Anda di halaman 1dari 6

BAB 3

PENGENALAN KEPADA JABATAN LATIHAN


DAN
TAKLIMAT KESELAMATAN SERTA PERLINDUNGAN DARI API

- 28 -
3.1 Pengenalan Kepada Jabatan Latihan

Jabatan Latihan Kapar Energy Venture’s Sdn. Bhd. merupakan jabatan yang
bertanggung jawab mengendalikan aktiviti latihan kepada para pelajar dari Institusi
Pengajian Tinggi (IPT) serta pada pekerja-pekerja baru yang menjalani latihan atau
praktikal sebelum diserap bekerja secara tetap. Jabatan Latihan ini terletak di
bangunan Chief Resident Engineer (CRE) bersebelahan “Coal Yard” dan berdekatan
dengan pondok pengawal keselamatan di laluan keluar.

Rajah 3.1.1 Chief Resident Engineer (CRE)

3.2 Pengenalan kepada Keselamatan Dan Perlindungan Dari Api/Bahaya

Di Kapar Energy Venture’s Sdn. Bhd., terdapat Jabatan Keselamatan yang


bertanggung jawab menjaga dan meninjau keselamatan pekerja. Tambahan pula,
mereka dari jabatan ini perlu memantau tahap keselamatan di tempat kerja dan
menyediakan alat-alat keselamatan dan panduan di tempat kerja. Sebarang
kemalangan yang berlaku akan dilaporkan kepada Pengawai Keselamatan dan akan
diambil tindakan.

- 29 -
Setiap pekerja perlu memahami dan mematuhi peraturan keselamatan yang
telah ditetapkan. Tambahan pula, setiap pekerja perlu mematuhi etika berpakaian
semasa bekerja seperti memakai topi keselamatan, kasut keselamatan, cermin mata
khas, perlindungan pendengaran dan lain-lain. Jika perkara ini tidak dipatuhi, mereka
akan dikenakan denda. Denda ini bertujuan bagi memberi peringatan bahawa
keselamatan adalah amat penting. Terdapat slogan mengatakan “ IF YOU THINK
SAFETY IS PAIN, TRY HAVING AN ACCIDENT” ini merujuk kepada manusia
tidak akan menyedari kepentingan aspek keselamatan pada diri mereka kecuali
mereka telah mengalami kemalangan tersebut.

Rajah 3.2.1 Contoh pakaian yang dilengkapi dengan alatan keselamatan

Jabatan Keselamatan juga bertanggung jawab mengadakan ceramah atau


taklimat keselamatan (Safety Briefing) kepada para pekerja kontrak yang baru
memulakan kerja atau para pelajar yang memulakan latihan industri. Selepas selesai
taklimat ini, mereka akan diberikan kad hijau yang menunjukkan bahawa mereka
sudah pun mendengar taklimat keselamatan dan memahami serta mematuhi
peraturan keselamatan yang ditetapkan.

Rajah 3.2.2 Kad Hijau

- 30 -
3.2.1 Papan Tanda Peringatan Atau Amaran.

Papan tanda menjadi simbol pemberitahuan mengenai sesuatu situasi yang


perlu dielakkan.

3.2.1.1 Papan Tanda Peringatan Di Luar Syarikat

Rajah 3.2.1.1.1 Papan Tanda Di Luar Syarikat

Berdasarkan rajah diatas merujuk kepada bentuk-bentuk arahan yang perlu


dipatuhi pekerja mahupun pelawat sebelum masuk ke stesen janakuasa. Terdapat
simbol etika pakaian yang perlu dipatuhi, simbol amaran bahaya dan simbol larangan
semasa ditempat kerja.

3.2.1.2 Papan Tanda Etika Pemakaian Semasa Mengendalikan Bahan Kimia

Rajah 3.2.1.2.1 Papan Tanda Pemakaian Keselamatan

- 31 -
Rajah disebelah menunjukkan etika pemakaian keselamatan yang perlu
dipatuhi semasa berada di kawasan bahan kimia. Berdasarkan rajah diatas, pekerja
perlu memakai sarung tangan, pelindung pernafasan, dan pelindung muka sebagai
keselamatan mereka ketika bekerja.

3.2.1.3 Papan Tanda Etika Pemakaian Semasa Berada Di Kawasan Yang


Memerlukan Perlindungan Pendengaran.

Rajah 3.2.1.3.1 Papan Tanda Etika Pemakaian.

Rajah diatas menunjukkan papan tanda etika pemakaian yang perlu dipatuhi
semasa dikawasan seperti Compressor Air yang memerlukan perlindungan
pendengaran, Topi Keselamatan, dan Kasut Keselamatan.

- 32 -
3.2.1.4 Papan Tanda Larangan.

Papan tanda larangan merujuk kepada perbuatan yang dilarang kerana


dikhuatiri memberi kesan buruk kepada pekerja dan persekitaran bekerja. Ini demi
menjaga keselamatan pekerja dan kawasan ditempat kerja. Berikut adalah contoh
gambar papan tanda amaran seperti dibawah.

Rajah 3.2.1.4.1 Papan tanda larangan merokok, menyalakan api


dan mengambil gambar.

3.2.2 Peralatan Keselamatan.

Peralatan kesematan adalah penting untuk digunakan semasa kecemasan. Di


kawasan bekerja, Kapar Energy Venture’s ternyata mementingkan keselamatan
pekerja dengan menyediakan peralatan keselamatan serta menubuhkan pasukan
keselamatan sendiri.

Rajah 3.2.2.1 Peti Hos Api Rajah 3.2.2.2 Pili Air Bomba

- 33 -

Anda mungkin juga menyukai