Anda di halaman 1dari 4

Hi Kawan-kawan .. Apa Khabar semua..

Harap semuanya
sihat di musim PKP ini. Nama saya Naren Varman
Jayachandran yang belajar tahun 5 di SJKT Jalan Sialang,
Tangkak. Pada hari ini/ saya ada satu cerita yang hendak
dikongsi.Tajuk cerita saya ialah Bagai Air Titik/ Di Batu.
Bermulalah, kisah seorang kanak- kanak bernama Ali yang
berumur 6 tahun merupakan seorang budak yang malas,
degil dan comot.
Hari ini, bermulalah /musim cuti sekolah/ khas bersempena
perintah berkurung/ yang diarah oleh menteri kita. Ali sangat
gembira kerana Ali tidak perlu mandi untuk ke sekolah.
Sebelum pergi ke kerja/ Mama dan PaPa yang bekerja
sebagai doktor dan tentera berpesan kepada Ali supaya
sentiasa jaga kebersihan diri.
Mereka terpaksa menyuruh Ali berdikari kerana taska
masih lagi tutup. Tapi Ali degil dan bertekad untuk tidak
mandi sehingga petang.Malah Ali suka berkejar- kejaran
bersama kucing peliharaannya dan makan di luar rumah
tanpa memakai topeng muka. Adui, bahayakan kan!
Kalau rakan – rakan tahu, Ali akan mandi kerbau
sebelum Mama dan Papa pulang dari kerja lewat
petang demi menjaga keselamatan negara
kita.Walaupun, neneknya menasihati setiap hari, malah
Ali tidak mengubah sikapnya yang malas itu.
Pada hari itu, Ali tidak mahu makan dan hanya berkurung di
dalam biliknya menonton Upin dan Ipin sambil berbaring.
Apabila petang, Ali cuba bangun, tapi kepalanya berat dan
terasa panas. Demam dan bermula batuk? Ali menuju ke
cermin dan terkejut melihat rupanya di cermin macam hantu
Kak Limah gayanya. Wajah Ali kusam.Nenek,terus
menghubungi Mamanya dan mengadu tentang masalah Ali.
Sejurus itu, Mama dan Papa pun pulang dengan sepantas kilat
membawanya ke hospital. Selepas, saringan Covid sembilan
belas Syukur, keputusan negatif, namun Ali dinasihatkan untuk
berkuarantin di biliknya selama 14 hari. Ali mula rajin menjaga
kebersihan dan kesihatan diri. Ali tidak mahu pisang berbuah dua
kali.
Oleh itu, rakan- rakan ingatlah bahawa sentiasa amalkan
kesihatan dan kebersihan diri anda di rumah. Ha Jangan lupa
memakai topeng muka sewaktu keluar rumah. Jom duduk di
rumah dan elakkan kluster. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai