Anda di halaman 1dari 5

1.

0 PENDAHULUAN

Tingkah laku merujuk kepada tindakan atau tindak balas sesuatu objek atau organisma,
biasanya sehubungan dengan persekitarannya. Secara operasi pula, tingkah laku dapat
diertikan suatu respon organisma atau seseorang terhadap rangsangan dari luar subjek
tersebut. Menurut Kamus Dewan Pelajar Edisi Kedua, tingkah laku bermaksud kelakuan atau
gerak-geri. Lewis M. Beaker (2001) berkata tingkah laku ialah apa yang kamu lakukan, cara
berinteraksi atau beraksi dan bertindak balas terhadap persekitaran. Secara rumusnya tingkah
laku ialah apa yang kita buat terhadap situasi yang dihadapi.

Tingkah aku manusia pula dimaksudkan sebagai sekumpulan tingkah laku yang
ditonjolkan oleh manusia dan dipengaruhi oleh budaya, sikap, emosi, nilai, etika, autoriti,
hubung baik, hipnosis, pujukan, paksaan, dan/atau genetik. Selain itu, tingkah laku manusia
pula didefinisikan sebagai segala yang dilakukan dan dikatakan oleh seseorang (Raymond,
2001). Manakala, Skiner (1938) pula merumuskan tingkah laku manusia sebagai respon atau
reaksi seseorang terhadap stimulus (rangsangan dari luar). Prof. Dr. Soekidjo Notoatmodjo
(2001) seorang ahli psiokologi dari Indonesia menyatakan bahawa tingkah laku manusia adalah
semua semua tindakan dari manusia itu sendiri yang mampu berkembang mengikut peredaran
masa.

2.0 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Pengurusan bermaksud daripada pengarahan dan pengawalan sebuah kumpulan yang


terdiri daripada satu atau lebih orang atau entiti untuk tujuan menyeleraskan dan
mengharmonikan kumpulan tersebut untuk mencapai sesuatu matlamat. Oleh itu, pengurusan
tingkah laku bermaksud pengawalan dan pegarahan segala yang dilakukan dan diperkatakan
oleh seseorang individu kepada yang lebih sistematik. Pengurusan tingkah laku adalah
merupakan langkah yang sistematik untuk mengubah tingkah laku negatif kepada tingkah laku
yang positif (Raymond, 2001). Dr. Ragbir Kaur A/P Joginder Singh (2005) mentakrifkan
pengurusan tingkah laku sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku
bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai. Tambahan
pula, program tingkah laku yang berbentuk saintifik yang dibuat secara analisis untuk
menghasilkan perubahan tingkah laku sosial yang positif bagi seorang individu juga menjadi
definesi pengurusan tingkah laku ( Bear, Wolf dan Risley, 1968 ).

3.0 MODIFIKASI TINGKAH LAKU

Modifikasi tingkah laku ialah bidang psikologi yang mengkaji dan memodifikasi tingkah
laku manusia. Modifikasi tingkah laku merujuk kepada langkah-langkah yang sistematik
berdasarkan prinsip-prinsip psikologi untuk mengubah tingkah laku yang negatif kepada yang
positif. Modifikasi tingkah laku adalah usaha untuk menerapkan prinsip-prinsip proses blajar
maupun prinsip-prinsip psikologis hasil eksperimen lain pada tingkah laku manusia (Bootzin,
1975). Soetarlinah Soekadji (1983) menyatakan bahwa modifikasi tingkah laku adalah usaha
untuk mengubah prilaku dan emosi manusia dengan cara yang menguntungkan berdasarkan
hukum-hukum teori moden proses belajar. Kazdin (1980) berpendapat bahawa modifikasi
tingkah laku ialah mengembang dan mengimplimentasi prosedur yang membantu seseorang
individu untuk mengubah tingkah laku mereka.

4.0 PERSPEKTIF SEJARAH MODIFIKASI TINGKAH LAKU

Modifikasi tingkah laku telah melihat banyak perkembangan sejak awal abad ke-19.
Banyak tokoh telah membuat kajian yang terperinci terhadap modofikasi tingkah laku. Walau
bagaimanapun 4 tokoh utama yang mempelopori modifikasi tingkah laku ialah Ivan P. Pavlov,
Edward L. Thorndike, John B. Watson dan B. F. Skinner.

Ivan P. Pavlov (1927) ialah tokoh yang paling penting dalam mengkaji modifikasi tingkah
laku. Beliau telah membuat kajian tentang proses asas pelaziman responden (respondent
conditioning). Beliau telah menggunakan seekor anjing untuk membuat kajian ini. Beliau melatih
anjing tersebut dengan membunyikan loceng sebelum memberi makanan. Akhirnya, air liur
anjing tersebut telah meleleh setelah hanya mendengar bunyi loceng tersebut. Beliau telah
membuktikan respon sesebuah organisme apabila menerima rangsangan dapat dikawal dan
diubah melalui latihan.

Seterusnya, Edward L. Thorndike (1911) telah membuat kajian terhadap seekor kucing
untuk membuktikan ‘law of effect’. Kucing itu dimasukkan dalam sangkar yang pintunya dapat
dibuka sekiranya selak dipijak. Makanan kucing telah diletakkan di luar sangkar. Kucingtersebut
melakukan pelbagai tindakan rawak untuk keluar dari sangkar itu. Akhirnya, kucing itu berjaya
keluar dari sangkar itu. Apabila kucing itu dimasukkan dalam sangkar sekali lagi, kucing itu
dapat keluar dalam masa yang lebih singkat. Beliau ingin membuktikan bahawa apabila sebuat
respon kita membuahkan hasil yang baik akan diulang pada masa hadapan.

John B. Watson (1913, 1924) telah menulis sebuah artikel yang bertajuk “Psychology as
the Behaviorist Views It” pada 1913. Beliau telah menyatakan tingkah laku dapat dikawal oleh
situasi. Beliau juga berkata bahawa situasi yang dihadapi oleh seseorang individu yang
mencungkil respon daripada mereka. Watson telah memulakan sebuah pergerakkan psikologi
yang dipanggil ‘Behaviorism’.

B. F. Skinner (1938,1953) percaya bahawa keadaan dalaman individu termasuk


perasaan positif fan negatif boleh membei kesan kepada tingkah laku. Pada masa yang sama,
persekitaran juga dapat membentuk tingkah laku seseorang individu. Justeru, tingkah laku
boleh dibentuk, dihapuskan serta diuruskan dengan cara mengawal persekitaran. Beliau juga
menekankan pelaziman operan yang memberi focus pada kesan-akibat yang membawa
kepada tingkah laku baharu, tingkah laku diteruskan atau diulangi dan sebaliknya. Oleh itu,
hukuman, dendaan dan ganjaran dan peneguhan membawa kesan yang tertentu kepada
kemungkinan wujudnya tingkah laku baharu atau sebaliknya.
5.0 KEPENTINGAN PENGURUSAN TINGKAH LAKU DALAM KALANGAN MURID-
MURID BERKEPERLUAN KHAS

Murid-murid berkeperluan khas biasanya perlu bergantung kepada ibu bapa atau
penjaga untuk menjalani kehidupan seharian. Walaupun normal bagi kita tetapi mereka perlu
bergantung pada orang lain untuk membersihkan diri, makan dan berkomunikasi. Pengurusan
tingkah laku dalam kalangan murid-murid berkeperluan khas penting untuk memupuk sikap
berdikari dalam diri mereka dan pada masa yang sama dapat mengurangkan beban penjaga
mereka. Contohnya, murid autisme biasanya akan mempunyai masalah dari segi sosioemosi.
Mereka sukar memberi tumpuan dan sering berubah emosi. Kita perlu melatih mereka untuk
membersihkan diri mereka sendiri dengan mengajar mereka untuk mandi, memakai baju dan
memberus gigi.

Pengurusan tingkah laku dalam kalangan murid-murid berkeperluan khas dapat


membolehkan memperoleh kemahiran hidup untuk berdikari. Mereka memerlukan tingkah laku
yang positif untuk mempelajari kemahiran untuk mereka hidup berdikari seperti sabar, fokus
dan proaktif. Pertukangan, perkebunan, jahitan dan perniagaan ialah antara kemahiran yang
dapat dipelajari oleh murid-murid berkeperluan khas untuk berdikari pada masa depan. Apabila
mereka dapat kemahiran ini dimahiri, mereka boleh menjadikannya sumber pendapatan.

Dapat mengajar tingkah laku yang diterima oleh masyarakat juga salah satu
kepentingan pengurusan tingkah laku dalam kalangan murid-murid berkeperluan khas. Mereka
dapat diajar untuk berkomunikasi dalam kalangan orang ramai dengan sopan santun.
Pengurusan tingkah laku dapat mendidik mereka untuk lebih sopan dan diterima oleh
masyarakat. Contohnya, murid sindrom down biasanya mempunyai masalah pertuturan kerana
lidah yang tebal dan pendek. Mereka boleh diajar untuk menyebut perkataan dengan lebih jelas
dan berinteraksi dengan lebih sopan. Hal ini dapat mengiktiraf diri mereka dan meningkatkan
maruah diri mereka juga.
6.0 RUMUSAN

Kesimpulannya, modifikasi dan pengurusan tingkah laku memainkan peranan penting


dalam diri seseorang individu terutamanya bagi kanak-kanak berkeperluan khas kerana hidup
mereka lebih banyak cabaran dan kekangan. Lebih banyak kajian perlu dilakukan seperti yang
dilakukan oleh Ivan P. Pavlov, Edward L. Thorndike, John B. Watson dan B. F. Skinner.
Sememangnya hal ini dapat menjadikan hidup mereka lebih sistematik.

7.0 RUJUKAN

Bootzin, R. R. (1975). Behavior modification and therapy: An introduction. Cambridge, MA:


Winthrop Publishers.

Kazdin, A. E., & Wilson, G. T. (1980). Evaluation of behavior therapy: Issues, evidence, and
research strategies. Lincoln: University of Nebraska Press.

Miltenberger, R. G. (2016). Behavior modification: Principles and procedures.

Notoatmodjo, S. (2001). Pengembangan sumber daya manusia. Jakarta: Rineka Cipta.

Ragbir, K. J. (2005). Panduan ulangkaji ilmu pendidikan untuk kursus perguruan lepasan ijazah
(KPLI) sekolah rendah dan menengah. Subang Jaya, Selangor: Kumpulan Budiman.

SOEKADJI, Soetarlinah, & Sumadi Suryabrata. (1984). Pengaruh penataran pengembangan


pribadi guru, untuk meningkatkan komponen efektif proses mengajar-belajar terhadap prestasi
belajar murid di sekolah-sekolah dasar pedesaan dengan summary, Soetarlinah Soekadji.
Yogyakarta]: Universitas Gadjah Mada.

Anda mungkin juga menyukai