Anda di halaman 1dari 1

DOA MAJLIS BICARA EKSEKUTIF BERSAMA PENGERUSI EKSEKUTIF

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA


‫م‬
ِ ‫ح ْي‬
ِ ‫ن ال َّر‬
ِ ‫م‬ ْ ‫م هللاِ ال َّر‬
َ ‫ح‬ ِ ‫س‬
ْ ِ‫ب‬

. َ‫ َوالصَّ الَة َُوالسَّ الَ ُم عَ لَى رَ س ُْولِ َنا األ ِميْنَ َوعَ لَى ءَ ألِ ِه َوأصْ حَ اب ِه أجْ ـ َم ِعيْن‬، ُ‫ا ْلـحَ ْم ُد هللِ ال ِذيْ بِنِعْ َمتِ ِه َتتِ ّـم ُالصَّالِـحَ ات‬

Ya Allah Ya Tuhan Kami


Segala puji Bagi Allah Tuhan yang mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam
keatas semulia-mulia para Nabi dan Rasul. Penghulu junjungan besar Nabi
Muhammada S.a.w serta ahli keluarga dan para sahabat baginda sekalian

Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim


Apa yang telah engkau beri nikmat maka tambahkanlah, dan apa yang telah engkau
tambahkan maka berkatilah, dan apa yang telah engkau berkati maka bagi mu
segala pujian atasnya.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami


Kami merafakkan kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk
berada dan menghadiri MAJLIS BICARA EKSEKUTIF BERSAMA PENGERUSI
EKSEKUTIF SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA pada petang ini.
Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul
untuk mengisi seluruh hidup kami dengan keredhaan-Mu,
Kami berkumpul untuk menghubungkan Silaturahim, bermusyawarah, bertukar-
tukar pendapat dan menyumbang buah fikiran, tenaga dan usaha untuk
memperkasakan pembangunan gerakan koperasi di Malaysia umumnya dan di
Sarawak khususnya.

Ya Allah, Ya Aziz, Ya Sattar Ya fa’alullima yurid


Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah semangat perpaduan di kalangan kami.
Hindarilah diri kami daripada perasaan dengki sesama sendiri, sifat malas lagi
lemah, meninggi diri, sombong dan takabbur dan segala sifat mazmumah yang
pastinya menjatuhkan martabat kami seterusnya menggagalkan hasrat untuk
mencapai DASAR WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030.

Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal’alamin ,


Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami rahsiakan dan yang kami
nyatakan,Semoga Engkau terima keuzuran kami,Engkau mengetahui hajat
kami,Semoga Engkau kabulkan permohonan kami,Engkau mengetahui dosa yang
ada dalam diri kami,justeru itu kami mohon keampunan-Mu Ya Ghaffar. Maka kau
istiqomahkan kami dalam landasan menegakkan syiar islam hingga akhir hayat kami
Ya Allah.

َ ‫س َنة ًَوقِ َنا َع َذ‬


ِ ‫اب ال َّنار‬ َ ‫س َنة ً َوفِي األخ َِر ِة َح‬
َ ‫َر َّب َنا َءاتِ َنا فِي ال ُّد ْن َيا َح‬

َ ‫ َوا ْل َح ْم ُدهَّلِل ِ َر ِّب‬، ‫سلَّ َم‬


َ‫العالَ ِم ْين‬ َ ‫صلَّى هللاُ َعلَى ُم َح َّم ٍد َو َعلَى َءالِ ِه َو‬
َ ‫ص ْحبِ ِه َو‬ َ ‫َو‬

Anda mungkin juga menyukai