Anda di halaman 1dari 2

Simpulan Bahasa

1. Hamidah otak cair dan dia dapat menjawab semua soalan dengan tepat.


(Maksud: Pandai.)
2. Amran makan sekeping roti sebagai alas perut.
(Maksud : makan sedikit untuk sementara waktu)
3. Amin adalah anak angkat Pak Cik Rahman
(Maksud : anak orang lain yang dipelihara seperti anak sendiri)
4. Lai Meng anak bongsu Encik Wong.
(Maksud : anak yang paling muda dalam keluarga)
5. Sofea pekerja yang rajin. Tidak hairanlah saya jika ia menjadi anak emas Tuan
Adnan.
(Maksud : orang yang dikasihi oleh ibu bapanya atau majikannya.
6. Harlina anak kandung Encik Osman dan Puan Faridah.
(Maksud : anak sendiri)
7. Pasu bunga ini adalah bekas tangan Clementina.
(Maksud : hasil kerja tangan seseorang)
8. Setiap kali ke luar negeri, ayah pasti membawa buah tangan untuk kami.
(Maksud : pemberian/hadiah)
9. Setiap hari Pak Cik Salim bermandi peluh mengusahakan kebun sayurnya.
(Maksud : basah dengan peluh)
10. Ibu rambang mata apabila masuk ke kedai pakaian itu.
(Maksud : sukar untuk membuat pilihan)
11. Jamal ada hati hendak meminang anak hartawan itu.
(Maksud : ada keinginan yang melebihi kesanggupan.)
12. Sia-sia saja kamu meminta derma daripada dia kerana dia tangkai jering.
(Maksud : orang yang kedekut)
13. Kawasan rumah Encik Simon selalu bersih kerana tukang kebunnya ringan tulang.
(Maksud : rajin bekerja)
14. Maniam gemar membaca buku sehingga rakan-rakannya menggelarkan dirinya ulat
buku.
(Maksud : orang yang tekun membaca)
15. Dania memberikan sehelai selendang kepada Lina sebagai tanda mata.
(Maksud : hadiah kenang-kenangan)
16. Pekerja itu ditangkap oleh pemilik kedai kerana disyaki bersikap panjang tangan.
(Maksud: suka mencuri)

Anda mungkin juga menyukai