Anda di halaman 1dari 3

Lampiran 1

URUSAN PERSARAAN DAN PENCEN

A. PERSARAAN WAJIB

A1. Notis Persaraan


Notis Persaraan akan dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat
Pendidikan Daerah / Sekolah Menengah PTJ dan Sekolah Menengah Harian
sebelum seseorang pegawai bersara. Borang-borang persaraan akan disertakan
bersama-sama notis tersebut.

A2. 1 tahun 6 bulan Sebelum Tarikh Persaraan


Dokumen-dokumen berikut perlu dikemukakan 1 tahun 6 bulan sebelum tarikh
persaraan.

2.1 Borang CP22B(Pin. 1/2015) (Pemberitahuan Pemberhentian Kerja) 3 salinan

2.2 Lampiran C (Pinjaman Perumahan) 3 salinan

2.3 Surat pengesahan ke Kementerian Pendidikan mengenai Pinjaman 3 salinan


kenderaan/Pinjaman Komputer

Catatan:

Borang-borang 2.1 dan 2.3 seperti diatas hendaklah dikemukakan terus


oleh pihak sekolah ke alamat yang tercatat dalam borang tersebut. Adalah
dinasihatkan supaya tuan/puan mengemukakan borang-borang tersebut
lebih awal dari tarikh yang ditetapkan supaya proses persaraan dapat
diselesaikan dengan segera. Tuan/Puan adalah dikehendaki menghantar
surat ulangan ke Jabatan / Agensi berkenaan sekiranya dalam tempoh 8
bulan sebelum bersara pihak tuan/puan masih belum menerima jawapan.
A3. 12 Bulan Sebelum Tarikh Bersara
Dokumen-dokumen berikut hendaklah dikemukakan ke Jabatan ini selewat-lewatnya 12
bulan sebelum tarikh bersara.

3.1 Borang JPA.BP.SPPP.B01a – Maklumat Pesara; 2 salinan


3.2 Borang JPA.BP.SPPP.B03 – Maklumat Tanggungan; 2 salinan

3.3 Borang JPA.BP.SPPP.B04 - Notis Pelepasan / Pengasingan Caruman 3 salinan


Kerajaan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja;
3.4 Borang JPA.BP.UMUM.B01 – Sijil Akuan Berhutang/Tidak Berhutang; 2 salinan
3.5 Borang JPA.BP.UMUM.B02.Pin – Pengiraan Cuti Rehat yang Boleh 2 salinan
Dikumpulkan Di Bawah Peraturan 21, Peraturan-peraturan Pencen 1980;

- Pengiraan cuti rehat bagi Guru Besar/Pengetua diisi bermula


dari tahun 2001.
- Pengiraan cuti rehat khas bagi Guru Biasa diisi bermula dari
tahun 2004.
- Pengiraan cuti rehat bagi jawatan sokongan diisi bermula dari
tarikh lantikan pertama.

3.6 Borang JPA.BP.UMUM.B04 – Laporan Pengesahan Pakar Perubatan 2 salinan


Mengenai Anak Cacat Otak / Cacat Anggota ( jika berkenaan )
3.7 Borang JPA.BP.SKP.B08- Permohonan Perlantikan Wakil Skim A (bagi yang 2 salinan
bujang/duda/balu/janda – serta kad pengenalan wakil)
3.8 Surat Akuan Sumpah perbezaan nama (sekiranya terdapat perbezaan nama 2 salinan
di antara Kad Pengenalan dengan Buku Rekod Perkhidmatan di Jabatan
Pendidikan Negeri Perak);
3.9 Salinan sah Kad Pengenalan anggota dan suami/isteri; ( Muka depan dan 2 salinan
belakang ) (*)

3.10 Salinan sah Borang Opsyen persaraan mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil 1 salinan
6/2008 dan Bil.11 Tahun 2011/Bil 13 Tahun 2011.
3.11 Salinan surat pengesahan dari Pengetua/Guru Besar yang mencatatkan 1 salinan
nombor rujukan berikut:
3.10.1. No. Cukai Pendapatan
3.10.2. No. Fail / Akaun Pinjaman Perumahan
3.10.3. No. Akaun Pinjaman Kenderaan dan Pinjaman Komputer
3.10.4. No. Ahli KWSP (Sertakan salinan sah Kad Ahli)
3.10.5. No. Telefon untuk dihubungi selepas bersara
3.12 Lampiran III - Penyata Pengesahan Tatatertib; 2 salinan

3.13 Salinan sah Sijil Nikah / Sijil Pendaftaran Perkahwinan /Sijil Perakuan Cerai / 2 salinan
Kematian yang berkenaan (Sekiranya tiada, sertakan Surat Akuan Sumpah);
(*)
3.14 Salinan sah setiap seorang Sijil Lahir dan Kad Pengenalan anak-anak 2 salinan
pesara di bawah umur 21 tahun dan tiada had umur bagi anak cacat ;(*)

Salinan sah dokumen bank yang mencatatkan Nama bank, Nama Bakal 2 salinan
3.15
Pesara, No. Kad Pengenalan Baru dan No. Akaun Bank ( akaun
perseorangan sahaja );(*)
3.16 Salinan sah surat arahan Potongan Pencen/Ganjaran bagi menyelesaikan 2 salinan
baki Pinjaman Perumahan;
3.17 Salinan sah surat Penyelesaian Cukai Pendapatan; 2 salinan
3.18 Surat pengesahan tidak terlibat dengan Pinjaman Perumahan, Pinjaman 1 salinan
Kenderaan dan Pinjaman Komputer;
3.19 Salinan rekod cuti yang kemaskini 1 salinan
3.20 Surat pengesahan tidak mengambil cuti rehat / cuti rehat khas selepas 1 salinan
perancangan cuti dirancang sehingga bersara;

Surat pengesahan tidak mengambil cuti rehat / cuti rehat khas pada tahun 1 salinan
3.21
akhir perkhidmatannya sehingga bersara;
3.22 Laporan Perubahan Bersara Wajib 5 salinan

3.23 1 salinan Lampiran A1- Penamatan Perkhidmatan Persaraan Paksa 1 salinan

Catatan:

4.1. Borang JPA.BP.SPPP.B01a – muka surat 2. (E) Maklumat Perkhidmatan .


Nama Jabatan/Agensi. (isikan nama dan alamat ‘JABATAN PENDIDIKAN
NEGERI PERAK’)

4.2. Salinan Buku Akaun Bank - pastikan ejaan nama dan nombor kad pengenalan
sama seperti didalam Kad Pengenalan.

4.3. Salinan fotostat mohon gunakan kertas bersaiz A4, terang dan jelas.

Anda mungkin juga menyukai