke atas
kami nikmat kesihatan dan keafiatan. Kurniakanlah kesembuhan
kepada mereka yang diuji dengan penyakit-penyakit dan
bebaskanlah negara kami daripada segala perkara yang tidak
diingini dan wabak penyakit.

ُ،‫ُأّٰ ِم ْي‬.‫اب ُالناا ُِر‬ ‫ذ‬


َ ‫اُع‬ ‫ن‬ِ‫آلخرِة ُحسنةً ُوق‬ ِ ْ‫ُالدنْـياُحسنَةً ُوِِف ُا‬ ُّ ِ
‫اُِف‬ ‫ن‬ ِ‫ربـانَآُأّٰت‬
َ
َ َ َ ََ َ َ َ ََ َ َ َ
.‫ي‬َُ ْ ‫بُالْ َعالَ ِم‬ ‫اُر ا‬ ‫ُي‬ ‫ي‬ ‫م‬ِ ّٰ‫أ‬
َ َ ْ
ِ ‫آء‬ِ ‫ُوإِيت‬.‫ان‬ ُِ ‫ِعبَ َاد‬
ُ‫ُذيُالْ ُق ْرَ َّٰب َُويَـْنـ َه ّٰى‬ َ َ ُِ ‫ إِ ان ُاهللَ ُيَأْ ُمُر ُبِالْ َع ْد ِل َُواْ ِإل ْح َس‬.‫ُاهلل‬
َُ‫ُفَاذْ ُكُرواُاهلل‬.‫ُيَعِظُ ُك ْم ُلَ َعلا ُك ْم ُتَ َذ اكُرْو َُن‬.‫آء َُوالْ ُمْن َك ِر َُوالْبَـ ْغ ُِي‬ ِ ‫ع ِن ُالْ َفحش‬
َْ َ
ُ‫ضلِ ِو‬
ْ َ‫اسأَلُ ْـوهُ ُِم ْن ُف‬ ‫و‬ ُ . ُ
‫م‬ ‫ك‬
ُ ‫د‬
ْ‫ز‬ِ ‫ُي‬ ِ ‫ ُوا ْش ُكروه ُعلَى ُنِع ِم‬.‫الْع ِظيم ُي ْذ ُكرُك ُم‬
‫و‬
ْ َ ْ َ َ ّٰ َ ُ ْ ُ َ ْ ْ َ َ ْ َ
َّ ‫ أَقِْي ُموا‬.‫صنَـعُو َن‬
.‫الص ََل ِة‬ ‫ت‬ ‫ا‬ ‫م‬ ‫م‬ ‫ل‬
َ ‫ع‬ ‫ـ‬
ْ َ َ ُ ْ َ ُ َ َُ ‫ي‬ ُ
‫اهلل‬
‫و‬ ُ. ُ
‫ر‬ ‫ـ‬ ‫ب‬‫ك‬ْ َ‫أ‬ ُ ِ
‫ُاهلل‬ ‫ر‬ ِ
ُ َ ْ ‫يـُ ْع‬
‫ك‬ْ ‫ذ‬ ‫ل‬
َ‫و‬ ُ. ُ
‫م‬ ‫ك‬ُ ِ
‫ط‬

Anda mungkin juga menyukai