Anda di halaman 1dari 1

7 LANGKAH MENGHILANGKAN SIKAP MALAS BELAJAR

1. Kenali masalah UTAMA


Apakah sebab anda malas belajar??? Mungkin Penat, Letih, Bosan dan sebagainya.

2. SELESAIKAN masalah UTAMA anda


 Ia mungkin sukar tetapi jika tidak diselesaikan sampai bila anda mahu berterusan begitu.
Contoh Penyelesaian :
Jika anda penat, cuba ambil masa untuk rehatkan diri kerana setiap orang perlukan masa untuk rehat dan masa untuk diri sendiri.
 Jika anda tidak faham atau tidak pandai dapatkan bantuan daripada sesiapa yang boleh membantu contohnya guru,kakak, abang ,
rakan dan lain-lain.
 Jika anda tidak bersemangat dan putus asa, cuba dapatkan kembali semangat tersebut dengan mengubah tempat belajar, ubah
persekitaran dan sebagainya.

3. SEDIAKAN TO-DO-LIST
Ini dapat membantu anda menjadi lebih teratur. Apabila membuat senarai ini, ianya perlukan logic, relevan dan sesuai dengan jangka
masa yang diperuntukkan.

4. Mulakan sesuatu walaupun sedikit


Semua perkara mesti ada permulaannya. Jika anda inginkan sesuatu perlulah bermula dari sekarang walaupun ianya sedikit. Jika anda
masih malas dan banyak alas an, maka akan semakin sukar memulakan sesuatu. Jadi mulakan dengan melakukan sesuatu!

5. TINGGALKAN APA JUA PENGHALANG


Antara sebab kita malas adalah disebabkan gangguan seperti handphone, TV, Games online, FB, dan lain-lain. Tiada masalah
menggunakannya tetapi harus dikawal dan dikurangkan.

6. DSIPLINKAN DIRI
Jangan berhenti rehat jika tidak perlu. Siapkan kerja atau tugasan dahulu. Selepas siap, ambil masa rehat sekejap sebelum tugasan yang
seterusnya.
Apabila anda terbiasa mendisiplinkan diri, anda akan terbiasa melakukannya.

7. JANGAN MUDAH BERPUTUS ASA


Hidup ini bukannya lurus, kadang-kadang akan timbul pelbagai cabaran hidup. Jangan berputus Asa menghadapinya. Setiap yang
berlaku pasti ada hikmahnya.
USAHA ADALAH TANGGA KEJAYAAN!!

Anda mungkin juga menyukai