Anda di halaman 1dari 7

1.

0 PENDAHULUAN

Seni adalah segala sesuatu yang diciptakan manusia yang mengandung unsur
keindahan dan mampu membangkitkan perasaan orang lain. Pendidikan adalah pembelajaran
pengetahuan, keterampilan, dan kebiasaan sekelompok orang yang diturunkan dari satu
generasi ke generasi berikutnya melalui pengajaran, pelatihan, atau penelitian. Keluwesan seni
dalam pendidikan sebagai ‘learning tool’ membolehkan pelajar yang mempunyai pelbagai
kekuatan kecerdasan menguasai sesuatu konsep dengan mudah. Seni dalam pendidikan
memainkan peranan penting ke arah perkembangan kanak melalui peningkatan daya
persepsi,estetika dan kreativitinya. Matlamatnya ialah untuk melahirkan individu yang
berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif,inovatif,inventif dan
mempunyai jati diri yang tinggi. Pengabungan tiga jenis seni yang terdiri seni visual,seni muzik
dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan yang holistik.

2.0 TEORI PEMBELAJARAN

Terdapat tiga teori utama bagi seni dalam pendidikan yang dikemukakan oleh Howard
Gardner, Lev Vygotsky dan Ned Hermann. Masing-masing mempunyai kelebihannya yang
tersendiri.

Menurut Gardner (1999), kecerdasan boleh didefinisikan sebagai potensi biopsikologi


untuk memproses informasi yang boleh digiatkan dalam sesuatu budaya; dan menyelesaikan
masalah serta membentuk produk yang dinilai oleh sesuatu budaya. Berdasarkan teori
kecerdasan pelbagai, seseorang mempunyai lapan kecerdasan yang berbeza yang boleh
digunakan untuk memproses maklumat iaitu kecerdasan linguistik, kecerdasan logik matematik,
kecerdasan visual ruang, kecerdasan muzik, kecerdasan kinestetik, kecerdasan interpersonal,
intrapersonal dan kecerdasan naturalis (Gardner, 1995, 2004). Menurut Gardner (2006), bahan
dan mod pengajaran dan pembelajaran mesti sepadan dengan profil kecerdasan pelajar.
Misalnya, bagi individu yang menghadapi masalah membaca, penguasaan huruf boleh
disampaikan melalui eksplorasi sentuhan kinestetik jika pelajar mempunyai kekuatan
kecerdasan kinestetik.
Teori Vygotsky berpendapat perkembangan manusia dipengaruhi oleh kegiatan-
kegiatan sosial dan budaya. Perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh bimbingan daripada
orang yang sudah mahir di dalam bidang-bidang tertentu. Pengetahuan kanak-kanak akan
berkembang dengan luas melalui interaksi dengan orang lain. Vygotsky telah membezakan
antara perkembangan sebenar dengan potensi yang terdapat pada seorang kanak-kanak.
Perkembangan sebenarnya menentukan cara seseorang dapat melakukan sesuatu tanpa
bantuan orang dewasa atau guru. Potensi pula menentukan cara seseorang dapat melakukan
sesuatu, dan menyelesaikan masalah melalui bimbingan seorang dewasa ataupun kerjasama
dengan rakan sebaya dengan konsep ‘scaffolding’ dan konsep Zon Perkembangan Proksimal.

Antara pengasas teori HOKA dan HOKI adalah Roger Sperry yang telah mengkaji
tentang pemisahan otak. Kemudian, Ned Herrmann telah melanjutkan teori Sperry yang
membahagikan otak kepada empat bahagian iaitu ‘Quadrant Concept’. Beliau mengkaji
perkembangan otak kanan dan otak kiri di mana fungsi otak boleh dibahagikan kepada 4
kuadran seperti di rajah di bawah.

Hemisfera Otak Kiri Hemisfera Otak Kanan


Kedua-dua hemisfera otak kanan dan kiri ini amat berpengaruh terhadap gaya pemikiran setiap
manusia. Terdapat individu yang pemikirannya lebih cenderung kepada otak kanan manakala
terdapat juga individu yang pemikirannya lebih dipengaruhi oleh otak kiri. Jadual di bawah
menunjukkan perbezaan gaya pemikiran kedua-dua belah bahagian otak.

Otak Kanan Otak Kiri


Rasional Secara Menyeluruh
Analitikal Intuitif Dan Mendalam
Berurutan Non-Verbal
Vebal/Bahasa Menjana Idea
Mengkategori Imiginatif
Menerangkan Sebab Pertimbangan Nilai
Membuat Ramalan Pertimbangan Moral
Membandingbeza Ritma / Rentak
Tersurat Tersirat

3.0 ELEMEN SENI DALAM PENDIDIKAN

3.1 SENI VISUAL

Pendidikan seni visual sekolah rendah merangkumi empat bidang kegiatan iaitu
menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan dan
mengenal kraf tradisional . Murid dilatih untuk melihat subjek ini pada perspektif yang
lebih luas sama ada dari aspek estetik mahupun gunaan. Melalui kefahaman tersebut,
murid akan dapat membuat pemahaman mengenai khazanah dalam konteks seni
warisan bangsa. Unsur seni terdiri daripada enam elemen asas yang penting dalam
komposisi sesuatu karya seni visual, iaitu garisan, jalinan, rupa, bentuk, ruang dan
warna. PSV merupakan satu mata pelajaran yang dapat memberi peluang kepada murid
untuk mengembangkan bakat dan minat dan seterusnya mendalami seni visual
mengikut disiplin yang betul dan sistematik. Pelajar yang sedemikian pada jangka
panjangnya akan memiliki ciri insan yang berbudaya, mempunyai citarasa seni yang
tinggi dan kreatif.
3.2 SENI MUZIK

Muzik merupakan sejenis seni yang dibentuk berdasarkan organisasi bunyi


dalam masa (Kamien, 2008). Komponen teras dalam bunyi muzik terdiri daripada pic,
irama, dan warna ton. Pemproses rangsangan auditori dari segi pic, irama, dan warna
ton yang mempengaruhi kehidupan seharian. Keupayaan muzikal termasuk sensitiviti
pada bunyi mengenal, menghasil, dan mengeluarkan semula pic, irama, dan warna ton
untuk mencipta, menyanyi, dan bermain alat muzik; membentuk perkaitan auditori
antara pelbagai bunyi, pic, irama, dan warna ton yang diperdengarkan; apresiasi struktur
muzik; serta kepekaaan kepada corak auditori Terdapat tujuh konsep muzik asas dalam
Pendidikan Muzik yang terdiri daripada warna ton, irama, melodi, tekstur, harmoni,
bentuk dan ekspresi.

3.3 PERGERAKAN

Pergerakan ialah gabungan gerakkan anggota badan yang mampu


menghasilkan satu gubahan seni Konsep asas pergerakan terdiri daripada 4 komponen
seperti yang ditunjukkan di rajah di bawah.
Kesedaran Ruang

Kesedaran
Hubungan Konsep Tubuh Badan

Kualiti Pergerakkan

Tarian ialah salah satu pergerakkan yang paling asas. Tarian biasanya berbeza
mengikut kebudayaan masyarakat setempat. Contohnya di Malaysia terdapat
masyarakat pelbagai etnik yang memperbanyakkan tarian di negara kita seperti tarian
singa, joget, barathanatiyam, tarian inang dan tarian zapin. Tetapi tarian hanya
sebahagian daripada pergerakkan. Senaman aerobik, senaman akrobatik dan taici juga
di bawah pergerakkan kerana kerja-kerja yang mempunyai gerakkan pada otot dan
mengikut irama.

4.0 PENGGUNAAN SENI DALAM PENDIDIKAN UNTUK PENDIDIKAN KHAS

Seni dalam pendidikan amat penting untuk menjayakan pengajaran dan pembelajaran
terutamanya untuk murid-murid pendidikan khas. Hal ini memainkan peranan penting dalam
menarik perhatian murid-murid supaya mereka dapat menimba ilmu dalam suasana yang lebih
ceria dan harmoni.
Salah satu aktiviti yang melibatkan seni dalam pendidikan untuk subjek sains, di bawah
topik pergerakkan haiwan ialah teka dan lukis. Aktiviti ini dimulakan dengan memainkan bunyi-
bunyi haiwan seperti singa, burung, katak, kucing, lembu, kambing dan anjing. Oleh itu, murid –
murid akan tahu yang mereka akan belajar tentang haiwan. Selepas itu, murid-murid akan
dibahagikan kepada tiga kumpulan. Setiap kumpulan perlu menghantar seorang wakil untuk
mereka melakonkan pergerakkan seekor haiwan dan kumpulan yang selebihnya perlu meneka
haiwan tersebut dengan cara melukis. Kumpulan lain pula akan menghantar wakil dan
mengulanginya sehingga semua murid dapat melakonkan pergerakkan seekor haiwan. Elemen
muzik dimasukkan pada awal kelas ketika guru memasukkan bunyi-bunyi haiwan sebagai
pengenalan kepada pembelajaran pada hari itu. Elemen pergerakan pula dimasukkan ketika
murid melakonkan pergerakan haiwan dan elemen seni visual pula dimasukkan ketika mereka
melukis gambar haiwan untuk meneka pergerakan kawan-kawan mereka.

Aktiviti seterusnya, untuk subjek pendidikan jasmani dibawah tajuk motor halus dan
motor kasar ialah ‘muzik tangan’. Aktiviti ini bermula dengan guru melukis gambar tapak tangan
di papan putih dan memperkenalkan nama jari. Seterusnya, guru akan mengajar murid untuk
membuat bunyi mengikut irama. Murid-murid akan dibahagikan kepada tiga kumpulan dan
setiap kumpulan perlu membuat bunyi berirama yang berbeza. Bunyi berirama boleh
dikeluarkan melalui bunyi daripada bunyi seperti tepuk tangan, tepuk meja dan tepuk peha.
Setiap ahli kumpulan perlu memainkan peranan dalam memberi buah fikiran supaya bunyi
mereka ada irama dan harmoni. Akhirnya setiap mereka akan mempersembahkan ‘muzik
tangan’ yang digubah secara berkumpulan di hadapan kelas. Elemen seni visual dimasukkan
ketika guru melukis tapak tangan di papan putih, di mana guru menjalinkan garisan untuk
melukis tapak tangan. Seterusnya, elemen muzik dan pergerakan dimasukkan sekali ketika
murid-murid mengubah dan mempersembahkan ‘muzik tangan’ mereka di hadapan kelas
kerana tangan itu mampu mengeluarkan bunyi yang berirama dan pergerakan sekali gus.

5.0 KESIMPULAN

Seni dalam pendidkan sememangnya menjadi suatu aspek yang signifikan kepada
semua murid terutamanya kepada murid-murid berkeperluan khas kerana mereka lebih minat
pada benda-benda yang senang Tarik perhatian. Oleh itu, seni dalam pendidikan menjadi suatu
kewajiban untuk semua guru pendidikan khas supaya proses pengajaran dan pembelajaran
berjalan lancar serta proses perkongsian maklumat berjaya. Dengan ini, perkara yang menjadi
keperluan seperti komunikasi, tingkah laku serta kemahiran dapat dididik dengan mudah murid-
murid berkeperluan khas.

6.0 RUJUKAN

Gardner, H., & Taylor & Francis. (2006). The development and education of the mind: The
selected works of Howard Gardner. New York: Routledge.

Mooney, C. G. (2013). Theories of childhood: An introduction to Dewey, Montessori, Erikson,


Piaget, and Vygotsky.

Seminar Seni dan Pendidikan, Balai Seni Lukis Negara (Malaysia), & Universiti Malaya. (1996).
Seminar Seni dan Pendidikan: Peranan seni dalam pendidikan insan madani. Kuala Lumpur:
Balai Seni Lukis Negara.

Sperry, R., & Trevarthen, C. (1990). Brain circuits and functions of the mind: Essays in honor of
Roger W. Sperry. Cambridge: Cambridge University Press.

Anda mungkin juga menyukai