Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK DATUK MUHAMMAD YUSOF Kod Sekolah: NEE2057

1. Nama Guru ROSMARIZA MOHAMMAD


AKTIVITI PEMBELAJARAN DAN
PEMUDAHCARA MELALUI
2. Judul 3. Bidang: PENDIDIKAN
KAEDAH PEMBELAJARAN
KOPERATIF
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:24/5/2022
Tempat
6.
Pembentangan
7. Sinopsis

Buku yang bertajuk Aktiviti Pembelajaran dan Pemudahcara melalui Kaedah Pembelajaran
Koperatif merupakan sebuah rujukan oleh ramai orang terutamanya bakal guru yang sedang
menjalani Latihan Mengajar, guru-guru dan pelajar-pelajar. Buku ini ditulis dalam enam bab
dengan gaya bahasa yang mudah bersesuaian untuk bacaan umum. Aktiviti pengajaran dan
pemudahcara melalui kaedah pembelajaran koperatif membincangkan penyelesaian masalah
dalam numerasi. Bab 1 Pembelajaran Abad ke-21, bab 2 Pembelajaran Koperatif, bab 3 Aktiviti
Pengajaran dan Pemudahcara, bab 4 Keberkesanan Pembelajaran Secara Koperatif, bab 5
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Penyelesaian Masalah, bab 6 Implikasi Daripada
Pembelajaran Koperatif. Selain itu, komponen-komponen yang terkandung di dalam buku ini
menyumbangkan pengajaran koperatif melalui beberapa aktiviti pengajaran dan pemudahcara
melalui pendekatan koperatif serta penekanan unsur-unsur pembelajaran abad ke-21 kepada
guru, pelajar dan bakal guru sebagai rujukan untuk mereka mahir dengan pendekatan koperatif
ini.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Nilai pengetahuan dan pengajaran yang saya dapat dalam pembacaan buku Aktiviti
Pembelajaran dan Pemudahcara melalui Kaedah Pembelajaran Koperatif ini adalah aspek-aspek
penting dalam PdP dan cara untuk mengaplikasikan kaedah-kaedah yang dinyatakan dalam sesi
pembelajaran.

Nilai pengetahuan dan kefahaman yang menjelaskan mengenai elemen-elemen dalam


Pembelajaran Abad ke-21 yang merangkumi ciri-ciri pembelajaran abad ke-21, cabaran, teknik
dan elemen-elemen penting yang terkandung dalam Pembelajaran Abad ke-21.

Nilai Bertanggungjawab dalam perkongsian buku Aktiviti Pembelajaran dan Pemudahcara


melalui Kaedah Pembelajaran Koperatif yang ditunjukkan dalam hujah dan huraian secara
terperinci tentang kepakaran dalam bidang pendidikan memantapkan lagi sistem pendidikan di
Malaysia justeru membantu bakal pendidik pada masa akan datang.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Perkara yang boleh diaplikasikan dalam organisasi dan pengajaran dan pembelajaran berkaitan
dengan ilmu strategi dan teknik mengajar dengan berkesan adalah sebagai seorang guru yang
berkualiti mestilah menyediakan perancangan PdP yang sempurna dalam pelbagai aspek.
Perancangan yang dilakukan perlu bersesuaian dan seiring dengan abad ke 21.
Guru juga perlu sentiasa menggunakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Penyelesaian
Masalah. Hal ini kerana usaha setiap guru perlu seiring dengan peredaran zaman di mana masa
kini zaman terlalu canggih dengan kemudahan teknologi yang pelbagai.

Selain itu, guru wajar melaksanakan PdP dengan berkesan dalam menyampaikan ilmu kepada
para pelajar. Seterusnya guru juga wajar memantau, mentaksir dan menilai para pelajar dalam
membentuk modal insan yang berkualiti pada masa akan datang. Dengan menggunakan
pendekatan Abad ke 21 guru perlu mampu mengurus bilik darjah secara bersistematik dan
berkualiti. Kesimpulannya, guru wajar mempunyai kepelbagaian kemahiran dalam menangani
murid-murid pada abad ke 21 serta perkembangan teknologi yang serba canggih.

TAJUK : AKTIVITI PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARA MELALUI


KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF
PENULIS BUKU : DR. SITI RAHAIMAH BINTI ALI
BIL MUKA SURAT : 97

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(ROSMARIZA MOHAMMAD ) ( )

Anda mungkin juga menyukai