Anda di halaman 1dari 1

8.

0 RUMUSAN KAJIAN

Sebagai rumusan, dapat dikatakan bahawa penggunaan ayat tanya banyak digunakan di dalam

Novel Di Sebalik Wajah. Dalam kajian ini, pengkaji mendapati bahawa terdapat beberapa ciri

ayat tanya dalam Bahasa Melayu. Antaranya ialah ayat tanya diucapkan dengan nada suara

meninggi sebelum kesenyapan pada akhir ayat. Nada tanya ini dilambangkan dengan tanda

soal[?]. Ayat tanya ini boleh ditulis dalam susunan songsang dan biasa. Ayat tanya juga boleh

dalam bentuk pasif.

Kajian ini juga membantu pengkaji untuk mengetahui dengan lebih jelas tentang

penggunaan ayat tanya mengikut jenis-jenisnya seperti ayat tanya tanpa unsur tanya, ayat tanya

dengan unsur tanya: ayat tanya dengan kata tanya, ayat tanya dengan unsur tanya: ayat tanya

dengan kata sendi tanya, ayat tanya dengan unsur tanya : ayat tanya dengan kata ganti nama diri

tanya, ayat tanya terbuka dan ayat tanya tertutup. Hasil kajian turut menunjukkan bahawa

penggunaan ayat tanya tanpa unsur tanya lebih kerap digunakan berbanding dengan jenis-jenis

yang lain dalam Novel Di Sebalik Wajah adalah kerana ayat yang digunakan dalam novel ini

banyak menggunakan situasi tidak formal.

Anda mungkin juga menyukai