Anda di halaman 1dari 19

GARIS PANDUAN

PERMOHONAN GERAN KEWANGAN


UNIT TRANSFORMASI MASYARAKAT INDIA MALAYSIA
(MITRA)

TAHUN 2023

JABATAN PERDANA MENTERI


Garis Panduan
Permohonan Geran Kewangan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA)
Jabatan Perdana Menteri
Tahun 2023

1. PENGENALAN

1.1. Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA), Jabatan Perdana


Menteri (JPM) merupakan agensi yang bertanggungjawab dalam inisiatif
pembangunan sosioekonomi masyarakat India Malaysia yang
mensasarkan kumpulan B40 dan M40.

1.2. Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India Malaysia


(PPSMI) merupakan inisiatif pembangunan sosioekonomi yang
dilaksanakan melalui dua (2) kaedah iaitu:

1.2.1. Kaedah Pertama: Program-program Inisiatif MITRA

(i) Program-program yang dirancang oleh MITRA dan


dilaksanakan melalui jalinan kerjasama dengan
agensi/Organisasi.

1.2.2. Kaedah Kedua: Permohonan Geran

(i) Program-program yang akan dilaksanakan kerjasama


antara MITRA dengan Institusi-institusi Kerajaan,
Swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) melalui
permohonan geran; dan

(ii) Permohonan geran kewangan akan dibuka kepada


Organisasi untuk pelaksanaan program yang dapat
membangunkan sosioekonomi masyarakat India.

2. TUJUAN

2.1. Garis Panduan Permohonan Geran Kewangan MITRA (Garis Panduan)


ini bertujuan untuk memberi keterangan dan penjelasan berhubung
dengan Permohonan Geran Kewangan MITRA (Permohonan Geran).

2.2. Garis Panduan ini merupakan panduan kepada semua pihak yang
memohon geran untuk memastikan permohonan dapat dibuat dengan
teratur dan lengkap.

1/9
Garis Panduan
Permohonan Geran Kewangan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA)
Jabatan Perdana Menteri
Tahun 2023

3. TAFSIRAN

3.1. Bagi maksud Garis Panduan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki
makna yang lain, perkataan-perkataan di bawah hendaklah mempunyai
makna seperti yang berikut:

3.1.1. “Geran” ertinya pemberian sejumlah wang oleh Kerajaan bagi


membiayai sepenuhnya atau sebahagian kos pelaksanaan
PPSMI; dan

3.1.2. “Organisasi” ertinya pihak-pihak yang termasuk Badan


Berkanun, Institusi Pengajian Tinggi, Kolej-Kolej atau Institusi-
Institusi Latihan Swasta, Badan Bukan Kerajaan (NGO),
Persatuan Sukarela, Syarikat atau mana-mana Organisasi
yang ditubuhkan berdasarkan Undang-undang Negara yang
sedang berkuat kuasa.

4. KATEGORI PERMOHONAN GERAN

4.1. Kategori Pendidikan dan Pengajian Tinggi: Program berkaitan


pendidikan dan pengajian tinggi yang melibatkan murid-murid Sekolah
Rendah, Sekolah Jenis Kebangsaan, Sekolah Menengah dan Institut
Pengajian Tinggi Awam (IPTA) untuk memastikan pencapaian yang
seimbang dalam pengetahuan, kemahiran serta insaniah masyarakat. Sub
Kategori Pendidikan dan Pengajian Tinggi adalah seperti berikut:

4.1.1. Program Pengucapan Awam;


4.1.2. Program Penguasaan Bahasa;
4.1.3. Program Kepimpinan Murid;
4.1.4. Program STEM;
4.1.5. Program Coding;
4.1.6. Program Robotik;
4.1.7. Program Drone;
4.1.8. Program Kesedaran TVET/STEM;
4.1.9. Program berkaitan Teknologi Maklumat dan Komputer;
4.1.10. Kelas Bimbingan;
4.1.11. Kelas Bimbingan Ulangan SPM;
4.1.12. Kelas Bimbingan STPM;
4.1.13. Seminar Persediaan SPM/STPM; dan
4.1.14. Program yang melibatkan pelajar IPTA.

2/9
Garis Panduan
Permohonan Geran Kewangan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA)
Jabatan Perdana Menteri
Tahun 2023

4.2. Kategori Ekonomi dan Latihan Kerjaya: Program berkaitan


pembangunan kerjaya dan keusahawanan untuk meningkatkan daya cipta,
peluang pekerjaan serta peningkatan pendapatan. Sub Kategori Ekonomi
dan Latihan Kerjaya adalah seperti berikut:

4.2.1. Program Teknologi Industrial Revolution (IR) 4.0;


4.2.2. Program TVET;
4.2.3. Program Digital;
4.2.4. Program Multimedia;
4.2.5. Program Fotografi dan Pengeditan;
4.2.6. Program UAV Drone dan Aplikasi;
4.2.7. Program Telekomunikasi;
4.2.8. Program Pembinaan;
4.2.9. Program Perkhidmatan Makanan;
4.2.10. Program Pengurusan Perniagaan;
4.2.11. Program Pengurusan Pejabat;
4.2.12. Program Kewangan;
4.2.13. Program Logistik dan Pengangkutan;
4.2.14. Program Pembangunan Kendiri;
4.2.15. Program Place & Train;
4.2.16. Program Persijilan Profesional; dan
4.2.17. Program Pendandanan Rambut.

4.3. Kategori Kebajikan dan Kesejahteraan Sosial: Program berkaitan


pembangunan kesejahteraan sosial dan kebajikan yang merangkumi aspek
kesihatan, kebudayaan, kesenian, kerohanian dan kesukanan untuk
mencapai pembangunan sosioekonomi yang inklusif dan meningkatkan
kesejahteraan masyarakat. Sub Kategori Kebajikan dan Kesejahteraan
Sosial adalah seperti berikut:

4.3.1. Program Rawatan Dialisis;


4.3.2. Program Rawatan Stroke;
4.3.3. Program Autism;
4.3.4. Sukan Moden;
4.3.5. Sukan Tradisional India;
4.3.6. Seni Mempertahankan Diri;

3/9
Garis Panduan
Permohonan Geran Kewangan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA)
Jabatan Perdana Menteri
Tahun 2023

4.3.7. Seni Tarian Tradisional;


4.3.8. Pembelajaran Alat Muzik India;
4.3.9. Kelas Thevaram;
4.3.10. Kelas Yoga;
4.3.11. Program Jahitan;
4.3.12. Program Bakeri;
4.3.13. Program Post Natal;
4.3.14. Program berkaitan Pedicure/ Manicure dan Perhiasan Diri; dan
4.3.15. Program Kepimpinan Belia.

4.4. Organisasi hanya boleh mengemukakan permohonan berdasarkan tiga


(3) kategori sahaja.

4.5. Organisasi boleh mengemukakan satu permohonan untuk satu kategori


sahaja. Sekiranya terdapat dua permohonan dalam bidang yang sama,
permohonan yang terawal berdasarkan tarikh dan masa akan dipilih.

5. NILAI PEMBIAYAAN

5.1. Nilai pembiayaan geran adalah maksimum sebanyak RM300,000.00 dan


tertakluk kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja MITRA.

5.2. Perincian peruntukan tidak seharusnya berasaskan keuntungan (Non-


profit Based).

5.3. Butiran anggaran kos program yang ditetapkan MITRA adalah seperti di
Lampiran A.

5.4. Pemohon geran boleh mencadangkan butiran perbelanjaan selain


daripada yang ditetapkan MITRA mengikut kesesuaian
permohonan/program. Walau bagaimanapun, kadar bagi setiap perincian
yang dicadangkan adalah tertakluk kepada keputusan Mesyuarat
Jawatankuasa Kerja MITRA.

4/9
Garis Panduan
Permohonan Geran Kewangan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA)
Jabatan Perdana Menteri
Tahun 2023

6. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN GERAN

6.1. Syarat Wajib:

6.1.1. Borang permohonan yang dikemukakan adalah lengkap dan


sahih;

6.1.2. Permohonan geran yang mengikut kategori permohonan


MITRA.

6.1.3. Organisasi perlu mengemukakan sijil-sijil pendaftaran serta


maklumat berkaitan Ahli Jawatankuasa Organisasi yang sah.

6.1.4. Bagi Organisasi yang pernah menerima geran MITRA bagi


tahun-tahun lepas telah menyelesaikan pelaksanaan program
terdahulu, laporan-laporan berkaitan telah dikemukakan dan
lebihan dana telah dipulangkan (sekiranya berkaitan).

6.1.5. Pemohon/ Individu hanya boleh mengemukakan permohonan


mewakili satu Organisasi sahaja.

6.2. Syarat Kelayakan Organisasi:

6.2.1. Organisasi yang berpengalaman dalam bidang sosioekonomi


masyarakat India Malaysia;

6.2.2. Berdaftar secara sah dengan mana-mana pihak yang berikut:

(i) Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia;


(ii) Suruhanjaya Syarikat Malaysia;
(iii) Kementerian Belia dan Sukan;
(iv) Suruhanjaya Koperasi Malaysia; atau
(v) Lain-lain agensi pendaftar kerajaan yang berkaitan.

6.2.3. Permohonan program hendaklah berdasarkan kepakaran serta


berkaitan dengan jenis/ aktiviti/ bidang Organisasi. Contoh:
Program TVET hanya boleh dilaksanakan/ dimohon oleh
institusi-institusi latihan teknikal yang mempunyai pentauliahan
dari Kementerian Sumber Manusia.

5/9
Garis Panduan
Permohonan Geran Kewangan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA)
Jabatan Perdana Menteri
Tahun 2023

7. TEMPOH PERMOHONAN

7.1. Tarikh Buka: 20hb Mac 2023 (Isnin) jam 2.30 petang.

7.2. Tarikh Tutup: 28hb April 2023 (Jumaat) jam 5.00 petang.

7.3. Tempoh permohonan adalah selama 40 hari.

8. LOKASI PELAKSANAAN PROGRAM

8.1. Organisasi dibenarkan melaksanakan program di beberapa lokasi dalam


SATU (1) NEGERI sahaja.

9. PROSEDUR PERMOHONAN GERAN KEWANGAN MITRA

9.1. Permohonan oleh Organisasi perlu dikemukakan secara dalam talian.


MITRA tidak mengeluarkan sebarang borang dalam bentuk manual dan
sebarang pengemukaan borang secara manual tidak akan diterima.

9.2. Laman sesawang Sistem Permohonan Geran Kewangan MITRA adalah


https://spgkmitra.jpm.gov.my/ .

9.3. Pemohon geran haruslah terdiri daripada:

9.3.1. Pengerusi / Ketua Pegawai Eksekutif / Pengarah Urusan; atau


9.3.2. Timbalan Pengerusi / Ketua Pegawai Eksekutif / Pengarah
Urusan; atau
9.3.3. Setiausaha/Setiausaha Syarikat; atau
9.3.4. Bendahari/ Pegawai Kewangan.

9.4. Pemohon perlu melengkapkan permohonan di setiap bahagian seperti


berikut:

9.4.1. Bahagian A1: Maklumat Organisasi


9.4.2. Bahagian A2: Maklumat Ahli Jawatankuasa Organisasi
9.4.3. Bahagian B: Maklumat Cadangan Program
9.4.4. Bahagian C: Maklumat Tenaga Mahir
9.4.5. Bahagian D: Maklumat Lokasi dan Garis Masa Program
9.4.6. Bahagian E: Perincian Kewangan Program
Nota: Bahagian atau ruangan yang mempunyai tanda asterisk (*)
adalah wajib untuk diisi.

6/9
Garis Panduan
Permohonan Geran Kewangan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA)
Jabatan Perdana Menteri
Tahun 2023

9.5. Perincian permohonan seperti di Lampiran B.

9.6. Permohonan yang di senarai pendek akan dipanggil untuk pembentangan


dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja MITRA.

10. DOKUMEN YANG PERLU DI MUAT NAIK UNTUK PERMOHONAN

10.1. Sijil Pendaftaran Organisasi termasuk maklumat ahli Organisasi (WAJIB).

10.2. Salinan Sijil Pengiktirafan/ Pentauliahan/ Lesen Organisasi (WAJIB bagi


yang berkaitan, sekiranya tidak berkaitan, pemohon tidak perlu muat naik).
Contoh: Program-program yang melibatkan latihan/ kemahiran/
pendidikan, pemohon wajib muat naik salinan sijil.

10.3. Senarai Kandungan Modul Program (WAJIB bagi yang berkaitan,


sekiranya tidak berkaitan, pemohon tidak perlu muat naik). Contoh:
Program-program yang melibatkan latihan/ kemahiran/ pendidikan,
pemohon wajib muat naik kandungan modul.

10.4. Salinan Sijil Akreditasi Program (WAJIB bagi yang berkaitan, sekiranya
tidak berkaitan, pemohon tidak perlu muat naik). Contoh: Program-
program yang melibatkan latihan/ kemahiran/ pendidikan, pemohon wajib
muat naik salinan sijil.

11. KEPUTUSAN PERMOHONAN

11.1. Keputusan permohonan geran akan dimaklumkan dari masa ke semasa


sepanjang tahun 2023.

11.2. Permohonan yang tidak menepati syarat akan ditolak serta-merta.

11.3. MITRA TIDAK TERIKAT untuk menyatakan sebab-sebab permohonan


ditolak kepada mana-mana pihak, termasuk Organisasi yang
mengemukakan permohonan.

11.4. Keputusan permohonan geran yang tidak berjaya adalah muktamad dan
sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.

11.5. Sekiranya maklumat yang dikemukakan tidak tepat/ tidak sahih/ menyalahi
undang-undang MITRA mempunyai kuasa mutlak untuk menarik balik
keputusan permohonan.

7/9
Garis Panduan
Permohonan Geran Kewangan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA)
Jabatan Perdana Menteri
Tahun 2023

12. PERTANYAAN

12.1. Sebarang pertanyaan lanjut, sila e-mel kepada MITRA


infomitra@jpm.gov.my atau hubungi di talian 03-8886 6221.

13. PELAKSANAAN GARIS PANDUAN

13.1. Garis panduan ini berkuat kuasa untuk tahun 2023 sahaja.

Pautan Permohonan Manual Permohonan


Online SPGKM SPGKM

8/9
Garis Panduan
Permohonan Geran Kewangan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA)
Jabatan Perdana Menteri
Tahun 2023

LAMPIRAN A

ANGGARAN KOS PROGRAM MITRA

NO PERKARA BUTIRAN KADAR MAKSIMUM

Diploma/ Sijil RM80.00 sejam


Sarjana Muda RM120.00 sejam

1. Elaun Penceramah Sarjana RM150.00 sejam


Tenaga Pakar
RM200.00 sejam
(Subject Matter Expert)
Ph.D RM200.00 sejam
2. Elaun Fasilitator - RM50.00 sejam
3. Elaun Pembantu Fasilitator - RM30.00 sejam
RM250.00 – RM500.00
4. Sewa PA/ Peralatan AV -
per unit/ sehari
Track Bottom RM100.00 seunit
5. Pakaian Peserta
T-shirt RM50.00 seunit
Sarapan Pagi RM6.00 per pax
Makan Tengah Hari RM10.00 per pax
6. Makanan
Minum Petang RM6.00 per pax
Makan Malam RM10.00 per pax
Mengikut Keperluan
7. Elaun Peserta RM30.00/ sehari
Permohonan/ Program
Tempoh Program kurang dari 30 hari
Insuran
Personal Accident RM10.00 per pax
Mengikut Permohonan/
(TPD, Death Benefits and Tempoh Program dari 1 - 6 Bulan
8. Program jika berkaitan dan
Medical Treatment for RM25.00 per pax
tertakluk kepada tempoh
Accidents Tempoh Program lebih 6 Bulan
program
RM50.00 per pax
Hotel RM220.00 sehari
9. Penginapan Tenaga Mahir
Elaun Lojing RM60.00 sehari
i. Bunting/Banner
10. Publisiti ii. Video/ Foto RM1,000.00
iii. Percetakan
Perjalanan kurang dari 100km
RM50.00 setiap perjalanan
Subsidi Perjalanan Dalam Perjalanan antara 101km - 250km
11. Subsidi Pengangkutan
Negeri RM100.00 setiap perjalanan
Perjalanan melebih 250km
RM150.00 setiap perjalanan
i. Dokumentasi -
Laporan Berkala/
Akhir/ Tracer
12. Kos Pengurusan 6% daripada kos program
ii. Rekrut Peserta
iii. Pengurusan Program
iv. Penyelaras Program
Garis Panduan
Permohonan Geran Kewangan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA)
Jabatan Perdana Menteri
Tahun 2023

LAMPIRAN B
PANDUAN BORANG PERMOHONAN KEWANGAN

BAHAGIAN A : MAKLUMAT ORGANISASI

Bil. PERKARA MAKLUMAT


1. Pendidikan dan Pengajian Tinggi
Kategori*(dropdown) Ekonomi dan Latihan Kerjaya
(Sila tandakan satu pilihan sahaja)
Kebajikan dan Kesejahteraan Sosial
Sub
2.
Kategori*(dropdown) Sub kategori boleh dirujuk dalam Garis Panduan Permohonan.
(Sila tandakan satu pilihan sahaja)
A1 : Maklumat Pendaftaran Organisasi
Nama penuh organisasi seperti dalam sijil pendaftaran
1. Nama Organisasi* organisasi.
Pilih salah satu jenis pendaftaran organisasi seperti berikut:
Jenis Pendaftaran
Organisasi* i. ROS
2. (contoh: ii. ROC
ROS/ROC/KBS/Koperasi/Lain- iii. KBS
lain) iv. Koperasi
v. Lain-Lain (Sila nyatakan)
Nombor Pendaftaran Nombor pendaftaran organisasi seperti dalam sijil pendaftaran
3. organisasi.
Organisasi*
Tarikh Penubuhan Tarikh penubuhan organisasi seperti dalam sijil pendaftaran
4. organisasi.
Organisasi*
Sijil Pendaftaran
Muat naik salinan sijil pendaftaran organisasi dan maklumat-
Organisasi termasuk maklumat yang berkaitan dengan ahli organisasi yang
5. maklumat ahli didaftarkan dengan pertubuhan Kerajaan.
Organisasi* Saiz Fail tidak boleh melebihi 2mb
(Sila muat naik dokumen)

6. Alamat Organisasi* Alamat organisasi yang aktif. (No. Lot dan jalan)

7. Daerah* Daerah berdasarkan alamat organisasi yang aktif.

8. Bandar* Bandar berdasarkan alamat organisasi yang aktif.

9. DUN* Dun berdasarkan alamat organisasi yang aktif.

10. Parlimen* Parlimen berdasarkan alamat organisasi yang aktif.

11. Negeri* Negeri berdasarkan alamat organisasi yang aktif.

12. No.Telefon Pejabat* Nombor telefon organisasi yang aktif.

Alamat E-mel
13. E-mel organisasi yang aktif.
Organisasi*
Garis Panduan
Permohonan Geran Kewangan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA)
Jabatan Perdana Menteri
Tahun 2023

Alamat Laman Web


14. Organisasi Pautan laman web sekiranya ada. Jika tiada, sila abaikan
(Jika Ada)
Alamat Media Sosial
15. (Contoh: Facebook, Instagram, Nama media sosial sekiranya ada. Jika tiada, sila abaikan
LinkedIn), (Jika Ada)

Nota: Bahagian atau ruangan yang mempunyai tanda asterisk (*) adalah wajib untuk diisi.

A2 : Maklumat Ahli Jawatankuasa Organisasi


Nama Penuh seperti dalam Kad
Nama Pengenalan
No. Kad
xxxxxx-xx-xxx (No. Kad Pengenalan)
Pengenalan
Pengerusi/Ketua Pegawai No. Tel. 01x-xxx xxxx (Nombor telefon bimbit
1.
Eksekutif/Pengarah Urusan* Bimbit yang aktif
Alamat
Alamat kediaman yang dihuni terkini.
Kediaman
E-mel Alamat e-mel yang aktif
Nama Penuh seperti dalam Kad
Nama Pengenalan
No. Kad
xxxxxx-xx-xxx (No. Kad Pengenalan)
Timbalan Pengerusi/Ketua Pengenalan
2. Pegawai Eksekutif/Pengarah No. Tel. 01x-xxx xxxx (Nombor telefon bimbit
Urusan* Bimbit yang aktif
Alamat
Alamat kediaman yang dihuni terkini.
Kediaman
E-mel Alamat e-mel yang aktif
Nama Penuh seperti dalam Kad
Nama Pengenalan
No. Kad
xxxxxx-xx-xxx (No. Kad Pengenalan)
Pengenalan
3. Setiausaha/Setiausaha Syarikat* No. Tel. 01x-xxx xxxx (Nombor telefon bimbit
Bimbit yang aktif
Alamat
Alamat kediaman yang dihuni terkini.
Kediaman
E-mel Alamat e-mel yang aktif
Nama Penuh seperti dalam Kad
Nama Pengenalan
No. Kad
xxxxxx-xx-xxx (No. Kad Pengenalan)
Pengenalan
4. Bendahari/ Pegawai Kewangan* No. Tel. 01x-xxx xxxx (Nombor telefon bimbit
Bimbit yang aktif
Alamat
Alamat kediaman yang dihuni terkini.
Kediaman
E-mel Alamat e-mel yang aktif
Sila masukkan bilangan pekerja
Bil. Pekerja
sepenuh masa di Organisasi tersebut.
Sepenuh Sekiranya tiada, sila masukkan angka
Masa kosong “0”
5. Ahli Organisasi*
(Sila nyatakan bilangan) Sila masukkan bilangan pekerja
Bil. Pekerja
separuh masa di Organisasi tersebut.
Separuh Sekiranya tiada, sila masukkan angka
Masa kosong “0”
Garis Panduan
Permohonan Geran Kewangan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA)
Jabatan Perdana Menteri
Tahun 2023

Sila masukkan bilangan sukarelawan di


Bil.
Organisasi tersebut. Sekiranya tiada,
Sukarelawan sila masukkan angka kosong “0”
Sila masukkan bilangan ahli Organisasi
Bil. Ahli
di Organisasi tersebut. Sekiranya tiada,
Organisasi sila masukkan angka kosong “0”
Tahun Nama Nilai
Jenis Geran
Program (RM)
SEDIC
MITRA
Pernah menerima Geran?* Geran
Sekiranya ada, sila isikan maklumat
6. Kerajaan
geran yang pernah diterima. Jika
tiada sila abaikan Geran Bukan
Kerajaan
Geran Luar
Negara
Lain-lain :

Organisasi Pernah Menjalin Contoh: Organisasi A telah menjalin kerjasama dengan


7. Kerjasama dengan pihak United Nation. Sila perincikan sekiranya ada. Jika tiada
kerajaan/swasta sila isikan “Tiada”

Contoh: Organisasi A telah menerima pengiktirafan dari


Pengiktirafan/Pentaulihan/Lesen Kementerian Belia dan Sukan dalam bidang sukan bola
8. sepak Sila perincikan sekiranya ada. Jika tiada sila isikan
Organisasi
“Tiada”
Salinan Sijil Sila muat naik dokumen sekiranya berkaitan. Sila rujuk
9. Pengiktirafan/Pentaulihan/Lesen garis panduan.
Organisasi Saiz Fail tidak boleh melebihi 1mb

Nota: Bahagian atau ruangan yang mempunyai tanda asterisk (*) adalah wajib untuk diisi.
Garis Panduan
Permohonan Geran Kewangan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA)
Jabatan Perdana Menteri
Tahun 2023

BAHAGIAN B : MAKLUMAT CADANGAN PROGRAM

Bil. PERKARA MAKLUMAT


Nama program yang bersesuaian dengan program yang
1. Nama Program* dicadangkan.
Maklumat ringkas mengenai program yang dicadangkan.
(Contoh: Program ini bertujuan untuk memberi latihan
kemahiran berkaitan penggerudian arah mendatar kepada 80
2. Ringkasan Program* peserta. Program ini menyediakan Sijil dari DCI dan NOCN.
Program akan diadakan di Pulau Pinang, Kedah, Perak,
Selangor dan Johor. Tempoh program adalah selama 10 hari.

3. Objektif Program* Objektif program yang dicadangkan.

Muat naik senarai kandungan modul program Contoh:


Senarai Kandungan Program-program yang melibatkan latihan/ kemahiran/
Modul Program pendidikan, pemohon wajib muat naik senarai kandungan
(Sila muat naik senarai
4. kandungan modul program, jika
modul. Format kandungan modul adalah bebas. Sekiranya
berkaitan)
program tersebut tidak berkaitan, tidak perlu muat naik
sebarang dokumen.
Saiz Fail tidak boleh melebihi 1mb
Pendapatan Isi Rumah
B40 (Kurang daripada RM2,500.00 hingga RM4,850.00)
Kumpulan Sasaran*
5. Pemohon boleh memilih lebih
dari satu pilihan mengikut M40 (RM4,851.00 hingga RM10.970.00)
kesesuaian program
Kanak-Kanak (5 tahun hingga 17 tahun)
Kumpulan Sasaran* Belia (18 tahun hingga 35 tahun)
Pemohon boleh memilih lebih Dewasa (18 tahun hingga 59 tahun)
6.
dari satu pilihan mengikut Warga Emas (60 tahun dan ke atas)
kesesuaian program Wanita (18 tahun hingga 59 tahun)
Orang Kurang Upaya (OKU)
7. Bil. Peserta* Nyatakan bilangan keseluruhan bilangan peserta.
Latihan dalam kelas
Kaedah Pelaksanaan Latihan luar kelas
8. Program* Kerja lapangan
Pilih lebih dari satu pilihan Latihan bekerja
mengikut kesesuaian program Lain-lain
(Sila nyatakan)
Output haruslah bersifat benar (tangible) dan boleh diukur.
Sekurang-kurang tiga output.
9. Output* Contoh:
i. Peningkatan peserta memperoleh SKM dalam bidang
penggerudian arah mendatar.
Outcome adalah hasil daripada pencapaian program.
Sekurang-kurang tiga outcome.
Contoh:
10. Outcome* i. Melahirkan lebih ramai individu dalam bidang penggerudian
arah mendatar.
ii. Meningkatkan taraf sosioekonomi keluarga dan keluar dari
kumpulan B40.
KPI adalah kaedah mengukur keberkesanan program tersebut
Key Performance supaya dapat mencapai objektif. Sekurang-kurang tiga KPI.
11. Contoh:
Indicator (KPI)*
i. Melatih 100 peserta dalam tempoh 3 bulan.
Garis Panduan
Permohonan Geran Kewangan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA)
Jabatan Perdana Menteri
Tahun 2023

ii. Memastikan 90 daripada 100 peserta lulus dalam bidang


penggerudian arah mendatar.
Akreditasi Program Contoh: Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 (Bidang)
(Contoh: Pengiktirafan oleh
Agensi Kelayakan Malaysia
12.
(MQA) atau Jabatan
Pembangunan Kemahiran (JPK)
dan sebagainya, jika berkaitan)
Muat naik salinan sijil akreditasi program Contoh: Program-
program yang melibatkan latihan/ kemahiran/ pendidikan,
Salinan Sijil Akreditasi pemohon wajib muat naik akreditasi modul. Sekiranya program
13. Program tersebut tidak berkaitan, tidak perlu muat naik sebarang
(Sila muat naik dokumen)
dokumen.
Saiz Fail tidak boleh melebihi 1mb

Nota: Bahagian atau ruangan yang mempunyai tanda asterisk (*) adalah wajib untuk diisi.
Garis Panduan
Permohonan Geran Kewangan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA)
Jabatan Perdana Menteri
Tahun 2023

BAHAGIAN C : MAKLUMAT TENAGA MAHIR*


NOTA:

i. Pemohon harus memasukkan bilangan tenaga mahir mengikut tahap pendidikan.

Contoh:

i. Melahirkan lebih ramai individu dalam bidang penggerudian arah mendatar.


ii. Meningkatkan taraf sosioekonomi keluarga dan keluar dari kumpulan B40.

BAHAGIAN D : MAKLUMAT LOKASI DAN GARIS MASA PROGRAM*


1. Bilangan Lokasi & Peserta*

NOTA:

i. Pemohon harus memasukkan maklumat lokasi program dan bilangan peserta berdasarkan
lokasi yang dicadangkan. Nota Peringatan: Pemohon boleh memohon melaksanakan program
dibeberapa lokasi namun tertakluk hanya di SATU (1) negeri sahaja

Terdapat Dua situasi seperti berikut:

ii. Situasi A: Sekiranya cadangan program melibatkan beberapa siri program, maka pemohon
harus masukkan maklumat lokasi dan bilangan peserta mengikut bilangan siri. Contoh seperti
di bawah:

a. Contoh 1: Program Penggerudian arah mendatar akan dilaksanakan sebanyak 2 siri


dan setiap siri akan mempunyai 50 peserta di dua lokasi di Perak. Maka pemohon
harus memasukan 2 maklumat lokasi dan bilangan peserta berdasarkan 2 siri;
Bil Hari Bilangan
Negeri Daerah Parlimen DUN Siri
Program Peserta
Perak Buntong Ipoh Barat Kinta 20 50 B1
Perak Manjoi Tambun Kinta 20 50 B2
Jumlah 40 100

atau

b. Contoh 2: Program Penggerudian arah mendatar akan dilaksanakan sebanyak 2 siri


dan setiap siri akan mempunyai 50 peserta di satu lokasi di Perak. Maka pemohon
harus memasukan 2 maklumat lokasi yang sama dan bilangan peserta berdasarkan 2
siri.

Bil Hari Bilangan


Negeri Daerah Parlimen DUN Siri
Program Peserta
Perak Buntong Ipoh Barat Kinta 20 50 B1
Perak Buntong Ipoh Barat Kinta 20 50 B2
Jumlah 55 100

iii. Situasi B: Sekiranya cadangan program yang hanya melibatkan satu siri di mana program
diadakan secara berterusan maka pemohon hanya perlu memasukkan satu maklumat lokasi
dan bilangan peserta sahaja.
Bil Hari Bilangan
Negeri Daerah Parlimen DUN Siri
Program Peserta
Perak Buntong Ipoh Barat Kinta 20 20 B1
Jumlah 20 20
Garis Panduan
Permohonan Geran Kewangan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA)
Jabatan Perdana Menteri
Tahun 2023

2. Garis Masa Pelaksanaan*

NOTA:

i. Pemohon harus memasukan perancangan pelaksanaan program yang dicadangkan.


ii. Contoh adalah seperti di bawah:

Cadangan Tarikh Cadangan Tarikh


Perkara
Mula Akhir
Hebahan Pengambilan Peserta 5 Februari 2023 20 Februari 2023
Pemilihan peserta 23 Februari 2023 28 Februari 2023
Pelaksanaan Program*
1 Mac 2023 30 April 2023
Pemohon Wajib mengisi tempoh melaksanakan program
Penamatan Program 2 Mei 2023 3 Mei 2023

Nota: Bahagian atau ruangan yang mempunyai tanda asterisk (*) adalah wajib untuk diisi.
Garis Panduan
Permohonan Geran Kewangan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA)
Jabatan Perdana Menteri
Tahun 2023

BAHAGIAN E :PERINCIAN KEWANGAN PROGRAM*


NOTA:

i. Pemohon boleh merujuk kepada Garis Panduan Permohonan Geran Kewangan MITRA
sebagai panduan mengisi perincian kos
.
ii. Sekiranya terdapat perincian kos lain yang tiada dalam kadar MITRA, pemohon boleh
masukkan perincian tersebut.

Kadar Jumlah
Bil. Perkara Unit Kekerapan Catatan
(RM) Kos (RM)

1. Elaun Penceramah 560 1 60 hari 33,600.00

Jumlah Keseluruhan (RM) 33,600.00


Kos Seorang Peserta (RM) (Auto Calculate: Jumlah
336.00
Keseluruhan (RM)/ Bil Peserta)

Nota: Bahagian atau ruangan yang mempunyai tanda asterisk (*) adalah wajib untuk diisi.
Garis Panduan
Permohonan Geran Kewangan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA)
Jabatan Perdana Menteri
Tahun 2023

BAHAGIAN F: PERAKUAN PEMOHON

Dengan mengemukakan borang ini, saya/kami dengan ini bersetuju bahawa Unit
Transformasi Masyarakat India Malaysia, Jabatan Perdana Menteri (MITRA, JPM) boleh
mengumpul, memperoleh, menyimpan dan memproses data peribadi saya/kami yang
saya/kami berikan dalam borang ini untuk sebarang tujuan termasuk mengesahkan data yang
dikemukakan.

Untuk mengelakkan keraguan, Data Peribadi merangkumi semua data yang ditakrifkan dalam
Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 termasuk semua data yang saya/kami telah berikan
kepada MITRA, JPM dalam borang ini.

Saya/kami dengan ini mengesahkan dan mengisytiharkan bahawa maklumat yang diberikan
di atas adalah benar dan betul dengan pengetahuan saya/kami yang terbaik. Saya/kami
dengan ini berjanji untuk memaklumkan MITRA, JPM tentang apa-apa perubahan di
dalamnya dengan segera.

Sekiranya maklumat di atas didapati palsu, tidak benar, mengelirukan dan / atau menyalahi
undang-undang, saya/kami faham bahawa saya/kami akan bertanggungjawab terhadapnya
dan permohonan ini akan ditamatkan dengan segera.

Permohonan boleh ditolak mengikut budi bicara MITRA, JPM secara tunggal dan mutlak
walaupun ORGANISASI memenuhi semua kriteria umum dan spesifik.

Pihak MITRA, JPM TIDAK TERIKAT untuk menyatakan sebab-sebab permohonan ditolak
kepada mana-mana pihak, termasuk ORGANISASI yang mengemukakan permohonan.

Borang permohonan ini merupakan cetakan komputer di mana perakuan ini direkodkan
melalui atas talian Sistem Permohonan Geran Kewangan MITRA (SPGKM) dan tidak
memerlukan tandatangan.

NOTA:

i. Bahagian ini tidak memerlukan tandatangan dan pemohon harus mengesahkan bahagian ini
melalui SPGKM sebelum mengemukakan borang permohonan tersebut secara dalam talian.

Anda mungkin juga menyukai