Anda di halaman 1dari 2

Tugas Umum Ketua Panitia

Berikut merupakan pecahan tentang tugas utama Ketua Panitia:

Menyelaras urusan panitia.

 Menguruskan semua program panitia samada yang wajib ataupun


tambahan termasuklah program-program ko-akademik.
 Menguruskan dan membuat seliaan terhadap semua fail-fail dan dokumen
berkaitan.
 Menguruskan bahagian kewangan yang diperuntukkan bagi panitia serta
menguruskan inventori barangan untuk subjek seperti alat bantu mengajar,
bahan bantu mengajar dan bahan bantu belajar.

Menguruskan mesyuarat panitia

 Menjadi pengerusi mesyuarat panitia secara berkala.


 Membincangkan tentang target/sasaran untuk prestasi subjek.
 Melakukan analisis keputusan, post-mortem dan merancang intervensi.

Menghasilkan perancangan tahunan

 Menghasilkan perancangan tahunan yang strategik dan berkesan.


 Menguruskan penyediaan RPT.
 Menghasilkan takwim semakan buku latihan.
 Membuat sasaran pencapaian.
 Merancang program-program akademik.

Ketua Panitia yang digelar sebagai ketua guru-guru mata pelajaran ini perlulah
mempamerkan amalan PdPc yang terbaik kepada guru-guru bimbingannya supaya
guru yang lain akan mengikut jejak langkah ketua panitia. Pada masa yang sama,
Ketua Panitia juga mahir dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang
Kedua (SKPMg2) serta menjadi sumber rujukan bagi PdPc subjek

Jadual waktu guru-guru subjek akan diuruskan oleh Ketua Panitia dan setiap
jadual yang dihasilkan akan dipantau oleh Ketua Panitia.
Pemantauan dan Pencerapan

 Melakukan pemantauan dan pencerapan terhadap guru-guru subjek.


 Melakukan penilaian dan membina intervensi untuk guru.

Dalam tugas memperkasakan staff, setiap Ketua Panitia perlulah membuat analisis
keperluan latihan guru (TNA dalam SPL KPM atau Google Form) bagi
memudahkan proses penilaian dijalankan. Selain itu, Ketua Panitia juga adalah
Jurulatih yang sentiasa meraikan bakat atau kelebihan guru dan membina ruang
untuk guru cemerlang mengikut kapasitinya. Bertindak sebagai Mentor yang
sentiasa memberikan bimbingan berdasarkan pengalaman. Ketua Panitia juga
hendaklah menilai program-program pembangunan guru samada ianya memberi
kesan positif atau sebaliknya serta melaksanakan latihan dan bimbingan dalam
bentuk PLC.

Tips untuk Ketua Panitia

1. Simpan semua maklumat guru didalam Google Keep supaya mudah untuk
digunakan.
2. Lakukan rujukan analisis keperluan latihan guru daripada SPLKPM.
3. Hasilkan jadual tugas PLC yang dimulakan dengan Teacher Sharing
kerana ianya bersifat lebih terbuka
4. Menggunakan QR Code dalam proses penyimpanan dan akses bahan-
bahan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) dan Rancangan
Pengajaran Harian (RPH). Proses penyimpanan adalah lebih mudah jika
menggunakan Zappar.
5. Menggunakan aplikasi Google Photos dalam menyimpan semua gambar
program untuk kegunaan akan datang dan memudahkan guru subjek
untuk mengakses gambar-gambar program untuk digunakan didalam
laporan.

Anda mungkin juga menyukai