Anda di halaman 1dari 3

GARIS PANDUAN PENULISAN PRESKRIPSI

HOSPITAL SUNGAI SIPUT


Nombor Polisi : AM 004 Tarikh Semakan : 31 Mei 2019
Versi : 03/2019 Muka Surat : 1/3

1. OBJEKTIF

1.1. Untuk memastikan pendispensan ubat kepada pesakit di Hospital Sungai Siput
berdasarkan preskripsi yang tepat untuk pesakit yang betul, dos yang betul dan indikasi
yang betul.

2. SKOP

2.1. Garis panduan ini diguna pakai oleh semua Pegawai Perubatan, Pegawai Farmasi dan
Penolong Pegawai Perubatan semasa menulis preskripsi di Hospital Sungai Siput.

3. GARIS PANDUAN PENULISAN PRESKRIPSI BAGI PESAKIT LUAR

3.1. Preskripsi mesti ditulis di dalam 2 salinan menggunakan buku preskripsi Perubatan
6A-Pin. 3/96
3.2. Preskripsi mesti ditulis dengan menggunakan pen dakwat hitam/biru sahaja.
3.3. Setiap maklumat didalam preskripsi mesti dilengkapkan iaitu
3.3.1. Nama pesakit
3.3.2. No. Kad Pengenalan / RN Pesakit
3.3.3. Tarikh
3.3.4. Umur pesakit
3.3.5. Diagnosis
3.3.6. Nama ubat (nama generik sahaja)
3.3.7. Dos ubat
3.3.8. Kekerapan
3.3.9. Durasi
3.3.10. Tandatangan pengeluar
3.3.11. Cop nama pengeluar dan cop Hospital Sungai Siput.
3.4. Preskripsi mesti ditulis dengan terang, jelas dan mudah dibaca.
3.5. Satu preskripsi khusus untuk seorang pesakit sahaja.
GARIS PANDUAN PENULISAN PRESKRIPSI
HOSPITAL SUNGAI SIPUT
Nombor Polisi : AM 004 Tarikh Semakan : 31 Mei 2019
Versi : 03/2019 Muka Surat : 2/3

3.6. Sebarang pindaan mesti mendapat kebenaran keatas preskripsi daripada pengeluar
terlebih dahulu.
3.7. Setiap perubahan mesti direkodkan menggunakan pen merah dan ditandatangani
oleh pengubah.
3.8. Preskriber hanya boleh preskrib ubat – ubatan berdasarkan Kategori Preskriber yang
telah ditetapkan oleh KKM iaitu
3.8.1. Ubat List A* untuk Konsultan/Pakar Perubatan dalam bidang tersebut
3.8.2. Ubat List A untuk Konsultan/Pakar Perubatan
3.8.3. Ubat List A/KK untuk Konsultan/Pakar/Pakar Kesihatan Keluarga
3.8.4. Ubat List B untuk Pegawai Perubatan
3.8.5. Ubat List C untuk Staf Paramedik
3.8.6. Ubat List C+ untuk Staf Paramedik Perbidanan
3.9. Borang List A perlu dilengkapkan jika preskriber mahu preskrib ubatan luar kategori
dan perlu mendapat tandatangan Pakar Perubatan yang terlibat atau Pengarah
Hospital.
3.10. Preskriber tidak boleh preskrib untuk diri sendiri.

4. GARIS PANDUAN PENULISAN PRESKRIPSI BAGI PESAKIT DALAM


4.1. Pemberian ubat kepada pesakit mesti direkod menggunakan Borang Carta Perubatan
Pesakit Farmasi Pesakit Dalam Hospital Sungai Siput di dalam 3 salinan dimana
salinan asal (putih) untuk kegunaan wad, salinan pendua (kuning) untuk kegunaan
pembekalan ubat oleh Unit Farmasi, dan salinan ketiga (merah) dihantar ke Unit
Farmasi jika ubat telah diberhentikan oleh pegawai perubatan.
GARIS PANDUAN PENULISAN PRESKRIPSI
HOSPITAL SUNGAI SIPUT
Nombor Polisi : AM 004 Tarikh Semakan : 31 Mei 2019
Versi : 03/2019 Muka Surat : 3/3

Carta Perubatan Pesakit mesti dilengkapkan untuk:

4.1.1. Nama Pesakit 4.1.8. Berat badan


4.1.2. No. Daftar 4.1.9. Tinggi
4.1.3. Wad 4.1.10. Diagnosa
4.1.4. Jantina 4.1.11. Alergi
4.1.5. Umur 4.1.12. Tarikh keluar
4.1.6. Tarikh masuk
4.1.7. No. katil
4.2. Preskripsi ubat mesti di isi oleh Pegawai Perubatan sahaja melibatkan:
4.2.1 Nama pesakit
4.2.2 R/N
4.2.3 Wad
4.2.4 Katil
4.2.5 Rx (Dos, Kekerapan dan Administrasi)
4.2.6 Tandatangan dan cop rasmi
4.2.7 Tarikh
4.3. Preskripsi mesti ditulis dengan terang, jelas dan mudah dibaca.
4.4. Satu preskripsi khusus untuk satu ubat dan seorang pesakit sahaja.
4.5. Borang List A perlu dilengkapkan jika prescriber mahu preskrib ubatan luar kategori dan
perlu mendapat tandatangan Pakar Perubatan yang terlibat atau Pengarah Hospital
4.6. Setiap administrasi ubat kepada pesakit mesti direkodkan, ditandatangani oleh pemberi
dan penyemak.
4.7. Satu preskripsi hanya untuk kegunaan seminggu sahaja.
4.8. Setiap bekalan ubat mesti direkod dan ditandatangani oleh pembekal dan penyemak (di
unit Farmasi)

Anda mungkin juga menyukai