Anda di halaman 1dari 5

Respirasi Burung

LIM ZHI BING Editor


LIYANA RAUDHAH Presentor
YEONG ZHI YIN Imformation
SYAFIQAH AFIFAH Presentor
FATIN NUR LIYANA Presentor
Senarai cara penafasan burung:

Peparu
Respirasi Ganda
Peparu
Semasa rehat, fasa inspirasi (penyedutan) berlaku
*Gambar tersebut diambil dari Internet apabila tulang rusuk bergerak ke bawah.
Akibatnya, rongga dada mengembang dan paru-
paru mengembang. Paru-paru yang mengembang
membenarkan udara masuk. Kemudian, udara yang
kaya dengan oksigen sebahagiannya diserap oleh
paru-paru dan pertukaran gas berlaku. Sementara
itu, sebahagiannya disalurkan ke kantung udara
belakang. Selepas itu, udara di dalam kantung
udara belakang mengalir kembali ke dalam paru-
paru dan ke arah kantung udara hadapan. Oleh itu,
udara tidak mengandungi banyak oksigen.

Fasa ekspirasi (hembus nafas) berlaku apabila


tulang rusuk kembali ke kedudukan asalnya, rongga
dada mengecut, dan paru-paru menjadi kecil.
Akibatnya, udara dari kantung udara memasuki
paru-paru. Dalam paru-paru, proses pertukaran gas
O2 dengan CO2 secara resapan juga berlaku. Udara
yang mengandungi CO2 akan dikeluarkan melalui
paru-paru, ke trakea, dan berakhir melalui hidung.
Pada waktu terbang, “Respirasi Ganda” berlaku:
pernafasan burung dibantu oleh kantung-kantung
udara Apabila sayap diangkat ke atas, fasa inspirasi bermula. Kantung
udara di bahagian ketiak burung mengembang, manakala kantung
*Gambar tersebut diambil dari Internet udara di antara tulang korakoid mengecut. Udara luar
kemudiannya memasuki kantung udara di bahagian ketiak dan
mengalir ke dalam kantung udara di perut (abdominal).
Sebahagian kecil udara akan mengalir ke dalam paru-paru dan
kantung udara lain. Tambahan pula, kantung udara kemudiannya
mengecut dan udara akan masuk ke dalam paru-paru untuk proses
resapan.

Apabila sayap diturunkan, fasa ekspirasi bermula. Kantung udara


di bahagian ketiak mengecut, manakala kantung udara di antara
tulang korakoid mengembang. Kerana kantung udara di ketiak
mengecut, udara yang ada sebelum ini mengalir ke dalam paru-
paru. Di sana proses pertukaran gas berlaku. Selepaas itu, udara
dari paru-paru kemudian memenuhi kantung udara di dada,
sehingga kantung udara di dada mengembang. Tambahan pula,
udara hasil respirasi dipaksa keluar melalui bronkus, trakea,
kemudian ke dalam hidung.

Semakin tinggi burung terbang, semakin cepat burung itu perlu


mengepakkan sayapnya, untuk mendapatkan lebih banyak
oksigen. Udara yang disedut dari luar, sebahagian kecil kekal di
dalam paru-paru dan kebanyakannya akan dimajukan ke kantung
udara sebagai simpanan. Manakala udara di dalam kantung udara
hanya digunakan apabila oksigen dalam paru-paru telah
berkurangan iaitu semasa burung terbang.

Sekian, Terima Kasih


Kepada semua ~
Dan juga, Happy New Year!!!

Anda mungkin juga menyukai