Anda di halaman 1dari 2

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Saya Siti Mahani binti Sidek no Matrik 275875 akan membentangkan


tugasan kumpulan kami iaitu Strategi Komunikasi dan Perundingan
Antara Budaya
Sebelum itu saya perkenalkan ahli kumpulan saya iaitu:
Tati binti Mohd Tahir, Adrina Aysha, Nur Azleena dan Mohd Saizul
Azri
Sebagai pengenalan, Komunikasi ialah proses di mana individu
menghantar dan menerima mesej melalui maklumat, berkongsi
pendapat, atau perasaan melalui perbualan, simbol atau gerak
isyarat. Selain itu, komunikasi juga dilihat memberi makna melalui
pemerhatian terhadap tingkah laku seseorang individu.
Komunikasi perundingan adalah interaksi yang berlaku antara
individu dengan tujuan untuk mencapai matlamat bersama.
Rundingan boleh ditakrifkan sebagai proses tawar-menawar dalam
usaha mengurangkan perbezaan atau mencapai penyelesaian kepada
sesuatu masalah. Tujuan utama perundingan adalah untuk mencapai
kata putus dan juga persetujuan yang memberi kepuasan kepada
kedua-dua pihak yang terlibat.
Komunikasi silang budaya merupakan komunikasi yang melibatkan
individu daripada latar budaya yang pelbagai seperti bangsa, ras,
etnik, jantina, bahasa, agama, tahap pendidikan dan status sosial.
Kemahiran komunikasi silang budaya akan membawa kepada
pemahaman mengenai budaya kaum lain dan memaparkan dinamika
pelbagai budaya yang akan mempermudah kita bergaul antara satu
sama lain.
Selaku seorang pengurus yang baharu dilantik bakal mewakili negara
dalam satu rundingan yang telah diaturkan oleh Biro Hal Ehwal
Perdagangan dan Budaya, Kementerian Dalam Negeri Amerika
Syarikat, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah mengenal
pasti objektif rundingan. Perlu dipastikan bahawa perundingan
tersebut adalah perjanjian atau hubungan. Perunding dari budaya
yang berbeza mungkin mempunyai idea yang berbeza tentang
matlamat perundingan. Dalam sesetengah budaya, penciptaan
hubungan antara pihak dan bukannya menandatangani kontrak
adalah matlamat rundingan. Sesetengah perunding Asia, dimana
objektif perundingannya selalunya adalah untuk mewujudkan
perhubungan,

Untuk pembentangan seterusnya saya serahkan kepada rakan saya


Taty.

Anda mungkin juga menyukai