Anda di halaman 1dari 3

Contoh-contoh soalan PKSK

Labu sayong asal dari negeri mana? – Perak


Adat perpatih negeri mana – Negeri Sembilan
Siapa pencipta jalur gemilang – Allahyarham Mohamed bin Hamzah
Produk keluaran proton – kereta.. wira, persona, perdana, X50, X70, Preve, waja,
Exora, Iriz, Aruz
Tindakan jika dibuli kawan – buat aduan kepada guru kelas, dan ibubapa
Tindakan jika adik koyakkan kerja sekolah anda – nasihatkan adik dengan cara
lembut dan beritahu ibubapa
Siapa pengasas facebook – Mark Zuckerberg
Tindakan jika rakan facebook ajak temujanji – menolak dengan baik dan ceritakan
pada ibubapa
Orang yang pertama menjejakkan kaki ke angkasa lepas – Neil Amstrong
Namakan bapa pemodenan Malaysia – Dr. Mahathir Mohamad
Huraikan tentang fotosintesis – proses tumbuhan membuat makanannya sendiri
melalui air, klorofil, karbon dioksida dan cahaya matahari.
Kalau bising, ketua kelas dan murid kena buat apa? – ketua kelas beri arahan suruh
senyap, duduk di tempat masing-masing. Murid pula kena beri kerjasama dengan
berhenti buat bising
Apakah nama tasik yang terkenal di Terengganu? – Tasik Kenyir
Muzik dan lagu untuk negeri, contohnya Dondang Sayang – Negeri Melaka
Wau dari negeri mana? – Kelantan
Pulau Pangkor terletak di mana? – Perak
Kaum terbesar di Sabah? – Kaum Kadazan dusun
Gelaran buat jaguh lumba basikal negara – The rocket pocketman
Nama pemain bolasepak Spanyol – Nacho, Sergio Ramos
Soalan-soalan berkaitan tinggal di asrama – Sidai pakaian di mana, berapa kali
seminggu cuci pakaian kotor, waktu tidur pukul berapa dan sebagainya.
Tarikh penubuhan Malaysia – 16 September 1963
Matematik : operasi bergabung, nisbah, Sudoku
Kalau rindu ibubapa apa perlu buat – telefon, tulis surat, hantar mesej
Kalau kawan bergaduh apa tindakan anda? – memberi nasihat dengan baik-baik
dan beritahu guru displin
Apakah nama ibu negara Malaysia – Kuala Lumpur
Le Tour De Langkawi – Sukan berbasikal
Kalau tak sesuai duduk di asrama, nak buat apa? – minta nasihat guru dan ibu bapa
dan berikan sebab mengapa tak sesuai
Kawan-kawan tak suka dengar ceramah, apa tindakan anda? – Nasihati kawan
dengan baik dan cerita faedah ceramah tersebut kepada kita
Kalau sepak bola terkena tingkap, apa tindakan anda? – Meminta maaf dan
mengakui kesilapan anda
Siapakah pengasas Apple? – Steve Jobs
Sela masa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) – 18 Mac 2020 – 31 Disember 2020
(5 Bulan)
Fasa 1 : 18 Mac – 31 Mac 2020

Fasa 2 : 1 April – 14 April 2020

Fasa 3 : 15 April – 28 April 2020

Fasa 4 : 29 April – 12 Mei 2020

Fasa 5 (PKPB) : 13 Mei – 9 Jun 2020

Fasa 6 (PKPP) : 10 Jun – 31 Ogos 2020

Fasa 7 (PKPP) : 1 September – 31 Disember 2020

Siapakah Perdana Menteri Malaysia ke 8? – Muhyiddin Yassin


Apakah video dihasilkan Sugu Pavithra? – video masakan
Apakah tema Hari Kebangsaan 2020? – Malaysia Prihatin
Wabak Covid 19 berpunca daripada apa? – virus Covid 19
Wabak Covid 19 mula dikesan di mana? – negara China
CONTOH SOALAN PKSK (PENYELESAIAN MASALAH)

Soalan Penyelesaian Masalah PKSK diramalkan mengikut silibus Tahap 2 (Tahun 3,


4 dan 6) untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

Murid disarankan untuk membuat latihan soalan KBAT bagi semua subjek tersebut
sebagai persediaan untuk menduduki PKSK.

CONTOH SOALAN PKSK (ARTIKULASI PENULISAN)

Soalan Artikulasi Penulisan PKSK adalah penulisan esei atau karangan dalam
Bahasa Melayu. Murid disarankan untuk membuat latihan penulisan Bahasa Melayu
seperti persediaan untuk UPSR sebelum ini.

Antara topik ramalan Artkulasi Penulisan PKSK ialah:

Ceritakan pengalaman atau aktiviti semasa tempoh PKP (Perintah Kawalan


Pergerakan)
Apakah wabak Covid 19 dan bagaimana menghindari wabak tersebut
Punca & Cara Atasi Isu Buli,Ponteng Sekolah
Amalan Sopan Santun,Hargai Keluarga
Masalah & Cabaran PdPR

Anda mungkin juga menyukai