Anda di halaman 1dari 28

Putaran Bumi

Tolong bantu menterjemahkan sebahagian rencana ini.


Rencana ini memerlukan kemaskini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka.Ketahui
Sila membantu
lebih lanjut
(h

Putaran Bumi bermaksud putaran Bumi


yang pejal di keliling paksinya sendiri. Bumi
berputar ke arah timur. Apabila dipandang
dari Bintang Utara Polaris, Bumi kelihatan
berputar melawan arah jam.
Animasi putaran Bumi.

Tempoh putaran

Kecondongan paksi Bumi dan hubungannya dengan paksi putaran dan satah orbitnya seperti yang dipandang dari
Matahari ketika ekuinoks Mac.

Di planet searah seperti Bumi, sehari najam adalah lebih singkat daripada sehari suria. Pada waktu 1, Matahari dan sebutir
bintang jauh tertentu berada di atas sekali. Pada waktu 2, planet berkenaan sudah berpusing 360° dan bintang jauh itu
masih di atas, tetapi Matahari pula tidak (1→2 = sehari najam). Seketika kemudian, pada waktu 3, barulah Matahari di atas
lagi (1→3 = sehari suria).
Tempoh putaran Bumi secara nisbi dengan
Matahari (tengahari benar hingga tengahari
benar) ialah satu hari suria benar atau hari
suria ketara (apparent solar day). Ia
bergantung pada gerakan orbit Bumi, dan
oleh itu dipengaruhi oleh perubahan pada
kesipian dan kecondongan orbit Bumi.
Kedua-duanya berubah-ubah selama
ribuan tahun, maka tempoh sehari suria
benar ini juga berubah-ubah setiap tahun.
Umumnya, sehari suria benar lebih lama
daripada sehari suria min pada dua kala
dalam setahun, tetapi lebih singkat pada
dua lagi kala.[n 1] Sehari suria benar
biasanya lebih lama di dekat perihelion
apabila Matahari kelihatan bergerak di
sepanjang ekliptik melalui sudut yang lebih
besar daripada biasa, mengambil masa
kira-kira 10 saat untuk berbuat demikian.
Sebaliknya, ia sekitar 10 saat lebih singkat
di dekat afelion. Ia kira-kira 20 saat lebih
lama menjelang solstis apabila unjuran
kelihatan gerakan Matahari di sepanjang
ekliptik kepada khatulistiwa samawi
menyebabkan Matahari 'bergerak; melalui
sudut yang lebih besar daripada biasa.
Sebaliknya, ketika menjelang ekuinoks
pula, unjuran kepada khatulistiwa adalah
kira-kira 20 saat lebih singkat. Pada ketika
ini, kesan perihelion dan solstis bergabung
untuk memanjangkan hari suria sebenar
menjelang 22 Disember sebanyak 30 saat
suria min lagi, tetapi kesan solstis diatasi
separa oleh kesan afelion menjelang
19 Jun apabila ia hanya lebih lama
sebanyak 13 saat. Kesan-kesan ekuinoks
ini menyingkatkan hari suria menjelang
26 Mac dan 16 September masing-masing
sebanyak 18 saat dan 21 saat.[1][2][3]

Purata sehari suria sebenar dalam


peredaran setahun penuh ialah waktu suria
min (mean solar time) yang terdiri daripada
86,400 saat suria min. Kini, setiap satu
saat ini lebih lama sedikit daripada sesaat
SI kerana sehari suria min Bumi kini lebih
lama sedikit berbanding pada abad ke-19
disebabkan geseran pasang surut. Purata
kepanjangan hari suria min sejak
diperkenalkan saat lompat pada tahun
1972 adalah sekitar 0 hingga 2 milisaat
lebih lama daripada 86,400 saat SI.[4][5][6]
Kejadian turun naik rawak yang disebabkan
oleh teras-mantel coupling mempunyai
amplitud sekitar 5 milisaat.[7][8] Saat suria
min pada tahun 1750 hingga 1892 dipilih
pada tahun 1895 oleh Simon Newcomb
sebagai unit masa yang tidak bersandar
dalam Jadual-Jadual Matahari. Jadual-
jadual ini digunakan untuk menghitung
efemeris-efemeris sedunia pada tahun
1900 hingga 1983, maka saat ini dikenali
sebagai saat efemeris. Pada tahun 1967,
saat SI disamakan dengan saat
efemeris.[9]

Waktu suria ketara ialah ukuran putaran


Bumi, sementara perbezaan antara waktu
suria ketara dengan waktu suria min
dipanggil persamaan waktu.

Tempoh putaran Bumi yang nisbi dengan


bintang tetap, yang dipanggil hari
najamnya (stellar day) oleh Perkhidmatan
Sistem Putaran dan Rujukan Bumi
Antarabangsa (IERS), adalah
86,164.098 903 691 saat waktu suria min
(UT1) (23h 56m 4.098 903 691s,
0.997 269 663 237 16 hari suria
min).[10][n 2] Tempoh putaran Bumi yang
nisbi dengan ekuinoks Mac min yang
meliuk atau bergerak, iaitu yang digelar
hari ikut bintang (sidereal day),[n 3] adalah
86,164.090 530 832 88 saat waktu suria
min (UT1) (23h 56m 4.090 530 832 88s,
0.997 269 566 329 08 hari suria min).[10]
Maka hari ikut bintang ini lebih singkat
daripada hari najam dengan perbezaan
sekitar 8.4 ms.[12] Pada tahun 499 M,
Aryabhata, seorang ahli matematik dan
astronomi tersohor dari zaman klasik
matematik dan astronomi India
menganggarkan kepanjangan hari ikut
bintang ini pada 23h 56m 4.1s.[13]
Kedua-dua hari najam dan hari ikut bintang
ini lebih singkat daripada hari suria min
dengan perbezaan sekitar 3 minit 56 saat.
Sehari suria min dalam saat SI terdapat
daripada IERS untuk tempoh-tempoh
1623–2005[14] dan1962–2005.[15]

Sisihan tempoh sehari daripada sehari asas SI, 1962–2010

Baru-baru ini (1999–2010), purata tempoh


sehari suria min setahun yang melebihi
86,400 saat SI berubah-ubah antara
0.25 ms dan 1 ms, yang mesti
ditambahkan kepada kedua-dua hari
najam dan ikut bintang yang diberikan
dalam ukuran waktu suria min di atas
untuk mendapatkan tempohnya dalam
saat SI.

Kelajuan sudut putaran Bumi dalam ruang


inersia adalah
(7.2921150 ± 0.0000001) ×10−5 radian
sesaat SI (saat suria min).[10] Didarab
(180°/π radian)×(86,400 saat/hari suria
min), hasilnya 360.9856°/hari suria min,
iaitu Bumi berputar lebih daripada 360°
secara nisbi dengan bintang-bintang tetap
dalam satu hari suria. Pergerakan Bumi di
sepanjang orbitnya yang hampir-hampir
bulat sambil berputar di keliling paksinya
sekali memerlukan Bumi itu untuk berputar
sedikit lebih daripada 360° secara nisbi
dengan bintang-bintang najam itu sebelum
Matahari min boleh berlalu di atas lagi,
sungguhpun ia hanya berputar 360° secara
nisbi dengan Matahari min.[n 4] Didarab
niliai rad/s itu dengan jejari Khatulistiwa
bumi iaitu 6,378,137 m (elipsoid WGS84)
(faktor-faktor 2π radian yang diperlukan
oleh kedua-duanya membatal), hasilnya
kelajuan khatulistiwa 465.1 m/s,
1,674.4 km/h atau 1,040.4 batu sejam.[16]
Sesetengah sumber menyatakan bahawa
kelajuan khatulistiwa Bumi lebih perlahan
sedikit, iaitu 1,669.8 km/h.[17] Ini diperoleh
dengan membahagikan lilitan khatulistiwa
Bumi kepada 24 jam. Bagaimanapun,
penggunaan hanya satu lilitan
membayangkan hanya satu putaran dalam
ruang inersia, jadi unit masa yang
bersamaan itu mestilah jam ikut bintang.
Ini disahkan dengan mendarab bilangan
hari ikut bintang dalam satu hari suria min,
1.002 737 909 350 795,[10] yang hasilnya
ialah kelajuan khatulistiwa dalam jam suria
min yang diberikan melebihi 1,674.4 km/h.

Kelajuan tangen putaran Bumi di suatu titik


di Bumi boleh dianggarkan dengan
mendarab kelajuan di khatulistiwa dengan
kosinus latitud.[18] Contohnya, Pusat
Angkasa Kennedy terletak di garis lintang
28.59° Utara, maka kelajuan: 1,674|km/jam
* cos (28.59) = 1,470.23 kilometer per jam
(913.56 mph).

Liukan, egahan dan gerakan


kutub
Paksi putaran Bumi bergerak seiringan
dengan bintang-bintang tetap (ruang
inersia); komponen-komponen gerakan ini
ialah liukan (precession) dan egahan
(nutation). Paksi putaran Bumi juga
bergerak seiringan dengan kerak Bumi; ini
dipanggil gerakan kutub.
Liukan ialah putaran paksi putaran Bumi
yang disebabkan terutamanya oleh tork
luaran dari graviti Matahari, Bulan dan
jasad-jasad samawi yang lain. Gerakan
kutub pula disebabkan terutamanya oleh
egahan teras bebas dan kenining Chandler.

Asal-usul

Lukisan cakera protoplanet.

Adalah diteorikan bahawa Bumi terbentuk


sebagai sebahagian kelahiran Sistem
Suria: yang akhirnya menjadi sistem suria
ini asalnya wujud dalam bentuk kepulan
besar berpusing-pusing yang terdiri
daripada debu, batu, dan gas. Ia diperbuat
daripada hidrogen dan helium yang
terhasil dalam Letupan Besar, dan juga
unsur-unsur lebih berat yang dipancutkan
oleh supernova. Oleh sebab debu angkasa
ini tidak homogen, sebarang asimetri yang
terjadi ketika tokokan graviti memberikan
momentum sudut untuk planet yang
terbentuk.[19] Kala putaran Bumi masa kini
adalah hasil putaran awal ini dengan
faktor-faktor lain, termasuk geseran
pasang surut dan hentaman Theia yang
dihipotesiskan.
Al-Qur'an Menceritakan
Perihal Putaran Bumi
" dan engkau akan melihat gunung-gunung
yang engkau kira tetap pada tempatnya,
padahal ia (bergerak) seperti
awan(bergerak)...." (An-Naml : 88) (http://n
uzulquran.com/content/reference/531bc6
796a2701215013b22e) [20]

Pembuktian teori ini hanya berlaku sekitar


kurun ke-17 oleh  Johannes Kepler. Lebih
kurang 1000 tahun selepas penurunan ayat
dalam surah An-Naml yang tertera di atas.
Allah menceritakan keadaan manusia
ketika itu yang beranggapan bahawa
gunung-gunung yang boleh diertikan
sebagai permukaan bumi adalah satu
objek yang pegun, namun Allah
menjelaskan bahawa bumi turut berputar
pada paksinya seperti mana awan.

Putaran bumi pada kelajuan 1,670km/jam


berlaku sepanjang masa, ribuan tahun
bahkan jutaan tahun namun tidak disedari
oleh sesiapa sehingga berlaku pembuktian
oleh sains tentang fenomena ini.
Sebaliknya Allah menjadikan putaran yang
 hampir dua kali ganda kelajuan kapal
terbang Boeing-777 selamat kepada setiap
makhluk yang hidup di muka bumi
terutamanya manusia , tanpa sebarang
komplikasi kepada salur darah, tulang
vertebra dan lain-lain komplikasi yang
tidak menyenangkan.

Lihat juga
Formula Newcomb
Kesan Allais
Kitaran harian
Sistem Suria
Geodesi
Sejarah Bumi
Catatan
1. Apabila kesipian Bumi mencecah
0.047 dan perihelion berada pada
ekuinoks atau solstis yang berkenaan,
maka hanya satu kala dengan satu
kemuncak mengimbangi satu lagi kala
dengan dua kemuncak.[1]
2. Aoki, the ultimate source of these
figures, uses the term "seconds of
UT1" instead of "seconds of mean
solar time".[11]
3. Hari ikut bintang ini mungkin nama
yang kurang tepat kerana boleh
disamakan dengan hari najam.
4. Dalam bidang astronomi, berbeza
dengan geometri, 360° bermaksud
kembali ke titik yang sama dalam
sesuatu skala masa berkitar, sama
ada satu hari suria min atau satu hari
ikut bintang untuk putaran pada paksi
Bumi, atau satu tahun ikut bintang atau
satu tahun tropika min ataupun satu
setahun Julius min yang mengambil
masa genap 365.25 hari untuk
mengelilingi Matahari.

Rujukan
1. Jean Meeus, Mathematical astronomy
morsels (Richmond, Virginia:
Willmann-Bell, 1997) 345–6.
2. Equation of time in red and true solar
day in blue (http://www.jgiesen.de/pla
nets/img/EoTGraph.gif)
3. The duration of the true solar day (htt
p://www.pierpaoloricci.it/dati/giornoso
larevero_eng.htm)
4. http://hpiers.obspm.fr/eoppc/eop/eop
c04_05/eopc04.62-now
5. Physical basis of leap seconds (http://i
opscience.iop.org/1538-3881/136/5/1
906/pdf/1538-3881_136_5_1906.pd
f)
6. Leap seconds (http://tycho.usno.navy.
mil/leapsec.html)
7. Prediction of Universal Time and LOD
Variations (http://www.ien.it/luc/cesio/
itu/gambis.pdf)
8. R. Hide et al., "Topographic core-
mantle coupling and fluctuations in the
Earth's rotation" (http://www.gps.caltec
h.edu/~clay/PDF/Hide1993.pdf)
1993.
9. Leap seconds by USNO (http://tycho.u
sno.navy.mil/leapsec.html)
10. IERS EOP Useful constants (http://hpie
rs.obspm.fr/eop-pc/models/constant
s.html)
11. Aoki, et al., "The new definition of
Universal Time (http://adsabs.harvard.
edu/abs/1982A&A...105..359A) ",
Astronomy and Astrophysics 105
(1982) 359–361.
12. Explanatory Supplement to the
Astronomical Almanac, ed. P. Kenneth
Seidelmann, Mill Valley, Cal., University
Science Books, 1992, p.48, ISBN 0-
935702-68-7.
13. Aryabhatiya (http://www.flipkart.com/
aryabhatiya-mohan-apte-book-817434
4802) Diarkibkan (https://archive.is/2
0110815204559/http://www.flipkart.c
om/aryabhatiya-mohan-apte-book-817
4344802) 2011-08-15 di
archive.today Bahasa Marathi:
आर्यभटीय, Mohan Apte, Pune, India,
Rajhans Publications, 2009, p.25, ISBN
978-81-7434-480-9
14. IERS Excess of the duration of the day
to 86,400s … since 1623 (http://hpiers.
obspm.fr/eop-pc/earthor/ut1lod/lod-1
623.html) Diarkibkan (https://web.arc
hive.org/web/20081003083543/htt
p://hpiers.obspm.fr/eop-pc/earthor/ut
1lod/lod-1623.html) 2008-10-03 di
Wayback Machine Graph at end.
15. "IERS Variations in the duration of the
day 1962–2005" (http://hpiers.obspm.
fr/eop-pc/earthor/ut1lod/figure3.htm
l) . Diarkibkan (https://web.archive.or
g/web/20070813203913/http://hpier
s.obspm.fr/eop-pc/earthor/ut1lod/figu
re3.html) daripada yang asal pada
2007-08-13. Dicapai pada 2007-08-13.
16. Arthur N. Cox, ed., Allen's
Astrophysical Quantities (http://books.
google.com/books?id=w8PK2XFLLH8
C&pg=PA244) p.244.
17. Michael E. Bakich, The Cambridge
planetary handbook (http://books.goo
gle.com/books?id=PE99nOKjbXAC&p
g=PA50) , ms.50.
18. Butterworth and Palmer. "Speed of the
turning of the Earth" (http://imagine.gs
fc.nasa.gov/docs/ask_astro/answers/
970401c.html) . Ask an
Astrophysicist. NASA Goddard
Spaceflight Center.
19. "Why do planets rotate?" (http://curiou
s.astro.cornell.edu/question.php?num
ber=416) . Ask an Astronomer.
20. Scientific wonders on the space and
earth by Yusuff Al-Hajj Ahmad
Diambil daripada
"https://ms.wikipedia.org/w/index.php?
title=Putaran_Bumi&oldid=5197335"

Laman ini kali terakhir disunting pada 11:30, 10


Ogos 2021. •
Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 3.0
kecuali jika dinyatakan sebaliknya.

Anda mungkin juga menyukai