Anda di halaman 1dari 1

EI ( merangsang, mencungkil pengetahuan sedia ada murid)

- planet-planet dalam sistem suria kita bergerak mengelilingi matahari betul atau tidak?
- apa pula yang dikatakan dengan ‘semua planet dalam sistem suria berputar pada paksinya’?
- apa fenomena yang membuktika bahawa bumi berputar paksinya?
- jika bumi itu berputar pada paksinya, bumi berputar dari arah mana?

E2 ( membina pemahaman, mencari maklumat dan menjana idea)


- Bumi berputar dari arah mana?
- Apa yang membuktikan bahawa bumi berputar dari barat ke timur?
- ( Dengan menggunakan alatan seperti helmet bervisor, lampu dan kerusi yang boleh berputar,
guru menjalankan eksperimen mudah ).
- Seorang pelajar diminta untuk memakai helmet bervisor dan duduk di atas kerusi yang boleh
berputar. Bilik digelapkan dan mentol dinyalakan. Arah timur dan barat dinyatakan kepada pelajar
(kiri arah timur, kanan arah barat). Guru memusingkan kerusi secara perlahan dan minta pelajar
melihat mentol muncul dari arah mana?
- Pelajar diminta membuat penerangan.

E3 (guru memberikan input, murid memberi penerangan)


-
- Kamu rasa, bagaimana proses kejadian malam dan siang ? (sambil menunjukkan grafik planet
mengelilingi matahari melalui orbit)
- (Dengan menggunakan mentol sebagai matahari dan bola sebagai bumi, guru menjalankan ekspserimen
ringkas kepada murid)
- Kawasan bumi yang mana mengalami waktu siang? Kenapa ini berlaku?
- Kawasan bumi yang mana pula mengalami waktu malam? Kenapa ini berlaku?
- Apa yang dikatakan dengan satelit semulajadi?
- Apa bezanya satelit semulajadi dengan satelit buatan manusia?
- Mengapa bulan dikatakan sebagai satelit semulajdi bagi bumi?
- Kita sedia maklum bahawa bumi mempunyai bulan, betul atau tidak?
- kenapa kita dapat melihat bulan pada waktu malam tetapi tidak pada waktu siang? (dengan
menggunakan model yang sama hanya menambahkan bola kecil sebagai bulan, pelajar diminta membuat
pemerhatian?
- Pelajar diminta memberikan penerangan secara berkumpulan berkaitan dengan proses kejadian malam
dan siang serta kahadiran bulan pada waktu malam dan tidak pada waktu siang.
- Apa akan terjadi apabila bulan berada di tengah0tengah diantara bumi dan matahari?

E4 (murid mengembangkan konsep)


- Apa akan berlaku sekiranya bumi lambat berputar atau berhenti berputar? (dengan menunjukkan grafik
atau model sistem suria)
- apa akan berlau kepada Kawasan yang terdedah dengan sinaran matahari yang lampau?
- apa akan berlaku kepada Kawasan yang terlindung dari sinaran matahari?
- dengan menggunakan grafik dan model bola dan lampu, pelajar diminta melukis keadaan dan
rupabentuk bumi sekiranya mereka berada di bulan.

E5
- Berikan soalan berkaitan sebagai penilaian ringkas bagi menilai pemahaman murid

Anda mungkin juga menyukai